Persatuan Pengguna Berang Harga Santan Naik Tak Usah Reka Alasan


malaysiakini.com
Shakira Buang
Diterbitkan: Feb 14, 2025 10:00 AM
Persatuan pengguna berang dengan alasan-alasan diberikan berkaitan jangkaan kenaikan harga santan menjelang Ramadan awal bulan depan.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membayangkan jangkaan-jangkaan itu sengaja dibuat bagi menyediakan minda orang ramai ketika kenaikan benar-benar berlaku.

“Berita-berita (kenaikan harga) ini seolah-olah memberikan isyarat awal pasti akan berlaku kenaikan.

“Jadi, orang ramai atau pun pengguna akan terima dan redalah sebab penghujungnya sebagai pengguna ialah kita, sama ada pengguna Melayu, India atau Cina, seolah-olah tidak ada pilihan,” kata setiausaha agungnya Maamor Osman.
Maamor OsmanDia juga mendakwa alasan peningkatan permintaan dan kekurangan penawaran itu cuma rekaan.

Media sebelum ini melaporkan harga santan di beberapa negeri dijangka terus meningkat kepada RM20 sekilogram menjelang Ramadan berikutan bekalan kelapa masih berkurangan.

Situasi itu juga dilaporkan berlaku sejak awal Disember lalu yang menyebabkan harga santan pada asalnya sekitar RM9 hingga RM10 sekilogram meningkat kepada RM17 hingga RM18.

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Maamor berkata isu kekurangan bekalan bukan perkara baru dan ia sepatutnya diuruskan lebih awal oleh pihak bertanggungjawab.

“Mereka sepatutnya dah tahu tarikh setiap perayaan di negara ini.

“Jadi, tak ada alasan barangan keperluan terbabit berkurangan,” katanya.

Maamor berkata tiada sebab bekalan berkurangan kerana Malaysia dan negara pengimport serantau seperti Indonesia tidak dilanda sebarang bencana alam.

Dia juga menyatakan kebimbangan dengan alasan kekurangan bekalan dalam pasaran.

Katanya, perkara itu hanya akan menggalakkan aktiviti menyorok barang.

“Tunggu harga naik (baru) mereka lambakkan dalam pasaran,” katanya.

Sementara itu, Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) mengesahkan harga santan segar menunjukkan peningkatan sejak beberapa bulan ini.

Setiausaha agungnya Saravanan Thambirajah berkata pada November 2024, harga santan segar dijual antara RM14 hingga RM20 sekilogram.

Pada Januari tahun ini pula, katanya, harga kelapa mencapai RM2.80 sebiji berbanding RM1.80 pada September tahun sebelumnya, yang turut mempengaruhi harga santan.
Saravanan ThambirajahMenurutnya kenaikan harga itu juga disebabkan beberapa faktor, termasuk kekurangan bekalan kelapa tempatan akibat faktor cuaca dan pengeluaran yang tidak mencukupi.

“Kebergantungan kepada import dari negara jiran seperti Indonesia dan Thailand turut menjejaskan harga, terutama apabila kos pengimportan meningkat.

“Selain itu, permintaan tinggi menjelang Ramadhan juga menyebabkan lonjakan harga di pasaran,” katanya.

Import segera, kata Fomca

Fomca justeru menggesa kerajaan segera mengimport kelapa bagi menangani kekurangan bekalan dan menstabilkan harga di pasaran.

Langkah ini, katanya, penting untuk memastikan pengguna tidak terbeban dengan harga yang terlalu tinggi, terutama bagi golongan berpendapatan rendah dan peniaga kecil.

“Selain itu, usaha untuk meningkatkan pengeluaran tempatan perlu dipercepatkan, termasuk memberi insentif kepada petani untuk menanam lebih banyak kelapa dan mengurangkan kebergantungan kepada import,” katanya.
Fomca juga menyarankan agar kawalan harga diperketat bagi mengelakkan spekulasi yang tidak munasabah.

“Pihak kerajaan perlu memastikan rantaian bekalan lebih efisien dengan mengurangkan peranan orang tengah yang boleh menyebabkan kenaikan harga yang tidak terkawal.

“Di samping itu, pengguna boleh mencari alternatif lain dalam masakan yang tidak memerlukan santan atau menggunakan produk pengganti yang lebih murah, sekiranya kenaikan harga ini berterusan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/02/persatuan-pengguna-berang-harga-santan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Subsidikan Pesawah Rm1 000 Persatuan Beritahu Kerajaan Jika Berat Naik Harga Beras

Subsidikan Pesawah Rm1 000 Persatuan Beritahu Kerajaan Jika Berat Naik Harga Beras

papar berkaitan - pada 1/2/2025 - jumlah : 164 hits
Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia Abdul Rashid Yob berkata jika harga lantai belian padi kekal RM1 300 satu tan pesawah akan mengalami kerugian besar PETALING JAYA Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia cadang naik subsid...
Harga Santan Cecah Rm20 Sekilogram

Harga Santan Cecah Rm20 Sekilogram

papar berkaitan - pada 17/2/2025 - jumlah : 125 hits
bharian com myAzizah terpaksa menjual santan dengan harga RM20 sekilogram FOTO NSTP Mohd Rafi MamatKuantan Harga kelapa import dari Indonesia yang meningkat sejak tahun lalu memaksa peniaga bertindak menaikkan harga santan sehingga mencecah...
Harga Padi Naik Rm200 Harga Beras Kekal Rm2 60 Sekilo

Harga Padi Naik Rm200 Harga Beras Kekal Rm2 60 Sekilo

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 305 hits
malaysiakini comPARLIMEN Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu mengumumkan kerajaan bersetuju menyelaraskan harga lantai belian padi kepada RM1 500 per tan matrik Katanya penyelarasan itu melibatkan kenaikan daripada harga...
Usah Memandai Reka Cerita Konon Pengerusi Bank Dunia Bagi Malaysia Dilantik Untu

Usah Memandai Reka Cerita Konon Pengerusi Bank Dunia Bagi Malaysia Dilantik Untu

papar berkaitan - pada 3/2/2025 - jumlah : 148 hits
Usah memandai reka cerita konon pengerusi bank dunia bagi Malaysia dilantik untuk tentukan dasar negara Tak pasti jangan kongsi biarbetul delight ranges image ranges inline style ranges aggregated ranges ranges entity typename Hashtag isEnt...
Kunjungan Hormat Persatuan Pengguna Islam Malaysia Polis Kl 18 02 2025

Kunjungan Hormat Persatuan Pengguna Islam Malaysia Polis Kl 18 02 2025

papar berkaitan - pada 20/2/2025 - jumlah : 184 hits
18 Februari 2025 YDH CP Dato Rusdi bin Mohd Isa Ketua Polis Kuala Lumpur telah menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia YBhg Dato Nadzim Johan Toqqi di Bilik Kunjungan Hormat Tingkat 12 Menara A Ibu Pej...
Tarif Elektrik Naik 85 Pengguna Tak Terjejas

Tarif Elektrik Naik 85 Pengguna Tak Terjejas

papar berkaitan - pada 5/2/2025 - jumlah : 184 hits
Subsidi Elektrik 2025 85 Pengguna Domestik Di Semenanjung Tidak Terjejas Dengan Pelarasan Tarif Elektrik Sehingga Jun 2025 Sebanyak 85 peratus atau tujuh juta pengguna domestik di Semenanjung Malaysia tidak akan terjejas dengan pelarasan ta...
Hiburan Harga Kenderaan Akan Naik Mendadak Tahun 2026 Kementerian Kewangan Beri Penjelasan

Hiburan Harga Kenderaan Akan Naik Mendadak Tahun 2026 Kementerian Kewangan Beri Penjelasan

papar berkaitan - pada 12/2/2025 - jumlah : 226 hits
Sebelum ini tular dakwaan bahawa peningkatan harga kenderaan secara mendadak akan berlaku ekoran penguatkuasaan penuh Peraturan Cukai Eksais Baharu pada tahun 2026 Kementerian Kewangan Malaysia bagaimanapun tampil menegaskan dakwaan tersebu...
Bukan Kejar Harga Tapi Nak Imbang Kos Persatuan Jawab Mahfuz

Bukan Kejar Harga Tapi Nak Imbang Kos Persatuan Jawab Mahfuz

papar berkaitan - pada 2/2/2025 - jumlah : 143 hits
freemalaysiatoday com01 Feb 2025 06 04 PMPertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia tidak setuju kenyataan pengerusi LPP bahawa ada pesawah hanya kejar harga dan tidak mahu tingkat hasil padi Pengerusi Pesawah Abdul Rashid Yob berkata jika ha...
Pakai Susuk Relevan Atau Tak Zaman Sekarang

Carsome Unveils Official Fam Fleet

Dryer Taking Too Long To Dry Here S What That Means And Who Can Fix It In Okc

Make1m Com Luxury Cars Yachts Discover The Millionaire S Lifestyle

Ree Dicuri Depan Mata Nres Masih Membisu Siapa Lindungi Penjenayah Alam Ini

Untunglah Ada En Tunang

Makanan Sedap Di Picnic House By Nak Cikit

Maryline Feat Saba Dimsond Laya Gawai Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Singgah Lavender Garden

Lirik Lagu Kisah Penuh Kecewa Ernie Zakri Anggi Marito

Jadual Dan Beli Tiket Lima 2025 Langkawi

Mercedes Has Chosen To Develop Its Next Big Project In Georgia

Lirik Lagu Carilah Aku Di Neraka Fadzli Fareast

Ameerais Puaskah Chord