Harap Harap Tun Mahathir Tak Mungkir Janji Lagi Kali Ini




Disebalik timbul desakan yang mahukannya lebih lama menjadi Perdana Menteri, tidak sekadar melebihi dua tahun, malah sehingga ke tarikh PRU15 akan datang, Tun Mahathir Mohamad akhirnya akur dengan tahap kemampuan dirinya sendiri.


Bercakap di sidang media selepas membuat ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu, Perdana Menteri sekali lagi menegaskan beliau tidak berhasrat untuk memegang jawatan itu lebih daripada dua tahun disebabkan faktor kesihatannya.


"Itu yang mereka minta, saya kena jaga kesihatan saya sama. Saya dah tua," katanya lagi.


Tun Mahathir juga mengulangi janjinya untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim sebagaimana yang sudah dijanji dan diputuskan dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan.


Sambil mengakui Anwar dilihat sudah bersedia untuk mengambil alih tempatnya, Tun Mahathir juga menambah, "saya rasa dia akan selesa bila mengambil  jawatan Perdana Menteri daripada saya nanti."


Alhamdulillah....


Apa yang  diharapkan ialah Tun Mahathir benar-benar ikhlas dalam soal ini dan tidak mencipta alasan lain apabila fikirannya berubah nanti, meskipun ternampak sukar untuk beliau berbuat demikian.


Maklumlah sebelum ini bukan sedikit janji-janjinya yang dimungkiri begitu saja. Ketika bersama UMNO, dalam asyik-asyik membuai Anwar adalah  penggantinya, beliau tiba-tiba memecatnya sehingga akhirnya mencetuskan permusuhan selama 20 tahun sebelum mereka berbaik semula.


Selepas bersara pada 2003, Tun Mahathir pernah berjanji tidak akan menganggu tugas penggantinya ketika itu, Tun Abdullah Badawi.


Malangnya, tidak lama kemudian, beliau bukan saja mula bersuara mempertikaikan banyak perkara, malah akhirnya bertindak menjatuhkan penggantinya itu.


Tun Mahathir juga pernah berjanji tidak mahu bertanding semula dalam pilihanraya selepas bersara, tetapi kemudian bukan saja setuju bertanding semula, bahkan sedia jadi Perdana Menteri buat kali kedua.


Baru-baru ini pula, berkaitan janji manifesto pilihanraya, selain meletakkan kesukaran menunaikannya kerana kekangan kewangan yang dihadapi negara, Tun Mahathir juga berdalih dengan berhujah, "buku manifesto bukanlah kitab suci".


Selalunya begitulah, Tun Mahathir sentiasa ada hujah dan alasan untuk membenarkan apa yang mahu dilakukannya.


Selain diharapkan beliau benar-benar ikhlas untuk menunaikan janjinya, Tun Mahathir juga seharusnya sedar beliau kini bukan segagah dan secergas seperti sebelum-sebelum ini.


Banyak yang sudah berubah dalam persekitaran dirinya sekarang ini.


Bagaimanapun, apa yang nyata dengan pendirian Tun Mahathir enggan melayan permintaan mereka yang mendesaknya lebih lama menjadi Perdana Menteri, beliau sebenarnya turut sedar suara dalaman daripada Bersatu tidak mampu mengubah apa-apa.


Pakatan Harapan bukan seperti BN di mana suara UMNO adalah suara BN. Kalau perwakilan UMNO mahu Perdana Menteri terus berkhidmat, maka panjanglah usia Perdana Menteri duduk di situ.


Tetapi, di dalam Pakatan Harapan, ia ditentukan oleh Majlis Presiden. Oleh kerana Tun Mahathir sudah berjanji dan diikrarkan dalam Majlis Presiden bahawa beliau hanya memenang jawatan itu dalam tempoh dua tahun saja, maka jika perlukan lanjutan masa atau sebagainya, ia mestilah dirujuk semula kepada Majlis Presiden.


Hanya dengan Majlis Presiden bersetuju terhadap lanjutan masa itu, barulah dapat Tun Mahathir memegang jawatan Perdana Menteri lebih daripada dua tahun. 


Jika tidak, beliau tiada pilihan, selain perlu akur dengan tempoh yang sudah ditetapkan dan dipersetuinya sendiri sebelum ini. (ShahbudinHusin 30/12/2018)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/12/harap-harap-tun-mahathir-tak-mungkir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Warisan Yakin Dr Mahathir Muhyiddin Tidak Mungkir Janji

Warisan Yakin Dr Mahathir Muhyiddin Tidak Mungkir Janji

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 279 hits
Warisan yakin Dr Mahathir Muhyiddin tidak mungkir janji Dikemas kini 1 jam yang lalu middot Diterbitkan pada 16 Dec 2018 11
Siapa Pula Kempunan Bila Tun M Pegang Janji

Siapa Pula Kempunan Bila Tun M Pegang Janji

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 329 hits
Oleh Zulkifli JalilKomen komen yang diluahkan oleh mereka dalam kalangan kerajaan Pakatan Harapan sendiri pun sudah buka pekung menampakkan kemelut kedudukan jawatan nombor satu kerajaan Perdana Menteri Sepatutnya dalam menempuh azam Tahun ...
Tun Mahathir Hanya Perdana Menteri Sementara Tolonglah Jangan Mengada Ngada

Tun Mahathir Hanya Perdana Menteri Sementara Tolonglah Jangan Mengada Ngada

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 401 hits
Daripada semua kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin pemimpin Pakatan Harapan berhubung kedudukan Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri satu kesimpulan yang nyata ialah beliau hanyalah sementara saja sifatnya dalam memegang jawata...
Sidang Media Selepas Pat Bersatu Malaysia Oleh Tun Dr Mahathir

Sidang Media Selepas Pat Bersatu Malaysia Oleh Tun Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 446 hits
SIDANG MEDIA selepas Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi BERSATU Malaysia Kali Yang Ke 2
Himpunan Bersatu Mungkin Ucapan Tun Mahathir Yang Terakhir

Himpunan Bersatu Mungkin Ucapan Tun Mahathir Yang Terakhir

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 374 hits
Himpunan Bersatu Mungkin ucapan Tun Mahathir yang terakhirPosted By on December 30 2018Dalam mesej perpisahan penuh beremosi Dr Mahathir Mohamad berkata ucapan dasarnya sebagai pengerusi Bersatu mungkin menjadi yang terakhir Beliau berharap...
Tun Mahathir Tak Perlu Jadi Pm Sampai Dua Tahun Jun 2019 Paling Sesuai Mengundurkan Diri

Tun Mahathir Tak Perlu Jadi Pm Sampai Dua Tahun Jun 2019 Paling Sesuai Mengundurkan Diri

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 576 hits
Ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu malam tadi Tun Mahathir Mohamad berkata ucapannya tahun ini mungkin adalah yang terakhir Bermakna Tun Mahathir sendiri belum pasti sama ada beliau akan merasmikan PAT Bersatu pada ...
Ucapan Khas Pengerusi Bersatu Yab Tun Dr Mahathir Di Persidangan Armada

Ucapan Khas Pengerusi Bersatu Yab Tun Dr Mahathir Di Persidangan Armada

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 425 hits
Perhimpunan Agung Tahunan ARMADA Yang Pertama Sesi Ucapan Khas Pengerusi Bersatu YAB Tun Dr Mahathir Mohamad
Cara Pelajar Universiti Menabung Dalam Simpanan Emas Public Gold

Ju Haknyeon Didepak Dari The Boyz Oleh Agensi Begini Kronologinya

Unit Trust Patuh Syariah Panduan Memulakan Pelaburan Dari Rm100

High Court Discharges Najib In Rm27m Src Case Stalled Since 2019 Does Not Acquit

Maxwel Franklin Saran Chelak Jari Tua Chord

Elmegheny Feat Reham Husen Eshna Ad Eih Chord

Hiburan Pernah Ke Kami Bertindak Kosong Caprice Dakwa Ada Bukti Naim Daniel Terlibat Kes Amang Seks Al

Biodegradable E Textiles Weaving Sustainability Into Wearable Tech


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Iddin Ramli Sembang Dari Imam Masjid Ke Empayar Naseehat Trauma Kejayaan

Compartment Food Box Custom Solusi Ideal Untuk Makanan Seimbang Menarik

Ustaz Azhar Idrus Kongsi Tips Rumah Tangga Bahagia Pesan Jangan Letak Harapan Tinggi Tiada Yang Sempurna

Itu Keputusan Hakim Peguam Negara Pm Anwar Tak Masuk Campur Urusan Dnaa Najib

Pas Sudah Melupakan Shahidan Kassim Annuar Musa

Redmi Pad 2 Series Drops With Next Level Entertainment