Hari Kejadian Lebih 50 Kali Saya Call Arwah Dah Beli Baju Raya Untuk Kami Bayar Zakat


“Suami dah beli pakaian dan kasut raya untuk saya, anak serta ibunya secara dalam talian dan dihantar terus ke rumah keluarga di Felda Bukit Damar, Lanchang. Tak sangka semua ini adalah kenangan terakhir buat kami,” kongsi Nor Fitrah Ramli, 25, isteri Konstabel Norhalim Tumiran yang maut akibat tertembak oleh rakan sepasukan di rumah sewa.
Suami teruja sediakan keperluan raya
Walaupun arwah tak dapat pulang beraya kerana baru ditugaskan di Sibu, Sarawak, keperluan buat insan tersayang sama sekali tak dilupakan. Suami yang paling teruja setiap kali dimaklumkan barangan tiba. Dia akan membuat panggilan video dan minta kami mengenakan pakaian itu untuk melihat jika kami suka dengan hadiah yang dihantarnya dari jauh.
Kredit: Bernama Pagi hari kejadian, suami juga ada telefon untuk memaklumkan dia sudah menyelesaikan bayaran zakat fitrah buat kami sekeluarga dan ibunya kerana baru mendapat gaji.
Hubungi suami lebih 50 kali
Selepas itu, petang hari kejadian saya menghubungi pula suami tetapi dia tak jawab. Lebih 50 kali jugalah sehingga saya berasa hairan apabila semua panggilan tidak dijawab. Biasanya dia akan jawab walaupun ketika bertugas.
Norhalim, yang bertugas di Unit Rondaan Bermotorsikal (URB) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu, Sarawak ditemukan maut dengan kesan tembakan pada bahagian atas telinga kanan di sebuah rumah di Taman Permai yang disewa rakannya pada malam Khamis lepas.
ARTIKEL BERKAITAN [Tinggalkan Isteri & Anak Usia Setahun. Baru Bertugas, Konstabel Maut Di Tangan Rakan]
Kejadian dipercayai berlaku apabila rakannya, yang juga anggota polis, bergurau sambil mengacukan pistol ke kepala Norhalim, 25, yang difahamkan berkunjung ke rumah tersebut untuk bermain permainan komputer sementara menunggu waktu berbuka.
Kredit: Bernama Arwah memang minat jadi polis
Nor Fitrah, yang berasal dari Felda Lakum, Lanchang berkata, mereka berkahwin pada 19 April 2019 dan sejak itu mengetahui minat suaminya untuk menjadi anggota polis kerana arwah sering ‘mengintai’ iklan pengambilan konstabel.
Arwah, yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik, sebelum itu bekerja di sebuah syarikat keselamatan di Petaling Jaya, Selangor dan seingat Nor Fitrah, beliau sudah lima kali menemani suaminya menghadiri temu duga polis.

“Suami akhirnya terpilih mengikuti kursus di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Segamat, Johor dan sejak menerima berita itu, arwah bersenam setiap malam termasuk berjoging bagi memastikan kesihatannya berada di tahap terbaik.
“Malah suami juga meminta saya yang semasa itu bekerja di Shah Alam, Selangor untuk berhenti kerja dan kembali ke pangkuan keluarga kerana mahu saya dan anak berada bersamanya apabila dia sudah mendapat tempat bertugas,” katanya.
ARTIKEL BERKENAAN [“Raya Ni Rumah Mak Tak Dapat, Rumah Mertua Pun Tak Dapat.” Status Akhir Sebelum Ajal]
Suami bercadang untuk bawa tinggal bersama lepas Aidiladha
Nor Fitrah berkata, suaminya juga memaklumkan akan cuba mengambil cuti sempena Aidiladha untuk pulang ke kampung dan membawa mereka ke Sibu kerana telah mendapat rumah di sana selain sudah mula berkira-kira untuk membeli perabot penting dahulu.
Beliau berkata, kali terakhir mereka bertemu ialah 15 Mac lepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) apabila mereka sekeluarga menghantar suaminya ke Sibu dan ketika itu sempat membawa tempe goreng dan tat cadbury untuk dijamah arwah.
“Kami lama tidak bertemu kerana tiada lawatan di Pulapol akibat Covid-19 sejak arwah mengikuti latihan pada September 2020.

“Bagaimanapun, arwah sering menghubungi kami menggunakan telefon awam… dari situ, arwah beritahu teringin makan tempe goreng dan saya bawa sebagai kejutan,” katanya.
Mengulas kejadian itu, Nor Fitrah dihubungi rakan arwah pada 8.05 malam bertanya jika beliau ‘tahu apa-apa’, namun individu tersebut enggan mengulas lanjut menyebabkan dia mula berasa tidak sedap hati sebelum mendengar berita sedih mengenai insiden yang menimpa mangsa daripada pegawai atasan polis.

Arwah anak yang baik 
Ibu arwah, Jamilah Daman, 63, pula berkata, mangsa yang mesra dipanggil Halim akhirnya berjaya menggapai cita-cita untuk menyarung seragam polis walaupun sekejap dan tidak pernah lupa meminta ‘restu serta doa’ selain menjemputnya untuk sama-sama menemani beliau ke pusat temu duga.
“Semasa menghantarnya ke Pulapol, dua kali dia berpatah balik berlari ke arah saya untuk memeluk dan mencium saya sehingga akhirnya dimarahi kerana semua orang sudah mula masuk ke dalam (pusat latihan).
“(Dia) Seronok sangat kerana akhirnya impian menjadi polis tercapai,” katanya.
Jenazah Norhalim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Damar jam 10 malam (Sabtu) selepas disembahyangkan di Masjid Felda Bukit Damar.
Kredit: Bernama & Berita Harian

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post “Hari Kejadian Lebih 50 Kali Saya Call. Arwah Dah Beli Baju Raya Untuk Kami & Bayar Zakat.”  appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/hari-kejadian-lebih-50-kali-saya-call-arwah-dah-beli-baju-raya-untuk-kami-bayar-zakat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isteri Arwah Nurhalim Dakwa Suaminya Sudah Bayar Zakat Fitrah Pada Hari Kejadian Tembak

Isteri Arwah Nurhalim Dakwa Suaminya Sudah Bayar Zakat Fitrah Pada Hari Kejadian Tembak

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 311 hits
TEMERLOH Konstabel Norhalim Tumiran yang maut akibat tertembak oleh rakan sepasukan sempat membuat persiapan hari raya buat semua ahli keluarga walaupun tidak pulang beraya kerana baru ditugaskan di Sibu Sarawak Isteri mangsa Nor Fitrah Ram...
Selesai Beli Persiapan Baju Raya Di Pusat Pakaian Hari Hari

Selesai Beli Persiapan Baju Raya Di Pusat Pakaian Hari Hari

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 1192 hits
hai assalammualaikum Selesai Beli Persiapan Baju Raya Di Pusat Pakaian Hari Hari Selamat Aidilfitri kepada saudara serta saudari setahun hanya sekali merayakan hari yang mulia ini Eheh ternyanyi pulak hehehe Nak bagitau nad dah selesai beli...
Tengok Kawan Kawan Ramai Di Facebook Beli Baju Raya Di Pasaraya Hari Hari Aku Terjah Terus

Tengok Kawan Kawan Ramai Di Facebook Beli Baju Raya Di Pasaraya Hari Hari Aku Terjah Terus

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 750 hits
Ligat pilih warna tema merah ni cantik kan Tinggal dua minggu sahaja lagi Syawal 2021 kan menjelma Walaupun suasana masih lagi tidak boleh merentas negeri atas faktor COVID 19 jangan biarkan hari raya kita suram ya kawan kawan Kita kena cer...
Lima Keperluan Hari Raya Yang Boleh Dibeli Dalam Talian Lebih Selamat Dan Mudah

Lima Keperluan Hari Raya Yang Boleh Dibeli Dalam Talian Lebih Selamat Dan Mudah

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 445 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan rakan yang diingati dan dikasihi sekalian Saat getir sangat ni kerana esok dah nak raya pengumuman hari raya pun telah dibuat oleh Penyimpan Mohor Be...
Baju Raya Sedondon Dengan Design Dan Warna Yang Menarik Di Pusat Pakaian Hari Hari

Baju Raya Sedondon Dengan Design Dan Warna Yang Menarik Di Pusat Pakaian Hari Hari

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 414 hits
Assalamualaikum Raya dah makin dekat nie Baju raya dah cari ke belum tu Tak kisahlah beraya kat mana sekali pun bagi Fiza baju raya nie wajib ada Bukan apa baru terasa kemeriahan raya tu Dapat pula baju yang sedondon Terasa lengkap dan maki...
Suami Pasrah Isteri Tak Sengaja Beli Baju Raya Sama Dengan Dinding Rumah

Suami Pasrah Isteri Tak Sengaja Beli Baju Raya Sama Dengan Dinding Rumah

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 286 hits
Tinggal dua hari lagi pasti ramai yang sibuk dengan persiapan menjelang Aidilfitri Meskipun tidak dapat pulang ke kampung berhari raya namun tetap diraikan secara sederhana di rumah dengan berpakaian baru di hari pertama Bagaimanapun pasti ...
Beli Semua Baju Pink 2 Kali Scan Nampak Girl Sekali Keluar Boy Pula

Beli Semua Baju Pink 2 Kali Scan Nampak Girl Sekali Keluar Boy Pula

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 437 hits
Setiap pasangan yang bakal mendapat bayi pastinya teruja dengan kehadiran si comel di dalam rahim Si kecil inilah bakal penyeri rumahtangga kelak Bila disahkan hamil tentu sekali persiapan untuk menyambut si kecil dilakukan dengan penuh tel...
Video 2 Hari Je Lg Nak Raya Allah Ambil Abah Wanita Kongsi Rakaman Call Dari Doktor Buat Netizen Sebak

Video 2 Hari Je Lg Nak Raya Allah Ambil Abah Wanita Kongsi Rakaman Call Dari Doktor Buat Netizen Sebak

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 327 hits
Jodoh rezeki dan ajal seseorang itu merupakan rahsia Allah S W T Tiada siapa dapat menduga jalan kehidupan dan juga pengakhiran seseorang di dunia ini Siapa sangka disaat orang lain berseronok dan sibuk membuat persediaan menyambut Hari Ray...
Sempat Beli Baju Raya Rm800 Untuk Bekas Suami Zarina Anjoulie Sebak Tak Dihargai

Sempat Beli Baju Raya Rm800 Untuk Bekas Suami Zarina Anjoulie Sebak Tak Dihargai

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 504 hits
Selepas sah diceraikan minggu lalu pelakon kontroversi Zarina Anjoulie berkongsi luahan isi hatinya bersama peminat dan pengikut di laman Instagram mengenai pengorbanan yang dilakukan selama ini Luahan itu dimuat naik semula di platform Tik...
Intellectual Property Protecting Ideas

Marriott Bonvoy Hotels Resorts Perkenal The Malaysian Kitchen Sajian Warisan Turun Temurun

4 Golongan Manusia Haram Disentuh Api Neraka

Resipi Taufu Fa Homemade Sangat Sedap Dimakan Sejuk

Funny18 Web Pgslot Pgslot Top 6 By Mickey Funny18 Funny18 Asia 19 25

Di Mana Nak Beli Minyak Tanah Untuk Pelita Raya

Anta Permana Datuk Seri Siti Nurhaliza Dalam Playlist King Charles Iii

Laut Tanpa Warna Nasib Nemo Bila Terumbu Karang Hilang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Uruhime Momoko Suplemen Kecantikan Perisa Pic Dari Jepun

Hada Labo Cipta Malaysia Book Of Records Penyertaan Paling Ramai Dalam Acara Penanggalan Solekan

Makan Buah Guna Baby Food Feeder

Cipta Raya Sifu M Nasir Cetak Sejarah

How Motion Controls Are Revolutionizing Fitness And Sports Gaming

Mee Kari