Hari Kedua Aidiladha
HARI KEDUA AIDILADHA. بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Syukur masih lagi Allah swt izin PC dan kita semua untuk bernafas. MasyaAllah. Terima kasih Allah. Walaupun berjauhan daripada keluarga masing-masing, tidak dapat berkumpul dengan keluarga dan adik beradik, tidak mengapalah. Iidak boleh merentas daerah. Tidak boleh merentas negeri. Tapi tetap sahaja masih boleh berhubung satu dengan yang lain. Memang tidak sama bertemu fizikal itu lebih memberi nikmat. Namun begitu, bagi yang berjaya merentas daerah atau negeri tu, itu rezeki awak. Semoga rezeki yang awak kecapi memberi berlimpah keberkatan untuk orang lain dan untuk insan disekeliling awak ya.
Memang kebiasaannya Aidiladha kurang meriah berbanding Aidilfitri, kecuali dibeberapa buah negeri apatah lagi dalam keadaan sekarang. Lebih bertambah suram dan hambar. Setiap hari yang dilalui seakan kurang berseri juga. Hari ini hari kedua Aidiladha. Kalau mungkin sebelum ini meriah dengan gotong royong ibadah korban sana sini, tidak lagi sekarang ini. Ada ibadah korban tapi sangat terhad yang diperbolehkan. Sangat-sangat berbeza. Alam ini semakin uzur. Semakin banyak juga yang perlu kita pelajari atas apa yang terjadi sekarang.
Setiap hari masih lagi menjalani kehidupan dengan bermacam rasa. Lebih mencengkam rasa bila ada yang dapar bertemu keluarga. Bukan kerana iri hati atau cemburu, namun besar harapan yang sebenarnya adalah yang masih mahu memtuhi segenap ketetapan SOP tidak lagi menjadi mangsa. Aamiin. Kesinkanlah kami. Empati la dengan persekitaran dan orang lain juga.
Keseronokkan dan kegembiraan boleh bertukar pada bila-bila masa sahaja kepada kita. Jika apa yang kita lakukan yang memacunya adalah rasa bahagia atau gembira, boleh jadi sebentar lagi bertukar menjadi duka yang berpanjangan. Sesiapapun tetap terdedah dengan pelbagai risiko. harap maklum.
SekianTinta Perdu Cinta ❤Hari Kedua Aidiladha
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.perducinta.com/2021/07/hari-kedua-aidiladha.html