Waktu Wukuf 2022 Doa Hari Arafah


DOA AFDHAL & WAKTU WUKUF DI ARAFAH 2022
Nabi ﷺ bersabda:
“خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ وَخَيْرُ مَا قُلْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِي لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ”
Maksud: “Sebaik-baik doa adalah doa pada hari ‘Arafah dan sebaik-baik apa yang aku dan para nabi sebelumku katakan adalah (Tiada Ilah melainkan Allah semata dan tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nya lah segala kerajaan dan pujian dan Dialah Maha Menguasai atas segala sesuatu).”
(Sunan Tirmidhi, 3509 – dinilai hasan)
Doa waktu wukuf di Arafah adalah waktu berdoa yang paling mustajab dan yang paling dekat untuk dimakbulkan. Ini diriwayatkan dalam beberapa hadis sahih.
Waktu Wukuf Waktu wukuf bermula selepas gelincir matahari pada 9 Zulhijjah sehingga tenggelam matahari waktu maghrib.
Bagi umat Islam yang tidak mengerjakan ibadah haji, mereka boleh mengambil peluang untuk berdoa di tempat masing-masing sepanjang tempoh tersebut, berdasarkan zon waktu di tempat masing-masing.
WAKTU WUKUF DI MEKAH
Waktu Wukuf di Padang Arafah bagi tahun ini 08/07/2022 adalah seperti berikut:
12.27 pm – 7.04 pm (Mekah)5.27pm – 12.04 am (Malaysia) Waktu afdhal dan mustajab untuk berdoa hari ni (Jumaat) adalah lepas asar hingga isya’ (anggaran).
Sebab di Arab saudi wukuf jatuh pada 8 Julai bersamaan waktu lepas Asar kita di Malaysia.
Berikan tumpuan untuk waktu ini, yang berpuasa siapkan juadah awal-awal.
Jangan lepaskan peluang untuk berdoa ya, doa banyak-banyak. Semoga Allah makbulkan doa kita semua
Doa Wukuf / Hari Arafah Berikut dilampirkan contoh Doa Arafah untuk rujukan bersama:
TAMBAHAN: PANDUAN DU’A PADA HARI WUKUF / ARAFAH:
1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar – selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus.
2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.
3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).
4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.
5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.
6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.
7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.
8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.
9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi
10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.
11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.
12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan.
13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).
14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu.
15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.
16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.
17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.
18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.
19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.
20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.
21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadaqatul Jariah.
22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.
23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.
24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.
25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.
26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.
27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..
28. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.
29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.
30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.
31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.
Tutup dgn selawat.
Aamiin Aamiin Ya Rabbal ‘Aalamiin.
Wallahu-a’lam.
HARI ARAFAH DI MALAYSIA Setiap tahun pasti akan timbul pertanyaan,
“Adakah puasa Hari Arafah mengikut Hari Wukuf di Arab Saudi atau mengikut penentuan tarikh anak bulan Zulhijjah di Malaysia?”
Puasa Arafah adalah SUNAT MUAKKAD (Ibadah Sunat yang sangat digalakkan) bagi umat Islam yang tidak menunaikan haji.
Puasa pada Hari Arafah menghapuskan dosa setahun yang lalu dan dosa setahun akan datang. Baginda Rasulullah SAW ber­sabda :
صِيامُ يومِ عَرَفَةَ، إِنِّي أحْتَسِبُ على اللهِ أنْ يُكَفِّرَ السنَةَ التي قَبلَهُ، والسنَةَ التي بَعدَهُ، وصِيامُ يومِ عاشُوراءَ، إِنِّي أحْتَسِبُ على اللهِ أنْ يُكَفِّرَ السنَةَ التِي قَبْلَهُ
“ Puasa Hari Arafah (9 Dzulhijjah) dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang. Puasa Asyura (10 Muharram) akan menghapuskan dosa setahun yang lalu. “
(HR Muslim)
Di Malaysia, puasa Hari Arafah jatuh pada 9 Zulhijjah iaitu pada hari Sabtu, 9 Julai 2022 dan bukan pada hari Jumaat, 8 julai 2022 (Hari Wukuf di Arab Saudi).
Penentuan 9 Zulhijjah adalah perlu berdasarkan negara masing-masing kerana setiap negara mempunyai matlak (zon terbit matahari dan bulan) yang berbeza antara satu sama lain.
Syeikh Khatib Syarbini menjelaskan matan Minhaj al-Talibin oleh Imam Nawawi, “Apabila dilihat hilal di sesuatu negara maka wajiblah hukum yang sama bagi negara berhampiran sebagaimana kota Baghdad dengan kota Kufah, tidak bagi negara yang berjauhan seperti negara Hijaz dengan negara Iraq.”
(Rujukan Mughni Muhtaj 1/619)
Analogi untuk mudah difahami ialah WAKTU SOLAT di Malaysia PASTI TIDAK SAMA dengan waktu solat di Makkah Madinah. Zon waktu di Malaysia lebih cepat 5 Jam berbanding Arab Saudi.
Dengan kata lain, jika Hari Arafah sudah masuk di Makkah tidak bermakna hari Arafah sudah masuk di Malaysia.
Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan menyebut ulama berbeza pandangan tentang Hari Arafah seperti berikut :
I) Pendapat Pertama :
Al Imam Ibnu Rejab Al-Hanbali dan sebahagian Ulama mazhab Maliki berpendapat Hari Arafah adalah hari para Jemaah Haji wukuf di Arafah.
II) Pendapat Kedua :
Pendapat Mazhab Al-Syafie dan juga sebahagian Ulama mazhab Maliki seperti Al Imam Ibnu Abdil Barr bahawa Puasa Hari Arafah mengikut perkiraan melihat anak bulan Zulhijjah pada sesuatu negeri (iaitu tanggal 9 Zulhijjah itu sendiri di tempat masing-masing).
Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan menyebut, pendapat kedua adalah pendapat yang ditarjih (paling kuat) dalam Mazhab Syafi’e dan sepakat terpakai di negara kita Malaysia.
Rujukan :
Al Fadhil Ustaz Dr. Abdul Rahmanov (Dr. Man)
Sumber: https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/679-bayan-linnas-siri-ke-110-kelebihan-hari-arafah-dan-hari-raya-aidiladha


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/waktu-wukuf-doa-arafah/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=waktu-wukuf-doa-arafah

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doa Doa Terbaik Hari Arafah Antara Waktu Mustajab Doa

Doa Doa Terbaik Hari Arafah Antara Waktu Mustajab Doa

papar berkaitan - pada 3/7/2022 - jumlah : 256 hits
Doa Terbaik Hari Arafah Antara Waktu Mustajab Doa Assalamualaikum Salah satu amalan amalan sunat sunah yang baik untuk diamalkan di sepanjang awal 10 Zulhijjah ialah berpuasa dan berdoa pada hari Arafah Berdoa pada Hari Arafah merupakan sal...
Puasa Sunat Hari Arafah 2022

Puasa Sunat Hari Arafah 2022

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 282 hits
Puasa Sunat Arafah 2022 Malaysia jatuh pada hari Sabtu 9 Julai 2022 bersamaan 9 Zulhijjah 1443Hijrah Tarikh Hari Arafah juga sama dengan tarikh wukuf di Arafah yang merupakan kemuncak umat Islam menunaikan ibadah haji Waktu wukuf di Arafah1...
Doa Yang Terbaik Pada Hari Arafah

Doa Yang Terbaik Pada Hari Arafah

papar berkaitan - pada 9/7/2022 - jumlah : 290 hits
1 Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus 2 Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman yang menerima kitab amal di tangan kanan kami 3 Ya Allah Kurniakanlah p...
Lautan Jemaah Haji Padati Padang Arafah Untuk Laksanakan Wukuf

Lautan Jemaah Haji Padati Padang Arafah Untuk Laksanakan Wukuf

papar berkaitan - pada 9/7/2022 - jumlah : 287 hits
Lautan Jemaah Haji Padati Padang Arafah untuk Laksanakan Wukuf Ratusan ribu jemaah haji dari berbagai belahan dunia berkumpul di Padang Arafah untuk melaksanakan wukuf sebagai puncak ibadah haji
Teks Doa Arafah Dari Tabung Haji

Teks Doa Arafah Dari Tabung Haji

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 786 hits
Teks Doa Arafah Waktu Afdhal Berdoa Pada Hari ArafahWaktu Wukuf di Padang Arafah bagi tahun ini 08 07 2022 adalah seperti berikut 12 27 pm 7 04 pm 5 27pm 12 04 am Muat turun sepenuhnya Alhamdulillah marilah kita semua bersiap untuk esok Har...
Tutorial Buat Logo Konsep Wifi Hari Kebangsaan 2022 Langkah Demi Langkah

Tutorial Buat Logo Konsep Wifi Hari Kebangsaan 2022 Langkah Demi Langkah

papar berkaitan - pada 4/7/2022 - jumlah : 522 hits
Tutorial mudah buat Logo Hari Kebangsaan 2022 yang bertemakan wifi Logo berkonsepkan jalur liputan internet dan tema Keluarga Malaysia Teguh Bersama untuk sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia kali ini Pengertian LogoSatu titik di seti...
Hari Raya Aidiladha 2022

Hari Raya Aidiladha 2022

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 284 hits
Hari Raya Aidiladha dikenali juga dengan nama Hari Raya Haji dan Hari Raya Korban Tarikh Hari Raya Haji Hari Raya Aidiladha 2022 di Malaysia disambut pada hari Ahad 10 Julai 2022 bersamaan 10 Zulhijjah 1443 Hijrah seperti yang telah diumumk...
9 Zulhijjah Hari Arafah Istimewa Dengan Niat Berpuasa Arafah

9 Zulhijjah Hari Arafah Istimewa Dengan Niat Berpuasa Arafah

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 276 hits
9 Zulhijjah Hari Arafah Istimewa Dengan Niat Berpuasa Arafah Hari Arafah adalah hari istimewa bagi umat Islam seluruh dunia termasuk Malaysia dan ianya disambut pada 9 Zulhijjah setiap tahun dan di Padang Arafah ketika ini pastinya padat de...
Jalur Liputan Internet Jadi Logo Rasmi Hari Kebangsaan 2022

Jalur Liputan Internet Jadi Logo Rasmi Hari Kebangsaan 2022

papar berkaitan - pada 1/7/2022 - jumlah : 373 hits
Sempena dengan sambutan Hari Merdeka 2022 yang akan disambut pada 31 Ogos tahun ini logo berkonsepkan jalur liputan Internet menjadi logo rasmi Merdeka tahun ini Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia memaklumkan logo tersebut melam...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah