Kj Kes Mahkamah Pemimpin Umno Takkan Digugur Imej Mesti Dipulihkan


malaysiakini.com
Diterbitkan: Nov 15, 2022 4:54 PM
Khairy Jamaluddin berkata dia mahu memulihkan imej Umno dan menurutnya Ismail Sabri Yaakob dan Hishammuddin Hussein juga sependapat dengannya

“Ismail, Hisham dan saya sendiri agak tegas di mana kita mahu membawa Umno untuk memastikan imej kita dipulihkan,” katanya dalam temu bual dengan BFM.

Menjawab soalan berhubung imej Umno tercemar akibat rasuah, menteri kesihatan sementara itu menegaskan kes mahkamah tidak akan digugurkan sekiranya BN kembali berkuasa.

“Adalah sangat penting bagi pemimpin Umno seperti saya untuk menyatakan secara terbuka bahawa tidak akan ada campur tangan dalam proses kehakiman.

“Kita tidak mahu dikenali sebagai satu lagi parti yang menggugurkan kes membabitkan pemimpin parti dan ini penting.

"Saya telah memberitahu Ismail Sabri bahawa ini mesti menjadi pendirian kita apabila kita kembali berkuasa, sama seperti sebelum ini apabila dia (Ismail Sabri) tidak campur tangan dalam proses kehakiman, atau mempertimbangkan campur tangan sekali pun,” tambahnya.
Walaupun Khairy tidak menyebut "parti lain" yang dimaksudkannya, dia dipercayai merujuk kepada DAP dan kes "banglo" terhadap pengerusi parti itu, Lim Guan Eng.

Bekas presiden Umno Najib Razak kini menjalani hukuman penjara 12 tahun, manakala presiden semasanya, Ahmad Zahid Hamidi berdepan dengan tuduhan rasuah.

Bukan lagi parti ‘bossku’

Sementara itu, Khairy berkata dia percaya Umno adalah "parti yang baik terdiri daripada orang yang baik" dan mereformasikannya bukanlah agenda yang jauh.

“Kami tahu akan ada pemilihan parti sejurus selepas pilihan raya umum (PRU), sebab itu anda mempunyai barisan pemimpin baru ini, bukan sahaja saya tetapi seperti (ketua penerangan Umno) Shahril Hamdan dan (bekas timbalan ketua Pemuda Umno) Khairul Azwan Harun.

“Saya mahu melihat mereka memenangi tempat di peringkat bahagian, saya mahu melihat mereka menggantikan beberapa pemimpin lama untuk menunjukkan Umno sedang berubah. Ini bukan projek lima atau 10 tahun, ia akan berlaku selepas pilihan raya,” katanya.

Ditanya sama ada Umno boleh melakukan pembaharuan dari dalam, Khairy berkata perkara itu mungkin tidak dapat dilakukan pada masa lalu.

“Tetapi kita telah melalui perlbagai kesukaran. Kita kehilangan kerajaan dan ada kesedaran di lapangan,” tambahnya.

Khairy turut mengimbas kembali keputusannya untuk bertanding jawatan presiden Umno selepas PRU 2018.

“Semua orang menyangka saya adalah perosak undi tetapi saya melihat Ku Li (veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah) sebagai perosak undi. Jika undi kami (undi untuk mereka berdua) digabungkan, saya sudah menjadi presiden Umno,” katanya lagi.
Menjawab soalan lain mengenai pembaharuan dalam Umno selepas sudah dua dekad dalam parti itu dan memegang pelbagai jawatan, Khairy menjawab: “Saya rasa pembaharuan sentiasa ada. Sesetengah orang berkata… ia mengambil masa tetapi saya rasa saya sudah bersedia sekarang, saya telah matang sebagai ahli politik..”

Mengenai sokongannya kepada Najib di tengah-tengah skandal 1MDB yang dilihat bercanggah dengan agenda pembaharuan yang dicanangnya, Khairy menjawab bahawa banyak perkara yang telah terbongkar dari dalam.

“Banyak perbezaan pendapat dalaman berlaku (semasa kemuncak skandal) dan sudah tentu itu bukan alasan, tetapi secara luaran, kami mahu mempamerkan perpaduan menjelang pilihan raya lalu.

“Sudah tentu, selepas kami kalah, saya membuat keputusan bahawa sudah cukup, kita tidak boleh teruskan ini, ini bukan ‘parti bossku’ lagi…” tambahnya.

Khairy, yang akan bertanding di Sungai Buloh pada PRU kali ini, juga mengakui bahawa dia sepatutnya lebih lantang sebelum ini.

“Itu mungkin akan menjadi salah satu penyesalan terbesar saya dalam karier saya tetapi kita melakukan kesilapan dan kita mengakuinya, dan mudah-mudahan, kita boleh menebusnya,” tambahnya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/11/kj-kes-mahkamah-pemimpin-umno-takkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Umno Nak Selamatkan Diri Daripada Kes Mahkamah Anwar

Pemimpin Umno Nak Selamatkan Diri Daripada Kes Mahkamah Anwar

papar berkaitan - pada 14/11/2022 - jumlah : 230 hits
agendaily com13 11 2022Seramai 15 Ahli Parlimen UMNO menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mendedahkan beliau diminta menyelamatkan beberapa pemimpin UMNO yang mempunyai kes mahkamah...
Anwar Ibrahim Tegaskan Kluster Mahkamah Pemimpin Umno Tidak Akan Terlepas Apabila Parti Bergabung

Anwar Ibrahim Tegaskan Kluster Mahkamah Pemimpin Umno Tidak Akan Terlepas Apabila Parti Bergabung

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 349 hits
Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim berpuas hati dengan rundingan yang dibuat bersama tujuh wakil Barisan Nasional pada pertemuan di Hotel Seri Pacific di sini hari ini
Zahid Tak Reti Malu Ker Kluster Mahkamah Umno Telah Jahanamkan Umno

Zahid Tak Reti Malu Ker Kluster Mahkamah Umno Telah Jahanamkan Umno

papar berkaitan - pada 20/11/2022 - jumlah : 249 hits
Rakyat dah tunjuk pada zahid hamidi UMNO yang dipimpin zahid ditolak rakyat Penolakan besaran ahli umno sendiri di pantai timur telah jelas Tiada kerusi BN menang Najib rosakkan BN Zahid pula hancurkan BN
Mail Hari Hari Merah Mata Zahid Kacau Minta Buang Kes Mahkamah Sanusi

Mail Hari Hari Merah Mata Zahid Kacau Minta Buang Kes Mahkamah Sanusi

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 186 hits
agendaily com10 11 2022Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob gagal menguruskan pentadbiran kerajaan selepas sering diganggu Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang memintanya sup...
Pemimpin Umno Kedah Letak Jawatan

Pemimpin Umno Kedah Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 217 hits
OTHMAN Aziz hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah sebagai mengambil tanggungjawab moral susulan kekalahan BN khususnya parti itu di Kedah pada Pilihan Raya Umum ke 15 Othman yang tewa...
Anwar Akan Gugurkan Segala Kes Di Mahkamah Muhyiddin Buka Rahsia Zahid Hamidi

Anwar Akan Gugurkan Segala Kes Di Mahkamah Muhyiddin Buka Rahsia Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 237 hits
Keputusan rasmi bagi penamaan calon Perdana Menteri yang ke sepuluh masih lagi menjadi tanda tanya hingga kini apabila Yang Di pertuan Agong telah melanjutkan tarikh proses hingga esok
Umno Dan Pemimpin Ini Tidak Akan Wujud Kalau Tak Main Isu Perkauman

Umno Dan Pemimpin Ini Tidak Akan Wujud Kalau Tak Main Isu Perkauman

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 225 hits
MENTERI INI PERNAH UGUT KAUM GURU AKAN DIPECAT JIKA TAK SOKONG UMNO AKHIRNYA DIA TEWAS PUNYA LA BOSO PIANG Kalau tak main isu kaum UMNO memang dah lama mati Sebab UMNO tak ada satu apa kebaikan pun Memerintah sudahlah teruk mencuri duit ker...
Pru 15 Pencalonan Peter Anthony Ditolak Kerana Kes Mahkamah Belum Selesai

Pru 15 Pencalonan Peter Anthony Ditolak Kerana Kes Mahkamah Belum Selesai

papar berkaitan - pada 6/11/2022 - jumlah : 282 hits
hmetro com myTANGKAP layar rakaman tular berhubung kekecohan di luar perkarangan Dewan DSP Antanom Tenom FOTO tularKota Kinabalu Insiden rusuhan tercetus selepas Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat Datuk Peter Anthony ditolak...
Sap Process Automation Malaysia Boosting Business Efficiency With Abeam Consulting

Kepala Air Punca Tanda Kesan Dan Bahaya

Al Fateh Tak Sihat

Diy Heavy Duty Canvas Tool Roll Empowering Makers With Custom Storage Solutions

Saiz Badan Jadi Pertikaian Ketua Jurulatih Bola Tampar Negara Beri Penjelasan Hanya Mahu Kumpul Mata Untuk

Saya Juga Teringin G Dragon Ulas Niat Ingin Berkahwin

Hindu Ngo Wants India High Comm Perlis Ruler To Act Against Dr Maza For Int Defamation Incitement

Tips Ayam Goreng Garing Dan Gebu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pengkhianat 2 Kakitangan Jpn Terima Rasuah Dipenjara Setahun Denda Rm10 000

15 Pemimpin Pkr Cabang Masjid Tanah Letak Jawatan

Menteri Perpaduan Seru Rakyat Jadi Ejen Keharmonian Ia Tidak Wujud Dengan Sendiri

Seorang Lelaki Ditemui Mati Lemas Ketika Mencari Emas Di Sungai Berhamah Merapoh Lipis Pada Rabu

Kena Bersabar Kalau Nak Buat Rawatan Gigi Di Klinik Pergigian Dr Fadzli Meru Perak

The Rise Of Nostalgia Tv Why Reboots Keep Winning Audiences