Siapa Pula Kempunan Bila Tun M Pegang Janji


Oleh Zulkifli Jalil





Komen-komen yang diluahkan oleh mereka dalam kalangan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sendiri pun sudah buka pekung menampakkan kemelut kedudukan jawatan nombor satu kerajaan - Perdana Menteri.

Sepatutnya dalam menempuh azam Tahun Baharu 2019, ungkapan-ungkapan berbaur provakatif dan sinikal perlu dielakkan.

Dengan kerajaan PH diketuai Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri telah menzahirkan kehadiran 2019 akan lebih bermakna untuk mendorong rakyat Malaysia terus berusaha mencapai kejayaan yang lebih tinggi. Menteri-menteri dalam kerajaan seharusnya bersama-samalah beriltizam untuk berusaha lebih kuat merealisasikan impian Perdana Menteri.

Ini tidak. Masuk sahaja 1 Januari, Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah sudah bikin ‘gempak’ mengatakan tempoh Dr. Mahathir menjadi ketua kerajaan tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden PH.

Sebaliknya kata Ketua Sekretariat PH itu, ia cuma membuat perjanjian dan keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diangkat ke jawatan itu selepas Dr. Mahathir.

Si mangkuk tambah?

Kemudian masuk pula ‘si mangkuk tambah’, Datuk Mohamad Ezam Mohd. Nor, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan yang merasakan ‘cadangan supaya Dr. Mahathir mengekalkan jawatan sebagai Perdana Menteri untuk tempoh sepenggal (lima tahun) ini adalah wajar’.

Eh! Semua pun kenal siapa Mohamad Ezam kan? Buka google, susur perjalanan politiknya.

Bukankah kenyataan-kenyataan ‘mempersoalkan kedudukan orang nombor satu kerajaan’ hanya ‘mencurah minyak dalam api’ yang tidak enak di mata pelabur asing?

Dan baru sahaja Ahad lepas Dr. Mahathir menyatakan beliau tidak akan melanggar janji biarpun ramai perwakilan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bangun berdiri menyatakan sokongan kepadanya ketika perwakilan mencadangkan supaya beliau terus kekal Perdana Menteri sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Kalau diikutkan, beliau tidak akan melanggar janji untuk memegang jawatan itu selama dua tahun seperti dipersetujui sebelum ini, tempoh maksimum itu kelak akan jatuh pada 9 Mei 2020. Jadi, tunggu sajalah wahai Saifuddin dan Mohamad Ezam.

Lagipun dah letih benar dengar Dr. Mahathir berjanji pasal penggantinya. Pada 27 September lalu semasa menjawab satu soalan pada Forum Tahunan Kedua Perniagaan Global Bloomberg yang dikendalikan wartawan, Fareed Zakaria di New York pun beliau telah menyebut Anwar akan menjadi Perdana Menteri Malaysia seterusnya.

Tuah

Jadi, kalau Dr. Mahathir pegang pada janji, siapa pula yang akan memungkirinya?

Adakah orang di sekeliling Anwar dalam PKR yang akan menabur duri terhadap laluan Presiden PKR itu untuk melangkah ke Putrajaya?

Apabila Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mempersoalkan beberapa jawatan utama kepemimpinan parti itu menerusi lantikan termasuk melibatkan musuhnya, bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang dilantik sebagai Naib Pre­siden, bukankah itu mempersoalkan kuasa Presiden (Anwar)?

Itu belum lagi spekulasi yang dicetuskan warganet terhadap gambar keluarga Mohamed Azmin Ali dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang bercuti di sebuah resort percutian di Marrakesh, Maghribi baru-baru ini - yang menjadi tanda tanya sama ada mereka cuba memberi isyarat mengenai pakatan kerjasama politik pada masa depan.

Cuma, bacaan politik seperti itu begitu mudah. Hanya dilayangkan sekeping gambar percutian, begitu mudahkah ditafsir ‘telah terjadi kemelut dalaman PKR dan berlaku satu pakatan politik’? Apakah semudah itu?

‘Drama’ seperti ini pastinya bijak dianalisis oleh kerajaan PH sendiri. Jangan ada ‘gunting dalam lipatan’ hanya untuk merebut kuasa ketika rakyat mendambakan harapan cukup tinggi kepada kerajaan dalam mengurangkan kemelut kos hidup yang tidak pasti titik noktahnya.

Dalam politik, selain kebolehan, mesti ada nasib dan ‘tuah badan’. Walau macam mana bergeliga sekalipun seseorang itu, tanpa nasib dan alur tangan yang tertentu, seseorang itu sukar menang untuk naik ke atas

Bagi Dr. Mahathir, tuah atau luck itu sudah mendatang kepadanya susulan tenaga dan kekuatan peribadinya. Orang Melayu menyebut tuah badan ini sebagai bulan jatuh ke riba.

Pujangga Inggeris Shakespeare memanggilnya sebagai greatness being enstrusted upon. Peluang begini sudah tidak ada lagi dalam politik selepas ini.

Dan tiada siapa yang akan ‘kempunan’ jika sabar menunggu sehingga 9 Mei 2020. Bukan begitukah?



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/01/siapa-pula-kempunan-bila-tun-m-pegang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun Janji Serahkan Pm Pada Anwar Adakah Tun Penunai Janji

Tun Janji Serahkan Pm Pada Anwar Adakah Tun Penunai Janji

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 281 hits
DR MAHATHIR MOHAMAD menggulung perbahasan pada hari terakhir Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia Kali Kedua di Putrajaya semalam Tun pegang janjiPUTRAJAYA 30 Dis Walaupun ada usul agar beliau memanjangkan tempohnya meng...
Dr M Tetap Pegang Janji Serah Jawatan Pm Pada Anwar

Dr M Tetap Pegang Janji Serah Jawatan Pm Pada Anwar

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 324 hits
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Dr Mahathir Mohamad mengulangi pendiriannya untuk berpegang pada janji menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim Kenyataan itu dikeluarkan selepas seorang perwakilan darip...
Bersatu Mesti Pegang Pada Janji Tak Perlu Nak Runding Apa2 Lagi Dengan Warisan

Bersatu Mesti Pegang Pada Janji Tak Perlu Nak Runding Apa2 Lagi Dengan Warisan

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 373 hits
Cehhh tunduk juga akhirnya Bersatu kepada nafsu dan kehendak bekas pemimpin pemimpin UMNO yang keluar parti baru baru ini Bukankah sudah ada persetujuan dengan Warisan sebelum PRU14 lagi bahawa Bersatu tidak akan dilebarkan sayapnya ke Saba...
Kita Berhak Tukar Kerajaan Jika Gagal Tunai Janji Tun Daim

Kita Berhak Tukar Kerajaan Jika Gagal Tunai Janji Tun Daim

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 290 hits
Kita Berhak Tukar Kerajaan Jika Gagal Tunai Janji Tun DaimKita Berhak Tukar Kerajaan Jika Gagal Tunai Janji Tun Daim
Tun M Pegang Jawatan Perdana Menteri Sepenggal Adalah Wajar

Tun M Pegang Jawatan Perdana Menteri Sepenggal Adalah Wajar

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 359 hits
SHAH ALAM Cadangan perwakilan dalam Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu agar Tun Dr Mahathir Mohamad terus memegang jawatan Perdana Menteri selama sepenggal adalah wajar Pengerusi Hisbah Centre for Reform Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor berkata i...
Saya Berpegang Pada Janji Tun M

Saya Berpegang Pada Janji Tun M

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 538 hits
PUTRAJAYA Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak akan melanggar janji biarpun ramai perwakilan yang bangun berdiri menyatakan sokongan kepadanya ketika perwakilan mencadangkan supaya beliau terus kekal sebagai Perdana Menteri sehingga...
Harap Harap Tun Mahathir Tak Mungkir Janji Lagi Kali Ini

Harap Harap Tun Mahathir Tak Mungkir Janji Lagi Kali Ini

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 399 hits
Disebalik timbul desakan yang mahukannya lebih lama menjadi Perdana Menteri tidak sekadar melebihi dua tahun malah sehingga ke tarikh PRU15 akan datang Tun Mahathir Mohamad akhirnya akur dengan tahap kemampuan dirinya sendiri Bercakap di si...
Lencun50 Cukai Petrol Capati Janji Subsidi Petrol Sekarang Kena Kan Cukai Petrol Pula

Lencun50 Cukai Petrol Capati Janji Subsidi Petrol Sekarang Kena Kan Cukai Petrol Pula

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 358 hits
Saya baca pengiraan dibuat Rafizi Ramli dan dia sendiri mengesahkan kerajaan PH kini sedang mengutip cukai petrol dari Rakyat setiap hari Saya juga bersetuju dengan kenyataan Datuk Seri Wee Ka Siong Jika kementerian kewangan berani capatika...
Memungkiri Janji Kepada Anwar Hanya Mencemar Nama Tun M Sebagai Negarawan

Memungkiri Janji Kepada Anwar Hanya Mencemar Nama Tun M Sebagai Negarawan

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 366 hits
Janji wajib ditepati dan di dalam Islam mereka yang mungkir janji tergolong sebagai munafik Dalam pepatah Melayu pula selalu disebut lembu dipegang pada tali manusia dipegang pada janji Bermakna dalam apa keadaan sekali pun janji mesti dite...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Makan Steamboat Dapat Henna Free


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage