Pemilik Restoran Bukan Islam Jangan Gantung Ayat Quran Kalau



Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Selangor, Azman Adam semasa melakukan operasi penguatkuasaan di premis restoran sekitar Bandar Bukit Tinggi, Klang, pada Rabu.

KELANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor telah memberi amaran kepada pemilik restoran di negeri ini terutamanya yang bukan Islam agar tidak menggantung ayat Al-Quran sekiranya tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Selangor, Azman Adam berkata, ini berikutan ia mampu mendatangkan kekeliruan khususnya kepada umat Islam.

"Isu ini dipandang oleh KPDNHEP dan agensi berkaitan, tahun lepas kita terima 22 aduan laporan pengguna mengenai halal, daripada 22 ada enam kes berkaitan halal.

"Kita nasihatkan kepada pengurus restoran agar mereka elakkan daripada membuat sebarang representasi yang boleh memperdaya dan mengelirukan pengguna seolah-olah kedai itu menjual makanan atau minuman halal," katanya kepada pemberita semasa melakukan operasi penguatkuasaan di premis restoran sekitar Bandar Bukit Tinggi di Kelang, pada Rabu.

Operasi berkenaan turut disertai seramai 38 pegawai dari pelbagai agensi seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Dalam operasi sama, sebanyak tiga restoran dikenakan tindakan atas kesalahan kebersihan, halangan dan tidak memenuhi syarat SSM. Dalam pada itu, sebanyak tiga restoran di sekitar Banting telah diarahkan tutup serta merta kerana masalah kebersihan dan penandaan harga dalam operasi yang dilakukan di Banting pada Selasa.

Terdahulu, isu penggantungan ayat Al-Quran di restoran yang tidak mempunyai sijil halal tular di laman media sosial setelah sebuah restoran di Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam diarah menurunkan ayat Al-Quran yang digantung atas alasan tidak mempunyai sijil halal.

Mengulas lanjut, Azman berkata premis restoran tidak memerlukan sijil halal untuk beroperasi namun sekiranya mahu menggunakan sesuatu berkaitan dengan halal mereka perlukan sijil tersebut.

"Kalau tiada sijil halal mereka tak layak gunakan apa-apa yang berkaitan dengan halal.

Pengguna yang ada masalah isu halal boleh hubungi agensi tertentu seperti JAIS bagi mendapatkan maklumat atau membuat sebarang aduan," jelas beliau.  (AA)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/01/pemilik-restoran-bukan-islam-jangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ayat Al Quran Untuk Mematahkan Santau

Ayat Al Quran Untuk Mematahkan Santau

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 852 hits
Jin santau sihir ni adalah jin kafir yang di hantar untuk memusnahkan hidup kita Jin kafir ni cukup gerun dengan surah Al Ikhlas Kerana 3 kali kita membaca surah Al Ikhlas sama seperti kita membaca satu Al Quran Buat jari syahadah sebaiknya...
Kedai Mamak Palsu Pemilik Dan Semua Pekerja Bukan Islam Hanya 2 Pekerja Muslim

Kedai Mamak Palsu Pemilik Dan Semua Pekerja Bukan Islam Hanya 2 Pekerja Muslim

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 712 hits
JAIS dan KPDNHEP mendapati pemilik restoran guna tulisan jawi serta ayat al Quran untuk menipu pelanggan kononnya kedai makan Islam1 Jamadilawal 1440H Isnin Sebuah restoran di Seksyen 25 Shah Alam yang menggunakan nama Islam dan tulisan jaw...
Jais Kpdnhep Serbu Ameer Corner Sahkan Pemilik Pekerjanya Bukan Islam

Jais Kpdnhep Serbu Ameer Corner Sahkan Pemilik Pekerjanya Bukan Islam

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 590 hits
Beberapa hari ini telah kecoh tentang berita pekerja yang ditampo oleh pelanggan di sebuah restoran di Seksyen 25 Shah Alam Pemilik Restoran Ameer corner tidak berpuas hati dengan tindakan pelanggan itu telah membuat laporan polis untuk mem...
Saya Tak Tahu Menahu Menjadi Kesalahan Menampal Papan Tanda Berkenaan Pemilik Restoran

Saya Tak Tahu Menahu Menjadi Kesalahan Menampal Papan Tanda Berkenaan Pemilik Restoran

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 1541 hits
Minggu lalu seorang pekerja sebuah restoran mamak di Seksyen 25 Shah Alam ditampar kerana menegur tiga pelanggannya yang mengabaikan larangan merokok di dalam premis makanan yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia baru baru ...
Remaja Buat Eksperimen Suntik Dna Ayat Al Quran Dan Bible

Remaja Buat Eksperimen Suntik Dna Ayat Al Quran Dan Bible

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 633 hits
Seorang penggodam bio dari bandar Grenoble Perancis digelar bodoh kerana melakukan eksperimen aneh apabila menyuntik dirinya dengan DNA dari ayat ayat dalam al Quran dan Bible Adrien Locatelli yang dipercayai masih belajar di sekolah meneng...
Silap Lapor Polis Bongkar Restoran Islam Bukan Milik Muslim

Silap Lapor Polis Bongkar Restoran Islam Bukan Milik Muslim

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 457 hits
JAIS dan KPDNHEP mendapati pemilik restoran guna tulisan jawi serta ayat al Quran untuk menipu pelanggan kononnya kedai makan Islam BANGI Sebuah restoran di Seksyen 25 Shah Alam yang menggunakan nama Islam dan tulisan jawi pada papan tandan...
Hiburan Hanya Buka Warung Kecil Jangan Impikan Layanan Macam Restoran Mahal Nabila Huda

Hiburan Hanya Buka Warung Kecil Jangan Impikan Layanan Macam Restoran Mahal Nabila Huda

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 419 hits
Gerai makan Waroeng Isabella milik pelakon Nabila Huda dan suaminya yang baru sahaja dibuka mendapat sambutan yang agak baik Namun sejak beberapa hari lalu ada beberapa netizen tidak berpuas hati dengan servis yang diberikan dan mengatakan ...
Betul Ke Insulin Boleh Rosakkan Buah Pinggang

Navigating Legal And Regulatory Challenges

Malaysia Layan Kunjungan Singapura Di Bukit Jalil Lawan Palestin Di Stadium Sultan Ibrahim

Pocky Celebrates Merdeka With Limited Edition Pocky Durian And Pocky Ondeh Ondeh Flavours

Composite Vs Traditional Decks A Homeowner S Guide In Germantown Tn

Perikanan Ternakan Ikan Sangkar Sumber Pendapatan Sampingan

Biodata Tracie Sinidol Pelakon Cantik Mirip Mira Filzah

Printing Kotak Packaging Kek Pastry Custom Tarik Perhatian Pelanggan Dengan Design Eksklusif


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tengku Zafrul Tekad Terus Aktif Politik Lepas Tamat Senator

Call Girl Seorang Wanita Ditangkap Berkhalwat Dengan 3 Lelaki Dalam Hotel

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Imigresen Gred Kp1

Dah 2025 Pun Masih Ada Gabungan Parti Tak Sangka Parti Sekuat Ini Pun Terlibat

Kerajaan Akan Kaji Keperluan Gubal Akta Anti Buli Azalina

Samsung Wallet Cashback Get Rm5 This Merdeka