Haramkan Dong Zong Polis Akan Buat Keputusan Kata Dr M


 13 August 2019
Dong Zong hanya bercakap untuk satu kaum dan lupa bahawa ini adalah negara pelbagai kaum, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. — Foto oleh Miera Zulyana
SEPANG, 13 Ogos — Tun Dr Mahathir Mohamad berkata terpulang kepada polis untuk menentukan sama ada Gabungan Jawatankuasa Sekolah-Sekolah Cina (Dong Zong), perlu diharamkan atau tidak.

Perdana Menteri berkata kumpulan itu menentang undang-undang jika ia terus mendorong dan menghasut rakyat supaya bergaduh antara satu sama lain.

”Kita ada kebebasan bersuara tetapi sentiasa bersikap sensitif mengelak daripada menghasut rakyat pelbagai kaum untuk bergaduh antara satu sama lain.

”Tapi Dong Zong hanya bercakap untuk satu kaum, dan lupa bahawa ini adalah negara pelbagai kaum,” kata beliau bila ditanya mengenai petisyen online, dilancarkan oleh sayap Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia, yang mendesak kumpulan pendidik Cina itu diharamkan.

Menurut laporan media, petisyen itu dibuat berikutan petisyen dilancarkan oleh Dong Zong pada Ahad menentang pengajaran tulisan khat Jawi di sekolah-sekolah vernakular.

Bercakap kepada pemberita pada sambutan ulang tahun ke-21 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini, Dr Mahathir juga mengulangi kenyataannya semalam bahawa Dong Zong adalah satu kumpulan rasis dan ia tidak pernah berjuang untuk Malaysia secara keseluruhannya, kecuali untuk satu kaum di negara ini.

“Ini negara pelbagai kaum, anda mesti juga memikirkan tentang perasaan kaum lain. Bila kita buat sesuatu kita perlu fikir apa kaum lain akan kata.

“Jika mereka tidak suka, mereka perlu cuba beri ruang,” kata beliau.

Dr Mahathir mengimbau, ketika beliau mencadangkan agar Malaysia mewujudkan sebuah Sekolah Wawasan untuk menyatu padukan rakyat, Dong Zong menentang idea itu, oleh kerana ia berpendapat ini bererti pelajar Cina terpaksa bergaul dengan kaum-kaum lain.

“Ini adalah cara berfikir yang cukup rasis. Apa salahnya (pelajar) MeIayu, Cina dan lain-lain pergi sekolah bersama. Semasa saya di sekolah, terdapat semua kaum, (pelajar) Bengali ada, India ada, Cina ada.

“Ini semua OK, tetapi menurut Dong Zong mereka tidak boleh berdekatan langsung antara satu sama lain, mengadakan perhimpunan bersama. Ia sebuah badan rasis ditumpukan semata-mata untuk mempertahankan kaumnya,” kata beliau.

Sementara itu, ditanya mengenai gesaan Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran agar tindakan diambil terhadap pendakwah Zakir Naik kerana mempersoalkan kesetiaan masyarakat Hindu di Malaysia, Dr Mahathir berkata masalah yang dihadapi kerajaan ialah ia (Zakir) tidak boleh dihantar pulang kerana bimbang ia akan dibunuh.

“Jadi, dia ada di sini hari ini, tetapi jika mana-mana negara mahukan beliau, ini disambut baik,” kata Dr Mahathir.

Ditanya mengenai ceramah Zakir baru-baru ini di mana ia mendakwa orang Hindu di Malaysia lebih setia kepada Perdana Menteri India Narendra Modi daripada beliau, Dr Mahathir berkata: “Anda boleh tanya mereka (Hindu) la, kenapa tanya saya? Mana saya tahu?”
 — Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/08/haramkan-dong-zong-polis-akan-buat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Sebab Pm Haramkan Dong Zong Kata Dap

Tiada Sebab Pm Haramkan Dong Zong Kata Dap

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 238 hits
Tiada sebab PM haramkan Dong Zong kata DAP Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 13 Aug 2019 10 49PM
Terpulang Kepada Polis Untuk Haramkan Dong Zong Tun M

Terpulang Kepada Polis Untuk Haramkan Dong Zong Tun M

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 284 hits
SEPANG 12 Zulhijjah 1440H Selasa Tun Dr Mahathir Mohamad berkata terpulang kepada polis untuk menentukan sama ada Gabungan Jawatankuasa Sekolah Sekolah Cina perlu diharamkan atau tidak Perdana Menteri berkata kumpulan itu menentang unda
Koon Zakir Naik Dong Zong Akan Dipanggil Polis Kata Menteri

Koon Zakir Naik Dong Zong Akan Dipanggil Polis Kata Menteri

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 293 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan komen berunsur fitnah perkauman atau hasutan agar melaporkannya kepada pihak berkuasa Foto oleh Miera ZulyanaPUTRAJAYA 15 Ogos Polis Diraja Malaysia akan memangg
Zakir Yew Yin Dan Dong Zong Akan Direkod Keterangan Kata Pihak Polis

Zakir Yew Yin Dan Dong Zong Akan Direkod Keterangan Kata Pihak Polis

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 373 hits
Dr Zakir Naik Tan Sri Koo Yew Yin dan Pengerusi Dong Zong Tan Tai Kim adalah pihak yang akan direkodkan keterangan setelah menerima laporan berhubung kenyataan yang mereka yang dianggap mampu menggugat kestabilan dan keamanan negara Untuk D...
Salah Dr M Gelar Dong Zong Rasis Kata Kit Siang

Salah Dr M Gelar Dong Zong Rasis Kata Kit Siang

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 362 hits
MALAYAIAKINI Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata perdana menteri adalah salah apabila menggelarkan pertubuhan pendidikan Cina Dong Zong sebagai rasis Bagaimanapun katanya Dong Zong juga salah apabila mendakwa pembelajaran tulisan Jawi dalam...
Dong Zong Rasis Kata Tun Mahathir Terhadap Gabungan Sekolah Cina Berkenaan

Dong Zong Rasis Kata Tun Mahathir Terhadap Gabungan Sekolah Cina Berkenaan

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 432 hits
Sumber dari Google dan MalaysiaKiniBerhubung isu pengenalan tulisan jawi dan seni khat di sekolah vernakular pengenalan tersebut mendapat tentangan dari Gabungan jawatankuasa Sekolah Cina kerana menganggap pengenalan berkenaan adalah satu b...
Kit Siang Kata Tanggapan Dong Zong Rasis Salah

Kit Siang Kata Tanggapan Dong Zong Rasis Salah

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 248 hits
Lim Kit Siang berkata kenyataan Kementerian Pendidikan sebelum ini yang masih menyambut baik pandangan berhubung pengenalan kaligrafi Jawi di sekolah sekolah vernakular masih dibuka untuk perundingan lanjut mengenai perkara itu Dalam kenyat...
Bantah Khat Di Sekolah Polis Siasat Dong Zong

Bantah Khat Di Sekolah Polis Siasat Dong Zong

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 328 hits
Enam laporan polis berhubung isu Gabungan Jawatankuasa Sekolah Sekolah Cina telah diterima setakat ini kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed Kami juga telah membuka kertas siasatan yang dijalankan Unit Siasat...
Polis Akan Panggil Zakir Naik Dong Zong Dan Taikun Perak

Polis Akan Panggil Zakir Naik Dong Zong Dan Taikun Perak

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 256 hits
August 15 2019 7 50 PMPETALING JAYA Polis akan memanggil pendakwah kontroversi Dr Zakir Naik kumpulan pendidikan Cina Dong Zong dan taikun Perak Koon Yew Yin selepas menerima beberapa laporan yang dibuat terhadap mereka Menteri Dalam Negeri...
Saka Bapak Kau

Natural Gas Fuel Not A Hazard

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Creating A Winning Pitch Deck


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama


Pesakit Diabetes Mengalami Masalah Mati Pucuk

Transformasi Bank Btpn Kini Berubah Nama Menjadi Smbc Indonesia

Pengalaman Mencicipi Hidangan Kuliner Khas Georgia Yang Menggugah Selera

Tattoos Portland Maine

Tattoos Raised And Itchy

Kepala Ikan Merah