Hari 3 Umno Mesti Adakan Egm Dulu Jika Mahu Kerjasama Ph Mp Jelebu


malaysiakini.com
Pasukan Malaysiakini
Diterbitkan: Nov 22, 2022 9:08 AM
PASCA PRU15| Pengerusi PH, Anwar Ibrahim dan Pengerusi PN Muhyiddin Yassin saling bersaing untuk menawan Putrajaya dengan kedua-duanya mendakwa mempunyai majoriti.

Yang di-Pertuan Agong telah memberikan tempoh kepada kedua-duanya sehingga sehingga 2 petang ini untuk membuktikan dakwaan mereka.

Malaysiakini membawakan berita terkini secara langsung selepas pilihan raya umum.

10.50am: Ahli Parlimen Jelebu Jalaluddin Alias ​​berkata Umno mesti mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) jika parti itu memutuskan untuk bekerjasama dengan PH.

Dia mengulangi keputusan parti itu sebelum ini untuk tidak bekerjasama dengan PH, dan mengatakan tiada sesiapa pun boleh mengubah pendirian parti.

“Saya bertanding di bawah BN, saya orang parti. Saya tidak akan menentang pendirian parti.

"Jika parti membuat keputusan baru, ia perlu dipersetujui oleh semua ahli parlimen," katanya kepada wartawan yang sedang menunggu di ibu pejabat Umno.

Ismail Sabri juga hadir

10.30am: Difahamkan, perdana menteri sementara Ismail Sabri Yaakob turut tiba di ibu pejabat Umno untuk menghadiri mesyuarat dewan tertinggi BN.

Dipercayai Ismail Sabri memasuki bangunan itu melalui tempat letak kereta bawah tanah. Setiausaha akhbarnya Azmi Tarmizi turut dilihat berada di sini.
Sementara itu, Naib Presiden Umno, Mohamed Khaled Nordin, Pengerusi BN Sabah, Bung Moktar Radin dan Timbalan Presiden MIC, M Saravanan turut kelihatan memasuki Ibu Pejabat Umno.

Pemimpin BN tiba Ibu Pejabat Umno

9.50am: Pengerusi Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, Johari Abdul Ghani tiba di ibu pejabat Umno pada 9.52 pagi.

Johari adalah antara pemimpin tertinggi BN yang tiba di sini untuk menghadiri mesyuarat dewan tertinggi gabungan itu yang dijadualkan pada 11 ​​pagi ini.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Titiwangsa itu enggan mendedahkan butiran lanjut apabila ditanya wartawan yang sedang menunggu.

Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon tiba sejurus selepas ketibaan Johari pada 9.55 pagi.

"Untuk buat keputusan," kata Chong ringkas, apabila ditanya mengenai mesyuarat itu.

Ketibaan Chong disusuli oleh timbalan presiden MCA, Mah Hang Soon pada 10.04 pagi.

Keadaan sunyi di WTCKL

8.30am: Pagi yang mendung di kebanyakan kawasan di Lembah Klang.

Setakat ini keadaan di WTCKL, yang merupakan ibu pejabat BN dan Umno, sunyi sepi.

Sementara itu beberapa orang wartawan ditugaskan di luar kediaman Anwar Ibrahim di Sungai Long, Selangor.

Retorik perkauman membimbangkan - Anwar

8.00am: Anwar Ibrahim menyatakan kebimbangan terhadap sentimen dan retorik perkauman sejak kebelakangan ini.

Menurut Anwar keadaan itu diapikan oleh segelintir pihak yang terdesak dan berkepentingan terutamanya di saat penting seperti sekarang.

“Usaha dan ikhtiar dalam menubuhkan kerajaan yang bertanggungjawab dan stabil tidak seharusnya berakhir dengan kekacauan kerana kaum Melayu, Cina, India, Orang Asli, suku kaum Sabah dan Sarawak adalah bersaudara sebagai manusia dan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan,” kata Anwar dalam satu kenyataan awal pagi ini.

Anwar berkata dia mengalu-alukan kenyataan tegas Ketua Polis Negara Acryl Sani Haji Abdullah Sani dalam menghentikan perkembangan yang mampu menggugat kemajmukan Malaysia.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/11/hari-3-umno-mesti-adakan-egm-dulu-jika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Kena Buat Egm Dulu Kalau Nak Sokong Ph Jalaluddin Alias

Umno Kena Buat Egm Dulu Kalau Nak Sokong Ph Jalaluddin Alias

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 121 hits
Sebelum ini Umno pernah membuat ketetapan untuk tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan dan sekiranya pendirian itu hendak diubah maka parti harus memanggil mesyuarat agung luar biasa Ahli Parlimen Jelebu Datuk Seri Jalaluddin Alias menega...
Gps Dititah Menghadap Agong Hari Ini Lebih 50 000 Rakyat Sarawak Gesa Gps Tolak Kerjasama Dengan Pn

Gps Dititah Menghadap Agong Hari Ini Lebih 50 000 Rakyat Sarawak Gesa Gps Tolak Kerjasama Dengan Pn

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 189 hits
GPS dititah menghadap Agong hari ini lebih 50 000 rakyat Sarawak gesa GPS tolak kerjasama dengan PNWakil Gabungan Parti Sarawak dilaporkan telah dititah untuk menghadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billal...
Umno Menuju Kehancuran Jika Jalin Kerjasama Dengan Ph Dap Kata Annuar

Umno Menuju Kehancuran Jika Jalin Kerjasama Dengan Ph Dap Kata Annuar

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 155 hits
freemalaysiatoday com November 22 2022 8 00 AMAhli Parlimen BN dan PH pada mesyuarat semalam berhubung usaha membentuk kerajaan campuran PETALING JAYA Pemimpin Umno telah diberi amaran bahawa parti itu menuju kehancuran jika menjalin kerjas...
Pemimpin Umno Kerjasama Ph Bn Bagai Mimpi

Pemimpin Umno Kerjasama Ph Bn Bagai Mimpi

papar berkaitan - pada 20/11/2022 - jumlah : 139 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang pemimpin Umno berkata Barisan Nasional sukar bekerjasama dengan Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke 15 Beliau berkata kerjasama mungkin tidak akan berlaku walaupun ramai r...
Hari 2 L Zahid Mohon Lanjutkan Tempoh Hisham Tolak Kerjasama Ph

Hari 2 L Zahid Mohon Lanjutkan Tempoh Hisham Tolak Kerjasama Ph

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 135 hits
malaysiakini comPASCA PRU15 HARI 2 l Perlumbaan menawan Putrajaya semakin rancak dengan kedua dua Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim dan Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin masing masing mendakwa mereka mempunyai majoriti unt...
Zahid Bn Umno Akan Berakhir Jika Kerjasama Dengan Pn

Zahid Bn Umno Akan Berakhir Jika Kerjasama Dengan Pn

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 167 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Pengerusi Barisan Nasional Ahmad Zahid Hamidi berkata hayat politik Barisan Nasional dan Umno akan berakhir jika membentuk kerjasama dengan Perikatan Nasional Zahid yang juga presiden Umno itu berkata pihaknya per...
Kj Kes Mahkamah Pemimpin Umno Takkan Digugur Imej Mesti Dipulihkan

Kj Kes Mahkamah Pemimpin Umno Takkan Digugur Imej Mesti Dipulihkan

papar berkaitan - pada 16/11/2022 - jumlah : 200 hits
malaysiakini comDiterbitkan Nov 15 2022 4 54 PMKhairy Jamaluddin berkata dia mahu memulihkan imej Umno dan menurutnya Ismail Sabri Yaakob dan Hishammuddin Hussein juga sependapat dengannya Ismail Hisham dan saya sendiri agak tegas di mana k...
Tinggal Empat Hari Saja Pru15 Zahid Punya Bodoh Sombong Ahli Umno Berduyun Duyun Sokong Muhyiddin Dan Pn

Tinggal Empat Hari Saja Pru15 Zahid Punya Bodoh Sombong Ahli Umno Berduyun Duyun Sokong Muhyiddin Dan Pn

papar berkaitan - pada 14/11/2022 - jumlah : 203 hits
Muhyiddin finding rekindled popularity in Malay heartland Muhyiddin making big inroads into UMNO strongholdsPN legitimate Malay voice from heartlands at UMNO s expense The following has been heavily truncated rearranged and adapted from Mur...
Technology For Startup Growth

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Perubahan Iklim Tingkatkan Risiko Ozon Paras Tanah Sebagai Pencemar Udara Sekunder

Tunai Haji Selesa Dengan Pakej Premium Mkm Travel

Bawang Besar

Pekerja Pelanggan Bergaduh Lempar Burger Aiskrim

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Siti Mastura Kemuka Rayuan Lebih Rm830 000 Diserah Ke Peguam