Haramkan Bukan Islam Perguna Al Quran


KEHALALAN bab makan dan minum bagi orang Islam cukup sensitif.

Pendek kata, orang yang tidak solat pun mahu cari kedai makan yang halal. Apatah lagi yang mukmin. Malangnya, masih ada premis makanan yang menipu. Pengusaha bukan Islam ini mempergunakan ayat-ayat suci al-Quran untuk mengabui mata umat Islam. Ia juga dijadikan taktik mengumpan pelanggan Islam datang makan di kedai mereka.

Memang mengejutkan apabila pemeriksaan sepasukan anggota Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor ke atas restoran di Seksyen 25, Shah Alam, mendapati semua pekerja termasuk tukang masaknya, bukan Islam. Hanya dua pekerja beragama Islam.

Difahamkan restoran ‘India Muslim’ itu telah beroperasi sejak 10 tahun lalu dan dikatakan ada ayat al-Quran yang digantung di belakang kaunter restoran terbabit dan di sebelahnya tergantung bungkusan kuning disyaki peralatan pemujaan penganut Hindu.

Memanglah status halal res­toran India Muslim tidak bergantung kepada siapa pe­miliknya sama ada seorang penganut agama Islam atau pun tidak, sebaliknya berpandukan kepada sijil halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Namun perbuatan tuan punya premis yang mengelirukan masyarakat Islam dengan menggantung ayat al-Quran di dalam restoran dan tulisan jawi pada papan tanda perniagaan adalah perbuatan tidak bertanggungjawab.

Tindakan tegas perlu diambil ke atas pemilik premis terlibat supaya menjadi pengajaran dan tidak diulangi perbuatan yang sama. Ringkas cerita, haramkan premis dimiliki bukan Islam menggantung atau mempamer ayat al-Quran. Mereka yang ingkar, kenakan hukuman yang berat. Jika tidak, insiden ini akan berulang umpama tiada kesudahan.

Sebenarnya, undang-undang sudah ada. Akta Perihal Dagangan 2011 dan dua perintah di bawahnya iaitu Perintah perihal Dagangan (takrif Halal) 2011 dan juga Perintah perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) bagi menggantikan akta lama yang antaranya bertujuan menangani isu halal.

Dalam Islam, menjaga halal bukan hanya tidak makan babi tetapi juga ayam atau lembu yang tidak disembelih atau yang disembelih selain menyebut nama Allah. Konsep halal meliputi rantaian daripada awal sumber hinggalah ke meja makan atau from farm to fork. Sebab itu, isu halal ini hanya difahami oleh orang Islam. Syarikat atau premis makanan yang tidak ada pekerja Islam dibimbangi berlaku perkara syubhat dalam proses mencari atau menyediakan makanan kepada pelanggan Muslim.

Dalam menjaga makan dan minum, Allah SWT berfirman yang bermaksud: Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. (al-Baqarah: 168)

Umat Islam mengambil berat soal halal dan haram makanan kerana ia menjadi darah daging kita. Terdapat banyak kesan buruk yang disebut oleh para ulama akibat pengambilan makanan dan minuman yang haram, antaranya:

*Hilang keberkatan dalam hidup. Kesan daripada pengambilan makanan dan minuman yang haram akan menghilangkan keberkatan dalam hidup dan juga harta benda, sekalipun perolehannya nampak baik, namun tidak kekal lama. Hidup pula tidak bahagia dan jiwa sentiasa gelisah tidak tenang, malah hidup penuh dengan pelbagai masalah.

*Doanya tidak makbul. Kesan pengambilan makanan dan minuman yang haram, doanya tidak akan diterima oleh Allah. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Seseorang lelaki melakukan perjalanan yang jauh, rambutnya kusut-masai, mukanya berdebu, menadah kedua belah tangannya ke langit dan berdoa : Ya Rabbi! Ya Rabbi! Pada hal makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan mulutnya disuapkan dengan yang haram, maka bagaimanakah akan diterima doanya itu? (Riwayat Muslim)

*Dagingnya akan dibakar dalam neraka. Ia sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Tiap-tiap daging yang tumbuh dari benda yang haram, maka neraka lebih utama untuknya. (Riwayat Tirmidzi)

*Hati menjadi keras. Imam Ahmad ditanya bagaimana cara melembutkan hati. Beliau menjawab, dengan memakan makanan yang halal. Perlu diingatkan bahawa hati adalah anggota dalaman yang sangat penting dalam tubuh manusia, baik atau rosaknya anggota zahir adalah berpunca dari hati. Sebab itu Rasulullah SAW sangat memberi penekanan terhadap hati, sebagaimana sabdanya: Ketahuilah bahawa dalam tubuh badan terdapat seketul daging yang apabila baik, nescaya baiklah seluruh tubuh badan dan apabila ia rosak, nescaya rosaklah seluruh tubuh badan, ketahuilah, itulah hati. (Riwayat Syaikan)
Oleh : Mohd. Radzi Mohd. Zin

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2019/01/haramkan-bukan-islam-perguna-al-quran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemilik Restoran Bukan Islam Jangan Gantung Ayat Quran Kalau

Pemilik Restoran Bukan Islam Jangan Gantung Ayat Quran Kalau

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 731 hits
Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Selangor Azman Adam semasa melakukan operasi penguatkuasaan di premis restoran sekitar Bandar Bukit Tinggi Klang pada Rabu KELANG Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Selangor telah ...
Pekeliling Wang Zakat Selangor Diberikan Pada Bukan Islam Kini Tersebar Dilaman Sosial

Pekeliling Wang Zakat Selangor Diberikan Pada Bukan Islam Kini Tersebar Dilaman Sosial

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 537 hits
baru baru ini tular surat perkeliling daripada Lembaga Zakat Selangor berkaitan pengagihan zakat kepada orang bukan melayu dan bukan islamsurat perkeliling tersebut telah menjadi viral dan menimbulkan pelbagai kecaman hebat netizen kerana t...
Inilah Malaysia Baru Agama Islam Dan Nama Allah Diperlekeh Pdrm Skmm Kdn

Inilah Malaysia Baru Agama Islam Dan Nama Allah Diperlekeh Pdrm Skmm Kdn

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 838 hits
Penghinaan terhadap Islam semakin menjadi jadi di era Malaysia Baru ini Selepas PRU 14 kita dikejutkan dengan pengedaran bible di sekolah di Klang Selepas itu kita terima banyak laporan mengenai kumpulan mubaligh kristian yang rancak mendak...
Video 18 Tahun Jadi Penghianat Lelaki Ini Bongkarkan Cara Halus Dap Kuburkan Melayu Islam

Video 18 Tahun Jadi Penghianat Lelaki Ini Bongkarkan Cara Halus Dap Kuburkan Melayu Islam

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 488 hits
Tumbangkan keranaa BN yang memerintah selama 60 tahun lalu disebabkan pemimpi pemimpin serta isteri pemimpin bongkak takbur dan korupsi akhirnya kerajaan yang dibina 60 tahun berakhir dalam pru ke 14 namun disaat semua orang gembira kejatuh...
Apakah Bersih Dan Reformasi Akan Menjaga Kesucian Islam Dan Kepentingan Melayu

Apakah Bersih Dan Reformasi Akan Menjaga Kesucian Islam Dan Kepentingan Melayu

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 363 hits
Adalah lebih baik pilih SaHAja PAS atau pilih semula umno jika jawapannya tidak atau tidak pasti BERSATU masih kurang jelas dari segi kepimpinan dan arah tuju Sesuatu yang drastik perlu diambil seperti bergabung dengan AMANAH untuk satu uni...
Empayar Islam Jatuh Bukan Kerana Perang

Empayar Islam Jatuh Bukan Kerana Perang

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 279 hits
Tamatnya Perang Dunia Pertama merupakan detik cukup signifikan buat dunia Islam Ia sebagai tanda berakhirnya empayar Islam dan sehingga kini tiada satu kerajaan pun berjaya dibentuk setanding era kegemilangan Islam Puncanya bermula apabila ...
Kembali Kepada Ajaran Islam 8935

Kembali Kepada Ajaran Islam 8935

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 335 hits
Ikutkan xyah sambut tahun baru masihi lagi bagus Aamiin KEMPEN TUKAR AKTIVITI MALAM TAHUN BARU 2019JOM UBAH Daripada an Nawwas bin Sim an al Ansari RA beliau berkata Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang erti kebaikan dan dosa M...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Meronda Hospital

Kejahilan Politik Abdul Hadi Merugikan Pas

Bufet Ramadan 2025 Klana Beach Resort Port Dickson Merentasi Tradisi

Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf