Golongan Komorbiditi Penyumbang Tertinggi Kes Brought In Dead


Pekerja kesihatan dengan alat pelindung diri menguburkan mayat mangsa Covid-19 di tanah perkuburan.


Kuala Lumpur: Mereka mempunyai komorbiditi adalah antara golongan tertinggi korban Covid-19 yang dibawa ke hospital atau Brought in Dead (BID) seterusnya menyumbang peningkatan kes maut di luar fasiliti kesihatan.

Ini kerana majoriti mangsa mempunyai komorbiditi itu tidak menyedari bahawa mereka sudah dijangkiti Covid-19 disebabkan tidak pernah diuji.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, 755 daripada mangsa BID mengalami komorbiditi atau menghidap dua atau lebih penyakit serentak seperti kencing manis, sakit jantung, asma dan masalah buah pinggang kronik kerana mempunyai sistem imun badan yang rendah.

"Bilangan mangsa BID meningkat. Sehingga Selasa lalu, 1,131 daripada 9,403 yang meninggal dunia akibat Covid-19 adalah BID.

"Sebanyak 755 daripada mangsa BID mengalami komorbiditi dan berusia lebih 40 tahun didapati tidak tahu mereka dijangkiti.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba "Majoriti golongan mangsa itu membabitkan 79 peratus juga didapati tidak pernah menjalani saringan untuk Covid-19 di mana-mana fasiliti kesihatan sekali gus penyebab mereka tidak menyedari dijangkiti virus itu," katanya kepada akhbar New Straits Times, kelmarin.

Pada masa sama, beliau berkata, pihaknya turut mendapati 80 hingga lebih 90 peratus kes positif Covid-19 di negara ini adalah dalam Kategori 1 (tiada simptom) dan Kategori 2 (simptom ringan).

Katanya, kes BID ditemui dalam kalangan pesakit adalah daripada semua lima kategori tahap pesakit Covid-19.

"Data menunjukkan sesetengah pesakit kekal dalam Kategori 1 dan 2, tetapi sesetengah pesakit beralih ke Kategori 3, 4 dan 5. Tempoh jangkitan berbeza-beza dari seorang ke seorang yang lain," katanya.

Untuk rekod, tahap jangkitan pesakit disahkan positif Covid-19 terbahagi kepada lima kategori iaitu Kategori 1 (tiada gejala), Kategori 2 (gejala ringan), Kategori 3 (ada radang paru-paru tetapi tidak memerlukan oksigen, Kategori 4 (ada radang paru-paru dan memerlukan oksigen) dan Kategori 5 (kritikal memerlukan alat bantuan pernafasan).

Beliau berkata, faktor penyumbang transmisi atau penularan jangkitan adalah kontak rapat, kegagalan diuji apabila terdapat tanda-tanda sakit, kelewatan dalam mendapatkan rawatan awal dan pesakit tidak mahu mendapatkan rawatan menjalani ujian saringan meskipun bergejala.

"Pesakit lebih sukar untuk mendapatkan bantuan perubatan diperlukan dalam kecemasan jika ada kekangan perkhidmatan pengangkutan perubatan sebagai contoh jumlah ambulans yang terhad.

"Malangnya kekangan logistik ini juga menyumbang kepada peningkatan kes BID terutamanya di sempadan pandemik 'Greater Klang Valley' di mana terdapatnya lonjakan jangkitan," katanya.

Dr Adham berkata, kes BID juga berlaku sekiranya pesakit gagal memberikan butiran maklumat lengkap diri kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Katanya, ada kes Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) ingin memeriksa pesakit positif untuk menetapkan janji temu di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) dan menunggu katil kemasukan, namun pesakit tidak dapat dihubungi kerana butiran mereka tidak sepadan.

"Sama ada maklumat yang mereka berikan tidak lengkap atau tidak betul atau sesetengahnya memang tidak mahu mengakui tahap sakit walaupun hakikatnya keadaan kesihatan sudah semakin merosot.

"Pesakit Covid-19 yang berada dalam pengawasan di rumah perlu dipantau rapat kerana keadaan mereka boleh merosot secara tiba-tiba mengakibatkan lebih banyak kes BID.

"KKM memandang serius lonjakan kes BID. Kami sedang melaksanakan beberapa langkah untuk mengurangkan kadar itu," katanya.

Beliau berkata, antara langkah diambil ialah pelaksanaan CAC maya di Greater Klang Valley (Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan) bulan lalu.

Katanya, pesakit positif dipantau secara maya bagi mempercepatkan diagnosis dan pengurusan serta mengurangkan kesesakan di CAC.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/golongan-komorbiditi-penyumbang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
80 Kes Brought In Dead Tiada Sejarah Diagnosis Covid 19 Kkm

80 Kes Brought In Dead Tiada Sejarah Diagnosis Covid 19 Kkm

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 258 hits
80 Kes meninggal ketika tiba di hospital tiada sejarah diagnosis COVID 19 KKM PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan hari ini mendedahkan bahawa 80 peratus kes yang dibawa mati untuk Covid 19 didapati tidak pernah didiagnosis dengan penyakit ini T...
17 045 Kes Harian Tertinggi

17 045 Kes Harian Tertinggi

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 431 hits
Sekali lagi minggu ini berturutan saling memecahkan rekod kes harian tertinggi dan kali ini 17 045 kes hari ini dicatatkan Kali pertama angka 17 000 kes Melangkau angka 16 000 kes Ini menepati statistik dan jangkaan angka akan mencecah 26 0...
Malaysia Ke 6 Tertinggi Dunia Rekod Kes Covid 19 Per Kapita

Malaysia Ke 6 Tertinggi Dunia Rekod Kes Covid 19 Per Kapita

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 373 hits
Malaysia ke 6 tertinggi dunia rekod kes Covid 19 per kapita minggu lalu Malaysia merekodkan kes harian baharu Covid 19 per kapita keenam tertinggi di dunia minggu lepas menurut penjejak data Our World in Data Kedudukan negara ketika ini ada...
China Catat Kes Jangkitan Harian Covid 19 Tertinggi

China Catat Kes Jangkitan Harian Covid 19 Tertinggi

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 365 hits
BEIJING China semalam melaporkan jumlah harian tertinggi kes COVID 19 dalam gelombang penularan terbaru wabak itu disebabkan lonjakan jangkitan tempatan Negara itu melaporkan 124 kes baru kelmarin menurut Suruhanjaya Kesihatan Nasional meni...
Najib Soal Kes Covid 19 Sudah Tertinggi Di Dunia Apa Lagi Nak Dikata

Najib Soal Kes Covid 19 Sudah Tertinggi Di Dunia Apa Lagi Nak Dikata

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 439 hits
Najib soal kes Covid 19 sudah tertinggi di dunia apa lagi nak dikata Bekas perdana menteri Najib Razak berkata negara ini berada pada kedudukan paling tinggi di dunia bagi kes baharu dan kematian Covid 19 berbanding saiz penduduk Katanya se...
Sabah Catat 1 514 Kes Baharu Tertinggi Setakat Ini

Sabah Catat 1 514 Kes Baharu Tertinggi Setakat Ini

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 422 hits
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun KOTA KINABALU Sabah terus mencatatkan peningkatan kes baharu COVID 19 mencecah 1 514 hari ini menjadikan ianya jumlah tertinggi setakat ini Menteri Kerajaan Tempatan ...
Sabah Catat Rekod Tertinggi Dengan 2 052 Kes Baharu Covid 19

Sabah Catat Rekod Tertinggi Dengan 2 052 Kes Baharu Covid 19

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 411 hits
Masidi Manjun berkata pekerja pelantar minyak didapati positif selepas ujian saringan di tempat kerja manakala pekerja di tapak binaan Hyatt Centric membabitkan penularan di rumah kongsi mereka KOTA KINABALU Sabah mencatatkan rekod tertingg...
Rekod Tertinggi 21 668 Kes Covid 19 318 Kematian

Rekod Tertinggi 21 668 Kes Covid 19 318 Kematian

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 270 hits
August 12 2021 6 54 PMPETALING JAYA Kementerian Kesihatan melaporkan jangkitan harian Covid 19 merekodkan kes tertinggi harian dengan 21 668 manakala 318 kematian direkodkan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata terdapat ...
China Lapor 76 Kes Baru Covid 19 Kenaikan Harian Tertinggi Sejak Januari

China Lapor 76 Kes Baru Covid 19 Kenaikan Harian Tertinggi Sejak Januari

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 371 hits
Petugas kesihatan melakukan ujian saringan COVID 19 besar besaran di wilayah Nanjing China Foto AFP BEIJING China melaporkan 76 kes baru COVID 19 pada Ahad naik daripada 32 kes sehari sebelumnya sedang bandar Nanjing memulakan ujian kedua s...
Easy Beef Broth Onion Soup Recipe

Bukan Warga China Wanita Tempatan Menetap Setahun Di Klia Ada Kad Mental Oku Dihantar Ke Hospital Kajang

Cuti Akhir Persekolahan Bagi Sesi 2025 2026

Makan Makan Lunch Santai Di Mr Dakgalbi

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2025

Malaysia Rangkul 3 Emas Sukan Memanah Berkuda Di China Harian Metro 23 12 2025

Eur Usd Duit Pintar Isyarat Menaik Baharu Untuk Euro

Income Usd Cara Jana Pendapatan Dalam Usd Secara Automatik Di Malaysia


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Nanjing Qinhuai River Cruise Bertemu Pelajar Muslim Xinjiang Selamat Tinggal Nanjing

Resepi Dan Cara Mudah Buat Agar Agar Sirap Ros Sekali Buat Terus Menjadi

Apa Itu Menu Laminated Dan Kelebihannya

Si Kecil Diserang Asthma

Fam Tingkatkan Kerjasama Strategik Dengan Ahli Gabungan Untuk Kemajuan Sukan Negara

Menelusuri Keajaiban Histori Runtuhan Kota Purba Hierapolis