Harap Harap Azmin Tidak Ponteng Mesyuarat Lagi Selepas Ini




Walaupun kesediaan Anwar Ibrahim berdamai dengan Azmin Ali adalah sesuatu yang baik untuk PKR, tapi masih ramai penyokong beliau tidak dapat menerima sepenuhnya perkara itu.

Lebih-lebih lagi perdamaian itu berlaku setelah Anwar di Konvensyen Perak Selasa lalu memberi amaran “jangan uji kesabaran saya?” kepada kelompok yang dilihat cuba melemah dan menggambarkan PKR seolah-olah berpecah.

Berdasarkan perkembangan sejak setahun yang lalu, amaran Anwar itu jelas ditujukan kepada Azmin dan para penyokongnya.

Dengan itu, penyokong setia Anwar dalam PKR lebih mahu, sekurang-kurangnya wajar Azmin diberikan amaran keras atau tindakan lain yang bersesuaian sebelum huluran tangan perdamaiannya disambut.

Mereka melihat tindakan Azmin sejak lebih setahun lalu dengan tidak hadir mesyuarat dan kerap mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan pendirian parti serta secara terbuka menyanggah Anwar atas kedudukannya selaku Presiden PKR, bukanlah perkara yang seharusnya boleh dimaafkan begitu saja.

Lantaran itu, ramai penyokong Anwar ternampak kecewa dan tidak puas hati dengan perdamaian tersebut.

Tetapi, selaku peneraju parti, Anwar tentunya mempunyai perkiraan yang lebih besar tentang masa depan PKR berbanding menghukum Azmin dan beberapa pengikut setianya yang turut celupar menyanggah parti sebelum ini.

Memikirkan bahawa kedudukan parti adalah penting, tambahan lagi Anwar bakal mengambil alih teraju kepimpinan negara pada tahun depan, penyokongnya dalam hal ini harusnya faham serta meletakkan kepentingan parti sebagai keutamaan.

Lupakanlah sementara pergeseran dalam parti, sebaliknya yang mesti dipamerkan ialah PKR mesti dilihat dalam keadaan kuat, berpadu dan Anwar adalah ketua yang satu serta tiada lagi elemen parti dalam parti boleh terus menjalar.

Lupakanlah juga sebarang syak wasangka sama ada Azmin ikhlas atau kerana beliau sudah tidak boleh pergi dengan lebih jauh lagi dengan segala perencanaannya, maka itu beliau sedia berdamai dengan Anwar di saat-saat akhir sebelum kongres diadakan.

Apa yang harus difahami, dengan sedia berdamai dengan Anwar, bermakna Azmin menerima kepimpinan beliau dalam menerajui parti serta bakal Perdana Menteri seterusnya.

Begitu pun, perdamaian ini tidak membebaskan Azmin daripada tanggungjawabnya sebagai pemimpin nombor dua dalam PKR dan boleh bebas melakukan apa saja tanpa terikat dengan hukum organisasi.

Beliau selepas ini, mesti menunjukkan komitmen yang benar-benar tinggi disertai dengan kesediaan sepanjang masa untuk bersama-sama Anwar dalam memperkukuh parti, meskipun ada beberapa permintaannya dalam pertemuan dengan Anwar semalam belum lagi sedia ditunaikan.

Janganlah selepas ini ponteng mesyuarat lagi atau mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bercanggah dengan pendirian parti dan juga PH.

Janganlah juga mempertikaikan lagi peralihan kuasa yang telah dipersetujui PH dengan pelbagai kenyataan yang mengelirukan atau kabur.

Juga janganlah berjumpa pihak musuh di malam-malam hari atau secara sembunyi-sembunyi.

Jika amalam buruk sejak setahun lalu terus diulangi lagi selepas ini, Azmin bukan saja menempah bala berkaitan masa depannya bersama PKR, malah tidak ada sesiapa akan mempercayainya lagi.

Tambahan lagi, berdasarkan kunjungan Anwar ke negeri-negeri menghadiri konvensyen PKR sejak beberapa bulan lalu, beliau kini jelas mendapat sokongan padu daripada akar umbi parti itu dan sesetengahnya tidak sabar lagi untuk melihatnya menjadi Perdana Menteri.

Dengan sokongan sedemikian, jika Azmin tidak sedia berubah selepas berdamai dengan Anwar semalam, bermakna beliau memang sengaja menempah laluan gelap untuk dirinya sendiri. (ShahbudinHusin 05/12/2019)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/12/harap-harap-azmin-tidak-ponteng.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menjelang Kongres Pemimpin Pemuda Mahu Undi Tak Percaya Terhadap Anwar Selepas Surat Azmin Sekutu

Menjelang Kongres Pemimpin Pemuda Mahu Undi Tak Percaya Terhadap Anwar Selepas Surat Azmin Sekutu

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 375 hits
Sekumpulan pemimpin Pemuda PKR mahu usul undi tidak percaya terhadap presiden mereka Anwar Ibrahim selepas Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali dan sekutu menolak keputusan parti memecat beberapa ahli baru baru ini dan mahu Anwar memohon maa...
Selepas Amaran Ini Beranikah Azmin Melanggarnya

Selepas Amaran Ini Beranikah Azmin Melanggarnya

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 330 hits
Ya ini yang sepatutnya dilakukan oleh PKR jika berlaku kongres berasingan pada 7 dan 8 Disember ini Dalam mana mana parti apabila pihak ibu pejabat sudah menetapkan kongres tahunan pada sekian tarikh dan tempat tiada pihak lain dalam parti ...
Azmin Selagi Tak Hadir Mesyuarat Keputusan Kekal Sampai Kiamat

Azmin Selagi Tak Hadir Mesyuarat Keputusan Kekal Sampai Kiamat

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 443 hits
Kadang kadang hairan dan pelik juga memikirkan tindak tanduk Azmin Ali dalam PKR sejak kebelakangan ini Beliau tidak hadir mesyuarat parti sudah setahun lamanya tetapi tetap sibuk mahu merasmikan mesyuarat tahunan atau kongres sayap AMK dan...
Selepas Ucapan Berapi Api Azmin Sedia Bincang Dengan Anwar

Selepas Ucapan Berapi Api Azmin Sedia Bincang Dengan Anwar

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 348 hits
Selepas menyampaikan ucapan berapi api kepada penyokongnya malam ini timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata beliau bersedia berbincang dengan presiden parti Anwar Ibrahim bagi menyelesaikan krisis yang berlaku antara mereka Beliau ...
Dr M Serah Jawatan Kepada Anwar Selepas Apec

Dr M Serah Jawatan Kepada Anwar Selepas Apec

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 453 hits
PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Foto ReutersKUALA LUMPUR Tun Dr Mahathir Mohamad berjanji akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada bakal penggantinya Datuk Seri Anwar Ibrahim biarpun bekas timbalannya itu berhadapan dakwaan s...
Cabaran Ini Saya Alami Sepanjang Belajar Selepas Bekerja

Cabaran Ini Saya Alami Sepanjang Belajar Selepas Bekerja

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 291 hits
Belajar pada usia tua dah la satu cabaran dan setelah 10 11 tahun meninggalkan alam sekolah kini dah berkeluarga pun cabaran juga Cabaran ini saya alami sepanjang belajar selepas bekerja Perkara pertama mestilah masa Ya masa amat mencemburu...
Peralihan Kuasa Selepas November 2020 Sukar Diterima Dibimbangi Selesai Sidang Apec Alasan Lain Pula Dicipta

Peralihan Kuasa Selepas November 2020 Sukar Diterima Dibimbangi Selesai Sidang Apec Alasan Lain Pula Dicipta

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 289 hits
Kebimbangan banyak pihak selama ini bahawa peralihan kuasa tidak akan berlaku dalam tempoh dua tahun sebagaimana yang pernah dijanjikan sendiri oleh Tun Mahathir Mohamad nampaknya hampir pasti menjadi kenyataan Sebaliknya kebimbangan banyak...
Gempa Bumi Berskala 5 3 Magnitud Landa New Zealand Sehari Selepas Kejadian Letusan Gunung Berapi

Gempa Bumi Berskala 5 3 Magnitud Landa New Zealand Sehari Selepas Kejadian Letusan Gunung Berapi

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 377 hits
NEW ZEALAND Gempa bumi dengan kekuatan 5 3 skala Richter yang berpusat di Gisborne dilaporkan telah menggegarkan kawasan bandar itu kira kira sehari selepas berlakunya satu lagi bencana letusan gunung berapi yang mengorbankan seramai lima n...
Kenapa Ag Tarik Balik Selepas Diugut Rafizi

Kenapa Ag Tarik Balik Selepas Diugut Rafizi

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 233 hits
Ismail Sabri YaakobKUALA LUMPUR Bukan sahaja pengamal undang undang malah rakyat biasa terkejut dengan apa yang berlaku antara Peguam Negara dan Rafizi Ramli Ketua Pembangkang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hairan kenapa selepas Rafizi memb...
Selebriti Muda Jadi Isteri Keempat Vvip

Cinta Tak Mengenal Usia Datuk Kahwin Nenek Video

Serving Hope Supporting The Spastic Children S Association With Every Pickleball Bag

Road Tested Marrakesh Jacket And Outrider Pants From Klim

Nasi Berainai Lauk Kari Kambing Di Jamal Salim Restorant Terkenal Di Bandar Baru Keningau

Kes Zara Qairina Polis Mcmc Tunggu Maklumat Tiktok Fahmi

Solve Your Conflict Between Yourselves Takiyuddin Tells Umno And Dap

Apa Yang Merosakkan Fungsi Tiroid Tanpa Kita Sedar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Siapa Calon Pm Pembangkang

Rasmi Skuter Ev Gaya Retro Yadea Rs20 Mendarat Rm4 998

Little Pepe Menjadi Pilihan Kegemaran Bull Run Baru Pada 2025 Ketika Ripple Kes Bull Cardano Melemah Bitcoin Com News

Pelajar Kolej Ditemukan Mati Di Rumah Keluarga Disyaki Dibunuh

Ketahui 12 Benda Yang Boleh Dibersihkan Guna Lemon

Polis Mohon Orang Awam Bantu Siasatan Kejadian Anjing Disiat