Selamat Hari Pekerja 2022
Selamat Hari Pekerja 2022. Hari Pekerja merupakan hari cuti umum Malaysia. Tahun 2022 Hari Pekerja atau Hari Buruh jatuh pada hari ahad. Bermakna, cuti ahad akan dibawa ke hadapan (carry forward) ke hari Isnin bagi negeri-negeri selain Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu.
Kerajaan negeri Johor mengumumkan tarikh 2 Mei 2022 (Isnin) sebagai cuti kelepasan am bersempena Hari Raya Aidilfitri
Kemudian cuti umum Hari Raya Aidilfitri jatuh pada 3 dan 4 Mei iaitu hari Selasa dan Rabu, makanya dapatlah cuti panjang 5 hari sekaligus. Selamat bercuti semua.
Bagi suri rumah, tak ada istilah cuti. Selagi belum tutup mata, kerja kerja kerja...
Hari PekerjaHari Pekerja disambut pada tarikh 1 Mei setiap tahun. Hari Pekerja merupakan sambutan tahunan peringkat antarabangsa. 1 Mei telah diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am oleh lebih 80 buah negara di seluruh dunia
Tema sambutan Hari Pekerja 2022Tema sambutan Hari Pekerja 2022 adalah :
Pekerja tonggak Keluarga Malaysia dalam pemulihan negara
sumber : Kementerian Sumber Manusia
Sejarah Hari PekerjaBerdasarkan sejarah, Hari Pekerja adalah sambutan pencapaian ekonomi dan sosial pekerja, termasuk pengenalan kerja 8 jam sehari di kebanyakan negara pada tahun 1800.
Hari Pekerja Antarabangsa yang juga dikenali sebagai ‘May Day’ atau Hari Mei telah ditetapkan sebagai acara tahunan semasa persidangan Kongres Pekerja Antarabangsa di Paris, Perancis pada tahun 1891.
Tarikh 1 Mei digunakan kerana pada tahun 1884, Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh di Kanada memohon agar lapan jam waktu bekerja di Amerika Syarikat dikuatkuasakan pada 1 Mei 1886.
Ini mengakibatkan peristiwa mogok Haymarket di Chicago (Haymarket Massacre) yang membabitkan kematian 4 orang pekerja.
Sejak itu, ahli-ahli kesatuan sekerja di seluruh dunia telah diwajibkan untuk tidak bekerja pada 1 Mei dan digesa untuk menjalankan demonstrasi bagi penetapan waktu bekerja sehari dan memperjuangkan hak-hak tempat kerja yang selamat.
Sejarah Sambutan Hari Pekerja 1 Mei Di MalaysiaDi Malaysia, Hari Pekerja diiktiraf secara rasminya pada tahun 1973 setelah mantan Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, mengumumkan 1 Mei sebagai hari kelepasan am bagi pekerja pada 20 Mei 1972.
Pengumuman itu dianggap penting kerana ia bukan sahaja mengiktiraf sumbangan pekerja, malah secara tidak langsung menunjukkan bahawa Malaysia turut bersetuju dengan keputusan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) yang meluluskan 1 Mei sebagai Hari Pekerja atau Hari Mei.
1 Mei 2022Bermula 1 Mei 2022, Kerajaan akan melaksanakan kadar gaji minimum baharu iaitu RM1,500 sebulan di seluruh negara. Pelaksanaan gaji minimum ini hanya membabitkan majikan syarikat besar dan tidak membabitkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Nota : Kali terakhir gaji minimum dinaikkan pada 1 Feb 2020, dengan kenaikan RM100 daripada RM1,100 kepada RM1,200 sebulan
sumber : harianpost
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2022/05/selamat-hari-pekerja-2022.html