Hari 2 L Zahid Mohon Lanjutkan Tempoh Hisham Tolak Kerjasama Ph


malaysiakini.com
Pasukan Malaysiakini
Diterbitkan: Nov 21, 2022 8:54 AM
PASCA PRU15 HARI 2 l Perlumbaan menawan Putrajaya, semakin rancak dengan kedua-dua Pengerusi Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim dan Pengerusi Perikatan Nasional, Muhyiddin Yassin masing-masing mendakwa mereka mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan.

Yang di-Pertuan Agong telah memberikan mereka tempoh sehingga jam 2 petang ini untuk membuktikan dakwaan mereka.

Malaysiakini membawa kepada anda berita-berita terkini, tepat mengenai apa yang berlaku.

11.30am: Ahli-ahli parlimen BN berharap Istana Negara akan melanjutkan tempoh untuk mereka memutuskan siapa yang akan menjadi PM seterusnya.

Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi berkata peraturan parti itu menetapkan bahawa hanya majlis tertinggi BN boleh membuat keputusan untuk ahli Parlimen.

Bagaimanapun sebelum majlis tertinggi boleh membuat keputusan, sebuah jawatankuasa, yang mungkin melibatkan PH perlu ditubuhkan untuk membincangkan pembentukan kerajaan baru serta syarat-syarat terlebih dahulu, katanya.

Ini merupakan keputusan 27 ahli parlimen BN selepas mengadakan pertemuan di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini.

Hanya 27 daripada 30 ahli parlimen BN berada di sini. Menurut Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi, dua orang sakit - Jalaluddin Alias ​​(Jelubu) dan Adnan Abu Hassan (Kuala Pilah).

Ahli Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein, antara yang tidak hadir dalam pertemuan itu.

Hishammuddin dalam hantaran di Facebook berkata dia tegas menolak kerjasama dengan PH.

“Seperti saya tegaskan kelmarin dan sebelum ini lagi - tetap menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan.

“Saya rela dipecat oleh parti namun tidak akan sesekali mengubah pendirian teguh ini.

“No Anwar, No DAP - pihak yang merasakan boleh mengambil tindakan memecat saya kerana berpegang kepada pendirian ini, silakan,” katanya.

BN, PH setuju bentuk kerajaan di Perak

11.15am: BN dan PH di Perak mencapai persetujuan untuk membentuk kerajaan negeri, kata jurucakap PH.

PH menang 24 kerusi DUN di Perak manakala BN memperoleh 9 kerusi pada PRU baru-baru ini. Perikatan Nasional pula menang 26 kerusi daripada jumlah keseluruhan 59 kerusi DUN.

Zahid adakan sidang akhbar

11.00am: Pemimpin BN, Ahmad Zahid Hamidi bersiap sedia untuk mengadakan sidang media.

Anwar tiba di Seri Pacific untuk bertemu pemimpin BN

10.30am: Pengerusi PH, Anwar Ibrahim tiba di Hotel Seri Pacific di Kuala Lumpur di mana dia dijangka mengadakan pertemuan dengan pemimpin tertinggi BN.
Terdahulu, timbalan presiden MIC dan Ahli Parlimen Tapah, M Saravanan berkata dia menghadiri pertemuan itu untuk mendengar pandangan rakan-rakannya dalam BN.

Saravanan berkata dia tidak sabar untuk melihat kerajaan yang stabil, lapor NG XIANG YI.

Mat Hasan: Kita berkumpul untuk cari muafakat

10.15am: Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan memberitahu pemberita di Hotel Seri Pacific bahawa 30 Ahli Parlimen BN sedang berkumpul hari ini untuk mencari muafakat.

"Kita akan bincang dan meneroka semua kemungkinan," katanya, lapor KOW GAH CHIE.

Dia enggan menjawab soalan sama ada Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi perlu berundur atau mengapa pemimpin PH juga berada di sini.
Ahli Parlimen Pengerang, Azalina Othman memberitahu pemberita bahawa ahli parlimen BN perlu membuat keputusan secara kolektif.

"Sekarang kita ada anti hoping law, jadi ia menjadi panduan kitalah. Jadi ia mesti jadi parti blok. Jadi tak boleh individulah," kata Azalina, lapor NG XIANG YI.

Azalina berkata demikian sebagai menjawab soalan sama ada dia akan membantah bekerjasama dengan PH.

Ismail: Hanya dewan tertinggi BN boleh buat keputusan

10.00am: Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob membayangkan pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi tidak boleh membuat keputusan bagi pihak BN.

Bercakap kepada pemberita selepas tiba di PWTC, Ismail berkata hanya dewan tertinggi BN boleh membuat keputusan sedemikian.

“Dengan ketiadaan PAU, MT saja boleh membuat keputusan. kalau melibatkan BN, kita bertanding bukan atas Umno, atas BN, mesti keputusan MT BN.

“Kalau ini tidak dilakukan, siapa buat keputusan tidak sah,” katanya.

Pimpinan tertinggi PH, BN bertemu di hotel di KL

9.45am: Beberapa pimpinan tertinggi PH dan BN dilihat berada di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.

Mereka ialah Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan dan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

Delegasi dari Amanah juga berada di sini terdiri daripada presiden Mohamad Sabu, timbalannya Salahuddin Ayub dan ketua menteri Melaka, Adly Zahari.

Mereka dijangka mengadakan mesyuarat hari ini mengenai penubuhan kerajaan baru.
12 pusat pengundian dibuka di Parlimen Baram

8.30am: Pengundian bagi kerusi parlimen Baram diteruskan hari ini di 12 pusat mengundi.

Memandangkan pusat pengundian ini terletak luar bandar dengan jumlah pengundi yang tidak ramai, pengundian akan tamat pada 12.30 tengah hari kecuali di SK Long Luteng (2 petang) dan SK Long Moh (1 tengah hari).
Pada Sabtu lalu, proses pengundian di 11 daripada 194 pusat mengundi di Baram ditangguhkan akibat cuaca buruk.

RH TK John Jau Wan di Long Semiang merupakan pusat mengundi tambahan.

Penyandang Anyi Ngau (GPS) berdepan dengan Rolang Engan (PH) dan Wilfred Entika (IND).

Jangan sertai mana-mana gabungan, kata Shahril

7.20am: Bekas ketua penerangan Umno, Shahril Hamdan berkata BN tidak sepatutnya menyertai mana-mana gabungan.

Dalam catatan di Facebook malam tadi, Shahril berkata BN tidak mempunyai pendirian moral untuk menyertai mana-mana kerajaan selepas kekalahannya pada PRU15.

Sebaliknya, Shahril berkata, BN harus kekal sebagai pembangkang dan hanya memberikan "sokongan teknikal" supaya lantikan perdana menteri oleh Yang di-Pertuan Agong dapat dilaksanakan.
BN dan Umno berada di persimpangan dan berisiko berpecah kepada dua kumpulan, dengan kem Ahmad Zahid Hamidi didakwa cenderung kepada PH, manakala kem Ismail Sabri Yaakob cenderung kepada PN.

Kosmo, memetik sumber, melaporkan 20 daripada 30 ahli Parlimen BN akan menyokong PN, manakala hanya 10 ahli parlimen yang bersedia menyokong PH.

Bekas peguam negara Tommy Thomas berkata, dalam satu kenyataan, memandangkan PH memenangi kerusi dan undi terbanyak, ia harus diberi peluang dahulu untuk membentuk kerajaan.

[Berita penuh menyusul]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/11/hari-2-l-zahid-mohon-lanjutkan-tempoh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gps Dititah Menghadap Agong Hari Ini Lebih 50 000 Rakyat Sarawak Gesa Gps Tolak Kerjasama Dengan Pn

Gps Dititah Menghadap Agong Hari Ini Lebih 50 000 Rakyat Sarawak Gesa Gps Tolak Kerjasama Dengan Pn

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 141 hits
GPS dititah menghadap Agong hari ini lebih 50 000 rakyat Sarawak gesa GPS tolak kerjasama dengan PNWakil Gabungan Parti Sarawak dilaporkan telah dititah untuk menghadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billal...
Makin Ramai Ahli Umno Tolak Kepimpinan Zahid Hamidi

Makin Ramai Ahli Umno Tolak Kepimpinan Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 13/11/2022 - jumlah : 347 hits
Kewibawaan Umno terus tercalar apabila semakin ramai ahli dan penyokong secara terbuka mengumumkan keluar daripada parti itu Sebelum ini ratusan penyokong Umno di Bachok keluar parti itu dan menyertai Bersatu manakala di Kubang Kerian seram...
Tolak Parti Rasuah Kerjasama Pn Bn Tidak Akan Berlaku Sama Sekali

Tolak Parti Rasuah Kerjasama Pn Bn Tidak Akan Berlaku Sama Sekali

papar berkaitan - pada 18/11/2022 - jumlah : 73 hits
agendaily com18 11 2022Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang sentiasa bekerjasama antara satu sama lain Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan kerjasama antara...
Hari 3 Umno Mesti Adakan Egm Dulu Jika Mahu Kerjasama Ph Mp Jelebu

Hari 3 Umno Mesti Adakan Egm Dulu Jika Mahu Kerjasama Ph Mp Jelebu

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 111 hits
malaysiakini comPASCA PRU15 Pengerusi PH Anwar Ibrahim dan Pengerusi PN Muhyiddin Yassin saling bersaing untuk menawan Putrajaya dengan kedua duanya mendakwa mempunyai majoriti Yang di Pertuan Agong telah memberikan tempoh kepada kedua duan...
Tinggal Empat Hari Saja Pru15 Zahid Punya Bodoh Sombong Ahli Umno Berduyun Duyun Sokong Muhyiddin Dan Pn

Tinggal Empat Hari Saja Pru15 Zahid Punya Bodoh Sombong Ahli Umno Berduyun Duyun Sokong Muhyiddin Dan Pn

papar berkaitan - pada 14/11/2022 - jumlah : 147 hits
Muhyiddin finding rekindled popularity in Malay heartland Muhyiddin making big inroads into UMNO strongholdsPN legitimate Malay voice from heartlands at UMNO s expense The following has been heavily truncated rearranged and adapted from Mur...
Tuan Ibrahim Tuntut Rafizi Mohon Maaf Dalam Tempoh 7 Hari

Tuan Ibrahim Tuntut Rafizi Mohon Maaf Dalam Tempoh 7 Hari

papar berkaitan - pada 11/11/2022 - jumlah : 138 hits
Malaysiakini Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man memberikan tempoh tujuh hari kepada Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli untuk memohon maaf dan mencadangkan jumlah ganti rugi kepadanya Tuntutan itu dibuat setelah Rafizi didakwa memfi...
Zahid Bn Umno Akan Berakhir Jika Kerjasama Dengan Pn

Zahid Bn Umno Akan Berakhir Jika Kerjasama Dengan Pn

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 112 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Pengerusi Barisan Nasional Ahmad Zahid Hamidi berkata hayat politik Barisan Nasional dan Umno akan berakhir jika membentuk kerjasama dengan Perikatan Nasional Zahid yang juga presiden Umno itu berkata pihaknya per...
Mana Zahid Hamidi Cakap Hari Tu Nak Turun Redah Banjir

Mana Zahid Hamidi Cakap Hari Tu Nak Turun Redah Banjir

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 203 hits
FAZLI RADZI Mana Zahid Hamidi Cakap hari tu nak turun redah banjir Itu antara sindiran warganet berikutan banjir kilat di beberapa jalan raya utama di sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam Susulan hujan lebat berterusan mulai jam 4 petang tadi...
Mail Hari Hari Merah Mata Zahid Kacau Minta Buang Kes Mahkamah Sanusi

Mail Hari Hari Merah Mata Zahid Kacau Minta Buang Kes Mahkamah Sanusi

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 105 hits
agendaily com10 11 2022Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob gagal menguruskan pentadbiran kerajaan selepas sering diganggu Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang memintanya sup...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

The Evolution Of Adult Entertainment

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Sarapan Apom Manis Bubur Campur Di Padang Speedy Teluk Intan

Apakah Berhijab Harus Dari Hati

Cerita Hari Jumaat

Time Sensitive Recognizing And Reacting To Infantile Spasms

Kedah Akan Cipta Rekod Dengan Penutupan Mbi Kedah Melalui Saman

Malaysia S Ex Pm Mahathir Faces Anticorruption Probe