Isteri Arwah Nurhalim Dakwa Suaminya Sudah Bayar Zakat Fitrah Pada Hari Kejadian Tembak


 

TEMERLOH - Konstabel Norhalim Tumiran yang maut akibat tertembak oleh rakan sepasukan sempat membuat persiapan hari raya buat semua ahli keluarga walaupun tidak pulang beraya kerana baru ditugaskan di Sibu, Sarawak.
Isteri mangsa, Nor Fitrah Ramli, 25, berkata, suaminya membeli pakaian dan kasut raya untuk beliau dan anak mereka, Nur Asyfa Alisha, setahun dua bulan, serta ibu arwah secara dalam talian yang dihantar terus ke rumah keluarga arwah di Felda Bukit Damar, Lanchang di sini.
“Suami yang paling teruja setiap kali dimaklumkan barangan tiba. Dia akan membuat panggilan video dan minta kami mengenakan pakaian itu untuk melihat jika kami suka dengan hadiah yang dihantarnya dari jauh.
“Pagi hari kejadian, suami juga ada telefon untuk memaklumkan dia sudah menyelesaikan bayaran zakat fitrah buat kami sekeluarga dan ibunya kerana baru mendapat gaji,” katanya kepada pemberita di rumah arwah hari ini.
Norhalim, yang bertugas di Unit Rondaan Bermotorsikal (URB) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu, Sarawak ditemukan maut dengan kesan tembakan pada bahagian atas telinga kanan di sebuah rumah di Taman Permai yang disewa rakannya pada malam Khamis lepas.
Kejadian dipercayai berlaku apabila rakannya, yang juga anggota polis, bergurau sambil mengacukan pistol ke kepala Norhalim, 25, yang difahamkan berkunjung ke rumah tersebut untuk bermain permainan komputer sementara menunggu waktu berbuka.
Nor Fitrah, yang berasal dari Felda Lakum, Lanchang berkata, mereka berkahwin pada 19 April 2019 dan sejak itu mengetahui minat suaminya untuk menjadi anggota polis kerana arwah sering ‘mengintai’ iklan pengambilan konstabel.
Arwah, yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik, sebelum itu bekerja di sebuah syarikat keselamatan di Petaling Jaya, Selangor dan seingat Nor Fitrah, beliau sudah lima kali menemani suaminya menghadiri temu duga polis.
“Suami akhirnya terpilih mengikuti kursus di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Segamat, Johor dan sejak menerima berita itu, arwah bersenam setiap malam termasuk berjoging bagi memastikan kesihatannya berada di tahap terbaik.
“Malah suami juga meminta saya yang semasa itu bekerja di Shah Alam, Selangor untuk berhenti kerja dan kembali ke pangkuan keluarga kerana mahu saya dan anak berada bersamanya apabila dia sudah mendapat tempat bertugas,” katanya.
Nor Fitrah berkata, suaminya juga memaklumkan akan cuba mengambil cuti sempena Aidiladha untuk pulang ke kampung dan membawa mereka ke Sibu kerana telah mendapat rumah di sana selain sudah mula berkira-kira untuk membeli perabot penting dahulu.
Beliau berkata, kali terakhir mereka bertemu ialah 15 Mac lepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) apabila mereka sekeluarga menghantar suaminya ke Sibu dan ketika itu sempat membawa tempe goreng dan tat cadbury untuk dijamah arwah.
“Kami lama tidak bertemu kerana tiada lawatan di Pulapol akibat Covid-19 sejak arwah mengikuti latihan pada September 2020.
“Bagaimanapun, arwah sering menghubungi kami menggunakan telefon awam… dari situ, arwah beritahu teringin makan tempe goreng dan saya bawa sebagai kejutan,” katanya.
Mengulas kejadian itu, Nor Fitrah dihubungi rakan arwah pada 8.05 malam bertanya jika beliau ‘tahu apa-apa’, namun individu tersebut enggan mengulas lanjut menyebabkan dia mula berasa tidak sedap hati sebelum mendengar berita sedih mengenai insiden yang menimpa mangsa daripada pegawai atasan polis.
Ibu arwah, Jamilah Daman, 63, pula berkata, mangsa yang mesra dipanggil Halim akhirnya berjaya menggapai cita-cita untuk menyarung seragam polis walaupun sekejap dan tidak pernah lupa meminta ‘restu serta doa’ selain menjemputnya untuk sama-sama menemani beliau ke pusat temu duga.
“Semasa menghantarnya ke Pulapol, dua kali dia berpatah balik berlari ke arah saya untuk memeluk dan mencium saya sehingga akhirnya dimarahi kerana semua orang sudah mula masuk ke dalam (pusat latihan).
“(Dia) Seronok sangat kerana akhirnya impian menjadi polis tercapai,” katanya.
Jamilah berkata jenazah Norhalim akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Damar pada malam ini selepas disolatkan di masjid berhampiran kerana ahli keluarga mereka enggan bertangguh dalam urusan pengebumian. #sumber

http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/05/isteri-arwah-nurhalim-dakwa-suaminya.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hari Kejadian Lebih 50 Kali Saya Call Arwah Dah Beli Baju Raya Untuk Kami Bayar Zakat

Hari Kejadian Lebih 50 Kali Saya Call Arwah Dah Beli Baju Raya Untuk Kami Bayar Zakat

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 384 hits
Suami dah beli pakaian dan kasut raya untuk saya anak serta ibunya secara dalam talian dan dihantar terus ke rumah keluarga di Felda Bukit Damar Lanchang Tak sangka semua ini adalah kenangan terakhir buat kami kongsi Nor Fitrah Ramli 25 ist...
Begini Hukumnya Bagi Yang Telat Dan Lupa Bayar Zakat Fitrah

Begini Hukumnya Bagi Yang Telat Dan Lupa Bayar Zakat Fitrah

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 349 hits
Bagaimana hukumnya jika ada yang telat atau lupa bayar zakat fitrah
Cara Bayar Zakat Fitrah Secara Dalam Talian Online Negeri Pahang

Cara Bayar Zakat Fitrah Secara Dalam Talian Online Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 603 hits
Cara Bayar Zakat Fitrah secara dalam talian Negeri Pahang Assalamualaikum dan Hai Lama sangat tak kongsi cerita di blog rindu Sedar tak sedar kita dah masuk ke pertengahan Ramadan dah Bagaimana Ramadan kali ni Sama seperti tahun lepas atau ...
Zarina Zainuddin Cari Isteri Untuk Azal Sanggup Bayar Gaji Bakal Menantu

Zarina Zainuddin Cari Isteri Untuk Azal Sanggup Bayar Gaji Bakal Menantu

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 413 hits
nbsp Baru baru ini anak kepada pelakon veteran Zarina Zainuddin ada meluahkan hasratnya untuk memiliki pasangan halal Menurut laporan dari harian metro Zarina Zainuddin dikatakan sedia untuk membayar gaji kepada mana mana wanita yang sanggu...
Hiburan Segak Berbaju Melayu Viviana Lelaki Berloceng Kembali Pada Fitrah Pada Hari Raya

Hiburan Segak Berbaju Melayu Viviana Lelaki Berloceng Kembali Pada Fitrah Pada Hari Raya

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 1113 hits
Pastinya ramai yang mengenali selebriti media sosial yang juga hos program hiburan yang dikenali sebagai Viviana Abdullah di Instagram Sering menghiburkan pengikut dan peminat dengan gelagat serta nasihat berguna buat mereka di luar sana na...
Niat Zakat Fitrah Untuk Diri Sendiri Istri Anak Laki Laki Dan Perempuan

Niat Zakat Fitrah Untuk Diri Sendiri Istri Anak Laki Laki Dan Perempuan

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 502 hits
Zakat fitrah adalah kewajiban kaum muslimin di akhir Ramadhan Ia wajib tidak hanya bagi orang dewasa tetapi juga wajib bagi anak anak Bagaimana niat zakat fitrah untuk diri sendiri anak laki laki dan anak perempuan Berikut ini pembahasannya...
Perkara Wajib Para Isteri Tahu Tentang Harta Peninggalan Arwah Suami

Perkara Wajib Para Isteri Tahu Tentang Harta Peninggalan Arwah Suami

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 246 hits
ihsan google Pelbagai isu timbul apabila suami yang meninggal dunia tidak membuat apa apa perancangan terhadap harta yang ditinggalkan Di sini dikongsikan perkara perkara PENTING yang perlu para isteri fahami agar sedikit sebanyak dapat mem...
Cara Mudah Bayar Zakat Online Guna I Tap Bank Islam

Cara Mudah Bayar Zakat Online Guna I Tap Bank Islam

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 354 hits
Assalamualaikum kali ni Abe nak share dengan korang cara mudah untuk bayar zakat fitrah secara Online guna i TAP Bank Islam Semuanya djhujung jari korang je Semua bayaran Zakat Fitrah bermula 1 Ramadan 2021 sehingga pagi raya sebelum Solat ...
Apa Itu Zakat Fitrah Dan Apa Sebab Ia Wajib Ditunaikan

Apa Itu Zakat Fitrah Dan Apa Sebab Ia Wajib Ditunaikan

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 309 hits
Sebut saja Ramadan tentunya kewajipan yang perlu kita lakukan di bulan mulia ini adalah berpuasa dari terbit fajar hingga tenggelamnya matahari Selepas itu selang beberapa minggu berpuasa kita pula akan sibuk membuat persiapan untuk Hari Ra...
Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Mau Ngembangin Brand Biar Makin Cuan Saatnya Pakai Pendekatan Digital Campaign

Lelaki Misteri Pujuk Singa Terlepas Pulang Ke Kandang

Mercedes Amg Sl 63 Manufaktur Golden Coast A Limited Edition Masterpiece

Membaca Amalan Baik Untuk Mencipta Kejayaan

Indian Youth Ngo Condemns Racist Hawker S Sign In Sepang

Spm 2025 Trial Paper Questions Answers

Apa Itu Virus Hmpv Dan Gejalanya


echo '';
Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Pengertian Tawakal Dan Ayat Hadits Yang Menjelaskannya

Tissue Or Handkerchief Which Is Better

Guan Eng Akmal Call For Punishment Against Racist Corn Seller

Aide Accuses Steven Sim Of Backstabbing Guan Eng At Kit Siang S Appreciation Dinner

Lirik Lagu Selendang Ibunda Iman Troye

Teknologi Instalasi Listrik Modern Yang Mengurangi Konsumsi Daya