Hari Ke 13 Saksi Tak Tahu Rm42 Juta Dari Dana Src


Wartawan Malaysiakini 

   
LANGSUNG l Perbicaraan membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd memasuki hari ke-13 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Ikuti perbicaraan ini yang dilaporkan Malaysiakini secara langsung:


3.20pm: Saksi ke-30, Norhayati berkata beliau tidak tahu sama ada wang yang terlibat dalam pemindahan dari Gandingan Mentari ke akaun Ihsan Perdana adalah dari SRC International atau tidak.

Saksi itu berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh peguam bela Najib, Farhan Read.
"Puan, adakah kamu tahu sama ada sumber wang itu berasal dari SRC International?
"Saya tidak tahu," jawab Norhayati.

Mahkamah terdahulu mendengar keterangan dari pegawai bank itu mengenai transaksi dari SRC International yang masuk ke akaun Gandingan Mentari sebelum dipindahkan ke akaun Ihsan Perdana.

Terdahulu hari ini, Norhayati mengesahkan RM42 juta dipindahkan dari akaun Ihsan Perdana kepada dua akaun Ambank Najib dengan nombor akhir 880 dan 906.

1pm: Norhayati mengesahkan bahawa akaun semasa Affin Bank milik Ihsan Perdana bernombor 106180001108 menerima sejumlah RM50 juta dari akaun semasa Ambank milik Gandingan Mentari Sdn Bhd antara Disember 2014 dan Februari 2015.

Semasa pemeriksaan utama oleh DPP Sulaiman Kho, beliau berkata berdasarkan dokumen bank, RM40 juta dipindahkan dari Gandingan Mentari ke Ihsan Perdana pada 24 Disember 2014; RM5 juta pada 5 Feb 2015; dan RM5 juta pada 6 Feb 2015.

Ini sama dengan keterangan sebelum ini bahawa wang sebanyak RM50 juta dimasukkan dari akaun Gandingan Mentari ke akaun Ihsan Perdana.

12.05pm: Pengarah Urusan Ihsan Perdana, Shamsul Anwar Sulaiman muncul di mahkamah untuk dicamkan oleh Norhayati selaku saksi perbicaraan.

Shamsul muncul dari bilik saksi dan dilihat tenang ketika dikenal pasti oleh Norhayati sebelum memberikan kad pengenalannya kepada hakim.

Selepas dicamkan, Shamsul berjalan kembali ke bilik saksi.

Terdahulu, Norhayati memberi keterangan bahawa Shamsul merupakan salah seorang daripada dua penandatangan rasmi Ihsan Perdana bagi pemindahan wang daripada akaun Affin Bank.

Penandatangan lain yang diberi kuasa untuk akaun Ihsan Perdana dengan Affin Bank ialah Abdul Aziz Ismail.

Pada 2017, pasukan petugas khas 1MDB dilapor menahan Shamsul sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap dana syarikat pelaburan berkenaan.

11.30am: Pengurus Affin Bank cawangan The Curve di Petaling Jaya, Norhayati Mohd Yunus, mengesahkan terdapat tiga pemindahan berjumlah RM42 juta daripada akaun bank anak syarikat SRC International, Ihsan Perdana kepada dua akaun Najib Razak antara Dis 2014 dan Feb 2015.

Tiga pemindahan itu melibatkan sejumlah RM27 juta, RM10 juta dan RM5 juta.

Norhayati berkata borang pemindahan berasingan melibatkan pemindahan RM27 juta, RM5 juta dan RM10 juta itu ditandatangani dan diberi kuasa bersama kepada Shamsul Anwar dan Abdul Aziz.

Shamsul Anwar dan Abdul Aziz adalah penandatangan yang sah di akaun Ihsan Perdana yang mana RM42 juta dipindahkan ke dua akaun Ambank milik Najib

Semasa pemeriksaan utama oleh Sulaiman Kho, saksi ke-30 itu berkata akaun Ihsan Perdana dengan nombor akhir 1108 telah memindahkan RM27 juta kepada akaun Ambank milik Najib dengan nombor akhir 880 pada 26 Disember 2014.

Beliau berkata, terdapat pemindahan dari akaun Affin Bank yang sama sebanyak RM5 juta kepada akaun Ambank Najib dengan nombor akhir 906 pada 26 Disember 2014.

Dalam keterangannya Norhayati berkata satu lagi pemindahan melibatkan RM10 juta daripada akaun Affin Bank kepada akaun Ambank milik Najib dengan nombor akhir 880 berlaku pada 10 Feb 2015.

Saksi juga memberi keterangan bahawa Ihsan Perdana yang pada satu ketika pernah dinamakan sebagai Gem Horizon Sdn Bhd mempunyai tiga akaun semasa dengan Affin Bank cawangan The Curve.

Akaun semasa itu bernombor 1011811300 yang dibuka pada 5 Ogos 2011, 106180001001 yang dibuka pada 5 Jan 2012 dan 106180001108 dibuka pada 1 Jun 2012
10.34am: Amirul memberitahu beliau berada di bawah tekanan dan terburu-buru ketika menyediakan kertas pelaburan KWAP untuk pinjaman RM4 bilion kepada SRC International.

"Saya diminta oleh pihak pengurusan untuk mempercepatkan permohonan itu.

"Kalau tengok, terdapat beberapa mesyuarat dalam masa terdekat. Kalau 'miss' meeting go for next one. Tapi di sini, tergesa-gesa untuk setiap mesyuarat.

"Terdapat banyak tekanan untuk percepatkan benda ni semua," katanya kepada DPP Ishak.

Hakim Nazlan kemudian membenarkan Amirul dipanggil kembali untuk pemeriksaan balas oleh peguam Harvinderjit Singh

Hakim membenarkan permohonan Shafee yang mengetuai pasukan peguam pembela Najib untuk menangguhkan pemeriksaan balas kerana Harvinderjit mengalami keracunan makanan dan tidak dapat hadir hari ini.

DPP Sithambaram mengatakan pihak pendakwaan tidak mempunyai sebarang bantahan.

10.32am: Pegawai KWAP, Amirul memberitahu mahkamah bahawa beliau hanya menerima kira-kira 25 peratus dokumen yang diperlukan daripada SRC International semasa menyediakan kertas kerja untuk meluluskan permohonan pinjaman itu.

Amirul berkata beliau harus bergantung pada apa sahaja yang diterima dari SRC International untuk mengendalikan kertas pelaburan bagi dipersembahkan kepada panel pelaburan KWAP.

Ishak: Jika dilihat exchange of email dirujuk dalam keterangan, yang mohon banyak maklumat, adakah maklumat diperolehi?
Amirul: Ada sikitlah, tak semua

Ishak: Berapa percent tu?
Amirul: 25 percent

Ishak: Dan awak terpaksa bertindak berdasarkan 25 percent tu?
Amirul: Ya

10.20am : Amirul berkata KWAP pada akhirnya memberikan pinjaman RM4 bilion kepada SRC International daripada RM3.95 bilion yang asalnya dikehendaki. Disebabkan pinjaman pertama berjumlah RM2 bilion, maka RM2 bilion lagi adalah pinjaman berasingan untuk SRC.

Saksi itu memberitahu DPP Ishak bahawa KWAP meluluskan RM2 bilion bagi permohonan pinjaman pertama SRC sebanyak RM3.95 bilion.

Beliau berkata SRC International kemudian membuat permohonan pinjaman kedua sebanyak RM2 bilion yang diberikan dengan jumlah yang sama oleh KWAP.

Amirul berkata secara keseluruhan jumlah pinjaman KWAP kepada SRC International berjumlah RM4 bilion.

10.12am: Amirul berkata pinjaman RM4 bilion yang diberikan KWAP kepada SRC International adalah yang terbesar pernah dilihatnya sepanjang berkhidmat dengan KWAP.

"RM4 bilion (pinjaman) adalah yang terbesar yang dipersetujui oleh KWAP yang saya pernah lihat," kata saksi itu kepada DPP Ishak semasa pemeriksaan utama

10am: Najib Razak menandatangani surat jaminan kerajaan bagi pinjaman kedua SRC International bernilai RM2 bilion daripada KWAP, kata saksi Amirul Imran Ahmat.

Amirul memberi keterangan bahawa Najib menandatangani surat tersebut selaku perdana menteri dan menteri kewangan ketika itu.

Dokumen perjanjian pinjaman itu, katanya, ditandatangani antara CEO KWAP pada masa itu, Azian Mohd Noh dan pengarah SRC International Suboh Md Yassin.

9.34am: Amirul berkata pada 22 Mac 2012, beliau menerima e-mel dari Nik Faisal kepada Azian Nor bahawa perdana menteri dan menteri kewangan (Najib) telah membuat keputusan mengenai pembiayaan tambahan RM2 bilion.

Saksi itu mengatakan bahawa dia diarahkan oleh ketuanya ketika itu, Nor Hisyam untuk menyediakan 'surat pekeliling' atas pinjaman berkenaan.

"Ia adalah satu jumlah sekali gus, berdasarkan perbincangan dengan PM," kata Amirul.

Amirul berkata Najib adalah pengerusi lembaga penasihat 1MDB dalam kaitan kertas pelaburan panel yang disediakannya, berhubung pembiayaan tambahan berkenaan.

9.16am: Amirul memberi keterangan bahawa pada 14 Februari 2012, beliau menerima e-mel dari bekas pengarah kewangan 1MDB, Terrence Geh yang meminta kelulusan untuk mendapatkan pembiayaan tambahan sebanyak RM2 bilion yang akan dijamin oleh kerajaan

Semasa pemeriksaan utama oleh DPP Ishak Mohd Yusoff, saksi ke-29 itu mengatakan pada 14 Mac 2012, beliau menerima resolusi daripada lembaga pengarah SRC International untuk mendapatkan pinjaman tambahan RM2 bilion.

9.07am: Najib memasuki kandang tertuduh apabila hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali memasuki mahkamah untuk meneruskan pemeriksaan utama terhadap saksi ke-29, Amirul Imran Ahmat.

Amirul merupakan bekas pembantu naib presiden di Jabatan Pendapatan Tetap, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP).


9.00am: Najib yang dilihat memakai sut biru memasuki bilik mahkamah dan mengambil tempat duduk di barisan hadapan galeri awam, sementara menunggu perbicaraan bermula.

Ketua peguam yang mewakilinya, Muhammad Shafee Abdullah juga dilihat mengambil tempat duduk bersama peguam-peguam lain.

Peguam Negara Tommy Thomas juga dilihat mengambil tempat duduknya dan berbincang dengan anggota pasukan pendakwaan yang lain.

Timbalan Pendakwaraya,  V Sithambaram dan anggota pasukan pendakwaan yang lain juga dilihat mengambil tempat di hadapan.

Najib dibicarakan atas tiga tuduhan pecah amanah (CBT) di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan; tiga tuduhan pengubahan wang haram di bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Amlatfa); dan salah guna kuasa di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009

Jika sabit kesalahan, anggota parlimen Pekan itu boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun, sebat dan denda bagi pertuduhan pecah amanah; penjara 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah yang terlibat atau bersamaan RM10,000 yang mana lebih tinggi kerana salahguna kuasa; dan penjara 15 tahun dan denda sehingga RM15 juta atau lima kali jumlah yang terlibat, yang mana lebih tinggi, bagi pertuduhan pengubahan wang haram.

Perbicaraan dijalankan di hadapan hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dan bermula pada jam 9 pagi.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/wartawan-malaysiakini-langsung-l.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Src Najib Saksi Kata Terima Kontrak Pertahanan Bernilai Rm2 5 Juta

Kes Src Najib Saksi Kata Terima Kontrak Pertahanan Bernilai Rm2 5 Juta

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 358 hits
Perbicaraan hari ke 8 bermula dengan bekas perdana menteri Najib Razak itu memasuki kandang tertuduh Dengan bersut berwarna coklat pudar beliau tampak tenang ketika melangkah masuk ke mahkamah Saksi ke 18 hari yang merupakan seorang peguam ...
Projek Src International Nampak Hebat Atas Kertas Saksi

Projek Src International Nampak Hebat Atas Kertas Saksi

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 286 hits
Saksi Penolong Naib Presiden di Jabatan Pendapatan Tetap KWAP Amirul Imran Ahmat hadir untuk perbicaraan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kes SRC International Sdn Bhd di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur foto HAZROL ZAINAL KUA...
Rm170 Juta Masuk Ke Akaun Src Daripada Dua Syarikat Pembinaan

Rm170 Juta Masuk Ke Akaun Src Daripada Dua Syarikat Pembinaan

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 209 hits
Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa terdapat pemindahan wang berjumlah RM170 juta daripada akaun dua buah syarikat pembinaan ke dalam akaun SRC International Sdn Bhd Penolong Pengurus Maybank Kuala Lumpur Halijah Abdu...
Bicara Najib Src Pegawai Bank Sahkan Rm50 Juta Dikreditkan Ke Ihsan Perdana

Bicara Najib Src Pegawai Bank Sahkan Rm50 Juta Dikreditkan Ke Ihsan Perdana

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 435 hits
foto sumber internetKUALA LUMPUR Seorang Pegawai Pemprosesan Affin Bank mengesahkan bank tersebut telah mengkreditkan wang tunai ke akaun pelanggannya Ihsan Perdana Sdn Bhd daripada akaun AmIslamic Bank Syarikat Gandingan Mentari Sdn Bhd se...
Saksi Tertekan Terburu Buru Siapkan Kertas Kerja Pinjaman Rm4 Bilion Src

Saksi Tertekan Terburu Buru Siapkan Kertas Kerja Pinjaman Rm4 Bilion Src

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 292 hits
MALAYSIAKINI KES NAJIB l Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau berada dalam keadaan tertekan ketika menyediakan kertas kerja pelaburan Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan berhubung pinjaman wang ...
Israel Rugi Rm58 Juta Baru Bertempur Beberapa Hari Padan Muka

Israel Rugi Rm58 Juta Baru Bertempur Beberapa Hari Padan Muka

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 258 hits
BANGUNAN apartmen yang terkena roket di bandar Ashkelon selatan Israel baru baru ini AGENSIGAZA 8 Mei Sebanyak AS 14 juta kos kerugian ditanggung oleh Israel selepas bangunan bangunan di selatan Israel rosak selepas pertempuran sejak bebera...
Caleg Golkar Polisikan Tim Sukses Diduga Gelapkan Uang Saksi Rp 709 Juta

Caleg Golkar Polisikan Tim Sukses Diduga Gelapkan Uang Saksi Rp 709 Juta

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 226 hits
Calon anggota legislatif DPR dari Partai Golkar Yasir Mahmud mempolisikan Bustan salah seorang tim suksesnya selaku salah satu koordinator saksi di tingkat kecamatan
Bicara Najib Src Umno Pulau Pinang Terima Dana Rm1juta

Bicara Najib Src Umno Pulau Pinang Terima Dana Rm1juta

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 349 hits
Beberapa kotak dokumen dibawa masuk ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini untuk perbicaraan kes Najib yang didakwa atas tujuh pertuduhan melibatkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta Foto BERNAMAKUALA LUMPUR Badan Perhubu...
Rhl Ventures Umum Lancar Dana Berjumlah 100 Juta Untuk Menyokong Startup

Rhl Ventures Umum Lancar Dana Berjumlah 100 Juta Untuk Menyokong Startup

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 198 hits
Firma pelaburan Malaysia RHL Ventures telah mengumumkan pelancaran dana berjumlah USD 24 2 juta yang bertujuan untuk menyokong syarikat permulaan dan peringkat awal perusahaan kecil dan sederhana dalam pelbagai industri Salah satu pe
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Tips For Achieving Your Saving Goals



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Sambutan Birthday Ke 9 Nur Wardina Soffea

Puding Jagung Yang Sedap

Play88 Online Slots The Evolution Of Graphics And Sound Effects

Iltizam Anak Selangor Aka Anas Yawas Pengganti Tawas

Perkhidmatan Senarai Kiosk Kwsp

Wee Barking Up The Wrong Tree