Hari Hari Borak Tapi Anak Masih Lambat Bercakap Ini 7 Tip Paling Efisyen Bantu Anak


Bercakap bukanlah hanya sekadar mengeluarkan suara dan perkataan, tetapi ia lebih dari itu. Fungsi bercakap adalah bertujuan untuk berkomunikasi dengan orang lain. Setiap orang bercakap untuk tujuan yang berbeza seperti meminta sesuatu, memberikan maklumat, mengarah, dan sebagainya.
Begitu juga dengan kanak-kanak. Mereka bercakap dan berkomunikasi untuk tujuan tertentu dan komunikasi semestinya terjadi secara 2 hala. Disebabkan itulah pentingnya penglibatan ibubapa dan orang dewasa dalam merangsang bahasa dan komunikasi kanak-kanak. Puan Aisyah Kassim, yang merupakan Patologis Pertuturan-Bahasa berkongsi tip untuk ibu bapa membantu anak-anak yang lambat bercakap.
Berikut beberapa tip yang boleh dilakukan oleh ibubapa untuk merangsang perkembangan bahasa dan komunikasi mereka.

Bertentang Mata Dan Main Bersama
Kanak-kanak belajar melalui aktiviti bermain. Akan tetapi mereka memerlukan teman bermain untuk mereka mempelajari bahasa dan komunikasi. Siapa lagi orang yang paling sesuai untuk menjadi teman mereka selain ibubapa dan adik beradik yang lain. Kedudukan yang terbaik untuk berkomunikasi bertentang mata. Ini memudahkan kanak-kanak melihat dan memahami maksud perkataan yang cuba disampaikan oleh orang dewasa. Tambah pula, ianya lebih menarik minat anak untuk memberi perhatian pada apa yang anda cakapkan dan sekaligus akan lebih mudah untuk kanak-kanak belajar.
Galakkan Giliran
Samada sedar ataupun tidak, kita bercakap dan berkomunikasi dalam bentuk giliran, iaitu seorang bercakap, seorang mendengar, seorang bertanya, seorang menjawab, seorang memberi arahan, seorang lagi melakukan arahan. Oleh itu, untuk kanak-kanak bercakap dan berkomunikasi dengan baik, mereka perlu mempelajari kemahiran giliran. Pada awalnya kanak-kanak mempelajari giliran dalam bermain dan seterusnya mereka menggunakan kemahiran tersebut untuk berbual pula.
Contoh permainan yang menggalakkan giliran adalah seperti bermain “peek a boo”, bergilir memasang lego, bergilir-gilir mengetuk gendang dan banyak lagi. Asasnya di sini adalah kanak-kanak perlu faham bahawa mereka perlu menunggu, melihat dan memberi respon yang bersesuaian dengan reaksi orang lain.

Gunakan Isyarat Tangan (gesture)
Bagi kanak-kanak, kesemua bahasa adalah asing bagi mereka. Sebarang isyarat akan membantu mereka memahami bahasa dengan lebih baik. Bayangkan sekiranya seseorang menyebut “besar” tanpa isyarat tangan dan sebutan “besar” dengan isyarat tangan. Sudah semestinya dengan isyarat akan membolehkan kita faham perkataan tersebut dengan lebih baik.
Samalah juga apabila kanak-kanak ingin mempelajari bahasa. Kita boleh membantu mereka untuk memahami perkataan dengan menambahkan isyarat tangan kepada perkataan-perkataan untuk menggambarkan maksud perkataan tersebut dengan lebih baik.
Haluan Dan Minat Anak
Cara yang efektif untuk kanak-kanak mempelajari bahasa dengan baik adalah kita mengikut haluan dan minat mereka. Caranya adalah dengan memerhatikan minat anak, mendengar apa yang disebut atau dihasilkannya sambil menunggu apa yang ingin disampaikan oleh anak. Kemudian barulah kita cuba memberikan respon bagi menarik minat mereka untuk berinteraksi dengan kita.

Ceritakan Perasaan & Pengalaman
Persekitaran, perasaan dan pengalaman yang dilalui oleh anak boleh ditukarkan ke dalam bentuk perkataan untuk mereka sebut dan gunakan dalam kehidupan harian. Ibubapa boleh menceritakan apa yang dilihat, dipegang atau dirasai oleh kanak-kanak untuk memberikan input bahasa yang bersesuaian. Sebagai contoh kanak-kanak bermain bola dan terjatuh.
Anda boleh menceritakan aksi yang dilakukan oleh kanak-kanak seperti ‘baling bola’ ‘tangkap bola’, ‘bola jatuh’, ‘sakit’ dan lain-lain perkataan yang bersesuaian pada situasi tersebut. Pembelajaran secara langsung dari pengalaman adalah lebih berkesan berbanding pembelajaran dengan hanya melihat gambar atau mendengar perkataan sahaja.
Pelbagaikan Perkataan & Ayat
Mengikut kajian yang dilakukan oleh Rowe (2012), kanak-kanak 1-2 tahun perlu didedahkan dengan kuantiti perkataan yang banyak untuk membolehkan mereka mempelajari perkataan yang lebih kompleks apabila mencecah usia 3 tahun. Terdapat pelbagai jenis perkataan yang kita gunakan seperti kata nama (nama orang, objek dan tempat), kata kerja (perbuatan), kata sifat (saiz, warna, suhu, bentuk), kedudukan, perasaan dan macam-macam lagi. Ini penting bagi membolehkan kanak-kanak menyambungkan ayat mereka sendiri.

Panjangkan Ujaran Anak
Kanak-kanak pada usia 1 tahun biasanya bercakap menggunakan perkataan tunggal. Apabila mereka mencecah usia 2 tahun, mereka akan mula menyambungkan ayat 2 perkataan dan seterusnya 3 perkataan pada usia 2 tahun 6 bulan. Apabila berusia 3 tahun, kanak-kanak sudah boleh menggabungkan 4 dan lebih perkataan dalam ayat.
Bagi kanak-kanak yang lambat bercakap, mereka biasanya sukar untuk menyambungkan ayat. Oleh itu adalah penting untuk kita membantu mereka dengan memberi contoh dan model bagaimana untuk menyambung ayat. Cara yang mudah adalah dengan memanjangkan bunyi atau perkataan yang disebutkan oleh anak. Sebagai contoh:
Anak : Miau..
Ibu : Miauu .. kucing
Anak : kucing
Ibu : Aah, kucing comel
Kuncinya di sini adalah ibubapa menambahkan perkataan pada apa yang disebutkan oleh anak untuk menjadikannya lebih panjang. Tapi ingat, ibubapa tidak perlu memaksa anak untuk menyebutkan semula ayat anda sebutkan. Cukuplah dengan anda menyebut dan mengulang untuk mereka dengar dan faham.
Sentiasalah mengulangi satu-satu perkataan itu bagi membantu kanak-kanak mengingati perkataan yang mereka pelajari. Gunakan perkataan yang diajar secara berulang-ulang dalam situasi yang berbeza untuk membolehkan kanak-kanak membuat generalisasi dan menggunakan perkataan tersebut dengan betul dan bermakna.

Kanak-kanak bercakap dan berkomunikasi adalah dengan niat, kehendak dan keperluan yang pelbagai. Dalam mengajar kanak-kanak bercakap dan berkomunikasi, ketersediaan peluang bagi mereka untuk belajar dan mempraktikkan apa yang mereka pelajari adalah penting kerana pembelajaran tanpa praktikal yang berulang-ulang akan membuatkan maklumat tersebut hilang fungsinya dan lama-kelamaan akan hilang dan dilupakan oleh kanak-kanak.
Artikel berkaitan: https://www.majalahpama.my/nak-bantu-anak-bercakap-guna-makanan-pun-boleh-pakar-ini-jelaskan-caranya/
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents
The post Hari-Hari Borak Tapi Anak Masih Lambat Bercakap, Ini 7 Tip Paling Efisyen Bantu Anak! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/hari-hari-borak-tapi-anak-masih-lambat-bercakap-ini-7-tip-paling-efisyen-bantu-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fizo Omar Kongsi Momen Anak Naik Basikal Nampak Simple Tapi Nikmat Paling Ultimate Bila Jadi Ayah

Fizo Omar Kongsi Momen Anak Naik Basikal Nampak Simple Tapi Nikmat Paling Ultimate Bila Jadi Ayah

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 436 hits
Kesibukan seharian kadang membuat kita terlupa bahawa anak anak dan keluarga memerlukan kasih sayang daripada susuk tubuh bergelar ibu dan ayah Dapat melihat anak membesar depan mata adalah satu momen yang sangat berharga untuk dikenang Mom...
Awak Cina Kan Tapi Kenapa Anak Awak Pakai Tudung Ni Jawapan Menyentuh Hati Seorang Bapa Bukn Isiam

Awak Cina Kan Tapi Kenapa Anak Awak Pakai Tudung Ni Jawapan Menyentuh Hati Seorang Bapa Bukn Isiam

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 601 hits
Jarang sekali kita dengar kisah mana mana ibu bapa bukan Islam yang bersetuju kalau anak mereka tiba tiba luahkan hasrat untuk menukar agama Tapi kata kata seorang uncle Cina ni kepada anaknya mungkin akan buat korang semua tersentuh Meneru...
Wanita Ini Bantu Pakcik Kumpul Duit Untuk Pembedahan Mata Saya Rasa Kongsi Di Twitter Adalah Jalan Paling Cepat

Wanita Ini Bantu Pakcik Kumpul Duit Untuk Pembedahan Mata Saya Rasa Kongsi Di Twitter Adalah Jalan Paling Cepat

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 440 hits
Seorang wanita Nur Iylia Malek akui terharu melihat kegigihan seorang warga emas 75 yang berniaga menjual lepat pisang demi untuk mengumpul wang bagi melakukan pembedahan mata Katanya simpanan pakcik itu masih belum mencukupi dan memerlukan...
Rugi Beli Rumah Masa Muda Ini 10 Sebab Anak Muda Perlu Beli Rumah Hari Ini

Rugi Beli Rumah Masa Muda Ini 10 Sebab Anak Muda Perlu Beli Rumah Hari Ini

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 396 hits
Better late than never ini pepatah Inggeris yang selalu digunakan untuk elak daripada rasa menyesal apabila terlambat melakukan sesuatu Ya betul Dalam hidup ini jangan
Mahkamah Suspek Kes Bunuh Siti Nur Surya Di Reman Tujuh Hari Untuk Bantu Siasatan

Mahkamah Suspek Kes Bunuh Siti Nur Surya Di Reman Tujuh Hari Untuk Bantu Siasatan

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 976 hits
MARANG Seorang pelajar perempuan tingkatan enam yang disyaki terlibat dalam kes bunuh Siti Nur Surya Ismail yang mayatnya ditemukan dengan kesan tetakan pada badan manakala tangan kirinya putus dalam kejadian di Lubuk Batu Terlemong Ahad le...
Seronoknya Dengar Tip Kembali Langsing Lepas Bersalin Hanya Menyusukan Bayi Tapi Benarkah

Seronoknya Dengar Tip Kembali Langsing Lepas Bersalin Hanya Menyusukan Bayi Tapi Benarkah

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 335 hits
Penyusuan susu ibu memberikan banyak faedah buat si ibu Ini termasuklah potensi menurunkan berat badan dengan lebih cepat setelah melahirkan anak Malahan bagi kebanyakan wanita yang menyusukan anak perkara ini dilihat sesuatu yang mengujaka...
Jenaz4h Ibu Belum Dikebvmi Tapi Anak Ceria Di Tanah Perkvburan Sehinggalah Kain Penutup Wajah Diselak

Jenaz4h Ibu Belum Dikebvmi Tapi Anak Ceria Di Tanah Perkvburan Sehinggalah Kain Penutup Wajah Diselak

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 249 hits
PEMERGIAN insan tersayang pastinya merupakan satu perkhabaran sedih Wajah dan kesedihan mereka yang ditinggalkan semestinya dapat dilihat dan sekiranya tidak kuat semangat sudah tentu siapa yang melihatnya juga akan mengalirkan air mata Nam...
Dukacita Dimaklumkan 12 Kematian Dilaporkan Hari Ini Paling Tinggi Sejak Covid 19 Landa Negara

Dukacita Dimaklumkan 12 Kematian Dilaporkan Hari Ini Paling Tinggi Sejak Covid 19 Landa Negara

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 317 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat pertambahan 12 kes kematian akibat COVID 19 yang dicatatkan pada hari ini Pertambahan tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia adalah ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities