Harapan Duduki Jawatan Tertinggi Malap Dalaman Ph Mula Bincang Ganti Calon Pm



Pemimpin kanan gabungan itu perlu melihat masa depan menjangkaui presiden PKR selepas dua dekad berusaha angkat beliau sebagai perdana menteri. (Malaysia Now) – Beberapa gesaan mulai timbul supaya Pakatan Harapan (PH) memikirkan semula sokongan terhadap Anwar Ibrahim ketika pemimpin PKR itu dalam usaha menduduki jawatan tertinggi di Putrajaya kekal tidak jelas buat kesekian kalinya selepas semua petanda menunjukkan Perikatan Nasional (PN) akan kembali menjadi kerajaan.
Seorang sumber dalaman PKR berkata ketika penyokong pembangkang mulai menunjukkan kemarahan di media sosial terhadap apa yang disifatkan sebagai perkiraan salah oleh Anwar kerana memaksa Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan, wujud perbincangan dalaman antara mereka yang rapat dengan pemimpin PH dalam usaha menggesa gabungan itu untuk “menghentikan kerjasama malang yang berjalan untuk beberapa dekad” bersama beliau.
“Perbincangan ini dipusatkan kepada kritikan yang mengatakan PH kurang serius dalam isu perbincangan yang sistemik mengenai persefahaman rentas parti yang ditawarkan Muhyiddin,” kata sumber PKR itu kepada MalaysiaNow dengan syarat namanya tidak didedahkan.
“Akhirnya, ia hanya tentang pemimpin-pemimpin utama yang tergesa-gesa untuk mengisi kekosongan kuasa tanpa mengesahkan terlebih dahulu angka (sokongan) yang diperolehinya.”
Pemimpin Umno Ismail Sabri Yaakob dilihat bakal menjadi perdana menteri pilihan majoriti ahli-ahli Parlimen selepas menerima sokongan daripada parti-parti dalam PN termasuk GPS dan Umno.
Hal ini berlaku selepas lebih sepuluh ahli Parlimen dalam kumpulan yang bersekutu dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang rapat bekerjasama dengan Anwar dalam menekan Muhyiddin meletakkan jawatannya bersetuju menyokong pencalonan Ismail sebagai perdana menteri.
MalaysiaNow difahamkan dengan sokongan penuh Umno, Ismail yang tegas berdiri di belakang Muhyiddin daripada tunduk kepada keinginan Zahid dan bekas ketuanya Najib Razak akan memiliki marjin selesa sokongan untuk dilantik sebagai perdana menteri oleh Agong.
“Berita-berita seperti ini memang sudah dijangka… kerana ke mana pun kami pergi, kami masih tidak memiliki sokongan yang cukup.
“Puncanya bukan dasar atau parti, tetapi calon perdana menteri kami,” kata sumber tersebut yang dilihat merujuk Anwar.
Anwar menjadi calon perdana menteri pembangkang bagi setiap pilihan raya selepas pemecatan beliau dari Umno pada 1998, beliau memulakan tunjuk perasaan dan berjaya menyatukan pembangkang yang sebelumnya berpecah.
Namun Pilihan Raya Umum 2018 yang menyaksikan persetujuan bersama antara pemimpin PH adalah satu peristiwa yang menjadikan beliau lebih dekat dengan jawatan utama kerajaan tersebut.
Bagaimanapun, kerajaan PH tumbang sebelum peralihan kuasa berlaku dan jawatan itu kemudiannya disandang Muhyiddin.
Walaupun begitu,Anwar berulang kali mendakwa beliau memiliki sokongan majoriti.
Pada September tahun lalu, beliau dilaporkan secara meluas mendakwa dirinya memiliki angka sokongan majoriti yang “kuat, kukuh dan meyakinkan” bagi menggulingkan Muhyiddin namun beliau gagal menunjukkan bukti sokongan itu ketika mengadap Agong.
“Sebahagian kami sedar penyokong sudah menukar nada mereka daripada penuh harapan kepada sinikal dan sekarang ini kedengaran menghina”, kata sumber tersebut.
Tinjauan sekilas di Twitter dan Facebook menunjukkan penyokong PH mengkritik keputusan pemimpin kanan gabungan itu kerana menolak tawaran Muhyiddin untuk melaksanakan pebaharuan yang diperjuangkan oleh pembangkang sebagai tukaran sokongan undi percaya di Dewan Rakyat bulan depan.
“PH sudah terlepas peluangnya untuk jadi kingmaker,” kata seorang pengguna Twitter.
“Apa kejadahnya PH gesa PM letak jawatan tanpa ada perancangan?” ulas seorang lagi pengguna.
READ MORE HERE  


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/08/18/harapan-duduki-jawatan-tertinggi-malap-dalaman-ph-mula-bincang-ganti-calon-pm/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mesyuarat Bincang Kesan Jika Pm Letak Jawatan

Mesyuarat Bincang Kesan Jika Pm Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 203 hits
hmetro comMOHD Redzuan tiba di Publika Shopping Gallery bagi menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia hari ini FOTO BernamaKuala Lumpur InsyaAllah ada pengumuman esok apa pun kita tunggulah esok kata Ahl...
Raja Raja Melayu Akan Bermesyuarat Jumaat Ini Bincang Mengenai Calon Pm

Raja Raja Melayu Akan Bermesyuarat Jumaat Ini Bincang Mengenai Calon Pm

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 200 hits
Mesyuarat khas Majlis Raja Raja Melayu dilaporkan akan diadakan pada Jumaat ini di Istana Negara untuk membincangkan mengenai pemilihan calon Perdana Menteri yang mempunyai sokongan majoriti Menurut Kosmo yang memetik laporan sebuah akhbar ...
Pemimpin Tertinggi Pembangkang Bincang Cadangan Kerajaan Perpaduan

Pemimpin Tertinggi Pembangkang Bincang Cadangan Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 230 hits
August 16 2021 Pemimpin parti pembangkang termasuk dari Sabah dan Sarawak mengadakan mesyuarat secara maya di ibu pejabat PKR untuk mencadangkan calon perdana menteri dengan sokongan kuat PETALING JAYA Pemimpin tertinggi parti pembangkang t...
Pertemuan Khas Raja Raja Melayu Bincang Calon Pm Hari Ini

Pertemuan Khas Raja Raja Melayu Bincang Calon Pm Hari Ini

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 236 hits
Astro AwaniOgos 20 2021 Pertemuan khas Raja Raja Melayu dijangka akan berlangsung pada sebelah petang Foto failKUALA LUMPUR Hari ini Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah akan mengadakan satu pertemuan...
China Catat Kes Jangkitan Harian Covid 19 Tertinggi

China Catat Kes Jangkitan Harian Covid 19 Tertinggi

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 270 hits
BEIJING China semalam melaporkan jumlah harian tertinggi kes COVID 19 dalam gelombang penularan terbaru wabak itu disebabkan lonjakan jangkitan tempatan Negara itu melaporkan 124 kes baru kelmarin menurut Suruhanjaya Kesihatan Nasional meni...
Jateng Tertinggi Ini Sebaran Kasus Covid 19 Pada 7 Agustus 2021

Jateng Tertinggi Ini Sebaran Kasus Covid 19 Pada 7 Agustus 2021

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 254 hits
Jumlah kasus konfirmasi positif Covid 19 bertambah Berdasarkan data Kementerian Kesehatan Jumlah kasus positif Covid 19 pada Sabtu bertambah 31 753
Rekod Tertinggi 20 889 Kes Baharu Covid 19

Rekod Tertinggi 20 889 Kes Baharu Covid 19

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 253 hits
PETALING JAYA Kementerian Kesihatan melaporkan rekod tertinggi 20 889 kes baharu Covid 19 dalam tempoh 24 jam lalu Sebelum ini bilangan kes tertinggi direkodkan adalah semalam dengan 20 596 jangkitan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham ...
Kemas Kini Kes Tertinggi Hari Ini 6 Negeri Catat Angka Lebih 1 000 Kes

Kemas Kini Kes Tertinggi Hari Ini 6 Negeri Catat Angka Lebih 1 000 Kes

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 212 hits
AGENDA DAILY Data 5 Ogos 2021 Hanya empat daripada 16 negeri dan wilayah Perlis Pahang Kelantan dan Kuala Lumpur merekodkan penurunan dalam kes baharu Covid 19 sepanjang tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi Selebihnya meningkat dan me...
Golongan Komorbiditi Penyumbang Tertinggi Kes Brought In Dead

Golongan Komorbiditi Penyumbang Tertinggi Kes Brought In Dead

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 125 hits
Pekerja kesihatan dengan alat pelindung diri menguburkan mayat mangsa Covid 19 di tanah perkuburan Kuala Lumpur Mereka mempunyai komorbiditi adalah antara golongan tertinggi korban Covid 19 yang dibawa ke hospital atau Brought in Dead seter...
Jangan Semakkan Kepala Dengan Perkara Dan Barang Yang Tidak Perlu

5 Roller Coaster Paling Tinggi Di Dunia

Social Media Just Got Serious Malaysia S New Rules And What They Mean For You

Masalah Gut Cuba Jus Celery Epal Timun Dan Lemon Untuk Kelegaan Segera

Johari Ghani To Officiate Pakistan Edible Oil Conference In Karachi

Ho Ho Ho Corruption Good Liberal Secularism Bad

Zaliha Pardons Board Minutes Concerning Najib Won T Be Made Public

Bekas Guru Besar Mengaku Tak Salah Peluk Cium Guru Pelatih


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


Spm 2024 Day 2 Tremendous

Pilihan Raya Ketua Murid Peringkat Sekolah

Sarapan Pagi Di Dusun Genting Nakawan Dan Madu Kelulut Tempat Makan Best Di Perlis

Apakah Maksud Adendum

Pernahkah Anda Melihat Rama Rama Hinggap Pada Bangkai Haiwan

Pgslot 18 February 68 Pg 1 10 000 Pg Top 95 By Nina Pgslotth Io