Hari Anugerah Apresiasi Pasti As Salam Padang Midin Terengganu
Saya ke Majlis Anugerah Apresiasi di sekolah Ameera dua hari lepas di PASTI Padang Midin Terengganu. Jadi saya nak simpan sedikit kenangan untuk tatapan masa depan Ameera nanti. Teringat masa Auni pertama kali naik ke pentas untuk ambil piala Pelajar Cemerlang semasa pra sekolah, kali ini giliran adik pula untuk naik ke atas pentas untuk terima piala pertamanya.
Lawatan ke Pusat Sains & Kreativiti Terengganu
Disebabkan pihak PASTI mengadakan dua program dalam masa serentak, iaitu Majlis Anugerah Apresiasi dan Majlis Perasmian Bangunan Baru PASTI, jadi kehadiran tetamu agak ramai dengan jemputan ibu bapa dan keluarga yang datang untuk melihat majlis graduasi anak masing-masing serta kehadiran penduduk sekitar bagi memenuhi undangan perasmian bangunan baru sekolah. Meskipun begitu kedua-dua majlis berjalan lancar walaupun majlis agak lambat dimulakan akibat masalah yang tak dapat dielakkan.
Hari Anugerah ApresiasiSedih pula rasanya bila Ameera dah nak habiskan persekolahannya di PASTI As-Salam. Rasanya ini adalah antara sekolah pra (sebelum masuk sekolah rendah) yang paling menyeronokkan bukan saja buat anak malah juga kepada ibu bapa. Kalau dulu masa di sekolah pra, Auni langsung tak pernah sertai apa-apa permainan sekolah atau aktiviti luar yang dianjurkan oleh pihak sekolah tapi di PASTI As-Salam, banyak aktiviti yang Ameera sertai.
Pasti As-Salam Padang MidinTak pasti samada sekolah pra Auni yang dahulu ada anjurkan aktiviti sekolah atau tidak tapi apa yang saya ingat, saya tak pernah terima surat kebenaran untuk Auni sertai apa-apa aktiviti di sekolah sepanjang dia bersekolah di pra. Dari awal persekolahan sehingga akhir, Auni tak pernah terlibat dengan aktiviti sekolah (sekiranya ada) atau aktiviti luar sekolah. Aktiviti yang saya maksudkan adalah aktiviti bukan pembelajaran.
Auni saat menerima piala pertamanya di pra sekolah
PASTI merupakan sekolah berbayar dan pra sekolah adalah sekolah kerajaan. Mungkin ini sebabnya mengapa ada perbezaan antara sekolah PASTI dan pra sekolah. Sebab itu tak banyak aktiviti yang Auni dapat sertai dahulu. Yuran yang dikenakan di PASTI As-Salam adalah RM90 sebulan dan jumlah bayaran yuran ini adalah berbeza bagi setiap PASTI.
Banyak aktiviti yang dijalankan di PASTI As-Salam. Antaranya Ameera pernah dipilih untuk sertai latihan pemilihan pemain bagi team bola jaring, dipilih menyertai pertandingan mewarna antara PASTI, dapat sertai perkhemahan sekolah, sertai program simulasi Haji dan lawatan ke Pusat Sains serta turut membuat persembahan untuk graduasi sekolahnya. Ini adalah perkara yang tak pernah dilakukan oleh Auni semasa di sekolah pra dahulu.
Pemilihan pemain bola jaring
Wakil pertandingan mewarna
Aktiviti perkhemahan
Program Simulasi Haji
Jadi kalau ada ibu bapa yang berada di sekitar Terengganu sedang membuat timbang tara samada nak hantar anak ke PASTI As-Salam atau tidak, saya sokong 200% sekiranya ibu bapa mendaftarkan anak-anak untuk belajar di PASTI ini. Saya tak berapa maklum tentang PASTI yang lain tapi di PASTI As-Salam, saya sangat berpuas hati dengan hasil didikan guru-guru kepada Ameera.
Ameera bukan saja boleh membaca surah Al-Quran dengan lancar, malah juga boleh menghafal bacaan dalam solat dengan baik. Mungkin ada ibu bapa yang kata anaknya lambat membaca ABC bila dihantar anak ke PASTI tapi bagi saya, saya boleh ajar Ameera membaca rumi di rumah, jadi saya harapkan cikgu di PASTI untuk mendidik Ameera dengan bacaan jawi dan keagamaan di sekolahnya.
Tahniah Ameera
Gembira bila lihat Ameera membuat persembahan di atas pentas pada hari apresiasi sekolah. Saya rasa ini adalah antara moment indah yang ibu bapa paling nantikan. Dapat tengok anak berani dan yakin di atas pentas, serasa sekejap pula masa berlalu bila Ameera dah pandai menjaga diri sendiri.
Terima Kasih CikguTerima kasih saya ucapkan kepada semua guru yang telah mendidik dan menjaga Ameera selama ini terutama guru kelas Ameera iaitu Cikgu Mira dan Cikgu Yaa. Jasa baik kalian tak dapat saya balas. Semoga Allah membalasnya dengan kebaikan berpanjangan dunia dan akhirat buat cikgu dan keluarga cikgu. Sedih pulak rasa..
Semoga Ameera dan Auni membesar menjadi anak solehah dan berjaya di dunia akhirat..aamiin..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nurzariniismail.com/2024/02/hari-anugerah-apresiasi-pasti-as-salam-padang-midin-terengganu.html