Hari Ke 21 Ramadhan Blog Cik Matahariku Capai 40 Juta Pageviews
As Salam,
Hari ke-21 Ramadhan, Blog Cik Matahariku Capai 40 Juta Pageviews-AlHamdulillah.Entah kerana keberkatan Ramadhan atau entah penangan apa, Pageviews Blog saya naik dengan sangat mendadak sempena bulan Ramadhan kali ini.yay!!Dulu-dulu kalau nak kongsi gud news dapat pageviews dengan jutaan, paling kurang 3 bulan, kali ini selepas dua minggu saya kongsikan berita pageviews blog saya capai 39 juta PV, hari ini ia sudah menjangkau 40 juta pageviews
Hari ke-21 Ramadhan, Blog Cik Matahariku Capai 40 Juta Pageviews
Syukur atas kesudian para pelawat dan pembaca maya yang sudi meluangkan masa singgah di blog kecil yang tidak sepertinya ini.uhuk.uhuk
Pageviews harian blog mencapai sehingga 90k sehari-Agak-agak apa yang readers cari di blog saya ya
Saya tidaklah mengharapkan terlalu banyak dengan peningkatan pageviews ini, melainkan content blog dan post yang saya publish, memang itulah yang diharapkan dan diperlukan oleh readers blog saya.Kita sendiri pun, bukan tidak pernah sampai ke satu website atau blog, tapi tidak dapat seperti yang kita harapkan.Tajuk entry indah khabar dari rupa
Tips Traffic Blog Naik Berganda Pada Bulan RamadhanPart inilah yang paling best.Mesti korang pun nak tahu sangat.Apa tips dan trick untuk kita gandakan sales trafic blog menjelang bulan Ramadhan kann.Nak-nak kalau anda kalangan Blogger yang pasang iklan Adsense dalam blog macam saya.Agak-agak dengan pageviews sehari menjangkau 90k, berapa pendapatan Adsense di blog saya kan.muehehe
Antara post resepi yang evergreen :) sepanjang masa akan ada sahaja readers mencari cara buat bergedil kentang homemade sebab harganya yang semakin mahal di pasaran.heh
Salah satu kuih kegemaran ramai rakyat Malaysia, tak kira bangsa dan agama.Kuih karipap selalu jadi isu time bulan Ramadhan kerana ramai yang terbeli karipap angin di bazaar, jadi kalau nak puas hati makan karipap, baik kita buat sendiri kann
Ramai yang pakar buat agar-agar santan yang sedap dan menarik, tapi saya ambil pendekatan, untuk kongsi buat agar-agar supaya terbentuk agar-agar dengan dua lapisan
Ini pula apam gula hangus-antara jenis kuih paling simple, tak banyak bahan tapi sedap bukan main.haha
Orait, Jom saya kongsikan berdasarkan pengalaman peribadi menulis di blog sendiri
Publish post yang ada content berkaitan bulan Ramadhan bukanlah pada bulan Ramadhan sahaja, adalah lebih baik kalau post berkaitan sudah anda publish sejak 3 bulan lepas atau setahun lepas.haha.Ini memang real.Google search akan ambil masa untuk jejak artikel yang ada dalam enjin carian dia.At least kalau kita nak artikel kita berada pada first page enjin carian, atau lebih mantap lagi berada pada kedudukan top three rangking, ia bergantung juga pada bilangan views artikel tersebut. Kalau kebetulan artikel banyak dapat sharing, lagi mudah ia berada pada rangking first enjin carian.Aspek keoriginalan content juga diambil kira.Elakkan copy paste.Dalam kebanyakan post, saya publish entry dengan tulisan dan idea sendiri, ditambah juga dengan gambar-gambar yang saya edit dan ambil dengan kamera sendiri.Sebab tu saya cadangkan, kalau rasa nak ambik gambar dari image google pun, cubalah taip story sendiri.Bulan Ramadhan, kebanyakan readers memang akan cari resepi makanan.Believe me.Entah.Macamlah depa ni baru nak masak setahun sekali kan.ahaks. Tapi itulah realitinya.Nak tak nak, sejak bulan Zulhijjah lagi, korang dah kena rancang entri masakan atau resepi yang simple, tapi best dan confirm sedap tau.haha.Gambar pulak kena cantik tau.Jangan kelam, blur atau kecik sangat.Tulislah entry yang bersifat evergreen.Maksudnya, kalau korang cakap pasal topik tersebut atau kongsi info tentang topik itu, tak kira bulan Ramadhan atau Muharam sekalipun, readers akan sentiasa cari info tersebut.Jika di blog sendiri, saya pilih untuk kongsi resepi yang orang tak akan cari pada bulan Ramadhan sahaja, bulan lain pun orang nak tahu dan nak belajar cara buat atau masak resepi hidangan tersebut.( Sila rujuk pic yang saya kongsi di atas)Part last ni, mesti korang lemah sikit nak buat kot.Pastikan artikel atau post yang korang publish tu at least panjangnya sekitar 300 patah perkataan.Ko sanggup?kihkih.Korang nak tahu kenapa? Robot enjin carian Google suka kalau artikel ko tu panjang berjela.Sungguh.Walaupun kau cuma cerita cara nak buat sambal belacan.Trust me.
Mengapa Entry atau Post Kita Sangat Penting di Ranking Dalam Page Google Search ?Ia tak lain tak bukan sebab dari situlah readers baru jumpa blog atau website korang.Sebab tu, kalau betul tujuan korang berblog sebab nak bantu orang lain atau sebab nak kongsi info, korang kena make sure faktor-faktor ini diambil kira:).Bagi saya pula, alang-alang menulis, nak bagi readers dapat manfaat perkara yang kita share dalam blog, kita dapat buat amal jariah, pada masa sama juga dapat jana pasif income dari blog.kannnnn?
Maaf sungguh-sungguh.Saya memang tiada followers yang setia atau saya rapat betul atau yang saya kenal dalam dunia blogging ini.Kalau ada kalangan rakan Blogger yang rajin komen di entri yang saya post, saya paling ingat dia ni-Warisan Petani-Itupun bukan semua entri saya dia akan komen. Saya nak tengok dia komen atau tidak post saya yang ini.haha
Jadi, saya ingin berterima kasih kepada anda semua yang pernah singgah di blog kecil ini, terima kasih atas segala kebaikan dan kesudian kalian bertandang ke Blog Cik Matahariku:)
Semoga Allah membalasi semua kebaikan itu dengan ganjaran yang lebih baik.aamin
Apapun yang kita buat, kembali kepada kehendak agama.Allah suruh kita, bila buat sesuatu pekerjaan, buatlah dengan sungguh-sungguh dan sehabis baik.Saya pun sedang berusaha dan belajar ke arah itu.Semoga usaha-usaha kita meraih redhoNya dipermudahkan.aamin
Selamat Mencari Malam Lailatul Qadr:)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://cikmatahariku.blogspot.com/2019/05/hari-ke-21-ramadhan-blog-cik-matahariku.html