Saksi Tertekan Terburu Buru Siapkan Kertas Kerja Pinjaman Rm4 Bilion Src


MALAYSIAKINI

   
KES NAJIB l Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau berada dalam keadaan tertekan ketika menyediakan kertas kerja pelaburan Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP), berhubung pinjaman wang berjumlah RM4 bilion kepada Syarikat SRC International Sdn Bhd.

Bekas Penolong Naib Presiden di Jabatan Pendapatan Tetap KWAP, Amirul Imran Ahmat, 39, berkata beliau juga terpaksa menyiapkan kertas kerja itu dalam keadaan terburu-buru.

“Saya diminta oleh pihak pengurusan untuk mempercepatkan permohonan itu.

"Kalau tengok, terdapat beberapa mesyuarat dalam masa terdekat. Kalau 'miss' meeting go for next one (kalau terlepas satu mesyuarat, pergilah ke mesyuarat yang berikutnya).

“Tapi di sini, tergesa-gesa untuk setiap mesyuarat. Terdapat banyak tekanan untuk percepatkan benda ni semua," katanya pada hari ke-13 perbicaraan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak.

Amirul Imran, saksi ke-29 pendakwaan, berkata demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Ishak Mohd Yusoff mengenai sebab terdapat banyak kesilapan tarikh pada kertas kerja yang disediakan saksi itu dan punca beliau tergesa-gesa.

Amirul Imran, yang kini berkhidmat di SME Bank, pada mulanya dilihat menjawab soalan secara terburu-buru dengan mencampurkan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sehingga kurang difahami menyebabkan Ishak menegur serta meminta saksi itu menyusun ayatnya dengan betul.

Terdahulu, ketika membacakan pernyataan saksi, Amirul Imran berkata terdapat pelanggaran peraturan di bawah Perenggan 5 Polisi dan Garis Panduan KWAP bagi kelulusan pinjaman pertama berjumlah RM2 bilion oleh KWAP kepada SRC.

Beliau berkata ini kerana pinjaman kepada SRC telah melebihi had ekuiti pemegang saham iaitu SRC hanya memiliki ekuiti sebanyak RM1 juta tetapi permohonan pinjaman-pinjaman yang diluluskan berjumlah RM4 bilion.

“Terdapat juga pelanggaran peraturan di bawah Perenggan 2 Polisi dan Garis Panduan KWAP di mana jumlah pelaburan KWAP dalam bentuk pinjaman tidak boleh melebihi 10 peratus peruntukan pelaburan dalam pendapatan tetap domestik.

“Namun, bagi pinjaman kedua sebanyak RM2 bilion lagi kepada SRC, pengecualian ahli panel pelaburan tidak lagi diperlukan kerana polisi dan garis panduan KWAP tidak lagi memerlukan pengecualian sekiranya pinjaman bersandarkan jaminan kerajaan.

Najib, 66, didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali sedang berlangsung.- Bernama




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/saksi-tertekan-terburu-buru-siapkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Najib Saksi Terpaksa Siapkan Kertas Kerja Dalam Keadaan Terburu Buru

Kes Najib Saksi Terpaksa Siapkan Kertas Kerja Dalam Keadaan Terburu Buru

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 356 hits
Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau berada dalam keadaan tertekan ketika menyediakan kertas kerja pelaburan Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan berhubung pinjaman wang berjumlah RM4 bilion kepa...
Najib Tandatangan Perjanjian Pinjaman Tambahan Rm2 Bilion Kwap Saksi

Najib Tandatangan Perjanjian Pinjaman Tambahan Rm2 Bilion Kwap Saksi

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 439 hits
Bekas Penolong Naib Presiden KWAP Amirul Imran Ahmat Foto oleh malay MailKumpulan Wang Persaraan menerima resolusi daripada Lembaga Pengarah SRC International Sdn Bhd untuk mendapatkan pinjaman tambahan RM2 bilion pada 14 Mac 2012 Perkara i...
Src Had Kelayakan Pinjaman Hanya Rm1 Bilion Saja

Src Had Kelayakan Pinjaman Hanya Rm1 Bilion Saja

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 363 hits
foto sumber internet KUALA LUMPUR Permohonan SRC International Sdn Bhd bagi pinjaman wang berjumlah RM3 95 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan pada tahun 2011 hanya boleh diluluskan dengan had kelayakan RM1 bilion saja Bekas Penolong Na...
Projek Src International Nampak Hebat Atas Kertas Saksi

Projek Src International Nampak Hebat Atas Kertas Saksi

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 446 hits
Saksi Penolong Naib Presiden di Jabatan Pendapatan Tetap KWAP Amirul Imran Ahmat hadir untuk perbicaraan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kes SRC International Sdn Bhd di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur foto HAZROL ZAINAL KUA...
Rm2 Bilion Duit Kwap Di Pindah Masuk Ke Src International

Rm2 Bilion Duit Kwap Di Pindah Masuk Ke Src International

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 381 hits
KUALA LUMPUR Saksi pendakwaan ke 24 memberitahu memaklumkan Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa wang berjumlah RM2 bilion daripada akaun Kumpulan Wang Persaraan dimasukkan ke dalam akaun SRC International Sdn Bhd pada 28 Mac 2012 Pengur...
Kes Src Najib Saksi Kata Terima Kontrak Pertahanan Bernilai Rm2 5 Juta

Kes Src Najib Saksi Kata Terima Kontrak Pertahanan Bernilai Rm2 5 Juta

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 457 hits
Perbicaraan hari ke 8 bermula dengan bekas perdana menteri Najib Razak itu memasuki kandang tertuduh Dengan bersut berwarna coklat pudar beliau tampak tenang ketika melangkah masuk ke mahkamah Saksi ke 18 hari yang merupakan seorang peguam ...
Hari Ke 13 Saksi Tak Tahu Rm42 Juta Dari Dana Src

Hari Ke 13 Saksi Tak Tahu Rm42 Juta Dari Dana Src

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 394 hits
LANGSUNG l Perbicaraan membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd memasuki hari ke 13 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini Ikuti perbicaraan ini yang dilaporkan Malaysiakini seca...
Kes Src Peguam Najib Saksi Bertikam Lidah Di Mahkamah

Kes Src Peguam Najib Saksi Bertikam Lidah Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 457 hits
Astro Awani Peguam pembelaan Harvinderjit mengasak saksi ke 29 Amirul berkenaan dokumen yang diberikan kepada panel pelaburan Kumpulan Wang Persaraan untuk mendapatkan kelulusan berhubung pinjaman RM1 bilion kepada SRC International KUALA L...
Samsung We Need To Talk About These Green Lines Seriously

Satu Jalan Satu Jiwa Hidup Ini Sementara

Ramai Ibu Ayah Tak Tahu Main Trampolin Boleh Lumpuhkan Anak

Meneroka Misteri Alam Semesta Bengkel Pemindahan Ilmu Fizik Zarah Eksperimen Comet

Resipi Roti Telur Bungkus Gaya Thai Buat Sarapan Pagi Kenyang Sampai Petang

Ujian Psikometrik Pembantu Khidmat Am Gred H1

Budak Kilat

Itinerary Kami Perth Day 1 Caversham Swan Valley Dfo Belmont Hotel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenali Hipodontia Kehilangan Gigi Secara Genetik Yang Tidak Disedari

Psychology Of Brand Names

Outpouring Of Tributes For Sumo Salad Founder Jane Lee Amid Mom S Inquiry Into Alleged Fake Injury Claim

Exciting Ios 26 Beta Revelation Surprising New Name Emerges For Apple S Homepad

Waspada Taktik Penipuan Yang Menjana Video Ai Dengan Menggunakan Wajah Kdymm Spb Yang Di Pertuan Agong

Waspada Jerebu Rentas Sempadan Melanda Beberapa Negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia