Harga Ayam Dikurangkan Kata Perdana Menteri


AGENDA DAILY  Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata harga runcit maksimum bagi ayam standard dikurangkan sebanyak 20 sen kepada RM8.90 daripada harga siling RM9.10 yang ditetapkan.
Pada masa sama beliau berkata harga telur ayam untuk semua gred adalah kekal seperti harga kawalan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) semasa, lapor Bernama.
Menurutnya keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) mengenai Industri Pengeluaran Makanan yang berlangsung hari ini.
Perdana Menteri yang mempengerusikan mesyuarat itu berkata pelaksanaan kedua-dua harga berkenaan akan bermula dari 5 Februari depan sehingga 5 Jun ini.
“Kerajaan akan memberikan subsidi bagi memastikan harga barangan dapat dikawal seperti SHMKM dan perincian subsidi ini akan dilakukan oleh Pasukan Khas Mengenai Kos Sara Hidup Negara yang akan diketuai Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta beberapa kementerian, wakil syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan persatuan pengguna sehingga harga kembali stabil,” katanya dalam satu kenyataan.
Perdana Menteri berkata selain itu, permit import ayam bulat juga dibuka kepada semua pemegang Permit Kelulusan (AP) bagi mengimport ayam, berbanding sebelum ini hanya dibenarkan mengimport keratan ayam seperti kepak, paha dan lain-lain.
Katanya mesyuarat yang memfokuskan kepada penyelesaian jangka pendek untuk mengurangkan tekanan kenaikan harga juga bersetuju AP mengimport ayam dibuka kepada pengusaha pasar raya besar selain turut mengarahkan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) melakukan siasatan sekiranya wujud kartel dalam pakatan menentukan harga ayam dan telur.
Beliau berkata pelaksanaan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) melibatkan 222 Parlimen juga perlu dilaksanakan secara maksimum dengan kerjasama bersepadu melibatkan kementerian-kementerian terbabit bagi membantu Keluarga Malaysia untuk mendapatkan barangan asas pada harga yang lebih murah.
“Pelaksanaan Kedai Harga Patut perlu diaktifkan semula di seluruh negara serta menambah kekerapan operasi pasar tani di satu-satu kawasan. Mesyuarat turut meminta Kementerian Kewangan mengkaji insentif cukai untuk transformasi ladang ternakan ayam,” katanya.
Perdana Menteri juga dilaporkan berkata selain itu, permohonan pengambilan pekerja asing dari Bangladesh juga telah dibuka secara berperingkat mulai 28 Jan lepas.
“Koperasi yang terlibat dalam industri pertanian akan turut dilibatkan untuk menawarkan barangan asas tanpa melibatkan orang tengah untuk mengawal harga,” katanya.
Selain itu, mesyuarat khas turut membincangkan langkah-langkah jangka panjang yang perlu diambil bagi mengatasi isu bekalan dan pengeluaran makanan terutamanya bagi ayam dan telur ayam.
Antaranya adalah menyokong penyelidikan yang dilaksanakan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk menjadikan isi rong kelapa sawit bagi menggantikan jagung dan soya sebagai makanan ayam.
Mencadangkan kepada kerajaan negeri untuk memanjangkan tempoh penggunaan tanah di bawah lesen pendudukan sementara (TOL) bagi aktiviti pertanian serta jaminan bekalan makanan bukan hanya mencukupi tetapi kemampuan untuk dibeli oleh Keluarga Malaysia.
“Pelan tindakan jangka panjang ini akan dibincangkan dengan lebih terperinci dalam mesyuarat NACCOL akan datang,” katanya.
Mengenai mesyuarat berkenaan, Perdana Menteri berkata ia adalah bagi membincangkan isu bekalan dan pengeluaran makanan terutamanya bagi ayam dan telur ayam.
“Tindakan proaktif perlu dilaksanakan oleh kerajaan untuk memastikan harga kekal berpatutan, namun dalam masa sama industri penternakan ayam tidak terjejas dan sekali gus dapat memastikan bekalan kekal stabil,” katanya.
Beliau berkata sebanyak empat kertas telah dibentangkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta Kementerian Pengangkutan pada mesyuarat itu yang turut dihadiri Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/02/harga-ayam-dikurangkan-kata-perdana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wartawan Cilik Tanam Impian Temu Ramah Perdana Menteri

Wartawan Cilik Tanam Impian Temu Ramah Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 4877 hits
Oleh Wartawan cilik viral Muhammad Haziq Mohd Asyraf 12 menjawab soalan yang ditanya oleh wartawan Bernama selepas menerima kunjungan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Kedah Awang Askandar Ampuan Yaacub di kediamannya di Kampung Penghulu Tu...
Manipulasi Harga Ayam Kaum Elit Pegang Ap Jadi Kaya Tuan Tuan Haprak Di Perbodohkan

Manipulasi Harga Ayam Kaum Elit Pegang Ap Jadi Kaya Tuan Tuan Haprak Di Perbodohkan

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 474 hits
Laporan ini dipetik taukeh AP letak harga ayam RM8366 tanpengimpot lain boleh impot pada harga RM5435 tanTaukeh AP buat untung RM2931 setiap tan32 syarikat dapat AP impot ayamMydin Hypermart kecewa tidak dapat APTesco pun tak dapat APJika M...
Ramai Yang Tertanya Tanya Tentang Sambutan Hari Raya Dikampung Sekali Ini Jawapan Dari Perdana Menteri

Ramai Yang Tertanya Tanya Tentang Sambutan Hari Raya Dikampung Sekali Ini Jawapan Dari Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 530 hits
Kerajaan memberi jaminan tidak akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan seluruh negara negeri mahupun daerah kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Beliau turut memberikan jaminan
Harga Ayam Minima Di Pkps Ayam Ehsan

Harga Ayam Minima Di Pkps Ayam Ehsan

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 273 hits
AHMAD SHAHRILWow mantap betul myPKPS Ini yang rakyat dapat bila pilih Kerajaan pakatanharapan Negeri Selangor diterajui KEADILAN yang betul betul bekerja untuk rakyat bukan macam 20 sen IsmailSabri60 Teruskan usaha Menteri Besar Selangor da...
Harga Dedak Meningkat Rm34 Seguni Ramai Penternak Ayam Rugi Besar Bakal Gulung Tikar

Harga Dedak Meningkat Rm34 Seguni Ramai Penternak Ayam Rugi Besar Bakal Gulung Tikar

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 363 hits
February 3 2022MaIaysia bakal menyaksikan kekurangan bekalan ayam segar yang ketara jika kerajaan terus melaksanakan kawalan harga ayam tempatan Ini kerana industri ayam tempatan sudah mengalami kerugian besar susulan Iangkah intervensi ker...
Jpm Tak Campur Tangan Siasatan Rci Tabung Haji Kata Menteri

Jpm Tak Campur Tangan Siasatan Rci Tabung Haji Kata Menteri

papar berkaitan - pada 2/2/2022 - jumlah : 236 hits
Idris Ahmad berkata pihaknya hanya menyerahkan senarai nama anggota RCI kepada Yang di Pertuan Agong dan baginda telah memberi tauliah IPOH Jabatan Perdana Menteri tidak akan mencampuri siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung isu ber...
Ambilan 10 000 Pembantu Rumah Indonesia Pertengahan Feb Kata Menteri

Ambilan 10 000 Pembantu Rumah Indonesia Pertengahan Feb Kata Menteri

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 352 hits
Menteri Sumber Manusia M Saravanan berkata isu berhubung struktur kos pengambilan akan dikaji setiap enam bulan bagi memastikan ia seiring dengan perkembangan semasa mengambil kira antaranya seperti kos penerbangan dan kuarantin PETALING JA...
Perdana Menteri Lawat Tun M

Perdana Menteri Lawat Tun M

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 392 hits
Oleh Kenderaan Perdana Menteri dilihat masuk ke pekarangan IJN pada petang tadi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir menziarahi Tun Dr Mahathir Mohamad selepas bekas Perdana Menteri itu dimasukkan ke Institut Jantung Negara ...
Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Sultan Pahang Tengku Ampuan Berkenan Sumbang Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Dua Pusat Pemindahan Sementara Di Kuantan

Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat Hujan Lebat Berterusan Di Pahang Akibatkan Negeri Ini Kembali Dilanda Banjir

Checklist Awal Tahun 2026 Perkara Penting Ramai Terlepas Pandang

Pga Sarawak Merampas Barangan Tidak Bercukai Bernilai Rm9 9 Juta


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Himpunan 50 Zikir Harian Sahih Amalan Rasulullah

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Tiada Makanan Tiada Air Bersih Tiada Ubat Untuk Mangsa Banjir Aceh Harian Metro 18 12 2025

Pembungkusan Makanan Berasaskan Plastik Dan Implikasi Terhadap Keselamatan Dan Kesihatan Pengguna

Kepentingan Bidang Arkeogenetik Dalam Kajian Penempatan Orang Asli Di Semenanjung Malaysia

Drama Bisik Asmara