Harga Gandum Catat Rekod Tertinggi



Harga gandum catat rekod tertinggi
Harga gandum melonjak ke rekod tertinggi baharu dalam dagangan di Eropah selepas India memutuskan untuk melarang eksport komoditi itu ketika gelombang haba menjejaskan pengeluaran.
Harga gandum melonjak kepada 438.25 euro (AS$456.68) satu tan apabila pasaran Euronext ditutup, mengatasi rekod penutup sebelumnya sebanyak 422.40 euro yang dicatatkan pada 7 Mac lalu, menurut peniaga di firma pembrokeran bijirin Inter-Courtage, Damien Vercambre.
Ia sebelum ini mencatat rekod harga pembukaan sebanyak 435 euro.
Dalam pasaran Chicago Board of Trade, gandum didagangkan hampir enam peratus lebih tinggi semasa dagangan tengah hari pada AS$12.48 segantang.
Harga gandum global melonjak 40 peratus berikutan kebimbangan bekalan sejak pencerobohan Russia ke atas Ukraine, antara pengeksport utama Februari lalu, yang sebelum ini menyumbang 12 peratus daripada eksport global.
Peningkatan itu, diburukkan lagi oleh kekurangan baja dan hasil tuaian yang lemah, telah mendorong inflasi di seluruh dunia dan menimbulkan kebimbangan terhadap kebuluran serta pergolakan sosial di negara-negara miskin.
India, pengeluar gandum kedua terbesar di dunia, baru-baru ini mengumumkan bahawa ia menyekatkan eksport selepas mencatatkan rekod suhu paling panas pada Mac, dengan peniaga memerlukan kelulusan kerajaan untuk memeterai perjanjian baharu.
New Delhi berkata langkah itu diperlukan untuk melindungi keselamatan makanan 1.4 bilion penduduknya sendiri dalam menghadapi pengeluaran yang lebih rendah dan harga global yang lebih tinggi secara mendadak.
Beberapa bahagian di India menyaksikan harga gandum dan tepung melonjak 20 hingga 40 peratus dalam beberapa minggu kebelakangan ini, kata Setiausaha Perdagangan, BVR Subrahmanyam pada Ahad.
Berikutan kenaikan mendadak harga global, sesetengah petani menjual kepada peniaga dan bukan kepada kerajaan.
Ini menyebabkan kerajaan bimbang mengenai stok penimbalnya yang berjumlah hampir 20 juta tan, habis akibat wabak, diperlukan untuk diberikan kepada jutaan keluarga miskin dan untuk mengelakkan sebarang kemungkinan kebuluran.
“Ia berbeza dengan Russia yang mempunyai kuota eksport dan sistem cukai selama bertahun-tahun, India sudah pasti menghadapi lebih banyak kesukaran untuk mengawal eksport,” kata Vercambre.
Larangan eksport itu mendapat kritikan keras daripada kumpulan tujuh negara perindustrian (G7), yang berkata bahawa langkah sedemikian ‘akan memburukkan lagi krisis’ kenaikan harga komoditi. BH
Harga gandum catat rekod tertinggi
Baca Artikel Menarik:
Sah diracun! Yogi sikucing selebriti dan rakan mati akibat perbuatan khianat Keluarga saman TikTok selepas anak maut sertai cabaran Tak ada sebab RoS tolak pindaan Perlembagaan UMNO – Najib Dunia di ambang krisis makanan Polis guna handphone disaman Pendaki Gunung Suku hanyut: Bomba jumpa kaki mangsa Usul pinda perlembagaan disokong sebulat suara bukti UMNO sedia hadapi PRU-15 GPS takkan beri laluan Bersatu tanding di Sarawak Angkara pokok serai, lelaki parah ditetak Tiga Pengantin Adik Beradik Bersanding ‘Bawa Perut’ Perang mulut antara Tian, Prabakaran makin panas 2 pasangan kekasih dicekup berkhalwat di hotel bajet Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/05/17/harga-gandum-catat-rekod-tertinggi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tepung Gandum Naik Harga Roti Canai Mungkin Lebih Mahal

Tepung Gandum Naik Harga Roti Canai Mungkin Lebih Mahal

papar berkaitan - pada 19/5/2022 - jumlah : 289 hits
freemalaysiatoday com May 19 2022 11 01 AMTepung gandum yang merupakan bahan utama dalam roti canai dikatakan bakal berdepan masalah kekurangan bekalan PETALING JAYA Harga roti canai yang merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia mungkin ...
India Pakistan Diramal Catat Suhu Tertinggi 100 Kali Ganda Selang 3 Tahun

India Pakistan Diramal Catat Suhu Tertinggi 100 Kali Ganda Selang 3 Tahun

papar berkaitan - pada 19/5/2022 - jumlah : 181 hits
India Pakistan Diramal Catat Suhu Tertinggi 100 Kali Ganda Selang 3 Tahun LONDON Perkhidmatan cuaca Britain mendapati kemungkinan barat laut India dan Pakistan dilanda gelombang haba paling buruk meningkat lebih 100 kali ganda akibat peruba...
Roti Canai Dijangka Akan Naik Harga Lebih Dari Rm1 70 Ekoran Kekurangan Bekalan Tepung Gandum

Roti Canai Dijangka Akan Naik Harga Lebih Dari Rm1 70 Ekoran Kekurangan Bekalan Tepung Gandum

papar berkaitan - pada 19/5/2022 - jumlah : 189 hits
Baru baru ini kerajaan India mengumumkan larangan mengeksport gandum mengundang kebimbangan banyak negara termasuk Malaysia Namun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menjelaskan tindakan India itu tidak akan menjejas...
Rekod Terendah Kenapa Rating The Sixth Sense 3 Terus Catat Penurunan

Rekod Terendah Kenapa Rating The Sixth Sense 3 Terus Catat Penurunan

papar berkaitan - pada 24/5/2022 - jumlah : 172 hits
Rasanya ramai yang layan program The Sixth Sense 3 pada saban minggu kan ARTIKEL BERKAITAN Meskipun kandungan yang mengujakan dalam setiap episod tetapi sepertinya ia tidak mampu mengekalkan momentum yang baik untuk musim ini Dalam episod t...
Hfmd Sabah Catat Tertinggi Gais Beware Semua

Hfmd Sabah Catat Tertinggi Gais Beware Semua

papar berkaitan - pada 19/5/2022 - jumlah : 302 hits
Sabah mencatat peningkatan kes jangkitan penyakit Tangan Kaki dan Mulut yang tinggi dengan sebanyak 2 834 kes direkodkan dari Januari hingga 16 Mei lalu Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Rose Nani Mudin berkata jumlah itu jau...
Harga Minyak Petrol Dan Diesel Bulan Mei 2022

Harga Minyak Petrol Dan Diesel Bulan Mei 2022

papar berkaitan - pada 6/5/2022 - jumlah : 286 hits
Harga minyak petrol dan diesel bulan Mei 2022 Disini ada perkongsian mengenai harga minyak petrol RON95 RON97 dan diesel terkini yang diumumkan pada setiap minggu bagi bulan Mei tahun 2022 Untuk makluman jika sebelum ini KERAJAAN PH telah m...
Harga Durian Muar 2022 April Mei Jun

Harga Durian Muar 2022 April Mei Jun

papar berkaitan - pada 5/5/2022 - jumlah : 380 hits
Senarai Harga Durian Muar 2022 April Berikut harga durian terkini Warna ungu ada stok Khamis 05 05 22 4 Syawal 1443 Durian Musang King A RM 63 kg Durian Musang King AB RM 55 kg Durian Musang King B RM 45 kg Durian Musang King C RM 22 kg Rej...
Video Perkara Harga Rp7 000 Pria Berseragam Polisi Marahi Pedagang Saat Beli Minum

Video Perkara Harga Rp7 000 Pria Berseragam Polisi Marahi Pedagang Saat Beli Minum

papar berkaitan - pada 5/5/2022 - jumlah : 167 hits
Pria itu menduga pedagang memanfaatkan momen lebaran dengan menaikkan harga barang
India Larang Eksport Gandum Cetus Kebimbangan Berlaku Krisis Bekalan Makanan

India Larang Eksport Gandum Cetus Kebimbangan Berlaku Krisis Bekalan Makanan

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 245 hits
The ReporterBaru baru ini Kerajaan India mengenakan larangan mengeksport gandum berikutan fenomena gelombang haba dan tindakannya itu mengundang kritikan daripada menteri menteri pertanian negara Kumpulan Tujuh kerana langkah itu hanya akan...
Tim Leissner Najib Razak Dan 1mdb Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri

Pemilihan Pkr Masih Tiada Pencalonan Jawatan Presiden Timbalan

Setiausha Agong Veteran Umno

The Transformative Practice Of Yoga Cultivating Mind Body And Soul

Thailand Piyamit Tunnel Terowong Persembunyian Komunis Di Betong

Blogging Skill Digital Dasar Untuk Eksis Di Dunia Maya

Disney Bakal Buka Taman Tema Pertama Di Timur Tengah

Ai As A Career Catalyst Turning Job Displacement Fears Into Employment Opportunities


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Casa En La Laguna By A4estudio A Sculptural Retreat Overlooking Laguna Blanca

We Re In Business As Usual Says Sapura Energy

The Tragicomedy Of Parti Keluarga Rakyat

The Flawed Thinking Of Choosing Race Or Nationality

Anwar Abang Jo To Finalise Key Principles For Petronas Petros Talks

Mesyuarat Agong Pibg Dan Mesyuarat Pemuafakatan