Happy Mothers Day 2022
Happy Mothers Day 2022 || Alhamdulillah. Aku masih diberi peluang bersama insan yang kugelar 'emak'. Diriku masih boleh sebut dan panggil 'emak'. Bangun tidur atau sebelum tidur, masih boleh nampak emak, dengar suaranya dan bebelannya. Haha.. Bersyukur. Walaupun kadang kadang rasa malas nak mendengar mak marah marah atau bebel. Tapi itulah insan yang melahirkan kita di muka bumi ini.. Yang berperang antara hidup dan mati untuk anak anakmya meneruskan kehidupan.
Bila rasa nak marah, kena ingat semula 'ITU MAK KAU. Jangan derhaka sangat ehhh!' Gituhh..
Order favourite cake my mom on this day and duit raya...Hari raya pertama haritu saja tak bagi....Hahahaha... Dalam ketegasan seorang ibu, sayangnya tak berbelah bagi untuk anak anak, dalam bebelan yang dilontarkan, terselit kerisauan dan pengajaran terhadap anak anaknya.
Namun aku tidak lupa, bahawa ibu, mama, emak, bonda, adalah pinjaman sementara. Tiba masa, kena pulangkan semula dan tak akan bersama. Entah siapa pergi dulu.. Sobbbs! Apa pun, hargailah sementara masih ada, kumpul sebanyak pahala yang boleh, bermesra dan bermanja sebaiknya. Sebelum memasing kena 'pergi' dan tidak berjumpa lagi. Allahuakbar.
My beloved mom. Tak nak orang lain ganti. No replacement
Semoga emak Nona panjang umur, sihat, diberkati Allah dan dipermudahkan urusan kehidupannya.. Amin ya Rabb!
Sedikit petikan copy dari group WhatsApp dan diolah sedikit, agak lucu kubaca...Haha..
Panggilannya dan gelarannya.....
Emak 💕
Ibu 💕
Umie 💕
Bonda 💕
Mama 💕
Mummy 💕
Yang sejati Ibu Kandung,
Yang famous Ibu Tiri,
Yang Ringan Ibu Angkat,
Yang Miang Ibu Keladi,
Yang Tembam Ibu Roti,
Yang Penting Ibu Jari
Macam macam Ibu ada.....
Hari hari pun hari ibu patutnya. Diharapkan ibu korang pun sihat serta bebaik saja kehidupannya. Amin...
Selamat Hari Ibu kepada semua ibu atau emak, umi, mama, mamak, atau mummy atau apa apa gelaran buat bonda tersayang di dunia ini, dan bakal ibu yang ada anak di dalam perut. Teruskan berjuang dan jalankan tanggungjawab sebagai bonda terbaik buat keluarga. Syurga buat semua 🌹
SENYUM SAJA
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nonasani.com/2022/05/happy-mothers-day-2022.html