Hanya Posisi Duduk Tak Sangka Bersalin Tanpa Koyakan Mudah Sangat Baby Keluar
“Takutnya nak bersalin nanti mesti kena gunting, kena jahit”. Tak kisahlah anak nombor berapa pun rata-rata ibu yang bakal melahirkan pasti akan risau walaupun dah ada pengalaman.
Jika dapat bersalin normal, alhamdulillah tetapi jika terpaksa bersalin ceaser atas sebab-sebab tertentu syukurlah asalkan dua-dua selamat.
Cuma ramai yang masih lagi keliru bagaimana nak bersalin tanpa koyakan. Biarpun ada macam-macam tip bila dalam labour room semua tu dah lupa. Mungkin tip ni boleh membantu. Ubah sikit kedudukan masa bersalin dengan angkat kepala dan rapatkan badan ke perut seperti yang dikongsikan oleh Puan Nuriza Yusiza.
Bersalin tanpa koyakan. Posting sebelum ni ramai yg tanya iza apa tips tak nak koyak masa bersalin tu?
Alhamdulillah anak kelima ni iza memang niat tak nak koyak masa bersalin,sebab anak2 lain masih kecik & yg sekolah pon ada. Pantang sendiri pulak tu. Risau terbatas buat keje kalau koyak berjahit bagai.
Jadi iza research online, jumpa 1 video bersalin dr org luar negara yg bersalin cara duduk.
Bukanlah duduk kat atas kerusi tu.
Sama juga,kita bersalin tetap atas katil bilik bersalin tu.
Cuma kita jangan baring.
Duduk seperti dlm gambar ni👇
Pegang betis kaki,tapi iza pegang pergelangan kaki,tarik rapat ke arah badan kita,pastu kangkangkan kaki seluasnya.
Posisi ni iza buat bila rasa dah betul2 baby nak keluar. Rasa macam nak terberak tu,
Ibarat nak tercirit tak tahan tu kan? Hah camtulah rasanya, tak tahan sangat tu. Baby nak keluarlah tu.
Actually masa iza dlm bilik bersalin,baru 4cm. Baby pon tdo lagi dlm perut.
Jantung bby ok juga. Tapi xsampai 1 jam dlm bilik bersalin, jalan dah buka laju,terus 7-8cm. Tapi doc tak standby apa pon.just tunggu juga normal proses iaitu rasa nak meneran tu datanglah. So doctor keluar dr bilik,tinggal iza sorang2.. Kali ni memang sakit teramat tak tahan sebab betul2 nak teran,tp doc pulak takde, lepas 5 minit doc masuk bilik semula.
“Doktor, boleh tak sy nak bersalin sekarang???” kata iza yg sedang menahan sakit teramat sambil suara dah berdengus tinggal nak push je ni😂
“U dah rasa nak berak ke? sakit ke bahagian bawah tu semua?”kata doktor.
“Ya doktorrrrrr……”dengan lafaz panjang sambil mulut ni tak berhenti sebut nama Allah!
Dan terus adegan nak bersalin bermula.
Iza bangun duduk tengok perut sambil kaki rapat ke badan kangkanglah seluasnya.
Mata kepala iza memang iza fokus tengok celah kangkang!
Tapiiiii….
Doktor belum ready,belum lagi pakai glove, lapik pon belum diletak bawah punggung iza😅
Jadi terpaksa tahan dari meneran, angkat punggung terus doktor heretkan lapik bawah punggung dan iza tarik nafas dalam2 dan teran sekuatnya. Mulut tutup dan bunyi teranan pon hanya dalam mulut saja.
Mudah bersalin cara duduk
Pluuurrpp! Keluar dah kepala baby😍 Next nak keluarkan badan baby,step yg sama iza lakukan… Dan selesailah sudah baby girl yg tak disangka2😂
Alhamdulillah selamat keluar dan beberapa minit disusuli dengan proses keluarkan uri,keluarkan darah beku.
Alhamdulillah memang menjadi posisi bersalin duduk ni. Lebih mudah keluar baby & inshaallah tiada koyakan. Bahagia kan bila tak koyak?
Memang untung bersalin tak koyak,sebab 3 anak iza bersalin memang digunting dan jahit,yg sorang lagi tu ceaser.
Jadi yg kelima ni lah baru dapat merasa tak koyak. Dan kemungkinan juga anak iza dah banyak jadi senanglah nak keluar. Mungkin juga kan?
Jadi cubalah ibu2 lakukan posisi bersalin duduk ni utk anak seterusnya😂 Mungkin menjadi👍
Sumber: Nuriza Yusiza
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://beautifulnaara.blogspot.com/2019/10/hanya-posisi-duduk-tak-sangka-bersalin.html