Hanya Demam Biasa Medina Kini Terlantar Dalam Tempoh 14 Tahun Kesnya Ke 67 Sangat Rare


Ibu mana yang tak sedih bila anak yang sebelumnya aktif tiba-tiba terlantar dalam sekelip mata. Aillen Medina Feqh membesar dengan normal seperti kanak-kanak lain tetapi kesihatannya mula merosot sejak 2 bulan yang lepas.
Doktor mengesahkan Medina yang kini berusia 1 tahun 9 bulan terkena jangkitan kuman pada otak. Akibat daripada itu ia menjejaskan penglihatan dan pergerakannya.

Malah menurut ibu Medina, Nurul Atiqah Almuhsen penyakit yang dialami oleh Medina ni sangat rare. Apa yang diberitahu oleh doktor Hospital Kuala Lumpur, dalam tempoh 14 tahun, kes Medina adalah yang ke-67.
Berikut perkongsian dari Founder HSG Charity Project, Puan Azlia Ajid yang melawat adik Medina di rumahnya untuk membantu memberikan sumbangan.
Pagi ini saya bertemu Adik Medina buat kali pertama. Saya masuk je rumah mereka, saya terus menangis. Selaju-lajunya air mata saya mengalir. Saya ambil tisu di atas meja. “Allah. Adik. Adik. Ya Allah, kasihannya dia. Allah”

Badan adik Medina sama size dengan Hasya anak kedua saya. Saya nampak Medina macam saya nampak Hasya. Saya tak mampu nak cakap banyak. Saya menangis agak lama sebelum saya mampu mengawal kesedihan saya.
Kata ibu Medina, Nurul Atiqah, Medina dari lahir normal sahaja seperti kanak-kanak lain. Berjalan, makan, aktif, menghiburkan macam anak-anak lain.
Bulan Februari tahun ini, pada mulanya adik Medina hanya demam sahaja. Kemudian beberapa hari lepas itu, adik Medina dimasukkan ke wad setelah disahkan jangkitan kuman di otak pada pertengahan Februari 2019.
Pada awalnya setelah beberapa sesi rawatan di Hospital Serdang, adik Medina boleh berjalan walaupun tak normal. Namun 16 Mac lalu merupakan tarikh yang menguji hati si ibu bila adik Medina tidak lagi seperti sedia kala.
Sehingga hari ini, Medina tidak boleh makan, tidak boleh duduk, tak dapat melihat, hanya baring dan bergetar-getar setiap masa badannya. Hanya susu yang boleh diminum. Itu pun melalui tiub dihidung.

Allah. Bayangkan. Bergetar badan ketika berjaga. Letih mata kita yang melihatnya, apatah lagi adik Medina yang melaluinya.
Terlihat kesedihan di wajah Atiqah ibu adik Medina. “Saya dah 52 hari tak boleh berniaga kak. Saya jual nasi bajet dalam KUIS tu. Ada nasi RM3 nasi bajet, ada nasi berlauk RM5. 50sen saya bagi komisen pada orang yang jual kak.”
“Sejak Medina masuk wad, saya tak boleh berniaga. Baru je keluar wad dua hari lepas. Saya minta bantuan hari tu dalam group peniaga sebab nak dapatkan duit minyak, duit bekalan pampers, susu, dan duit ikhtiar berubat tradisional juga. Duit hospital hari tu RM901 saya dah bayar. Mujur ada simpanan sikit.” jawab Atiqah sambil tersenyum.

“Saya akan berniaga balik, tapi makan masa sikit sebab fokus keperluan Medina kak. Saya nak dia sembuh kak” ujar Atiqah lagi dengan mata yang bergenang.
Allah. Berat benar dugaan ibu berumur 30 tahun ni. Hati saya bagai dicarik-carik. Senyuman masih terukir dibibir si ibu. Pertemuan kami hampir sejam tu, sejamlah Adik Medina terketar-ketar begitu. Kelihatan umpama sawan 24 jam. Allah.
Saya pegang kepala adik Medina. Saya sebak sangat. Bergetar-getar badan Adik Medina. “Semoga Allah sembuhkan kamu anak. Untie doakan Medina ya” saya berkata dalam hati.
Saya dah cakap pada adik Medina dan ibunya yang akan ada untie uncle yang baik hati akan membantu ibu Medina dan Medina berusaha sampai sembuh. Kita akan doa dan beri sumbangan bersama.

Tolong. Tolong bantu saya #share kisah mereka. Semoga ada ramai penderma baik hati yang akan terbaca post ini membantu Atiqah dalam usaha ikhtiar menyembuhkan Adik Medina.
Sebarang sumbangan boleh berhubung dengan saya, 012 274 2434 atau terus ke akaun ibunya 155087246128 (Maybank) Nurul Atiqah alMuhsen. Marilah kita membantu Adik Medina dan ibunya.
Sumber: Azlia Ajid
#PrayForMedina
#JomBantuMedina
The post Hanya Demam Biasa, Medina Kini Terlantar. Dalam Tempoh 14 Tahun Kesnya Ke-67 & Sangat Rare appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/hanya-demam-biasa-medina-kini-terlantar-dalam-tempoh-14-tahun-kesnya-ke-67-sangat-rare/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kuo Apple Macbook Pro 17 Akan Hanya Dilancarkan Pada Tahun 2021

Kuo Apple Macbook Pro 17 Akan Hanya Dilancarkan Pada Tahun 2021

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 208 hits
Sebelum ini kami melaporkan Apple akan menawarkan semula MacBook Pro 17 seawal tahun ini Model dengan skrin sebesar 17 ini dihentikan pengeluarannya sejak 2012 MacBook Pro dengan skrin terbesar sekarang hanya ditawarkan dengan skrin sebesar...
Waktu Ni Mahar Buatmu Hanya Janjiku Alahai Sweet Sangat Ucapan Aeril Buat Wawa Ketika Bernikah

Waktu Ni Mahar Buatmu Hanya Janjiku Alahai Sweet Sangat Ucapan Aeril Buat Wawa Ketika Bernikah

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 307 hits
Mungkin ramai yang tidak tahu pernikahan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal dibuat secara rahsia pada tahun 2013 Sebab utamanya adalah kerana dikatakan kontrak Wawa dengan syarikat yang mewakilinya ketika itu tidak membenarkan Wawa bercinta atau ...
Dulu Dik3cam Kini Pada Umur 12 Tahun Gadis Ini Mampu Beli Kereta Bmw Sendiri Lepas Jadi Jurumekap Berjaya

Dulu Dik3cam Kini Pada Umur 12 Tahun Gadis Ini Mampu Beli Kereta Bmw Sendiri Lepas Jadi Jurumekap Berjaya

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 774 hits
Masih ingatkah anda dulu waktu kecil terutamanya bagi budak perempuan yang diam diam mencuba barangan kosmetik milik ibu hanya untuk berdandan dan berangan dihadapan cermin Sama halnya dengan Natthanan seorang gadis cilik berasal daripada T...
Hanya Ada Sebulan Lagi Bayi 15 Bulan Derita Penyakit Rare Jalani 44 Kali Kimoterapi

Hanya Ada Sebulan Lagi Bayi 15 Bulan Derita Penyakit Rare Jalani 44 Kali Kimoterapi

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 641 hits
Tidak dapat digambarkan perasaan ibu dan ayah menghadapi kenyataan ini Doktor memberitahu jangka hayat ada sebulan lagi terus berusaha untuk merealisasikan pemindahan sum sum tulang buat si kecil SEBULAN SELEPAS ULANG TAHUN PERTAMA Hanya se...
6 Tahun Tiada Kerja Makan Nasi Dengan Garam Air Paip Saya Susah Sangat

6 Tahun Tiada Kerja Makan Nasi Dengan Garam Air Paip Saya Susah Sangat

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 430 hits
6 Tahun Tiada Kerja Makan Nasi Dengan Garam Air Paip Saya Susah Sangat Terinspirasi dengar kisah hidup wanita cekal bernama Ras Adiba Radzi ini Secara luaran ramai melihat kehidupan yang dilaluinya cukup mudah Namun di sebalik kesenangan ha...
Pergi Haji Hanya Sekali Mulai Tahun Ini

Pergi Haji Hanya Sekali Mulai Tahun Ini

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 497 hits
Menunaikan fardhu Haji di Baitullah adalah rukun Islam yang ke 5 yang wajib ummat Islam tunaikan jika berkemampuan Masalahnya ada antara kita yang terlebih mampu dan ingin melakukan ibadah Haji lebih daripada sekali walaupun yang wajibnya h...
Malaysia Boleh Manfaat Teknologi 5g Dalam Tempoh 3 Tahun Kata Pm

Malaysia Boleh Manfaat Teknologi 5g Dalam Tempoh 3 Tahun Kata Pm

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 252 hits
Malaysia boleh manfaat teknologi 5G dalam tempoh 3 tahun kata PM Dikemas kini 52 minit yang lalu Diterbitkan pada 18 Apr 201
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini