Harga Padi Naik Rm200 Harga Beras Kekal Rm2 60 Sekilo


malaysiakini.com
N Faizal Ghazali, Alyaa Alhadjri & Ili Aqilah
Diterbitkan: Feb 13, 2025 1:32 PM
PARLIMEN | Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu mengumumkan kerajaan bersetuju menyelaraskan harga lantai belian padi kepada RM1,500 per tan matrik.

Katanya, penyelarasan itu melibatkan kenaikan daripada harga belian asal iaitu RM1,300 per tan matrik berkuat kuasa Ahad ini.

“Penyelarasan ini dapat membantu para pesawah menyerap kenaikan kos pengeluaran padi dan seterusnya menambah pendapatan mereka,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Mohamad berkata pengguna juga mendapat berita gembira apabila kerajaan bersetuju mengekalkan harga jualan maksimum beras putih tempatan (BPT) RM2.60 sekilogram.

“Bagi mengekalkan harga jualan BPT, Kerajaan Madani akan memperuntukkan sekitar RM150 juta kepada pengilang padi untuk tempoh 6 bulan pertama tahun ini.

“Melalui inisiatif ini, 24 juta kampit BPT berat 10 kilogram (RM26.00) akan mula berada di pasaran secara berperingkat dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini,” katanya.

Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kota Raja berkata, walaupun industri padi dan beras negara sentiasa berdepan dengan pelbagai cabaran seperti ancaman perubahan iklim dan ketidaktentuan geopolitik dunia, namun Kerajaan Madani sentiasa komited menjaga kebajikan pesawah dan kesejahteraan rakyat, dengan mengimbangi kepentingan semua pihak dalam industri padi dan beras negara.

“Pengumuman ini diharap dapat memberikan solusi ’menang-menang’ kepada pesawah, pengilang dan pengguna,” tambahnya.

Sementara itu ditanya penyelarasan harga lantai belian padi tidak mencapai sasaran RM1,800 seperti diharapkan pesawah, Mohamad menjelaskan perkara itu perlu dilihat kepada situasi pesawah.

“Kalau di sebelah Sekinchan, Sabak Bernam, Sungai Besar dan beberapa tempat lain, rungutan mereka agak kurang tentang harga itu.

“Yang paling penting kita lihat saya sebut tadi subsidi penanaman padi di Malaysia ini antara yang tertinggi di Asia ini.

“Oleh itu pesawah juga hendaklah bersama dengan kerajaan berusaha bagaimana untuk meningkatkan hasil mereka,” jelasnya.

Mohamad turut menegaskan penanaman ala Sekinchan dibuat di Kedah, Terengganu dan Kelantan mendatangkan hasilnya berlipat kali ganda.

“Oleh itu kaedah dan cara untuk tanaman padi perlu dipertingkatkan dengan mekanisme baru sedang kita usaha dengan giat,” katanya lagi.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/02/harga-padi-naik-rm200-harga-beras-kekal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Subsidikan Pesawah Rm1 000 Persatuan Beritahu Kerajaan Jika Berat Naik Harga Beras

Subsidikan Pesawah Rm1 000 Persatuan Beritahu Kerajaan Jika Berat Naik Harga Beras

papar berkaitan - pada 1/2/2025 - jumlah : 177 hits
Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia Abdul Rashid Yob berkata jika harga lantai belian padi kekal RM1 300 satu tan pesawah akan mengalami kerugian besar PETALING JAYA Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia cadang naik subsid...
Penyelarasan Harga Padi Langkah Seimbang Kata Pakar Ekonomi

Penyelarasan Harga Padi Langkah Seimbang Kata Pakar Ekonomi

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 292 hits
LANGKAH kerajaan menyelaraskan harga lantai belian padi daripada RM1 300 kepada RM1 500 per tan metrik dilihat sebagai satu usaha mengekalkan kestabilan pasaran dan memastikan kebajikan pesawah terus terjaga Menurut penganalisis ekonomi Moh...
Sejarah Belian Harga Lantai Padi

Sejarah Belian Harga Lantai Padi

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 140 hits
Sejumlah RM 2 6 bilion diperuntukan agar PesawahDibelaPenggunaDijaga
Persatuan Pengguna Berang Harga Santan Naik Tak Usah Reka Alasan

Persatuan Pengguna Berang Harga Santan Naik Tak Usah Reka Alasan

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 186 hits
malaysiakini comPersatuan pengguna berang dengan alasan alasan diberikan berkaitan jangkaan kenaikan harga santan menjelang Ramadan awal bulan depan Persatuan Pengguna Islam Malaysia membayangkan jangkaan jangkaan itu sengaja dibuat bagi me...
Penyelarasan Harga Lantai Padi Rm1 500 Per Tan Metrik Pesawah Ucap Terima Kasih

Penyelarasan Harga Lantai Padi Rm1 500 Per Tan Metrik Pesawah Ucap Terima Kasih

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 159 hits
KERAJAAN mengumumkan penyelarasan harga lantai belian padi daripada RM1 300 kepada RM1 500 per tan metrik berkuat kuasa Ahad ini Perkara itu diumumkan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dalam Sesi Penera...
Parti Dia Perintah Seduit Tak Naik Rega Padi Zaman Pmx Bagi Ucap Terima Kasih Pun Tidak

Parti Dia Perintah Seduit Tak Naik Rega Padi Zaman Pmx Bagi Ucap Terima Kasih Pun Tidak

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 200 hits
Man TobaKalau PN memerintah dulu diam masuk acc parti Zaman PHBN terang masuk acc petani pon hari golongan tak bersyukur maki hamun Begitulah kelakuan walaun tuan tuan
Samsung S Aye Train Turns Kl Mrt Into A Giant Game

Tinggi Potassium Dalam Air Kencing

Muhyiddin What Are Guarantees For Malaysia In Ambalat Deal

Unmasking Paedophiles When Silence And Secrecy Becomes The Greatest Crime

Piraum 16 Semua Parti Politik Berpeluang Jadi Kerajaan

Workers At Glove Mould Producer Back At Work After Successful Talks

Proton E Mas 7 Terima Kemas Kini Warna Baharu Sokongan Apple Carplay Ciri Pintar

Bagaimana Kotak Packaging Boleh Menambah Nilai Produk Anda


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Blog Masih Disukai Ramai Blogger

Masak Lemak Udang Dan Bab Dosa Media Social

Selesai Interview

Zunar Diam Membisu Cukai 1malaysia Vs Cukai Madani Mana Korang Suka

Pereka Fesyen Terkenal Datuk Jovian Mandagie Diisytihar Bankrap Apa Yang Sebenarnya Berlaku

Penyertaan Dua Tokoh Politik Bukan Melayu Jadi Suntikan Moral Perkukuh Bersatu Pahang Menjelang Pru 16