Hari Kemerdekaan Kebangsaan Malaysia 2022 Logo Dan Tema


31 Ogos merupakan tarikh Hari Kemerdekaan/Kebangsaan Malaysia yang disambut setiap tahun. Merdeka 2022 kali ke-65 rakyat Malaysia sambut Merdeka.
Merdeka! Merdeka! Merdeka! Itulah laungan keramat oleh Bapa Kemerdekaan Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra yang bergema di segenap penjuru Padang Kelab Padang Kelab Selangor pada 31 Ogos 1957 buat pertama kalinya.

Laungan disambut oleh lebih 20,000 rakyat Tanah Melayu yang memenuhi padang dengan penuh semangat dan emosi.

Sempena sambutan hari Kemerdekaan Malaysia ke-65 2022 ini, kita seharusnya mengambil peluang menghayati erti sebenar kemerdekaan dan lebih bersemangat patriotisme cintakan tanah air dalam diri setiap individu. Bukan hanya sekadar mengetahui sejarah semata-mata.

Erti Kemerdekaan bukan hanya bebas daripada cengkaman penjajahan dan menghayatinya dengan sekadar melaungkan Merdeka! Merdeka! Merdeka! sahaja. Erti kemerdekaan sebenar adalah kemerdekaan jiwa dan minda dipupuk menerusi pembinaan jati diri yang dibentuk melalui empat aspek utama, iaitu agama, akhlak, pendidikan dan bahasa.

Ini kerana, generasi muda berhadapan ancaman penjajahan dari segi bentuk baharu, terutama pemikiran dan budaya seiring dengan kepesatan teknologi masa kini.

Sambutan Hari Kemerdekaan/Kebangsaan Malaysia 2022Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) dalam kenyataan memaklumkan tiga aktiviti utama akan diadakan bagi menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini.

Ia merangkumi pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang pada 30 Julai di Putrajaya, Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos di Dataran Merdeka Kuala Lumpur dan Sambutan Hari Malaysia pada 16 September di Melaka.

Di samping itu, pelbagai program dan pertandingan berunsur kenegaraan telah disusun bagi memupuk serta menyemai semangat patriotisme dan cinta akan negara dalam kalangan Keluarga Malaysia.

Ia antaranya Pertandingan ILHAM Merdeka Tik Tok Challenge, Pertandingan KLIK@Merdeka, Pertandingan Bintang Smule, Pertandingan Bintang Patriotik, Pertandingan Mewarna dan Melukis MYDOODLE@Merdeka, Program Pengisahan Kenegaraan, Sayembara Sajak Merdeka yang kesemuanya akan bermula pada 30 Julai hingga 16 Sept.
Bagi menyemarakkan semangat patriotisme pula, program Kembara Keluarga Malaysia 2022 (KKM2022) yang berkonsepkan serah baton akan diadakan bermula pada 30 Julai di Putrajaya, dengan acara pelepasan akan dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara yang menjadi perhatian rakyat Malaysia adalah reka bentuk logo dan tema hari Kebangsaan Malaysia.

Tema & Logo Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 adalah ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’. Tema ini dipilih selari dengan konsep keharmonian Keluarga Malaysia yang diperkenalkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022, Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa.



Logo Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2022 tahun ini pula berkonsepkan jalur liputan Internet melambangkan pembangunan infrastruktur, sistem komunikasi serta pendigitalan yang semakin maju dan berkembang untuk kemudahan rakyat

Ia juga melambangkan kebersamaan, komited untuk terus maju ke hadapan serta keberadaan teknologi terkini yang menjadi penghubung kehidupan ekonomi rakyat.

Tema Hari Kebangsaan 2022 dan Hari Malaysia 2022 : Teguh Bersama‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan dan jujga Hari Malaysia 2022 selari dengan konsep keharmonian Keluarga Malaysia

KELUARGA MALAYSIA : Merujuk kepada masyarakat hidup aman damai & bersatu padu dalam keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.TEGUH :  Bermaksud kukuh, kuat dan eratBERSAMA : membawa maksud bersama-sama beserta atau bergandingan
Manakala frasa TEGUH BERSAMA mendukung maksud kekuatan dan kesepaduan yang dicapai secara kolektif serta mampan

Konsep logo Hari Kebangsaan tahun 2022LOGO BERKONSEPKAN JALUR LIPUTAN INTERNETMelambangkan pembangunan infrastruktur, sistem komunikasi serta pendigitalan yang semakin maju dan berkembang untuk kemudahan rakyat

TIGA JALUR BIRU, MERAH DAN KUNINGMerupakan cerminan Keluarga Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar budaya serta hidup harmoni

TITIK MERAHMelambangkan jati diri dan semangat patriotik yang menjadi teras pembentukan negara berdaulat dan berwawasan

KEDUDUKAN YANG BERSELANG-SELIMelambangkan keterbukaan dalam meraikan perbezaan dan kepelbagaian demi kemajuan bersama.

Maklumat lanjut berkaitan tema, logo dan aktiviti Bulan Kebangsaan 2022 di laman web : www.merdeka360.my
Senarai Tema Hari Kemerdekaan/Kebangsaan Malaysia2022 : Keluarga Malaysia, Teguh Bersama
2021 : Malaysia Prihatin
2020 : Malaysia Prihatin
2019 :  Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih2018 : Sayangi Malaysiaku
2017 : Negaraku Sehati Sejiwa
2016-2015 : Sehati Sejiwa
2014 : Malaysia… Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
2013 :  Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku2012 : 1Malaysia. Janji Ditepat
2011 : Malaysia. Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera
2010 : Malaysia Menjana Transformasi
2009 : 1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
2008 : Perpaduan Teras Kejayaan
2007 : Malaysiaku Gemilang
2006-2000 : Keranamu Malaysia
1999 : Bersatu Ke Alaf Baru
1998 : Negara Kita Tanggungjawab Kita
1997 : Akhlak Mulia Masyarakat Berjaya
1996 : Budaya Penentu Kecapaian
1995 : Jatidiri Penggerak Wawasan
1994 : Nilai Murni Jayakan Wawasan
1993 : Bersatu Menuju Wawasan
1992 : Wawasan Asas Kejayaan
1991 : Wawasan 2020
1990 : Berjaya
1989-1988 : Bersatu
1987 : Setia Bersatu Berusaha Maju
1986 : Bangsa Tegas Negara Teguh
1985 : Nasionalisme Teras Perpaduan
1984 : Amanah Asas Kejayaan
1983 : Bersama ke Arah Kemajuan
1982 : Berdisiplin Giat Maju
1981 : Berdisiplin Berharmoni1980 : Berdisiplin Berbakti
1979 : Bersatu Berdisiplin1978 : Kebudayaan Seni Perpaduan
1977 : 20 Tahun Bersatu Maju
1976 : Ketahanan Rakyat
1975 : Masyarakat Berdikari
1974 : Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1973 : Masyarakat Kebudayaan Malaysia
1972 : Masyarakat Adil
1971 : Masyarakat Progresif
1970 : Muhibah dan Perpaduan
sumber : infosentral


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2022/07/hari-kemerdekaankebangsaan-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tutorial Buat Logo Konsep Wifi Hari Kebangsaan 2022 Langkah Demi Langkah

Tutorial Buat Logo Konsep Wifi Hari Kebangsaan 2022 Langkah Demi Langkah

papar berkaitan - pada 4/7/2022 - jumlah : 477 hits
Tutorial mudah buat Logo Hari Kebangsaan 2022 yang bertemakan wifi Logo berkonsepkan jalur liputan internet dan tema Keluarga Malaysia Teguh Bersama untuk sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia kali ini Pengertian LogoSatu titik di seti...
Jalur Liputan Internet Jadi Logo Rasmi Hari Kebangsaan 2022

Jalur Liputan Internet Jadi Logo Rasmi Hari Kebangsaan 2022

papar berkaitan - pada 1/7/2022 - jumlah : 303 hits
Sempena dengan sambutan Hari Merdeka 2022 yang akan disambut pada 31 Ogos tahun ini logo berkonsepkan jalur liputan Internet menjadi logo rasmi Merdeka tahun ini Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia memaklumkan logo tersebut melam...
Sosok Robert Crimo Tersangka Penembakan Brutal Di Parade Hari Kemerdekaan As

Sosok Robert Crimo Tersangka Penembakan Brutal Di Parade Hari Kemerdekaan As

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 146 hits
Sosok Robert Crimo Tersangka Penembakan Brutal di Parade Hari Kemerdekaan AS Tersangka penembakan pada parade Hari Kemerdekaan Amerika Serikat yang menewaskan sedikitnya 6 orang Pria itu bernama Robert Crimo usianya 22 tahun Saat kejadian R...
Langsung Lawatan Menteri Luar Australia Ke Malaysia 29 Jun 2022

Langsung Lawatan Menteri Luar Australia Ke Malaysia 29 Jun 2022

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 182 hits
Ikuti antara isian siri lawatan Menteri Luar Australia Senator Penny Wong ke Malaysia AWANInews SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social M
62 Rakyat Malaysia Bersetuju Untuk Kerja 4 Hari Seminggu Waktu Kerja Pula Dijangka Lebih Panjang

62 Rakyat Malaysia Bersetuju Untuk Kerja 4 Hari Seminggu Waktu Kerja Pula Dijangka Lebih Panjang

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 169 hits
SEBUAH firma pengendali tinjauan dalam talian Qualtrics telah mengeluarkan satu data dimana 62 peratus pekerja sepenuh masa di Malaysia lebih gemar fleksibiti sepanjang empat hari bekerja seminggu Qualtrics juga telah mengeluarkan peratusan...
Lagi Rakyat Malaysia Dihukum Gantung Di Singapura Hari

Lagi Rakyat Malaysia Dihukum Gantung Di Singapura Hari

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 193 hits
SINGAPURA Selepas hampir dua bulan hukuman gantung ke atas warga Malaysia Nagaentharan Dharmalinggam pagi ini seorang lagi rakyat negara ini dihukum gantung sampai mati pukul 7 pagi tadi di Singapura Kalwant Singh yang ketika ini berusia 32...
Puasa Sunat Hari Arafah 2022

Puasa Sunat Hari Arafah 2022

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 232 hits
Puasa Sunat Arafah 2022 Malaysia jatuh pada hari Sabtu 9 Julai 2022 bersamaan 9 Zulhijjah 1443Hijrah Tarikh Hari Arafah juga sama dengan tarikh wukuf di Arafah yang merupakan kemuncak umat Islam menunaikan ibadah haji Waktu wukuf di Arafah1...
Waktu Wukuf 2022 Doa Hari Arafah

Waktu Wukuf 2022 Doa Hari Arafah

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 552 hits
DOA AFDHAL WAKTU WUKUF DI ARAFAH 2022 Nabi bersabda Maksud Sebaik baik doa adalah doa pada hari Arafah dan sebaik baik apa yang aku dan para nabi sebelumku katakan adalah Doa waktu wukuf di Arafah adalah waktu berdoa yang paling mustajab da...
Koleksi Ucapan Dan Pantun Hari Raya Aidiladha Tahun 2022

Koleksi Ucapan Dan Pantun Hari Raya Aidiladha Tahun 2022

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 442 hits
Sempena Hari Raya Aidiladha pastinya ramai antara kita ingin memberikan ucapan atau mungkin pantun Hari Raya kepada kenalan sanak saudara dan pastinya orang tersayang sebagai pengganti diri Ditambah lagi kini kita mempunyai pelbagai platfor...
Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Tiga Lelaki Bakar Anak Kucing Diburu Polis

Pengalaman Menginap Di Grand Court Hotel Teluk Intan Dekat Dengan Menara Condong Teluk Intan

Dap Leader Unsurprised By Mca S Decision To Not Campaign For Its Candidate



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Sempena Mother S Day Enfagrow A Mindpro Menjemput Semua Ibu Ibu Untuk Hasilkan Lagu

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Power Of Storytelling In Marketing

Lirik Lagu Berharap Kau Kembali Fabio Asher

Bisikan Setan

Buah Berangan Snek Sihat Keluarga Manfaat Pada Kesihatan