Happy Wedding Anniversary 7 Tahun Dah
23 Ogos, 7 tahun lepas tarikh yang sama sedang dup dap dup dap berdebar menanti majlis nikah. Kami berdua nikah hari jumaat dan majlis nikah dibuat selepas solat jumaat. Alhamdulillah dengan izin Allah, sekali lafaz akad kami menjadi suami isteri
Syukur Allah panjangkan usia dan jodoh kami sehingga ke hari ni. Tempoh 7 tahun bukanlah masa yang singkat. Perjalanan hidup perkahwinan ni ada yang indah dan ada sebaliknya. Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri.
Ikutkan dah 7 tahun ni, dah ada 2-3 orang anak dah. Itu apa yang kita fikirkan dan apa yang kita mahukan. Tapi siapalah kita pun. Hanya manusia biasa yang hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan.
Allah akan bagi tepat pada masanya. Percaya itu je. Kadang emosi naik turun juga bila memikirkan. Lagi lagi bila orang dok sembang pasal anak. Kita nak sembang pasal apa
Terpinggir sungguh rasanya. Masa itu rasa nak nangis je. Dalam hati "sabar Fiza! tahan, kau kuat". Kuat tak kuat 7 tahun dah hadap ni
Bila orang lain kahwin terus dapat anak. Tumpang happy tapi dalam masa yang sama sedih dengan diri sendiri.
Macam biasalah orang akan bertanya
Soalan cepu emas"Tak pergi berubat ke?""Tak cuba berurut ke?""Tak cuba buat IVF ke?"
Selalu senyum kelat dan kadang kala geleng. Faham dah tu kan. Tanda tanda malas nak sembang panjang lebar. Biarlah perjalanan itu hanya kami je yang tahu.
Sampai harini positif je tau percaya apa yang Allah akan berikan. Kadang emo tu biasa. Cuma itulah bila dah berjumpa dengan orang dan bila soalan tu ditanya. Tiba tiba mood auto berubah. Luar je nampak cool dalam hati dah ribut taufan melanda.
Paling tak kelakar soalan tu ditanya di bila sedara mara berkumpul. Aduhaiii... Berperang dengan diri sendiri lah masa tu.
Be positif!Takpelah, fikir positif je. Orang tanya mungkin dah tak ada soalan lain kot nak ditanya. Walaupun ada 1001 soalan lain yang boleh ditanya. Ini namanya jenis manusia tak sensitif
Ya, bukan mudah nak kuat. Dalam masa yang sama try hard lawan perasaan tu. So far boleh je chill dengan segala soalan tu. Lepas tu masuk bilik nangis kat bucu katil. Ehhh itu dalam drama je
Tak sangka eh dah 7 tahun berlalu. Rasa macam baru je kahwin. Klise betul ayat ni. Gambar pun macam baru ambil tadi. Hahaa..Ye, masih mood honeymoon setiap masa.
Ada orang yang dah ada anak cemburu pula tengok kita boleh berdua-duaan setiap masa. Kita pula cemburu tengok kehidupan mereka yang ada anak. Itulah sebabnya kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada dan lalui sekarang
Bersyukur lahBersyukur tu buat kita lagi bahagia sebenarnya. Bahagia pula terletak pada hati. Nak bahagia jangan tengok apa yang orang lain ada bak kata Ustaz Syamsul Debat. Jangan ada penyakit hati atau krisis hati yang buat kan kita dengki dan tak bersyukur
Dengar ceramah ni secara tak lansung ingatkan kita, muhasabah diri dan memperbaiki diri. Suka dengar ceramah Ustaz Syamsul Debat dan Ustaz Khairi Abdullah. Sorang nismilan sorang utagha.
Sampai dah boleh hafal apa yang nak disampaikan sebab content dia lebih kurang sama dan berulang je. Tapi okaylah untuk santapan halwa telinga kita dengar majlis ilmu ni
Setiap yang berlaku ada hikmahnya.Fikir dan doa yang baik baik je lah. Mungkin masa ni belum sesuai lagi untuk ada anak. Mungkin Allah kata masa ni untuk Fiza dah suami boleh uruskan hal mak mak kami dan abah lebih mudah sementara masih belum ada anak lagi ni
Doa kan juga untuk kami. Mana tahu berkat doa dari orang lain juga, merasalah kami dapat jadi parents sekiranya dipanjangkan lagi usia kami. Mana tahu hikmahnya nanti dapat anak kembar sekaligus terus ramai. Tak salah bermimpi di siang hari pun. Allah maha mendengar. Berusaha dan berdoalah
Fiza pun doakan semoga Allah berikan juga rezeki anak pada mereka yang masih belum punyai anak. Aaminnn..
Penat dah bersedih. Kadang nasihat orang pandai. Diri sendiri belum tentu kuat. So far dah 7 tahun ni kira berjaya juga melawan segala kata-kata yang tak sedap di dengar tu.
Semoga dijauhi dengan manusia yang dengki dan busuk hati. Dah tahu dah kahwin lama, saja nak tanya soalan tu. Yang tu memang saja cari pasal. Dia pula yang tak senang hati tengok kita tak ada anak. Macam bila ada anak, anak kita dia kena jaga agaknya. Kan
Paling faham makcik makcik bawang. Dah itu kerja mereka..
Fuh, sekali Fiza dah berbebel. Terus panjang karangan hari ni. Bukan selalu nak bebel pasal ni. Bagi peluang setahun sekali bercerita. Harap tahun depan tak bebel macam ni lagilah kan
Simple Celebration Wedding AnniversaryIkutkan plan nak bercuti tapi masa tak mengizinkan. Tunggu lah nanti masa yang sesuai untuk bercuti. Dapat bercuti sehari pun jadi lah. Simple celebration je lah untuk tahun ni.
Beli kek petite korean cake, comel betul kek korea ni. Simple topping dan saiz kecil sesuailah untuk celebration berdua. Order sekali Smooky Chicken Grill, Tauhu begedil dan sardine puff (lupa nak ambil gambar). Semua ni order kat @theadmirebynaj
Alhamdulillah..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azhafizah.com/2020/08/happy-wedding-anniversary-7-tahun-dah.html