Harga Siling Ayam Telur Subsidi Minyak Masak Botol Tidak Diteruskan


malaysiakini.com

Diterbitkan: Jun 21, 2022 6:43 PM

Kawalan harga siling ayam dan telur ayam, serta subsidi minyak masak sawit tulen dalam kemasan botol dua, tiga dan lima kilogram (kg) tidak diteruskan mulai 1 Julai ini, umum Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi hari ini

Dalam sidang media selepas mempengerusikan sesi libat urus dengan pemegang taruh industri ayam di Putrajaya hari ini, Nanta berkata langkah itu dilaksanakan untuk memastikan bekalan bahan makanan dalam pasaran lebih stabil dan dalam jangka masa panjang pula dapat menstabilkan harga.

“Harga ayam akan diapungkan dan akan tertakluk kepada kuasa pasaran. Golongan memerlukan akan dibantu nanti dengan bantuan wang tunai bersasar,” katanya maklumat lanjut mengenai bantuan wang bersasar itu akan dibuat Kementerian Kewangan.
Pada masa ini kerajaan menetapkan harga maksimum runcit ayam dan telur bagi Semenanjung Malaysia bagi ayam bulat standard adalah pada RM8.90 sekilogram dan ayam bulat super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal) pada RM9.90 sekilogram.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata berkuat kuasa 1 Julai, Putrajaya tidak lagi akan memberikan subsidi kepada penternak ayam. Susulan penamatan subsidi itu, pihak penternak dilaporkan berharap kerajaan mengapungkan harga ayam.

Nanta dalam sidang media itu memaklumkan, subsidi minyak masak dalam bungkusan polibeg satu kilogram dan ditawarkan kepada pengguna pada harga RM2.50 sepeket, masih diteruskan.

Mengenai pemansuhan subsidi minyak masak sawit tulen itu dalam kemasan botol itu, beliau berkata subsidi barangan tersebut mencecah RM20 juta sebulan.

“Program ini adalah program sementara dan sepatutnya dilaksnakan dalam masa tiga bulan tetapi ia diteruskan hingga hari ini.

“Oleh itu, kerajaan rasakan sudah tiba masanya ia dimansuhkan supaya kerajaan boleh lebih fokus untuk bantu golongan memerlukan,” katanya.

Kerajaan sebelum ini menetapkan harga runcit maksimum bagi minyak masak sawit tulen dalam kemasan botol berkuat kuasa 1 Ogos tahun lepas, dengan jaminan pengguna akan mendapat minyak masak di bawah harga RM30 untuk botol lima kilogram.

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), harga runcit maksimum bagi minyak masak sawit dalam kemasan botol lima kilogram adalah pada harga RM29.70 sebotol, botol satu kilogram (RM6.70), dua kilogram (RM12.70) dan tiga kilogram (RM18.70).

Dalam sesi libat urus hari ini, Nanta berkata pemain industri ayam memberi jaminan yang kenaikan harga ayam tidak akan naik secara mendadak.

“Yang menarik untuk diterima adalah komitmen industri ini untuk bantu kerajaan dalam memastikan pengguna mendapat harga dan bekalan keperluan khususnya ayam, dengan harga berpatutan dan stabil,” katanya.

Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa KPDNHEP akan mengambil tindakan mengikut peraturan sedia ada, sekiranya terdapat pihak yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan secara berlebihan.

“KPDNHEP akan gunakan akta anti pencatutan dan tidak teragak-agak mengenakan tindakan terhadap pemain industri jika langgar peraturan sedia ada,” katanya.

Ditanya adakah subsidi tepung akan dimansuhkan, beliau berkata subsidi barangan itu masih diteruskan ketika ini dan ia tidak dimansuhkan.

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/06/harga-siling-ayam-telur-subsidi-minyak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harga Siling Minyak Masak Dalam Botol Dimansuhkan Mulai 1 Julai 2022

Harga Siling Minyak Masak Dalam Botol Dimansuhkan Mulai 1 Julai 2022

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 360 hits
TERKINI Subsidi minyak masak sawit dalam kemasan botol 2kg 3kg 5kg akan dimansuhkan berkuat kuasa 1 Julai harga dijangka naik Harga siling minyak minyak masak tulen bagi pek kemasan botol dua tiga dan lima kilogram dimansuhkan dan tidak aka...
1 Julai Subsidi Minyak Masak Botol Dimansuhkan Untuk Stabilkan Harga Barangan

1 Julai Subsidi Minyak Masak Botol Dimansuhkan Untuk Stabilkan Harga Barangan

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 262 hits
The ReporterBermula 1 Julai kerajaan akan memansuhkan subsidi minyak masak tulen botol dua hingga lima kilogram bagi memastikan bekalan bahan makanan di pasaran akan lebih stabil dalam jangka masa panjang dan seterusnya menstabilkan harga b...
Tiada Lagi Subsidi Minyak Masak Botol Bertabahlah Berbanggalah Negara Kita Masih Pengeluar Minyak Masak

Tiada Lagi Subsidi Minyak Masak Botol Bertabahlah Berbanggalah Negara Kita Masih Pengeluar Minyak Masak

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 244 hits
Subsidi minyak masak tulen botol dua hingga lima kilogram dimansuhkan bermula 1 Julai ini Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata tindakan itu diambil bagi memastikan bekalan bahan m...
Subsidi Minyak Masak Tulen Botol Dimansuhkan Bulan 1 Julai Ini Kata Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

Subsidi Minyak Masak Tulen Botol Dimansuhkan Bulan 1 Julai Ini Kata Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 173 hits
Subsidi minyak masak tulen botol dua hingga lima kilogram dimansuhkan bermula 1 Julai ini Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata tindakan itu diambil bagi memastikan be
Awani Ringkas Tambahan 10 000 Tan Minyak Masak Paket Subsidi

Awani Ringkas Tambahan 10 000 Tan Minyak Masak Paket Subsidi

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 294 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini S...
Kerajaan Batal Keputusan Hapus Harga Siling Ayam

Kerajaan Batal Keputusan Hapus Harga Siling Ayam

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 220 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jun 24 2022 6 07 PMPutrajaya telah membatalkan keputusannya untuk menghapuskan harga siling ayam berkuat kuasa bulan depan Dalam satu kenyataan hari ini Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata harga siling ba...
Subsidi Minyak Masak Bocor Beri Pada Kroni

Subsidi Minyak Masak Bocor Beri Pada Kroni

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 185 hits
Subsidi minyak masak bocor beri pada kroniPosted By on June 27 2022Alasan utama kerajaan BN PN menarik balik subsidi ke atas minyak masak botol kerana produk tersebut mudah diseludup keluar negara tidak sepenuhnya tepat Bagi Naib Presiden K...
Subsidi Minyak Dimansuhkan Harga Barang Naik Bermula Julai

Subsidi Minyak Dimansuhkan Harga Barang Naik Bermula Julai

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 270 hits
Subsidi Minyak Dimansuhkan Harga Barang Naik Bermula Julai Otak aku macam tak boleh nak brain lepas baca tentang subsidi minyak akan dimansuhkan dan barang lain akan naik mulai Julai Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pe...
23 06 2022 Fokus 4 45 Subsidi Minyak Masak Dihapuskan Pengerusi Fgv

23 06 2022 Fokus 4 45 Subsidi Minyak Masak Dihapuskan Pengerusi Fgv

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 200 hits
Cadangan jumlah gaji baharu yang diluluskan itu menyaksikan pengerusi FGV menikmati kenaikan gaji sebanyak 60 peratus ketika harga minyak masak yang dijual dalam negara melambung tinggi
Anwar Convenes Urgent Cabinet Meeting To Tackle Us Tariff Fallout

From Fair Credit To Excellent Credit How Primerates Helps You Find The Right Card

Tragedi Letupan Challenger Milik Nasa

Kebakaran Putra Heights Polis Sahkan Terdapat Aktiviti Korek Tanah

Pencuri Kabel Maut Dalam Bumbung Pasar Siti Hajar

Mesyuarat Khas Menteri Ekonomi Asean Bincang Implikasi Tarif As

Berpesak Berkekek

Kes Culik Polis Lepas Tembakan Untuk Selamatkan Mangsa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rahsia Kari Ayam Kuah Roti Jala Yang Sedap

Streetlight Biarkan Chord

From Pas Donating Rm100 To Cyberbullying Sim S Adopted Child Is Now Depressed

Agong Visits Putra Heights Blaze Site

Has Azam Baki Overstayed His Welcome Should He Oblige If Pmx S Offers A 3rd Extension

Pengumuman Penting Berkaitan Page Orang Wangsa Maju