Harga Barang Melambung Kenapa Lantik Penasihat Agama Pm Diutamakan


 





Pelantikan penasihat agama kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak sesuai dilakukan di tengah-tengah kenaikan harga barangan keperluan harian yang tidak terkawal.





Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Akmal Nasir berkata, pelantikan Mej.Jen. Datuk Seri Jamil Khir Baharom itu hanya membazirkan dana awam untuk membayar elaun serta tidak memberi nilai tambah bermakna kepada negara.





"Pada pandangan AMK perlantikan ini tidak ada keperluan melainkan hanya satu lagi pembaziran dari kerajaan BN hari ini.





"Pada hemat AMK Perdana Menteri sepatutnya fokus kepada masalah kenaikan harga barang keperluan asas yang membebankan rakyat ketika mereka cuba bangkit selepas krisis pandemik dan krisis ekonomi yang melanda negara sejak 20 bulan lalu.





"Sejak Ismail Sabri dilantik sebagai PM isu kenaikan harga barang semakin meruncing dan ianya menjadi semakin teruk selepas Pilihan Raya Negeri Melaka yang mana terdapat banyak laporan kenaikan harga bahan mentah dan keperluan asas.





"Perkara ini ternyata membebankan rakyat dan kegagalan dalam mengawal kenaikan harga barang selain alasan-alasan dangkal punca kenaikan membuktikan kerajaan BN tidak peduli akan 'keluarga Malaysia' yang terbeban," katanya.





Ahli Parlimen Johor Bahru itu juga mempersoalkan apakah Menteri Agama dari Pas, Idris Ahmad tidak mampu menasihatkan PM.





Atau pun PM tidak mahu menerima nasihat agama dari Pas tetapi perlukan nasihat agama versi Umno?





Bagaimanapun, katanya, melantik Jamil yang sebelum ini terlibat dengan dakwaan pembaziran di YaPEIM hanya memburukkan imej PM sendiri.





"Adakah perlantikan pemimpin Umno selaku Penasihat Agama sebagai bukti Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama) YB Idris Ahmad dari Pas tidak berfungsi sebagai Menteri? Atau adakah ini isyarat Umno akan mengenepikan Pas dan

hanya mempergunakan Pas bagi mencukupkan sokongan terhadap Ismail Sabri?





"AMK juga melihat Penasihat Agama yang baru dilantik sebagai bukti kegagalan Duta Khas Ke Timur Tengah dalam menjalankan tanggungjawab sepanjang menjawat jawatan berkenaan sejak 2 April 2020.





"Selain sebagai 'habuan' kepada pemimpin Umno, perlantikan ini juga manifestasi kepada usaha Umno memperkukuhkan kedudukan dan mengenepikan Pas bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang.





"Rakyat tidak akan lupa ketirisan yang berlaku ketika Jamil Khir menjawat Menteri Agama, antaranya dakwaan salahguna dana Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) untuk membeli 'golf simulator', membazir wang rakyat menganjurkan kursus perkahwinan di Paris dan kegagalan beliau mengurus Tabung Haji," katanya.





Tegas Akmal, AMK amat dukacita demi kelangsungan hidup Umno, Ismail Sabri memberi 'nyawa' kepada bekas Menteri yang gagal sebagai Penasihat Agama.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/11/harga-barang-melambung-kenapa-lantik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penasihat Agama Pm Lebih Pentying Daripada Kawal Harga Barang

Penasihat Agama Pm Lebih Pentying Daripada Kawal Harga Barang

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 263 hits
Pelantikan penasihat agama kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak sesuai dilakukan di tengah tengah kenaikan harga barangan keperluan harian yang tidak terkawal Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia Akmal Nasir berkata ...
Harga Barang Melambung Pengangguran Meningkat Apa Nasib Anak Muda

Harga Barang Melambung Pengangguran Meningkat Apa Nasib Anak Muda

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 219 hits
Nasib anak muda memasuki tahun 2022 mungkin lebih buruk dengan melambungnya harga barang dan semakin sempitnya peluang pekerjaan Bagi Exco Angkatan Muda KEADILAN Malaysia Muhammad Adzlan Adzhar laporan media arus perdana baru baru ini yang ...
Bersatu Serang Pm Guna Isu Harga Barang Naik Najib

Bersatu Serang Pm Guna Isu Harga Barang Naik Najib

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 264 hits
Datuk Seri Najib RazakKUALA LUMPUR Pihak propaganda Parti Pribumi Bersatu Malaysia didakwa mula menyerang Perdana Menteri menggunakan isu harga barang naik Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Razak mendakwa ia dapat dilihat menerusi media ...
Sejak Zaman Abah Kau Harga Barang Naik Cecah Paras Tertinggi

Sejak Zaman Abah Kau Harga Barang Naik Cecah Paras Tertinggi

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 248 hits
Sejak zaman abah kau harga barang naik cecah paras tertinggi Najib Razak membidas kenyataan Pemuda Bersatu yang mencetuskan persoalan jika kenaikan barangan dipengaruhi oleh kemenangan BN pada pilihan raya negeri Melaka pada 20 November lal...
Rakyat Perlu Nyatakan Bantahan Jika Seminggu Harga Barang Tidak Turun

Rakyat Perlu Nyatakan Bantahan Jika Seminggu Harga Barang Tidak Turun

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 230 hits
Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia yang mewakili 100 NGO hari ini mendesak kerajaan BN agar mengawal segera harga barang keperluan di pasaran Pengerusi GBMRM Mustapha Mansor Amer Mohd Isa berkata alasan harga sayur sayuran naik s...
Bantahan Flashmob Jika Harga Barang Tak Turun Dalam Seminggu

Bantahan Flashmob Jika Harga Barang Tak Turun Dalam Seminggu

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 265 hits
Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia yang mewakili 100 NGO hari ini mendesak kerajaan BN agar mengawal segera harga barang keperluan di pasaran Pengerusi GBMRM Mustapha Mansor Amer Mohd Isa berkata alasan harga sayur sayuran naik s...
Bergambar Demo Harga Barang Naik Sany Gesa Kerajaan Ambil Tindakan Segera Turunkan Harga Barang Keperluan

Bergambar Demo Harga Barang Naik Sany Gesa Kerajaan Ambil Tindakan Segera Turunkan Harga Barang Keperluan

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 447 hits
November 29 2021 Pemuda Amanah dan biro mobilisasi parti itu turun ke jalan raya hari ini untuk melakukan flash mob di 14 lokasi di seluruh negara bagi menyuarakan bantahan terhadap kenaikan harga barangan keperluan asas Flash mob itu diada...
Dikemaskini Harga Barang Naik Gamatkan Dewan Rakyat

Dikemaskini Harga Barang Naik Gamatkan Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 234 hits
BERITA SEMASA 30 NOVEMBER 2021 Sesi Dewan Rakyat hari ini riuh ketika sesi soal jawab mengenai kenaikan harga barang Muzik www bensound com
Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Lirik Lagu Sesalku Edysport

The Latest Recall Alert For Kia Soul And Seltos Owners Engine Concerns

Perkeso Carsome Kerjasama Lancar Inisiatif Bantu Pencari Kerja

Anwar Kena Jawab 1mdb Gugur Saman Terhadap Riza Aktivis

Time Management For Entrepreneurs

Lima Individu Pukul Lelaki Oku Di Kemaman Didenda


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bukan Sekadar Lafaz Musim 2 Slot Akasia TV3

Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton


Ukraine Memerlukan Jaminan Keselamatan As Untuk Menghalang Putin

Str Login Masalah Lazim Dan Cara Mengatasinya

Pelajar Tingkatan Lima Meninggal Dunia Rebah Ketika Merentas Desa

Ramadan Is Coming

Legoland Malaysia Resort Sets New Standard For Accessibility As First Certified Autism Center In Malaysia

Kelebihan Berkahwin Dengan Pasangan Anak Sulung