Hanya Ada Sebulan Lagi Bayi 15 Bulan Derita Penyakit Rare Jalani 44 Kali Kimoterapi


Tidak dapat digambarkan perasaan ibu dan ayah menghadapi kenyataan ini. Doktor memberitahu jangka hayat ada sebulan lagi & terus berusaha untuk merealisasikan pemindahan sum sum tulang buat si kecil.
SEBULAN SELEPAS ULANG TAHUN PERTAMA
Hanya sebulan selepas ulang tahun pertama kelahiran bayi mereka, kegembiraan Haffiszattul Nur Akmar Samsudin, 30, serta Sheikh Muhammad Bukhary Sheikh Basir, 33, berganti air mata apabila permata hati mereka Sheikha Zulaikha disahkan menderita Hemophagocytic Lymphohistiocytosis (HLH) atau masalah sistem imun badan tidak stabil, Februari lalu.

Akibat penyakit itu, perkembangan Zulaikha terbantut dan menjadi pasif. Badannya menjadi semakin membesar dan perut membuncit.
Sekali imbas Sheikha Zulaikha seperti bayi yang sihat dengan pipi dan tubuh montel, namun tiada siapa sangka dia menderita kerana perubahan itu hanya kesan ubat untuk melawan penyakitnya.
Bayi berusia 15 bulan itu antara 10 individu di Malaysia yang pernah direkodkan menghidap penyakit jarang jumpa ini berpunca daripada sistem imun tidak stabil dan terlebih aktif lalu menyerang badan sebelum merosakkan tisu serta organ.

COMEL TAPI SEBENARNYA SAKIT
Rawatan bagi penyakit ini sama seperti pesakit barah iaitu melalui beberapa sesi kimoterapi.
Haffiszattul berkata, berat anaknya naik mendadak daripada 8.7 kilogram (kg) kepada 12.4 kg kesan rawatan kemoterapi setiap dua kali seminggu.
“Semua orang kata Zulaikha comel (apabila melihatnya), saya sebak. Comel tapi sebenarnya sakit.
“Dia jadi begitu (gempal) disebabkan kesan steroid ketika kemoterapi.
HATI & LIMPA BENGKAK 10SM
Ibu ini turut menceritakan detik awal Zulaikha dikesan mengalami penyakit jarang dijumpai ini. Antara simptom awal ialah demam dan dijangkiti virus. Seterusnya hati & limpa si kecil ini membengkak.
“Pada mulanya Zulaikha demam panas sebelum doktor mengesahkan dia menghidap HLH berpunca daripada jangkitan Virus Epstein-Barr (EBV) dan menyebabkan hati dan limpanya membengkak 10 sentimeter,” katanya.
ADA MASA SEBULAN, PEMINDAHAN SUM SUM TULANG PERLU DISEGERAKAN
Katanya, pemindahan sum sum tulang dicadangkan pada 2 Mei ini berikutan Zulaikha hanya boleh bertahan dalam tempoh sebulan.
“Saya tergamam doktor memberitahu pemindahan sum sum tulang perlu dilakukan segera kerana jangka hayatnya dianggarkan sebulan saja.
“Jika tidak nyawa anak saya dalam bahaya dan mungkin tiada harapan hidup lagi,” katanya. Pensyarah kolej swasta di Kuantan sedang hamil ini berkata, suaminya melalui ujian pengesahan bagi memastikan kesesuaian sebagai penderma anaknya.
“Oleh kerana sukar mendapatkan penderma sum sum tulang dalam masa singkat, doktor mencadangkan suami sebagai penderma memandangkan kandungan saya baru memasuki tujuh bulan. Minggu depan, keputusan ujian keluar, saya harap sum sum tulang suami sepadan untuk bayi kami,” katanya.
44 KIMOTERAPI & PERLUKAN RAWATAN SEPANJANG HAYAT

Kata Haffiszattul, Zulaikha perlu menjalani 44 kitaran kemoterapi, tetapi baru masuk pusingan ketujuh, dia tidak dapat bertahan dan demam.
Menurutnya, buat masa ini, Zulaikha perlu menjalani kemoterapi untuk memastikan badannya stabil hingga tarikh pemindahan sum sum tulang dilakukan.
“Doktor beritahu peluang Zulaikha cuma 50 peratus saja dan jika berjaya dia tetap memerlukan rawatan sepanjang hayat.
CUMA BOLEH PANGGIL UMI
Ibu ini berkata, besar harapan mereka sekeluarga melihat Zulaikha sembuh dan menjalani kehidupan sempurna seperti kanak-kanak lain.
“Pada usia begini Zulaikha sepatutnya aktif tetapi dia perlu dikuarantin.
“Dia cuma boleh memanggil ‘umi’, satu perkembangan yang sepatutnya buat saya gembira, namun saya sedih sebab dia masih bertarung dengan penyakitnya.
“Saya harap dugaan ini sementara, malah saya selalu berdoa, Zulaikha bertahan dan boleh hidup macam kanak-kanak lain,” katanya.
KOS RM150K, MASIH PERLUKAN SUMBANGAN
“Tetapi apa saja terbaik kami cuba ikhtiar dan selebihnya tawakal,” katanya. Kos rawatan termasuk pemindahan sum sum tulang di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dianggarkan RM150,000.
“Kos berkenaan termasuk ubat dan rawatan sebelum dan selepas pemindahan. Buat masa ini, kami baru kumpul RM20,000 hasil sumbangan rakan, keluarga dan wang simpanan serta masih perlu RM130,000.
Kepada yang ingin memberikan sumbangan meringankan beban dan menampung kos pemindahan sum sum tulang si kecil ini bolehlah menyalurkannya kepada Maybank Haffiszattul Nur Akmar Binti Samsudin (Semasa) 506016887265.
Sumber: Harian Metro & Haffiszattul Nur Akmar
The post “Hanya Ada Sebulan Lagi.” Bayi 15 Bulan Derita Penyakit Rare, Jalani 44 Kali Kimoterapi appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/hanya-ada-sebulan-lagi-bayi-15-bulan-derita-penyakit-rare-jalani-44-kali-kimoterapi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dia Perlu Jalani 44 Kitaran Kemoterapi Peluang Dia Hanya 50 Bayi Derita Penyakit Jarang Jumpa

Dia Perlu Jalani 44 Kitaran Kemoterapi Peluang Dia Hanya 50 Bayi Derita Penyakit Jarang Jumpa

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 434 hits
Semua orang kata Zulaikha comel apabila melihatnya saya sebak Comel tapi sebenarnya dia sakit Dia jadi begitu disebabkan kesan steroid ketika kemoterapi demikian luahan ibunya Haffiszattul Nur Akmar Samsudin 30 memetik laporan dari Khamis H...
Bayi 8 Bulan Derita Kanser Mulut Bapa Terpaksa Jual Popcorn Tampung Kos Rawatan

Bayi 8 Bulan Derita Kanser Mulut Bapa Terpaksa Jual Popcorn Tampung Kos Rawatan

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 1436 hits
DOAKAN semoga Ainul Mardhiah terus kuat untuk bertahan serta melawan kansernya kata Ahmad Safiuddin Ahmad Razak 24 bapa kepada bayi perempuan berusia lapan bulan Ainul Mardhiah yang menghidap kanser Germ Cell Tumor Ahmad Safiuddin berkata d...
Bayi 6 Bulan Tak Bermaya Lepas Makan Tembikai Rupanya Tercekik Mujur Ibu Pantas Bertindak

Bayi 6 Bulan Tak Bermaya Lepas Makan Tembikai Rupanya Tercekik Mujur Ibu Pantas Bertindak

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 505 hits
Siapa sangka hanya dengan memberi anak makan buah tembikai boleh menyebabkan anak tercekik dan hampir meragut nyawa telah berkongsi detik cemas apabila anaknya tercekik sisa buah tembikai Mengaku salahnya dia berkongsi cerita ini sebagai pa...
Ibu Ini Kubur Hidup Hidup Bayi 5 Bulan Pelaku Nangis Dan Teriak Ke Warga Ngaku Anaknya Hilang

Ibu Ini Kubur Hidup Hidup Bayi 5 Bulan Pelaku Nangis Dan Teriak Ke Warga Ngaku Anaknya Hilang

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 309 hits
Wartini warga Desa Pusakamulya Kiarapedes Purwakarta mengubur hidup hidup bayinya yang masih berusia 5 bulan Untuk menutupi aksinya itu pelaku berteriak dan mengaku pada keluarganya bahwa sang bayi telah hilang Dikutip dari TribunJabar com ...
Ajaibnya Bayi Lahir Dengan Usus Diluar Perut 5 Bulan Di Hospital Kini Masih Survive

Ajaibnya Bayi Lahir Dengan Usus Diluar Perut 5 Bulan Di Hospital Kini Masih Survive

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 699 hits
Ujian imbasan menunjukkan sesuatu abnormal tetapi bayi ini lahir dan berkembang dengan sihat Dilahirkan dengan usus diluar perut dia terus bertahan dan hidup hingga kini Mustahil tetapi benar Lily Rae Lawrence dari Sheffield South Yorkshire...
Contoh Menu Dalam Sehari Bayi 6 Bulan Hingga 3 Tahun Yang Alami Masalah Kurang Berat

Contoh Menu Dalam Sehari Bayi 6 Bulan Hingga 3 Tahun Yang Alami Masalah Kurang Berat

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 1327 hits
Boleh dikatakan hampir semua ibu bapa risau bila anak anak mengalami masalah kurang berat badan walaupun menyusu dan makan ok APA nak bagi si kecil makan Berapa KALI nak beri makan sehari Berapa banyak KUANTITI nasi ikan sayur Apa TEKSTUR y...
Bayi 3 Bulan Maut Terjatuh Dari Eskalator Netizen Dakwa Si Ibu Sengaja Berbuat Demikian

Bayi 3 Bulan Maut Terjatuh Dari Eskalator Netizen Dakwa Si Ibu Sengaja Berbuat Demikian

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 366 hits
The ReporterKetika mengunjungi sebuah pusat beli belah di Dongguan China pada Sabtu 30 Mac seorang ibu mendukung bayi lelakinya berusia tiga bulan ketika menuruni eskalator Namun secara tiba tiba bayinya terlepas dari dukungannya dan terjat...
Hanya Bertahan 3 Bulan Ning Baizura Tutup Restoran

Hanya Bertahan 3 Bulan Ning Baizura Tutup Restoran

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 805 hits
Ning Baizura tutup restoran Tudung Periuk PENYANYI Ning Baizura memberitahu restoran Tudung Periuk yang dibuka sekitar Mei tahun lalu hanya mampu bertahan tiga bulan sahaja Ning 44 berkata penutupan restoran itu disebabkan masalah tukang ma...
Meski Kaya Raya Miliarder Ini Hanya Habiskan Rp 5 Juta Per Bulan

Meski Kaya Raya Miliarder Ini Hanya Habiskan Rp 5 Juta Per Bulan

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 247 hits
Zong Qinghuo pernah dinobatkan sebagai orang terkaya di China selama tiga tahun berturut turut semenjak 2010 hingga 2013 dan saat ini dinobatkan menjadi Miliarder Terhemat
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation