Hari 3 Kenangan Terindah Di Ladang Bunga Matahari Di Lopburi



Kami bangun pukul 4.30 pagi mandi dan siap berwudu. Masuk waktu solat Subuh pukul 5.14. Selepas solat terus turun. Sarapan di pack untuk dimakan dalam bas. Pukul 5.30 bas bertolak. Perjalanan mengambil masa selama 3 jam. 

Ladang bunga matahari ini cukup terkenal di kawasan utara Bangkok iaitu di Lopburi dan Saraburi. Kami pergi ke ladang Bupachat di Lopburi. Bunga matahari ketika ini sedang berkembang mekar. Bunga matahari hanya ada  dalam bulan November, Disember dan Januari sahaja setiap tahun. 



Kami sangat beruntung kerana ketika kami sampai bunga matahari  kembang mekar dan cukup besar. Pemandangan oren bunga matahari mekar sangat cantik untuk bergambar. Kami masing masing merakam gambar dan video di situ. Memang terasa tak puas berada di sana. Cuaca di sana pun masih sejuk.

Serious, pada saya berada di ladang bunga matahari di Lopburi adalah saat kemuncak lawatan ke Bangkok. Sesuatu yang sangat menyeronokkan sehingga masih tak boleh move on walaupun dah bebeberapa hari balik. Memang sangat berbaloi dengan perjalanan yang lama. Seumur hidup saya tidak pernah melihat bunga matahari yang besar dan banyak banyak seperti ini.



Penanaman bunga matahari di sini adalah untuk pembuatan minyak masak dan biji bunga matahari pula untuk dijadikan kuaci.  Cuma satu pesanan saya, bila ke sini pastikan anda memakai baju yang jenis licin jadi debu di bahagian tengah bulatan bunga matahari tidak akan melekat pada baju sekiranya terlanggar. Jangan pakai baju berwarna putih kelak baju akan menjadi bertompok tompok kuning.

Selepas itu kami ke Pasak Dam, singgah sekejap sahaja untuk bergambar. Kemudian kami singgah di kedai menjual ais krim durian yang sangat sedap. 

Dari Pasak Dam, kami dibawa ke tempat untuk makan tengahari. Kami makan di Thai Pakistani Restaurant. Masakan di sini sedap sedap semuanya. Antaranya ialah sup daging cincang yang ada rasa seperti air asam Kelantan, tom yam juga sedap, ada ikan talapia goreng garing, ikan keli yang digoreng dengan sambal serta sayur sayuran goreng.  



Selepas makan, kami berjalan ke masjid "The Central Mosque of Lopburi" yang besar dan selesa. Cuma hari kami singgah, tiada air tempat mengambil wudu untuk muslimah. 



Selepas makan, kami meneruskan perjalanan ke Bangkok yang memakan masa selama 3 jam. Sesampai di Bangkok, kami di bawa ke pusat urut untuk sesiapa yang ingin membuat urutan. Oleh kerana malam sebelumnya saya telah berurut, jadi kami bertiga mengambil teksi untuk ke Home Pro di Ratchadapisek untuk mencari paip Grohe untuk rumah baru Boy dan Mia yang sedang diubahsuai.

Dari sini, kami mengambil Grab untuk ke MBK Mall untuk makan malam pukul 6.45. Oleh kerana masih ada masa, kami pusing pusing dulu di dalam mall menemankan Aween yang mencari selipar Adidas. Sementara menunggu waktu makan malam, kami pergi ke food court yang terletak di tingkat 5. Rupanya banyak juga tempat makanan halal di sini. Kami memesan air kelapa yang memang sangat sedap.

Kami makan malam di Yana Restaurant yang terletak di tingkat 5, Zone A. Ramai sekali pelanggan di restoran ini. Makanan pun sedap sedap semuanya. Cuma saya belum berselera makan, jadi makan sikit sahaja. 





Dari MBK Mall kami berjalan kaki balik ke hotel yang terletak sangat dekat sahaja. Turun ke tingkat 2 dan cari Tokyu Department Store. Dari pintu keluar, belok ke kanan dan berjalan terus, turun escalator yang terletak sebelah kiri. selepas turun escalator, berjalan terus ke hadapan sehingga berjumpa dengan hotel Holiday Inn Express Bangkok Siam. 

Sesampai di bilik, kami cuma berehat dan keluar pukul 9.00 malam untuk mencari tempat urutan kaki. Kami naik tuktuk sahaja. Pemandu tuktuk boleh menunggu kami sekali. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2019/12/hari-3-kenangan-terindah-di-ladang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hari 4 Percutian Bangkok Yang Penuh Kenangan

Hari 4 Percutian Bangkok Yang Penuh Kenangan

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 284 hits
Ini adalah entri terakhir untuk percutian kami ke Bangkok bersama sama dengan geng alumni Kolej Ketiga Universiti Malaya Boleh klik entri di ladang bunga matahari di Lopburi sehari sebelumnya di Hari terakhir di sana pada 17 Disember 2019 y...
Subhanallah Hari Ini Gerhana Matahari Anulus Cara Solat Gerhana Matahari

Subhanallah Hari Ini Gerhana Matahari Anulus Cara Solat Gerhana Matahari

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 949 hits
Subhanallah Hari Ini Gerhana Matahari Anulus Cara Solat Gerhana Matahari Sekarang sedang berlaku Gerhana Matahari Anulus dimana kedudukan sejajar antara matahari bulan dan bumi Jika gerhana bulan maka kedudukan sejajar antara matahari bumi ...
Gerhana Matahari Hari Di Malaysia Hari Ini

Gerhana Matahari Hari Di Malaysia Hari Ini

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 602 hits
Gerhana Matahari Hari Di Malaysia Hari Ini Hari ini Malaysia akan berpeluang menyaksikan kejadian alam yang jarang jarang berlaku gerhana matahari cincin atau anulus di Tanjung Piai Johor dan Serian di Sarawak Kali terakhir fenomena alam in...
Perhatian Hari Ini 26 Dis Bakal Saksikan Gerhana Matahari Cincin

Perhatian Hari Ini 26 Dis Bakal Saksikan Gerhana Matahari Cincin

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 501 hits
Gerhana Matahari Anulus esok 26 DisemberPENGENALANMalaysia bakal menyaksikan satu fenomena alam iaitu Gerhana Matahari Cincin ataupun Gerhana Matahari Anulus Fenomena Gerhana Matahari Anulus merupakan peristiwa yang jarang berlaku Kali tera...
Lepas 6 Hari Cedera Anak Tak Divaksin Alami Rahang Ketat Otot Mengejung Doktor Sahkan Kena Jangkitan Tetanus

Lepas 6 Hari Cedera Anak Tak Divaksin Alami Rahang Ketat Otot Mengejung Doktor Sahkan Kena Jangkitan Tetanus

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 229 hits
Penyebaran wabak wabak penyakit semakin berleluasa dewasa ini Ini juga dikatakan berlaku kerana kurangnya kesedaran tentang perlunya mevaksinkan anak anak sejak kecil Justeru terpanggil dengan isu yang semakin menjadi perhatian dikalangan m...
Gembirakan Hati Si Kecil Resort World Genting Raikan Anak Anak Kurang Bernasib Baik Sempena Hari Krismas

Gembirakan Hati Si Kecil Resort World Genting Raikan Anak Anak Kurang Bernasib Baik Sempena Hari Krismas

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 466 hits
Prihatin dengan kanak kanak kurang bernasib baik Resort Genting World Genting Highland baru baru ini telah meraikan lebih 300 kanak kanak kurang bernasib baik daripada 10 rumah dan pusat kanak kanak terpilih Majlis bersempana sambutan Hari ...
Hari Terbuka Tudm Kuantan Pahang 2019

Hari Terbuka Tudm Kuantan Pahang 2019

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 1235 hits
Hari Terbuka TUDM Kuantan Pahang 2019 Assalamualaikum dan Hai Lama tak bersiaran di blog terchenta Senarai di bahagian draft penuh dengan tajuk sahaja akan tetapi isi didalamnya masih kosong Jadi paksa juga diri update kisah di blog ni wala...
Tengok Mak Bagi Molek Je Diam Bayi Berusia 25 Hari Mati Akibat Disuap Mertua Dengan Makanan Pejal

Tengok Mak Bagi Molek Je Diam Bayi Berusia 25 Hari Mati Akibat Disuap Mertua Dengan Makanan Pejal

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 402 hits
Wanita ini bersabung nyawa demi melahirkan bayi yang dinanti nantikan Ketika ibu ibu lain sudah berpantang dengan selesa dan menguruskan bayi mereka di rumah wanita pula terpaksa berulang alik ke hospital untuk menjenguk anaknya yang masih ...
7 Potret Lawas Lina Dan Sule Kenangan Yang Tak Terlupakan

7 Potret Lawas Lina Dan Sule Kenangan Yang Tak Terlupakan

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 221 hits
Mengenang momen kebersamaan Sule dan mendiang Lina di semasa hidupnya
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri