Bergambar Demo Harga Barang Naik Sany Gesa Kerajaan Ambil Tindakan Segera Turunkan Harga Barang Keperluan


 

November 29, 2021 Pemuda Amanah dan biro mobilisasi parti itu turun ke jalan raya hari ini untuk melakukan flash mob di 14 lokasi di seluruh negara bagi menyuarakan bantahan terhadap kenaikan harga barangan keperluan asas.
Flash mob itu diadakan secara rentak kira-kira pada jam lima petang tadi termasuk di sekitar kompleks beli-belah Sogo di Kuala Lumpur, yang disertai kira-kira 20 orang diketuai Adun Taman Templer Sany Hamzan.
Menerusi siaran langsung di laman Facebook media rasmi Amanah Malaysia Dateline, beberapa anggota polis dilihat menyuarakan kumpulan kecil perserta kira-kira selepas 20 minit.
Polis juga dilihat meminta para peserta menunjukkan MyKad sebelum mereka dibenarkan beredar.
Ketika dihubungi, Sany berkata mesej utama mereka adalah agar kerajaan mengambil tindakan segera bagi menurunkan harga barangan keperluan.
“Apabila harga ayam, sayur, ikan dan bahan lain naik, secara automatik harga makanan (di kedai makan) juga akan naik.
“Pastinya ini beri kesan seirus kepada rakyat yang masih bergelut untuk pulih daripada impak kewangan akibat wabak Covid-19,” katanya kepada Malaysiakini.
Selain daripada di Sogo, Sany berkata flash mob turut diadakan di satu lokasi di setiap negeri.
Katanya, Pemuda Amanah juga akan mengiringi sekumpulan individu untuk menghantar memorandum di Parlimen pada 30 Nov ini.
Terdahulu, Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nik Abdul Razak Nik Md Ridzuan berkata situasi yang buruk menyebabkan mereka turun ke jalan raya.
 
“Kita mengadakan flash mob di seluruh negara ini walau kita tahu bilangan kes Covid-19 masih tinggi dan himpunan awam untuk protes adalah sesuatu yang harus dielakkan.
“Tetapi kita terpaksa untuk melakukannya dan InsyaAllah kita akan ikut semua SOP. Kenapa? Sebab keadaan sekarang terlalu teruk,” katanya kepada Malaysiakini.
Nik Razak mendakwa kerajaan seperti tidak tahu cara untuk menurunkan harga barangan.
“Walhal merekalah yang ada kuasa untuk campur tangan,” katanya lagi.
Dia juga mengaitkan keadaan sekarang dengan dasar kerajaan yang menurutnya lemah – termasuk dalam soal pembukaan semula perniagaan selepas perintah kawalan pergerakan dan pengambilan pekerja asing – yang boleh memberi kesan kepada harga barang dan perkhidmatan.
“Itu belum ambil kira faktor ekonomi daripada perspektif tukaran mata wang antara ringgit dengan dolar AS, semuanya berkaitan secara langsung dengan kecekapan dan kejayaan dasar kerajaan,” katanya.
 
Hari ini bekas menteri kewangan Lim Guan Eng bertanya jika Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi sedia untuk letak jawatan jika dia gagal menangani kenaikan harga, termasuk sayuran yang menyaksikan kenaikan lebih dua kali ganda.
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) baru-baru ini membangkitkan kebimbangan selepas mendapati harga sejumlah sayuran meningkat sehingga 200 peratus sejak dua minggu lalu.
Menurut CAP, harga sawi pendek meningkat daripada RM3 kepada RM9 per kg, harga brokoli naik daripada RM8 kepada RM20 per kg, dan harga kubis bunga naik daripada RM7 kepada RM16 per kg.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/11/bergambar-demo-harga-barang-naik-sany.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harga Barang Naik Bentuk Jawatankuasa Kabinet Ambil Tindakan Segera Anwar

Harga Barang Naik Bentuk Jawatankuasa Kabinet Ambil Tindakan Segera Anwar

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 206 hits
Kenaikan harga barang yang mencapai tahap krisis dan membebankan rakyat marhaen perlu ditangani segera dengan pembentukan jawatankuasa kabinet Menurut Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim kenaikan harga bukan perkara...
Harga Barang Naik Anwar Kata Kerajaan Ismail Sabri Gagal

Harga Barang Naik Anwar Kata Kerajaan Ismail Sabri Gagal

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 347 hits
December 1 2021 Kerajaan dilihat gagal menguruskan kemelut kenaikan harga barang apabila tidak mengemukakan sebarang tindakan drastik untuk mengatasi isu berkenaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata agensi kerajaan yang sepa...
Harga Barang Naik Oksigen Tak Cukup

Harga Barang Naik Oksigen Tak Cukup

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 311 hits
Minggu lalu saya sempat pekena roti canai telur dan teh tarik di sebuah kedai untuk sarapan pagi Sambil makan saya terdengar perbualan rancak geng pak cik di meja sebelah tentang kenaikan harga barang Di tangan salah seorangnya ada akhbar U...
Anwar Ibrahim Krisis Terkait Harga Barang Kerajaan Dah Gagal Kerana Ti

Anwar Ibrahim Krisis Terkait Harga Barang Kerajaan Dah Gagal Kerana Ti

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 236 hits
Anwar Ibrahim Krisis Terkait Harga Barang Kerajaan Dah Gagal Kerana Tidak Mengambil Langkah Segara
Dikemaskini Harga Barang Naik Gamatkan Dewan Rakyat

Dikemaskini Harga Barang Naik Gamatkan Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 216 hits
BERITA SEMASA 30 NOVEMBER 2021 Sesi Dewan Rakyat hari ini riuh ketika sesi soal jawab mengenai kenaikan harga barang Muzik www bensound com
Silap Menteri Harga Barang Naik Kerana Kurang Tenaga Kerja Dakwa Ahli Parlimen

Silap Menteri Harga Barang Naik Kerana Kurang Tenaga Kerja Dakwa Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 297 hits
Ngeh Koo Ham berkata kekurangan tenaga kerja di ladang mengakibatkan lonjakan harga sayur sayuran dari 100 hingga 200 KUALA LUMPUR Kenaikan harga kebanyakan barangan di negara ini adalah akibat dua kementerian tidak dapat mencapai keputusan...
Setelah Lama Membisu Akhirnya Ismail Sabri Akui Harga Barangan Keperluan Memang Naik

Setelah Lama Membisu Akhirnya Ismail Sabri Akui Harga Barangan Keperluan Memang Naik

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 256 hits
December 2 2021 Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang hari ini turun padang meninjau harga barang di sini mengakui terdapat peningkatan harga barangan keperluan harian ketika ini Namun katanya kenaikan yang berlaku bukan berpu...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Skill Up Steam Curator

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Juicy Luicy Tanggung Jawab Chord

Amicorp Denies Alleged Fraud Over Us 7bil In 1mdb Scandal

Draining The Healthcare Swamp

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024