34 Tahun Memali Jangan Ulang Kesilapan Lampau


Dr Riduan Mohamad Nor



Hari ini genap 34 tahun peristiwa berdarah Memali, sebuah mercu tanda kezaliman yang tak wajar berulang di tanah leluhur ini. Jika di zaman saya masih anak muda maka jarang melepaskan peluang ke Memali setiap 19 November dengan pelbagai acara digalang setiap 34 tahun lepas. Dewan Pemuda PAS Pusat atau negeri Kedah tak culas menganjurkan majlis memperingati tragedi berdarah Memali, Baling menjadi sibuk dengan ribuan bertali arus mendatangi Memali bahkan menjadi medan menyimpul ukhuwwah abnaul harakah. Pidato-pidato yang membakar semangat , menyalakan api perjuangan dan melihat qudwah sang maestro dakwah , Ustaz Ibrahim Mahmud.

Orang-orang tua di Memali menyambut hangat kedatangan kami, bahkan tak lokek menjamu gulai batang pisang yang menyelerakan . Sifat orang Kedah , sangat memuliakan tetamu walau hidup mereka sederhana namun tetamu tak akan dibiarkan pulang tanpa makan dan minum. Segala kenangan ini sangat indah ,cuma pahit jika dikenang betapa ramai pimpinan PAN hari ini merekalah yang paling terkedepan dalam sambutan memperingati tragedi Memali.

Pada tahun ini dalam aura Muafakat Nasional, sambutannya lebih berwarna warni dengan turut menjemput penceramah daripada pimpinan UMNO Malaysia dan UMNO Kedah. Memali memahat sejarah luka yang sarat ibroh, bukan sekadar kematian namun tangkapan ISA pasca Memali seterusnya pengharaman ceramah PAS di beberapa buah negeri di Semenanjung.

Baling terus melakar nama dengan berlakunya peristiwa Memali pada 19 November 1985, peristiwa pembunuhan yang tragis, tanpa mendapat keadilan daripada sistem perundangan yang ada, darah yang tumpah seolah darah kerbau tanpa nilai. Memali berlaku di tengah gejolak kebangkitan Islam yang sedang menyerbu dunia Islam termasuk Malaysia. Angin kebangkitan Islam menyeruak dinding kejahilan ummat, anak-anak muda menjadi peserta barisan hadapan yang mengumandangkan keperluan untuk kembali menghayati Islam sebaga cara hidup.

Tragedi Memali hampir sama dengan apa yang berlaku di Tanjung Periuk, Indonesia pada awal dekad 80an. Pembunuhan orang awam yang disyaki pengganas oleh pihak keselamatan di Zaman Order Baru, bahkan menahan ramai yang lain selepas peristiwa itu termasuk tokoh pemuda Islam Indonesia, A. M. Fatwa yang ditahan apabila berkhutbah selepas peristiwa tersebut. Gerakan usrah pemuda dan kampus universiti dianggap menggugat pemerintah Indonesia yang melindungi kepentingan cukong Kapitalis dan minoriti Kristian. Gerakan tarbiah seperti yang digerakkan oleh Kiai Rahmat Abdullah diintai oleh unit perisikan regim kerana bimbang mengancam hegemoni daulah, malah ada yang terperosok dalam penjara seperti Abdul Kadir Jelani.

Peristiwa berdarah Memali juga hampir menyerupai peristiwa berdarah Masjid Merah (Lal Mosque) di Pakistan. Sebuah pusat pengajian agama yang dikelilingi kediaman pelajar digempur oleh pasukan keselamatan Pakistan yang pro Amerika dibawah regim Pervev Musharraf sehingga mengorban nyawa dan mencederakan pelajar. Muntahan peluru memamah jasad guru dan para pelajar tanpa mengenal ampun. Guru dan pelajar di Lal Mosque ini kononnya penyokong Taliban dan menentang kerajaan dan harganya amat mahal, mereka meregang nyawa di hujung senjata api yang dibekalkan Amerika kepada pihak keselamatan Pakistan. Sebelum peristiwa ini, pelajar-pelajar di madrasah ini sangat aktif mencegah maksiat termasuk para pelajar wanita yang berburqa yang berani turun ke tempat maksiat dengan rotan di tangan mereka. Media yang sekular menggambarkan pelajar ini diresapi pemujaan terhadap Taliban dan menentang kerajaan.

Perjalanan kisah Tanjung Periuk, peristiwa Talangsari, tragedi Takbai, pembunuhan di Masjid Merah Pakistan, pembantaian di Hamah Syria adalah hampir sama koreografinya, walaupun dalam jangka waktu yang berbeza. Sketsa berdarah merah mewarnai kanvas putih orang beriman, mereka disakiti kerana akidah. Tuduhlah mereka sebagai pengganas untuk menghalalkan darah yang tumpah. Memali dan peristiwa seumpamanya akan terus berlaku sepanjang zaman di mana-mana sahaja belahan dunia selagi mana dunia belum berakhir.

Memali terus dibohongi sejarahnya oleh regim,termasuk di Muzium Polis dimana mereka tetap digambarkan sebagai penjenayah dan pengganas. Namun kabut hitam sejarah ini mula terungkai satu persatu, dengan pendedahan Dato Musa Hitam berkaitan Dr Mahathir yang berada dalam negara pada tanggal 19 November 1985 sangat menarik. Mahathir masih menghirup udara ini dan beliau wajib diadili akibat pembantaian Memali yang kejam itu. Bersihkan sejarah Memali dan Ustaz Ibrahim Mahmud bersama pengikutnya, padamkan noda sejarah versi tirani walau hampir 34 tahun tragedi ini telah berlalu. Tragedi ini wajib diluruskan sejarahnya dan keadilan wajar berteleku di singgahsananya.

*Dr Riduan Mohamad Nor- (Penulis adalah AJK PAS Pusat, Pengerusi LESTARI)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/11/34-tahun-memali-jangan-ulang-kesilapan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selamat Ulang Tahun Sayang

Selamat Ulang Tahun Sayang

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 463 hits
Tanggal 28 November 2015 merupakan tarikh bermakna dalam kehidupan aku sebagai seorang lelaki Tarikh yo aku telah selamat di ijab qabul dengan seorang wanita yang amat ku cintai amat ku sayangi dan segalo jenis amat lah Tarikh 28 November d...
Megawati Wapres Ma Ruf Amin Hingga Ahy Hadiri Ulang Tahun Ke 8 Nasdem

Megawati Wapres Ma Ruf Amin Hingga Ahy Hadiri Ulang Tahun Ke 8 Nasdem

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 213 hits
Megawati terlihat mengenakan baju warna merah cerah dengan dikalungkan selendang warna hitam Saat ini Megawati beserta rombongan sudah memasuki lokasi acara yang bertempat di Ballroom JI Expo Kemayoran Jakarta
10 Potret Serunya Perayaan Ulang Tahun Pertama Putra Rini Yulianti Jalani Prosesi Doljabi

10 Potret Serunya Perayaan Ulang Tahun Pertama Putra Rini Yulianti Jalani Prosesi Doljabi

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 243 hits
Melalui upacara tradisional Korea kira kira barang apa nih yang dipilih Xavier untuk menggambarkan masa depannya
Sambutan Ulang Tahun Ke 40 Happy Meal Menggamit Memori

Sambutan Ulang Tahun Ke 40 Happy Meal Menggamit Memori

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 453 hits
Assalamualaikum salam sejahtera guys Siapa pembaca blog YF suka sangat dengan Happy Meal Ya ya Mainan dia tu Hahaha Pada 28hb November 2019 nanti korang bakal menemui kejutan dalam Happy Meal tu nanti tau Apa kejutannya tu Jeng jeng jeng Ga...
Irisa Cosmetics Raikan Ulang Tahun Pertama Dengan 5 Rona Terkini Matte Lip

Irisa Cosmetics Raikan Ulang Tahun Pertama Dengan 5 Rona Terkini Matte Lip

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 500 hits
IRISA COSMETICS RAIKAN ULANG TAHUN PERTAMA DENGAN 5 RONA TERKINI MATTE LIPWalaupun baru berusia setahun namun Irisa Cosmetics mula mendapat tempat dan perhatian Malahan AlongMurni sendiri gemar dan selesa sebagai salah seorang pengguna prod...
Jangan Cepat Marah Pada Anak 2 Tahun Amal 10 Tip Ini Bila Membesarkan Mereka

Jangan Cepat Marah Pada Anak 2 Tahun Amal 10 Tip Ini Bila Membesarkan Mereka

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 629 hits
Siapa ada anak umur 2 tahun tentu mengalami perasaan rasa nak cepat marah pada mereka Kadang kadang kita pun tak faham dengan perangai anak umur 2 tahun Suka hati dia sahaja nak meraung atau mengamuk kalau ada sesuatu yang tak kena di hatin...
Isteri Shukri Yahaya Beri Hadiah Paling Bermakna Sempena Ulang Tahun Perkahwinan

Isteri Shukri Yahaya Beri Hadiah Paling Bermakna Sempena Ulang Tahun Perkahwinan

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 515 hits
Baru baru ini isteri kepada Shukri Yahaya Tya Adnan berkongsi sebuah video di Instagramnya menerusi IGTV Sempena anniversary diorang yang keempat Tya memberi sebuah hadiah yang paling bermakna untuk suaminya Allah is the best planners Alham...
Paradigm Mall Johor Bahru Meraikan Ulang Tahun Ke 2 Bertemakan Fabulous 2 Yang Menakjubkan

Paradigm Mall Johor Bahru Meraikan Ulang Tahun Ke 2 Bertemakan Fabulous 2 Yang Menakjubkan

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 554 hits
Paradigm Mall Johor Bahru meraikan ulang tahun ke 2 bertemakan Fabulous 2 yang menakjubkan November ini Paradigm Mall Johor Bahru akan menyambut ulang tahun yang ke 2 dan pelbagai aktiviti serta promosi
Hari Ini 34 Tahun Memali Kaitan Dengan Sejarah Penubuhan Pas Balik Pulau

Hari Ini 34 Tahun Memali Kaitan Dengan Sejarah Penubuhan Pas Balik Pulau

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 511 hits
Sej Politik B Pulau 2 Ceramah PAS DiBaling Batu Catatan Santai Ibnu HasyimENTAH macam mana dikatakan kami tubuh PAS cawangan Kampung Perlis dulu tidak melalui PAS Perhubungan Negeri Memang saya isi borang penubuhannya dan terus ke ibu pejab...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat