Hari Ini 34 Tahun Memali Kaitan Dengan Sejarah Penubuhan Pas Balik Pulau



Sej. Politik B.Pulau 2: Ceramah PAS DiBaling Batu….Catatan Santai Ibnu HasyimENTAH macam mana, dikatakan kami tubuh PAS cawangan Kampung Perlis dulu tidak melalui PAS Perhubungan Negeri. Memang saya isi borang penubuhannya, dan terus ke ibu pejabat KL, waktu itu di Jalan Pahang Barat off Jalan Pahang. 
Konon marahlah Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang waktu itu. Memang boleh tubuh pun, tapi saya tidak tahu hal itu menyalahi peraturan parti. Pesuruhjaya PAS itu ialah Allayarham Haji Zabidi bin Ali. Haji Zabidi adalah antara pengasas penubuhan PAS, lahir 1914 di Seberang Perai. 
Asal dari Sekolah Melayu Seberang Perai, 4 tahun belajar di Mekah dan Madrasah Idrisiah Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Menjadi guru agama antara 1942- 1964 dan ADUN Pulau Pinang mulai 1974. Pengalaman kepimpinan dan politiknya memang hebat. 
Pernah jadi AJK Persatuan Melayu Seberang Perai 1947-1948, pengasas dan YDP Perikatan Penanam-Penanam Padi Melayu Seberang Perai 1948-1951, dan YDP Pertubuhan Tani Malaya 1951-1955. Istimewanya pernah menjadi calon PAS dalam pilihan raya pertama di Malaya 1955. 
Pernah jadi AJK Pegerakan Pemuda Melayu Seberang Perai, Pegawai Penerangan PAS 1951-1957, Pemangku Setiausaha Agung PAS 1956, dan AJK Perhubungan PAS Negeri Terenganu 1972-1976. (Mengapa AJK Perhubungan PAS Terengganu tidak Pulau Pinang?, Saya akan hurai pada kesempatan yang lain.) 
Memang peringkat awal nampak macam bercanggah antara saya dengan PAS Perhubungan Negeri Pulau Pinang. Negeri dengan polisinya membekukan sementara percambahan penubuhan cawangan baru. Sedangkan saya di Balik Pulau terus menggempur penubuhan sebanyak mungkin cawangan. 
Kadang-kadang percanggahan seperti inilah yang memotivasikan kami, untuk terus menggerakkan PAS. Ini membuat jasa Tuan Haji Zabidi di Balik Pulau sangat saya kenang. Terakhir saya tinggalkan PAS Balik Pulau sekitar 1990an terdapat setiap saloran mengundi ada cawangan penaja, iaitu sebanyak 34 cawangan. 
Yang telah lulus pendaftaran kira-kira 20 cawangan. Sekarang saya tak tahu berapa.. Terdapat sebuah pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Pernah kami berceramah di sebuah rumah di Sungai Tiram, di mana ada golongan tertentu yang ‘diupah’ melempari batu, untuk menggagalkan majlis kami. 
Penceramah waktu itu adalah kawan saya iaitu L.Man Kadir Shamsi, bekas pelakon dan pengarah filem sebelumnya. Saya ingat antara kata-katanya…
“…Jangan ingat kami gentar dengan baling batu ini… Ini! Lihat tangan saya, bekas parut dalam peristiwa berdarah di Lubuk Merbau Kedah masih belum kering lagi!!”  
Disambut dengan takbir bergemuruh. (Memang dia ada di Lubuk Merbau semasa berlaku peristiwa berdarah itu.)
Wahtu itu, dia dan saya datang dari KL kira-kira 2 minggu tinggal di Balik Pulau, mengatur, menyusun program dan kalau tiada penceramah, kami yang berceramah sendiri. Kami tidur di markas PAS Balik Pulau yang kami bina di Kampung Perlis, menelan belanja kira-kira RM30,000. 
Pernah sepanjang bulan Ramadzan dalam tahun 1986, kami adakan 25 ceramah lepas sembahyang tarawih. Hampir setiap bulan kami datang, waktu itu saya ada agak banyak wang, tapi bukan kaya… Kadang-kadang lucu juga bila difikirkan, kerana kami yang tulis poster, kami yang tampal dan kami yang berceramah malamnya. 
Maklumlah, kerana petugas-petugas tak sampai 20 orang mulanya. Kuliah tetap, di markas pun dimulakan. Antara tenaga pengajarnya ialah Tuan Haji Yusuf Rawa, Allahyarham Sheikh Fakhrur Razi dan beberapa lagi. 
Sambung kisah tadi… Malam ceramah bersejarah itu, kami terpaksa menunggu hingga siang kerana tuan rumah takut rumahnya diserang lagi. Itulah detik-detik cemas, sedih dan pilu, yang sungguh menyayat hati bersama tuan rumah. 
Antara penceramah-penceramah yang pernah berceramah di Balik Pulau waktu itu, ialah Tuan Haji Yusuf Rawa, Ustaz Fadzil Noor, Ustaz Hadi, Mahfuz Omar, Mohd Sabu, Cikgu Wahab Kedah, Mat Izam Perak (sekarang Pimpinan Lajnah Buruh PAS Malaysia), Allahyarham Osman Marzuki, Allahyarham Sheikh Fakhrur Razi, Ustaz Mohd Hussin Kelantan, Kamal Koh & Reduan On dari KL, Yusuf Husin & Ustaz Harun Md Isa yang cedera dalam peristiwa Memali dan ramai lagi.Sekian kisah sejarah PAS Balik Pulau dalam catatan santai kali ini. Insya Allah bertemu lagi akan datang…

Catatan santai: ibnuhasyim.com(e-mail: [email protected])
Oktober07, 08
Balik Pulau, PP
Lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-85: Pembunuhan Ke Atas Melayu/Islam Di Memali.
E-Buku IH-85:  Pembunuhan Ke Atas Melayu/Islam Di Memali.
Bab 1Ibrahim Libya Pengganas. Akhbar Milik MCA Biadap!... Memali: Bekas K/Polis Baling Kini Akui Diselamatka... Memali: Muzium PDRM Hina Sultan Kedah? -Dr Hj Moh... Masjid Merah Berdarah, Samakah Dengan Memali?Sejarah Politik B.Pulau 4: Ada Kaitan Dengan Memal...VS5: Seleweng Tabung Memali? Polis Rampas.. Mohd Yusuf Husin: Amaran Tragedi Memali Berlaku La...L/Datu: Imam Maas & 4 Putera Di Bunuh. Memali2? Sejarah Tuan Guru Haji Yusof Rawa (1922 – 2000)Hantu Global Di Belakang Masjid MerahBab 2 Sej. Politik B.Pulau 2: Ceramah PAS DiBaling Batu…...Hentikan Tekanan Kpd Sulu & BangsaMoro..Ungkap Kronologi Tragedi Berdarah Memali 1985Bab 3Musa Hitam Bongkar Penipuan Dr M Dlm Pembunuhan Me...Memali: Dr M Sanggup Jadikan Musa Sebagai Mangsa Memali: Tun Dr M Dalang, Musa Kambing Hitam Memali: Siapa Berbohong Antara 2 Tun Ini?Dr M Ada Diluar Negara Semasa Kejadian Memali – A...Memali: Siasat Semula, Tarik Balik Kertas Putih 19...Bongkar Semula Kes Memali .. -Bekas Pengarah JSJ,...Antara Memali & 500 Dihukum Mati Di Mesir.. -Ahm...Memali: Moga Namamu Disambut Penghuni Langit Nan T...Musa Hitam Dedah Lagi, Turut Jadi Mangsa Fitnah Se... Bab 4 Ekoran Dedahan Musa Hitam, Siasat Semula Memali -K...Dr Mahathir Contoh 'political animal' -Dr Kamarul...Memali: Lagi, Tun Musa Hitam Jelas Panjang. Ini.. Memali: Kabinet '85 T/jawab, Termasuk Dr M & Anwar...Selepas 30 Tahun, Keluarga Memali Mahu Penyelesaia...Tubuh RCI Memali -DAP Ulangi Gesaan.Kenangan, Baling 3 Disember 1974.. -Mohd KalamMemali: Segerakan RCI Sementara Tun M Masih Hidup ...Memali: Bocor Rahsia K'jaan Berdepan Tindakan Unda... Memali: Panggil Musa perjelas kepada ahli Dewan Ra... Bab 5 Adakah Mahathir berbohong di Parlimen?Memali: Akhirnya Dr Mahathir Mengaku, Namun...Memali Dalam Novel ShahnonMemali: Pengakuan Tun M Canggah Kertas Putih 1986Bab 6
Tragedi Memali, PAS Setuju RCI, Apa Kata Dr M?Amanat Hadi Bukan Punca Peristiwa Memali-Dr Kamaru...

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/11/hari-ini-34-tahun-memali-kaitan-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Kaitan Firaun Dengan Sejarah Malaysia

Apa Kaitan Firaun Dengan Sejarah Malaysia

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 289 hits
Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar Kerajaan perlu kemuka alasan kukuh anjur pameran FiraunBANGI Kerajaan perlu mengemukakan alasan kukuh serta memikirkan impak yang diperoleh negara atas tindakan menganjurkan pameran makam dan artifak Firaun Mes...
Israel Bunuh Anak Palestina Setiap Tiga Hari Selama 18 Tahun

Israel Bunuh Anak Palestina Setiap Tiga Hari Selama 18 Tahun

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 440 hits
Pasukan pendudukan Israel membunuh sekitar 2 000 anak Palestina sejak Intifada Kedua pecah pada September 2000 Itu artinya tentara Israel membunuh seorang anak Palestina setiap tiga hari sekali selama 18 tahun tulis kantor berita Anadolu Ay...
Tahun Depan Indonesia Malaysia Akan Akhiri Polemik Batas Pulau Sebatik

Tahun Depan Indonesia Malaysia Akan Akhiri Polemik Batas Pulau Sebatik

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 288 hits
Kepala Pusat Pemetaan Batas Wilayah Badan Informasi Geospasial Ade Komara Mulyana mengatakan Indonesia dan Malaysia akan menyepakati penyelesaian Outstanding Boundary Problem di Pulau Sebatik pada tahun depan
34 Tahun Memali Jangan Ulang Kesilapan Lampau

34 Tahun Memali Jangan Ulang Kesilapan Lampau

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 324 hits
Dr Riduan Mohamad Nor Hari ini genap 34 tahun peristiwa berdarah Memali sebuah mercu tanda kezaliman yang tak wajar berulang di tanah leluhur ini Jika di zaman saya masih anak muda maka jarang melepaskan peluang ke Memali setiap 19 November...
Pas Papar Lakar Sejarah Tubuh Tiga Cawangan Sekali Gus

Pas Papar Lakar Sejarah Tubuh Tiga Cawangan Sekali Gus

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 279 hits
HARAKAHDAILYPAPAR PAS Kawasan Papar mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya menubuhkan tiga cawangan sekali gus iaitu Cawangan Kinarut Kampung Takis dan Kamoung Gusi di sini semalam Majlis perasmian ketiga tiga PAS Cawangan tersebut tel...
Pasti Bakal Dibuka Di Pulau Perhentian Pada Tahun Hadapan

Pasti Bakal Dibuka Di Pulau Perhentian Pada Tahun Hadapan

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 358 hits
Oleh Saifullah JusohFoto Afiq Zohir Jusmawari Jusoh BESUT Sebuah Pusat Asuhan Tunas Islam bakal dibuka di Pulau Perhentian Besut bermula tahun 2020 Menurut Pengarah PASTI Kawasan Besut Syamri Razak PASTI yang diberi nama PASTI Lukluk itu
6 Tempat Menarik Di Balik Pulau Bagi Pencinta Alam Semula Jadi

6 Tempat Menarik Di Balik Pulau Bagi Pencinta Alam Semula Jadi

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 550 hits
Assalammualaikum dan Salam SejahteraBalik pulau satu tempat di Pulau Pinang yang mempunyai pelbagai daya tarikan yang sangat menarik bagi aku Bila sebut je Balik Pulau mesti benda yang terlintas kat minda korang adalah Durian Durian Black T...
Bertahun Tahun Maia Estianty Jalani Hari Dengan Penuh Tangis Pilu

Bertahun Tahun Maia Estianty Jalani Hari Dengan Penuh Tangis Pilu

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 320 hits
Maia Estianty mengungkapkan satu hal yang menyentuh hati Pengakuan mengenai ia yang dulu sempat mengalami masa sulit dalam hidup dan bersedih
Misteri Kehilangan Budak Lelaki 13 Tahun Nicholas Barclay Yang Sangat Aneh Dan Tidak Dapat Diselesaikan Hingga Hari Ini

Misteri Kehilangan Budak Lelaki 13 Tahun Nicholas Barclay Yang Sangat Aneh Dan Tidak Dapat Diselesaikan Hingga Hari Ini

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 434 hits
Nicholas Barclay ketika itu berumur 13 tahun meminta bantuan abangnya melalui panggilan telefon untuk datang mengambilnya balik ke rumah di sekitar kawasan kejiranan San Antonio Texas tetapi tidak dilayan oleh abangnya Tidak disangka rupany...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah