Mesyuarat Bincang Kesan Jika Pm Letak Jawatan


 hmetro.com
Amir Abd Hamid
[email protected]

MOHD Redzuan tiba di Publika Shopping Gallery bagi menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini. FOTO Bernama
Kuala Lumpur: "InsyaAllah ada pengumuman esok (oleh Perdana Menteri) apa pun kita tunggulah esok," kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (AMPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Beliau berkata, mesyuarat Bersatu hari ini membincangkan arah dan apakah akan terjadi sekiranya Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan Perdana Menteri.

Menurutnya, Muhyiddin sudah pun memberikan pilihan terakhir pada perutusan Jumaat lalu semata-mata untuk kepentingan rakyat terhadap krisis ketika ini.

"Kita nampak ada segolongan yang tidak bertanggungjawab untuk memastikan rakyat digadaikan.

"Sepatutnya dia memastikan mengekalkan segala usaha yang dibawa oleh Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

"Tetapi kita akur kepada Perlembagaan. Sekiranya menarik sokongan atas dasar peribadi tanpa mengira kepentingan rakyat, maka kita uruskanlah (kelak) dengan cara terbaik," katanya.

Mohd Redzuan yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas menjelaskan terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong selepas ini untuk menentukan langkah seterusnya demi kesejahteraan rakyat.

Sementara itu, Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang juga Penasihat Khas Perdana Menteri ketika ditemui enggan mendedahkan butiran terperinci mesyuarat.

Katanya, apa dibincangkan adalah berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan awam.

Terdahulu, mesyuarat yang dipengerusikan Muhyiddin selesai jam 11 pagi ini.

Mesyuarat selama dua jam itu berlangsung di Publika Shopping Gallery, di sini, yang menempatkan Ibu Pejabat PN dan pejabat Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Jumaat lalu, Muhyiddin menawarkan kerjasama rentas parti antara kerajaan PN dengan parti di luar kerajaan sekiranya usul undi percaya terhadapnya diluluskan di Dewan Rakyat pada 7 September depan.

Namun tawaran itu ditolak majoriti parti pembangkang.

Sehubungan itu, difahamkan Muhyiddin bersedia meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan dijangka menyerahkan surat peletakan jawatan esok.

Disiarkan pada: Ogos 15, 2021 @ 11:58am

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/08/mesyuarat-bincang-kesan-jika-pm-letak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Dilapor Dipujuk Supaya Jangan Letak Jawatan

Muhyiddin Dilapor Dipujuk Supaya Jangan Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 582 hits
PEMIMPIN pari komponen Perikatan Nasional meyakinkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk tidak meletakkan jawatan dalam mesyuarat yang diadakan pada Rabu kata sumber Sumber berkenaan yang dekat dengan mesyuarat itu berkata pemimpin Perik...
Sikap Degil Pm Bertentangan Dengan Perlembagaan Pkr Tuntut Mahiaddin Letak Jawatan

Sikap Degil Pm Bertentangan Dengan Perlembagaan Pkr Tuntut Mahiaddin Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 335 hits
Oleh SURI LAILA August 12 2021Bagi mengakhiri segala kemelut dan kekalutan yang di cetuskan kerajaan Perikatan Nasional PKR menuntut agar Tan Sri Mahiaddin Md Yasin meletakkan jawatan selaras dengan prinsip perlembagaan yang dijunjung oleh ...
4 Parti Tolak Tawaran Muhyiddin Desak Pm Letak Jawatan

4 Parti Tolak Tawaran Muhyiddin Desak Pm Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 315 hits
August 13 2021 9 23 PMPETALING JAYA Warisan Parti Sarawak Bersatu UPKO dan MUDA menolak tawaran kerjasama rentas kepartian daripada Muhyiddin Yassin Katanya sejak tahun lalu parti pembangkang menyuarakan cadangan untuk menstabilkan kerajaan...
Saya Tak Letak Jawatan Kerana Tiada Siapa Pun Dapat Buktikan Majoriti

Saya Tak Letak Jawatan Kerana Tiada Siapa Pun Dapat Buktikan Majoriti

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 274 hits
malaysiakini comDiterbitkan 13 Aug 2021 6 30 pmDikemaskini 6 31 pmMuhyiddin Yassin berkata dia tidak meletakkan jawatan kerana tiada seorang pun dapat membuktikan mempunyai majoriti cukup untuk menjadi perdana menteri baru Saya memikirkan d...
Kalau Pm Tidak Mahu Letak Jawatan Percepatkan Usul Undi Parlimen

Kalau Pm Tidak Mahu Letak Jawatan Percepatkan Usul Undi Parlimen

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 185 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya mempercepatkan usul undi di Parlimen jika masih enggan meletakkan jawatan Ketua Pembangkang itu berkata sesiapa pun yang memimpin harus mengambil kira suasana politik semasa ...
Muhyiddin Belum Sedia Letak Jawatan Dakwa Mahu Sekat Kleptokrat

Muhyiddin Belum Sedia Letak Jawatan Dakwa Mahu Sekat Kleptokrat

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 281 hits
Tan Sri Dato Haji Mahiaddin bin Md Yasin Muhyiddin yakin pasukan barisan hadapan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia dan pasukan keselamatan mempunyai kapasiti dan kepakaran untuk menangani situasi ini dengan baik Perdana Menteri Muhyi...
Letak Jawatan Jangan Berterusan Hina Agong

Letak Jawatan Jangan Berterusan Hina Agong

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 199 hits
Mahiaddin diminta henti hina Agong letak jawatanAHMAD ZAMRI BIN ASA AD KHUZAMI1 Kenyataan Perdana Menteri dalam Perutusan Khas beliau hari ini yang mengatakan bahawa beliau tidak meletak jawatan kerana sehingga saat ini tidak ada seorang pu...
Meet Mona And Kyra Ai Insurance Assistants That Actually Get You

Huawei Powers Ai Future With New Xinghe Network

Navigate The World Of Online Business

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Wan Fayhsal Defends Pas Over Hate Speech Claim Blames Dap Instead

Influencer Sounds Alarm After Paedophile Fb Group Uses Her School Pics

Express Bus Driver Nabbed After Testing Positive For Morphine Use

Tadabbur Al Quran Jalan Menuju Hati Yang Hidup


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Roti Kering Bergula Yang Rangup

Coklat Pemberian Anis

Berkahwin Dengan Iblis Untuk Sembuhkan Anak

Dah Berapa Lama Tak Cuci Berus Mekap

Your Toasty Little Shortcut To A Low Carb Lifestyle

Manchild By Sabrina Carpenter