Hanya Kerana Makan Buah Pisang Anak Ini Masuk Wad


Pada masa itu, kami sebenarnya nak pergi bercuti ke Johor. Dalam perjalanan ke sana, Haziq berasa kurang selesa. Makan tak nak, minum pun kena paksa. Tapi kami anggap mungkin sebab dia demam.
ketika kami sampai di hotel nak check in, Haziq menangis tidak berhenti. Serba tak kena. Masuk tandas, tengok diaper kering. (Aik, takkan tak kencing langsung. Pelik ni.)
Haziq mula menangis sekuat hati, tak ada kompromi dah. Dia cakap sakit bahagian perut. Tekan perut dah keras, pundi da keras. Tak sempat check in, kami pi klinik. Hari Ahad, klinik banyak tutup. Syukur jumpa satu klinik yang buka.
Doctor periksa, doctor minta terus ke Hospital, bahagian kecemasan. Doctor menjelaskan, Haziq tak kencing dah lebih 4 jam. Sangat bahaya untuk kanak-kanak. Boleh akibatkan pundi kencing pecah! (Masa ni, Allah je tahu apa perasaan kami).
ketika cuaca Hujan sangat lebat, kami terpaksa cari hospital berhampiran. Terus berlari bawak Haziq ke bahagian kecemasan. Bila doctor panggil dan check Haziq, doctor terus refer ke bahagian red zone! (Ummi da nak nangis masa ni
Datang doctor pakar, minta Haziq buat xray. Saluran air kencing da penuh dan terlalu sendat. Usus Haziq dah membengkak, kalau lambat keluarkan air kencing, boleh effect buah pinggang Haziq! Allahuakbar, ummi rasa nak pengsan. Kaki dah tak kuat, seram sejuk badan, dukung Haziq. Ayah Haziq kat luar menunggu.
ketika Doctor mengambil darah Haziq, Haziq pun meraung kesakitan. Ummi mampu peluk dan pujuk Haziq je. Paling gerun, bila doctor nak masukkan tiub untuk keluarkan air kencing Haziq. Risiko? Ya, ada risiko nya. Tapi, tu je cara yang ada.
Doktor dah cuba,dua kali tak juga boleh. Haziq da pucat kesakitan menangis. Merayu kat ummi, nak balik. Ummi mampu peluk je Haziq, ummi tak kuat nak pandang mata Haziq waktu ni. Apa yang silap, kenapa Haziq tak boleh kencing macam biasa.
Doctor menjelaskan, kena buat pembedahan jugak! OT room doctor dah booked. Tunggu doctor pakar datang. Ya allah, ummi rasa nak pitam. Takkan sampai kena operate!!!
Sementara menunggu doktor datang, Haziq kena naik ke ward sementara. Ada sesi interview. Nurse tanya bila last Haziq buang air besar, apa menu Haziq makan dan minum, berapa kali kekerapan yang biasanya Haziq buang air besar dan kecik.
Setelah Doctor pakar tiba, melihat result darah dan xray Haziq. Doctor minta izin cuba masukkan sekali lagi tiub untuk keluarkan air kencing Haziq. Ummi dengan berat hati, terpaksa akur. Ayah Haziq pun ada sekali, sama-sama risau tengok anak yang dalam kesakitan.
Ada tiub yang besar, doctor menerangkan risikonya. Kalau silap cara, boleh akibatkan luka dan maybe boleh akibatkan kemandulan pada Haziq. Ya allah, berita apa lagi ni. Kami tak ada pilihan. Kami serahkan pada doctor pakar buat keputusan. Selebihnya, kami mampu berdoa saja pada Allah untuk Haziq.
Syukur, akhirnya doctor berjaya keluarkan air kencing Haziq. Kemudian, doctor masukkan ubat untuk melembutkan najis. Haziq tak membuang baru 1 hari, tapi kami tak sangka hasilnya sampai buat dia sakit macam tu. Selalunya dia akan membuang setiap hari sekali sekurang-kurangnya.
Bila berbual-bual dengan doctor, doctor syak Haziq jadi macam tu sebab ‘pisang’. Yea, pisang! Doctor jelaskan gambar xray usus dan pundi Haziq. Usus penuh dan padat langsung tak ada ruang. Najis terlalu banyak, kalau tak keluarkan, usus boleh pecah.
Sesuatu yang membuatkan kami terkejut, doctor kata pisang adalah salah satu punca kanak-kanak sembelit teruk. Bukan Haziq sorang, tapi dah banyak kes jadi macam tu sebab makan pisang.
Kegemaran Haziq adalah memakan pisang. Kebetulan memang seminggu tu dia kerap makan pisang. Menu yang lain semua sama je. Air masak dia minum jugak, tapi tak cukup doctor kata. Kalau makan pisang, kena lebihkan ambil air kosong daripada biasa.
Pisang boleh menyebabkan najis jadi banyak, dan usus akan jadi sendat, padat. Maafkan ummi sayang. Ummi ingatkan pisang ni melawaskan, tapi sebaliknya.
Sejak dari kejadian itu, kami mengawal jumlah biji pisang yang Haziq makan, cukup sebiji je. Lepastu, memang kami akan bagi dia air kosong banyak-banyak.
Kisah ini tidak kami lupakan. Hanya kerana pisang, Haziq nyaris kena operate. Sejak Haziq hadir dalam hidup kami, slowly banyak perkara yang kami tak pernah tahu, jadi tahu. Benda yang kami tak pernah kisah, sekarang jadi keutamaan kami.
memang benar kata orang, bila kau dah ada anak, hidup kau akan berubah 360°!! Tu la kisah Haziq, Ummi ter throw back malam ni. Hehe, ada ke ni yang baca?
peringatan kepada kita semua, siapa ada anak kecik. Jangan bagi anak makan pisang banyak sangat. Kalau anak tak kencing lebih 4 jam, terus ke Hospital tau. Jangan pergi Klinik.
jadikan ini sebagai satu pengajaran kepada kita semua. Sampaikan pada kawan-kawan yang ada anak kecik tau. Pantau diaper anak selalu.
The post Hanya Kerana Makan Buah Pisang Anak Ini Masuk Wad appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/hanya-kerana-makan-buah-pisang-anak-ini-masuk-wad/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ada Kes Anak 4 Tahun Hanya Minum Susu Makan Nugget Biskut Je Bahaya Overdose Susu

Ada Kes Anak 4 Tahun Hanya Minum Susu Makan Nugget Biskut Je Bahaya Overdose Susu

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 367 hits
Bila disua makanan pada anak lalu di tolak Mulut tertutup kemas walaupun di paksa Tentu mama ayah pernah alami situasi di mana anak menolak makanan dan hanya inginkan susu serta makanan ringan Pening bila berada dalam situasi ini kan SUSU S...
Hiburan Teringin Buah Import Harga Tak Masuk Akal Miera Liyana Kongsi Pengalaman Hamil Anak Pertama

Hiburan Teringin Buah Import Harga Tak Masuk Akal Miera Liyana Kongsi Pengalaman Hamil Anak Pertama

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 693 hits
Pelakon Miera Liyana yang baru sahaja mengumumkan berita gembira di mana dia kini sedang sarat hamil tujuh bulan ada berkongsikan sedikit sebanyak pengalaman berbadan dua buat kali pertama ini Sumber Instagram Miera Liyana Menurut Miera dia...
Garlic Bread Mudah Untuk Bekal Anak Sekolah Tak Cukup Makan Satu Sedap Sangat

Garlic Bread Mudah Untuk Bekal Anak Sekolah Tak Cukup Makan Satu Sedap Sangat

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 503 hits
Bosan dengan menu yang sama setiap hari sesekali anak mahukan kelainan dalam sajian pemakanannya Bukan hanya untuk sarapan atau minum petang Garlic Bread mudah ini boleh mama sediakan untuk anak ke sekolah Pasti anak makan berkeping keping ...
Gajah Liar Curi Makan Di Gerai Buah

Gajah Liar Curi Makan Di Gerai Buah

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 258 hits
Oleh MOHD SHARKAWI LONDING KOTA TINGGI Seekor gajah liar muncul mencari makanan di deretan gerai di Jalan Kota Tinggi Mersing Simpang Perani di sini hari ini Tular di media sosial menunjukkan kelibat mamalia itu kira kira pukul 10 malam seb...
Bapa Tetap Makan Habis Walaupun Anak Masak Tak Sedap Siap Puji Lagi

Bapa Tetap Makan Habis Walaupun Anak Masak Tak Sedap Siap Puji Lagi

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 324 hits
Seorang ayah sanggup lakukan apa sahaja untuk anak yang disayanginya mana mungkin mereka yang bergelar bapa sanggup membuat hati anak mereka terasa walaupun kadang kala mereka jarang mengucapkannya dari mulut dan lebih daripada perbuatan un...
Makanan Tekstur Lembut Anak Tolak Tepi Ini Cara Nak Biasakan Anak Makan Jenis Makanan Ni

Makanan Tekstur Lembut Anak Tolak Tepi Ini Cara Nak Biasakan Anak Makan Jenis Makanan Ni

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 320 hits
Setiap kali nak suapkan bubur atau jenis makanan lembik dan lembut anak pasti akan menolak mentah mentah Rasa geli dengan teksur dan sebagainya Menurut menolak makanan jenis lembik dan lembut merupakan sebahagian daripada masalah sensori AN...
Anak Menangis Tunjuklah Langit Jangan Biar Dia Menunduk Hanya Menambah Sedih

Anak Menangis Tunjuklah Langit Jangan Biar Dia Menunduk Hanya Menambah Sedih

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 509 hits
Bukan senang nak besarkan anak tapi jika kena cara didikan memang mudah Setiap ibu ayah mempunyai cara tersendiri untuk mendidik anak anak mereka Ada yang sukakan pendekatan lemah lembut dan ada juga yang sukakan cara tegas Sebenarnya biar ...
Aquaria Klcc Tawar Harga Tiket Masuk Hanya Rm35 Untuk 2 Dewasa 1 Kanak Kanak

Aquaria Klcc Tawar Harga Tiket Masuk Hanya Rm35 Untuk 2 Dewasa 1 Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 259 hits
Nampaknya kini kita berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat maka pergerakan merentas negeri bagi merancakkan ekonomi negara sudah bermula Ini juga termasuk aktiviti membawa anak anak pergi melawat tempat tempat menarik yang berad...
Ajar Anak Perempuan Makan 3 Superfood Ni Untuk Otak Rugi Tak Ambil

Ajar Anak Perempuan Makan 3 Superfood Ni Untuk Otak Rugi Tak Ambil

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 394 hits
Orang kata mendidik anak perempuan ni lain macam sedikit caranya Mungkin emosi anak perempuan yang berlebih lebihan ditambah pula dengan emosi ibu buat makin rasa payah Hakikatnya anak perempuan kita memang istimewa Menuntut lebih perhatian...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand