Road To 9 Juta Total Pageviews Blog
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Bulan lepas time saya jarang update blog, selalu je jenguk blog sendiri haha. Tengok total pageviews blog lembab bergerak hmm. Yelah dah tak aktif berblogging selama 3 bulan (Februari - April 2019), what do you expect Sayidah Napisah binti Mar Ramli? (amboi nama full haha!). Memang le susah nak naik angka total pageviews blog tu. Padan muka dengan diri sendiri muehehe.
Bulan lepas tak silap saya.. total pageview (all time history) around 8.4 juta.. and then now saya tengok dah hampir 8.9 juta! Alhamdulillah. Terima kasih Allah kerana telah hidupkan 'jiwa' berblogging semula kepada saya; untuk kembali aktif update blog pada bulan Mei ni. Berkat Ramadhan mungkin, aura rajin plus semangat berkobar kobar tu menyerap masuk dalam badan saya hehhee.
road to 9 juta total pageviews blog!
road to 9 juta total pageviews blog!Saya pernah cakap tak.. "saya ni kalau malas, malas sungguh. kalau rajin, rajin sungguh". hahaha. Kalau rajin tahap gaban tu datang.. saya pernah buat 6 entri dalam 1 hari. Kalau malas? 2 entri dalam 1 bulan. hahaha.
Masuk je bulan Mei.. Saya pulun buat entri blog hampir setiap hari. Fikir nak cerita pasal apa, buat kisah apa, nak beri tips apa, share info best apa. Berteka teki nak cipta tajuk macam mana yang boleh menarik perhatian orang. Cari bahan. Brainstorming idea. Sentiasa stay alert on isu panas atau berita semasa yang sedang berlaku. Analisis what people like and dislike. And so on.
Lepas buat entri, sibuk pula share entri di group-group Facebook (FB) one by one. Kalau entri resepi makanan atau minuman, saya share di group FB yang related dengan masakan. Kalau entri berbentuk fakta, berita semasa atau any cerita, saya share di group FB yang bersesuaian.
Lepas share, balas komen komen yang orang komen di post FB tersebut. What for? Untuk naikkan engagement post tu. So that orang lain akan nampak post kita tu and then they will like it, comment and share (if they want).
Nasib baik bulan Ramadhan ni saya tak banyak job mengajar kelas tutor Math & Addmath, so I can focus more on my blog. Maklumlah bila masa puasa, hujung minggu kebanyakan student mesti nak balik kampung. Malam weekdays pula nak bertarawih. Petang weekdays pula mesti mereka dah penat belajar di sekolah dari pagi hingga petang. Dengan kelas tambahan lagi. Tu yang masa ada banyak free dan saya lebih banyak luangkan untuk meng-update blog & blogwalking.
And right now.. Alhamdulillah dah hampir 50 entri sudah dipublish untuk bulan ini. Target saya 60 something untuk menjadikan bulan ini adalah bulan paling banyak entri dihasilkan dalam tahun 2019. InshaaAllah wish me luck! Hehee.
InshaaAllah juga, sempena total PV blog saya yang hampir mencecah 9 juta, saya akan buat satu entri special macam mana cara untuk dapatkan pageviews BERIBU-RIBAN dengan mudah (plus rajin) dalam SATU hari. (berdasarkan pengalaman dan cara saya sendiri hee)
if not now.. then when?Okay itu sahaja.
Till next time, daa~ wassalam! :)
BACA JUGA:
- jangan takut untuk berdomain sendiri (.com)- Jom Tengok 40 Keyword Entri Blog Semalam & Minggu ini!- dulu dulu.. malu nak mengaku ada blog, segan nak promote entri
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.sayidahnapisah.com/2019/05/road-to-9-juta-total-pageviews-blog.html