Atlet Malaysia Tampil Aksi Lemah Pada Hari Kedua Olimpik Tokyo


Pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying terpaksa akur kepada kehebatan gandingan Hong Kong Tang Chun Man-Tse Ying Suet, apabila tumpas 18-21, 21-10, 16-21 dalam aksi Kumpulan D, semalam. (Gambar AP)


TOKYO: Barisan atlet negara menampilkan aksi hambar pada hari kedua temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 apabila gagal memberi impak dalam acara masing-masing pada Sabtu.

Kem badminton yang menjadi taruhan meraih pingat pada temasya sukan terbesar dunia itu mempamerkan prestasi mengecewakan apabila dua daripada tiga wakil Malaysia beraksi, tumpas kepada lawan mereka dalam aksi pembukaan acara itu di Plaza Sukan Musashino Forest, Tokyo.

Pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying terpaksa akur kepada kehebatan gandingan Hong Kong Tang Chun Man-Tse Ying Suet, apabila tumpas 18-21, 21-10, 16-21 dalam aksi Kumpulan D.

Kekalahan tersebut menyaksikan beregu negara itu tidak mempunyai pilihan selain perlu menang ke atas gandingan Jerman, Mark Lamsfuss-Isabel Herttrich dalam aksi kedua kumpulan esok bagi menghidupkan peluang ke pusingan kalah mati.

Sementara itu, beregu wanita negara Chow Mei Kuan-Meng Yean turut gagal mempamerkan aksi terbaik apabila kecundang kepada beregu Indonesia Greysia Polii-Apriyani Rahayu.

Pasangan negara itu yang membuat penampilan pertama di pentas Olimpik Tokyo, terpaksa akur di tangan Greysia Polii-Apriyani Rahayu 14-21, 17-21 dalam aksi pembukaan Kumpulan A

Kekalahan itu menyaksikan Mei Kuan-Meng Yean berdepan laluan sukar untuk mara ke pusingan kalah mati apabila mereka dijadual bertemu pasangan nombor satu dunia dari Jepun, Sayaka Hirota-Yuki Fukushima pada Ahad dan beregu England, Chloe Birch-Lauren Smith yang turut diundi dalam kumpulan sama.


Dalam pada itu, beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik sedikit memberikan keceriaan kepada kontinjen negara apabila mengejutkan pasangan Korea Selatan yang berada di ranking ketujuh dunia, Choi Solgyu-Seo Seungjae 24-22, 21-15 dalam perlawanan Kumpulan D.

Gandingan Malaysia itu yang menghuni ranking kesembilan dunia, bagaimanapun bakal berdepan tugas getir apabila dijadual bertemu beregu di ranking kedua dunia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia pada Isnin (26 Julai) sebelum melengkapkan jadual kumpulan bertemu pasangan Kanada Jason Ho-Shue-Nyl Yakura paa Selasa (27 Julai).

Hanya dua beregu terbaik setiap kumpulan mara ke peringkat suku akhir.


Sementara itu, hasrat atlet gimnastik artistik lelaki negara, Jeremiah Loo Phay Xing untuk mara ke final acara Individu All-Around tidak kesampaian apabila sekadar menduduki tempat ke-62 daripada keseluruhan 66 peserta dalam acara berlangsung di Pusat Gimnastik Ariake.

Pada aksi kumpulan pertama melibatkan 22 gimnas, Jeremiah menamatkan saingan di kedudukan ke-19 dengan mengutip keseluruhan 67.498 mata.

Atlet berusia 23 tahun itu, yang membuat penampilan pertama di pentas Olimpik mengumpul 13.100 mata dalam senaman lantai, kekuda berpelana (12.266), gelang roman (7.700), melombol (12.466), palang imbangan (10.200) dan acara palang tunggal (11.766).

Hanya 24 gimnas terbaik dengan maksimum dua wakil setiap negara layak ke final bagi acara Individu All-Around yang akan berlangsung pada Rabu depan.


Perenang negara, Welson Sim Wee Sheng turut gagal meloloskan diri ke peringkat akhir acara 400 meter gaya bebas lelaki pada temasya sukan itu.

Atlet kelahiran Sarawak berusia 24 tahun itu menamatkan saingan di kedudukan ke-33 keseluruhan daripada 36 perenang dalam acara berkenaan yang berlangsung di Pusat Akuatik Tokyo.

Hanya lapan perenang teratas mara ke peringkat akhir pada Ahad (25 Julai).

Terdahulu, Welson menduduki tempat keenam dalam saringan kedua selepas mencatat masa 3:58.25 saat.


Sementara itu, pemain perseorangan lelaki Lee Zii Jia akan turun beraksi pada perlawanan pertama bertemu pemain Ukraine Artem Pochtarov, pada Ahad.


Selain itu, aksi melibatkan atlet Malaysia hari ini juga menyaksikan ratu gimnastik negara Farah Ann Abdul Hadi akan membuat penampilan dalam pusingan kelayakan acara All-Around Individu Wanita serta Welson bagi acara saringan 200 meter gaya bebas dan Phee Jinq En dalam acara 100 meter kuak dada wanita.

Acara pelayaran turut akan memulakan aksi hari ini melibatkan Nur Shazrin Mohamad Latif dalam acara Laser Radial Wanita dan Khairulnizam Mohd Affendy bagi acara Laser Standard Lelaki.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/07/atlet-malaysia-tampil-aksi-lemah-pada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jadual Profil Atlet Malaysia Olimpik Tokyo 2020

Jadual Profil Atlet Malaysia Olimpik Tokyo 2020

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 360 hits
30 atlet negara sahkan tempat ke temasya Olimpik Tokyo 2020 MISI BURU EMAS PERTAMA S ehari lagi sebelum sukan terbesar dunia Sukan Olimpik Tokyo 2020 bakal membuka tirai Seramai 30 atlet Malaysia dari 10 acara sukan akan mengambil bahagian ...
Demi Malaysia Lagu Rasmi Atlet Negara Sempena Sukan Olimpik 2020 Tokyo Jepun

Demi Malaysia Lagu Rasmi Atlet Negara Sempena Sukan Olimpik 2020 Tokyo Jepun

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 780 hits
Demi Malaysia merupakan tajuk lagu yang dinyanyikan oleh tiga artis popular tanah air iaitu Datuk Awie Jaclyn Victor dan Naim Daniel Kementerian Belia dan Sukan telah memperdengarkan lagu tersebut yang diilhamkan daripada semangat juang atl...
Hiburan Tak Kemas Semak Chef Wan Kritik Busana Atlet Malaysia Di Pembukaan Sukan Olimpik

Hiburan Tak Kemas Semak Chef Wan Kritik Busana Atlet Malaysia Di Pembukaan Sukan Olimpik

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 459 hits
Cef selebriti terkenal Chef Wan memberi pandangan tentang busana yang dipakai delegasi atlet negara baru baru ini di acara pembukaan Sukan Olimpik Tokyo Jepun kelihatan serabut dan tidak kemas AdvertisementMenerusi perkongsian di akaun Inst...
Korang Boleh Dapatkan Set Nasi Lemak Percuma Di Sambutan Tahun Kedua Hari Nasi Lemak Marrybrown

Korang Boleh Dapatkan Set Nasi Lemak Percuma Di Sambutan Tahun Kedua Hari Nasi Lemak Marrybrown

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 356 hits
Hi Korang Yesza nasi lemak memang jadi kegemaran rakyat Malaysia kan Tak kira tua muda kecik besar semua orang mengemarinya samada di hidangkan berlauk ataupun hanya nasi lemak semata kerana nasi itu sendiri sudah enak kak lily rasa hehehhe...
Olimpik Tokyo Perseorangan Negara Lee Zii Jia Terkandas Disekat Chen Long 21 8 19 21 5 21

Olimpik Tokyo Perseorangan Negara Lee Zii Jia Terkandas Disekat Chen Long 21 8 19 21 5 21

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 310 hits
TOKYO Langkah perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 menemui noktah selepas akur dengan kekalahan 21 8 19 21 5 21 kepada juara bertahan dari China Chen Long sebentar tadi Pada aksi pusingan kalah mati yang berl...
Lihat Siapa Di Depan Perlekeh Malaysia Selepas Lsraei Raih Pingat Pertama Di Olimpik 2020

Lihat Siapa Di Depan Perlekeh Malaysia Selepas Lsraei Raih Pingat Pertama Di Olimpik 2020

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 358 hits
Umum ketahui bahawa Malaysia tidak mempunyai hubungan yang baik bersama lsraeI yang dikuasai oleh Zi0nis berserta kekjaman yang dibuat terhadap PaIestin membuatkan rakyat Malaysia kurang senang dengan lsraeI Ketegangan antara Malaysia dan l...
Kento Momota Tersingkir Dalam Olimpik Tokyo 2020 Tewas Kepada Pemain Korea Heo Kwang Hee

Kento Momota Tersingkir Dalam Olimpik Tokyo 2020 Tewas Kepada Pemain Korea Heo Kwang Hee

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 517 hits
Kento Momota Tersingkir Dalam Olimpik Tokyo 2020 Tewas Kepada Pemain Korea Heo Kwang Hee Pemain Nombor 1 dunia dalam arena Badminton Kento Momota terpaksa akur selepas tewas kepada wakil daripada Korea Selatan iaitu Heo Kwang Hee dalam perl...
Hari Kedua Aidiladha

Hari Kedua Aidiladha

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 242 hits
HARI KEDUA AIDILADHA Assalammualaikum wbt Syukur masih lagi Allah swt izin PC dan kita semua untuk bernafas MasyaAllah Terima kasih Allah Walaupun berjauhan daripada keluarga masing masing tidak dapat berkumpul dengan keluarga dan adik bera...
Meski Lawan Acara Pembukaan Olimpik Tokyo The Sixth Sense 2 Berjaya Raih Rating Tertinggi

Meski Lawan Acara Pembukaan Olimpik Tokyo The Sixth Sense 2 Berjaya Raih Rating Tertinggi

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 391 hits
The Sixth Sense memang serius kelakar ya dah masuk musim kedua pun masih kelakar dan menarik setiap episodnya Meskipun banyak program TV dibatalkan siaran pada Jumaat lalu bagi memberi laluan kepada acara pembukaan Sukan Olimpik Tokyo 2020 ...
Rafizi Ramli Protes Pemilihan Pkr Ini Yang Berlaku Sebenarnya

Need And Want

Sahabat Sejati Permata Yang Sukar Dicari Tapi Sentiasa Ada Ketika Diperlukan

Jodoh Itu Memang Takdir Tetapi Kamu Berhak Memilih Jodoh Terbaikmu

Gempar Shamsul Iskandar Dedah Kenapa Pmx Mahu Singkirkan Rafizi Ma

Makan Malam Di Rodakafe Kulai

Sepak Takraw Piala Asia Penantian 34 Tahun Regu Berpasukan Berlarutan Thailand Tewaskan Malaysia 2 0

11 Kandang Terbakar Lebih 600 000 Ekor Ayam Mati


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mutiara Terhasil Luka Jadi Nilai

Tattoo Supplies Essential Tools For Professional Tattoo Artists

Hadiah Hari Guru

Pemilihan Pkr Bila Penamat Kian Hampir

Suami Didakwa Lembik Lepas Makan Pizza Wagyu Usahawan Kontroversi Doktor Suspek Keracunan Makanan

Kedutaan Indonesia Di Malaysia Gesa Rakyatnya Yang Tiada Permit Pulang Ke Tanah Air