Ada Kes Anak 4 Tahun Hanya Minum Susu Makan Nugget Biskut Je Bahaya Overdose Susu


Bila disua makanan pada anak, lalu di tolak. Mulut tertutup kemas walaupun di paksa. Tentu mama ayah pernah alami situasi di mana anak menolak makanan dan hanya inginkan susu serta makanan ringan. Pening bila berada dalam situasi ini kan?

SUSU SEBABKAN ANAK KURANG MAKAN?
Hai mommy daddy! Mesti ramai yang susah hati bila anak kesayangan anda kurang makan kan? Dah masak macam-macam makanan tapi anak tetap tak nak makan. Tapi kalau bagi dia susu, boleh pulak anak minum berbotol-botol! Ada yang terfikir tak sama ada pengambilan susu ni boleh jadi salah satu sebab anak kurang makan?
Susu mengandungi karbohidrat, lemak, protein, vitamin dan mineral. Bagi bayi yang berusia 6 bulan ke bawah, makanan utama mereka adalah daripada susu. Ini kerana badan mereka masih belum dapat menghadam makanan dengan baik selain dari susu. Untuk usia 6 bulan hingga 2 tahun pula, makanan utamanya adalah daripada susu dan makanan lain.

Manakala, bagi kanak-kanak yang berusia 2 tahun keatas, susu bukan lagi merupakan makanan utama untuk anak. Tubuh badan anak semakin membesar, dengan minum susu sahaja tidak mampu untuk menampung keperluan tubuh mereka. Tak salah sekiranya anda nak bagi anak minum susu pada usia ini, tetapi kuantiti yang diberikan itu hanya sekadar untuk mengalas perut.
Saya pernah jumpa kanak-kanak berumur 4 tahun di pusat terapi kami yang mempunyai berat badan berlebihan dan hanya minum susu formula, makan biskut dan nugget. Makanan lain memang anaknya tak nak makan. Daripada informasi yang diberikan oleh ibunya semasa sesi diskusi, ibubapa kanak-kanak ini perlu sediakan sebanyak 15kg susu sebulan untuk anaknya! Anda terkejut?
Saya pasti ibubapa yang menghadapi masalah yang sama telah lalui perkara ini. Jadi, selepas sesi perbincangan dalam memahami masalah yang dihadapi kanak-kanak ini, antara nasihat yang saya berikan padanya selain daripada kanak-kanak ini perlu melakukan aktiviti-aktiviti terapi yang dicadangkan oleh terapis kami adalah:
a) Kurangkan pemberian susu pada anak sedikit demi sedikit / separuh daripada jumlah yang biasanya diambil. Jangan terus bertindak drastik.
Contohnya: Sebelum ini anda beri anak 6 BOTOL susu sehari, sekarang anda cuba kurangkan kepada 5 BOTOL dahulu ataupun jika sebelum ini anda sediakan susu SATU BOTOL PENUH, sekarang cuba SEPARUHKAN kuantitinya.

b) Beri anak susu 1 jam – 2 jam sebelum makan.
Kenapa perlu bagi macam ni? Sebabnya, kita tak nak anak terlalu kenyang dengan susu apabila tiba waktu makan. Kita tak mahu perut anak penuh dengan susu sahaja. Kalau perut dah penuh dengan susu dan buat anak rasa kenyang, macam mana dia nak makan lagi? Kita yang dewasa ni pun tak lalu nak makan kalau perut dah kenyang. Oleh itu, anda cuba jarakkan dulu pengambilan susu untuk anak dengan waktu makan.
c) Tetapkan waktu makan untuk anak.
Apa kesan bila kita tetapkan waktu makan anak ni? Ianya dapat membantu memastikan tubuh badan dan minda anak bersedia untuk menerima makanan pada waktu tersebut dan dapat mengelakkan anak daripada menjadi terlalu lapar sehingga mereka akan minta ibubapa untuk buatkan susu.

d) Tukarkan pada susu fresh/ full cream/ low fat milk
Anda boleh cuba gantikan dengan susu-susu ini. Tapi jangan tukar secara mendadak tau. Full cream milk mempunyai tinggi kandungan protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral. Anda boleh bagi pada anak yang usia atas 1 tahun. Untuk fresh milk pun sama, anda boleh bagi pada anak yang berusia 1 tahun ke atas sahaja. Bagi kanak-kanak yang berusia 2 tahun ke atas yang mempunyai berat badan yang berlebihan ni dicadangkan untuk beralih kepada susu rendah lemak sebab kita tak nak pertambahan kalorinya semakin banyak disebabkan dapat dari susu tu.
Alhamdulillah, setelah mengikuti nasihat-nasihat yang diberikan padanya serta melakukan aktiviti-aktiviti terapi yang dicadangakan oleh terapis kami di sini, kanak-kanak tersebut dah mampu kurangkan pengambilan susu dan yang paling penting adalah kanak-kanak ini dah mula nak makan makanan lain selain daripada susu, biskut & nugget.
Jadi nasihat saya pada ibubapa diluar sana, JANGAN BERTINDAK DRASTIK! Terus tak nak bagi anak susu. Nanti anak tak dapat terima tindakan anda ni dan mula menangis, menjerit-jerit, membaling barang kerana dia mahu anda beri apa yang dia nak. Ibubapa pula yang akan stress dengan perangai anak ni dan akan mula putus asa. Anda perlu ingat, nak ubah sesuatu perkara yang dah lama menjadi kebiasaan ni akan mengambil masa dan memerlukan kesabaran yang sangat tinggi. Jadi jangan putus asa! Kalau ANDA TAK CUBA, memang TAK AKAN ADA HASIL. Tapi kalau ANDA CUBA, PELUANG UNTUK BERJAYA TU SENTIASA ADA!
Kredit: Nutritionist Iza
Aishah Kassim Academy
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
 
The post “Ada Kes Anak 4 Tahun Hanya Minum Susu, Makan Nugget & Biskut Je” Bahaya ‘Overdose’ Susu appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/ada-kes-anak-4-tahun-hanya-minum-susu-makan-nugget-biskut-je-bahaya-overdose-susu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cukup 2 Tahun Nak Cerai Susu Jangan Mengejut Biar Jadi Momen Indah Antara Ibu Anak

Cukup 2 Tahun Nak Cerai Susu Jangan Mengejut Biar Jadi Momen Indah Antara Ibu Anak

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 359 hits
Rezeki susu ibu adalah ibarat titisan emas untuk anak kerana bukan semua dapat menyusu bayi sehingga umur yang maksimum Jika dapat secara eksklusif 6 bulan pun ramai ibu bersyukur Bagaimanapun ada juga ibu yang dikurniakan susu badan meriah...
Bagi Anak Bawah 1 Tahun Makan Bukan Nak Suruh Rasa Sedap Tapi Nak Kenalkan Makanan

Bagi Anak Bawah 1 Tahun Makan Bukan Nak Suruh Rasa Sedap Tapi Nak Kenalkan Makanan

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 484 hits
Kenapa garam dan gula tidak baik untuk kesihatan bayi Setiap hari bayi hanya memerlukan garam kurang daripada 1g kerana bayi sudah mendapat garam yang cukup daripada susu ibu atau susu formula Jika terlebih garam dalam badan bayi ia boleh m...
Anak Menangis Tunjuklah Langit Jangan Biar Dia Menunduk Hanya Menambah Sedih

Anak Menangis Tunjuklah Langit Jangan Biar Dia Menunduk Hanya Menambah Sedih

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 510 hits
Bukan senang nak besarkan anak tapi jika kena cara didikan memang mudah Setiap ibu ayah mempunyai cara tersendiri untuk mendidik anak anak mereka Ada yang sukakan pendekatan lemah lembut dan ada juga yang sukakan cara tegas Sebenarnya biar ...
Al Fatihah Pelajar Sempat Minta Halalkan Makan Minum Sebelum Ajal

Al Fatihah Pelajar Sempat Minta Halalkan Makan Minum Sebelum Ajal

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 254 hits
SEGAMAT Seorang pelajar Tingkatan Lima maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 67 Jalan Muar Segamat berhampiran sebuah universiti awam di sini petang semalam Dalam kejadian kira kira pukul 5 50 petang itu mangsa Jamal Farhan Jaafar 1...
Bahaya Minum Xs Perfect Drink Jangan Sesekali Cuba

Bahaya Minum Xs Perfect Drink Jangan Sesekali Cuba

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 2916 hits
Assalamualaikum dan Selamat Pagi Hai Pembaca semua Bonde nak kongsikan dengan anda semua tentang Produk XS Prefect Drink iaitu XS Perfect Latte Coffee dan XS Perfect This is a content summary only Visit my website for full links other conte...
Tip Potty Train Anak Bawah 3 Tahun

Tip Potty Train Anak Bawah 3 Tahun

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 360 hits
Hai Assalamualaikum Alhamdulillah kakna dah free diapers Siang siang dah tak pakai pampers Malam mommy still pakaikan dia pampers sebab dia masih menyusu botol Kalau dah tak susu botol insyaallah boleh dah tidur tanpa pampers Untuk anak ket...
Jangan Tersalah Pilih Ini Cara Pilih Rancangan Televisyen Sesuai Untuk Anak 0 7 Tahun

Jangan Tersalah Pilih Ini Cara Pilih Rancangan Televisyen Sesuai Untuk Anak 0 7 Tahun

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 251 hits
Membiarkan anak menonton bukanlah satu kesilapan tetapi perlu berpada pada dan bijak memilih program yang bermanfaat untuk anak malah mampu merangsang perkembangan minda anak Menurut Terapi Cara Kerja memahami pelbagai masalah ibu bapa yang...
Umumkan Satu Indonesia Awards Tahun Ke 12 Astra Ingin Terus Temukan Anak Muda Inspiratif Dari Seluruh Indonesia

Umumkan Satu Indonesia Awards Tahun Ke 12 Astra Ingin Terus Temukan Anak Muda Inspiratif Dari Seluruh Indonesia

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 301 hits
Buat kamu anak muda bertalenta di Indonesia 12th SATU Indonesia Awards 2021 adalah momentum untuk saling menginspirasi
Biarkan Anak Urus Diri Bukan Sebab Mak Malas Tapi Nak Dia Belajar Terutama Anak 3 Tahun Ke Bawah

Biarkan Anak Urus Diri Bukan Sebab Mak Malas Tapi Nak Dia Belajar Terutama Anak 3 Tahun Ke Bawah

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 433 hits
Biarlah saya suap anak makan asalkan dia tak main dengan makanan dan tak bersepah akhirnya anak tak pandai gunakan tangan untuk menyuap makanan lebih sedih tak tahu fungsi tangan untuk menyuap makanan memegang sudu kerana terbiasa makan ber...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025