Elak Bagi Anak Botol Berisi Susu Ketika Tidur Kalau Terpaksa Letak Air Masak Dalam Botol


Dental caries atau lebih mudah dipanggil sebagai masalah gigi berlubang merupakan antara masalah normal yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, tidak kira individu dewasa mahupun kanak-kanak. Tetapi, masalah ini lebih kerap dialami oleh kanak-kanak, khususnya mereka yang menyusu botol.
Pastinya ia mendatangkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa jika anak anda mengalami masalah gigi berlubang, bukan? Jadi bagaimana cara terbaik untuk mencegah perkara ini daripada berlaku? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui tip yang boleh diamalkan.

Tip Mencegah Gigi Berlubang
Ilmu mengenai penjagaan gigi adalah sangat penting. Jadi perkara pertama sekali adalah untuk memastikan bahawa anda juga mementingkan aspek penjagaan gigi dan kesihatan oral anda terlebih dahulu.
Bagaimana gigi berlubang terjadi? Masalah ini boleh berlaku apabila bakteria dalam plak memetabolisma karbohidrat, yang akhirnya menghasilkan asid yang mengurangkan pH dalam rongga mulut. Asid ini bertindak ‘mencairkan’ (demineralization) struktur gigi anda. Maka terjadilah gigi berlubang.
Berikut adalah antara beberapa tip untuk mencegah gigi berlubang yang boleh anda amalkan:
1. Penjagaan awal
Sama ada anda memilih untuk menyusukan bayi anda secara eksklusif ataupun menggunakan susu botol, adalah penting untuk anda memberikan perhatian dalam aspek penjagaan gigi bayi anda dengan baik.
Awal kelahiran hingga usia 12 bulan – lap mulut dan gusi bayi anda dengan perlahan-lahan menggunakan kain lap yang bersih. Sekiranya gigi pertama bayi anda sudah kelihatan, anda boleh menggunakan berus gigi bayi yang lembut.
12 hingga 36 bulan – pada usia ini, beruskan gigi anak anda 2 kali sehari selama 2 minit. Gunakan sedikit ubat gigi berfluorida sehinggalah anak anda berusia 3 tahun. Sebaiknya berus gigi anak anda selepas sarapan pagi dan sebelum tidur.
Cegah Anak Alami Gigi Berlubang – botol susu
2. Tiada susu botol
Sememangnya sudah menjadi kebiasaan ibu bapa untuk membenarkan anak tidur sambil menyusu botol. Tahukah anda perbuatan ini bukan sahaja meningkatkan risiko masalah gigi kepada anak anda, tetapi turut mendedahkan anak anda kepada masalah jangkitan telinga dan tersedak? Jadi sebaiknya, elakkan daripada mengamalkan tabiat ini. Mencegah itu adalah lebih baik, bukan?
3. Bukan pengganti puting
Terdapat sesetengah ibu bapa yang memilih untuk memberikan anak mereka menghisap botol susu bagi menggantikan penggunaan puting, kerana menyangka ia adalah lebih baik berbanding puting. Tetapi hakikatnya, tidak sama sekali. Jangan pernah menggunakan botol susu sebagai pengganti kepada puting bagi penggunaan tempoh waktu yang panjang. Sekiranya anak anda masih mahukan botol susu, sebaiknya isi botol dengan air kosong sahaja.
4. Cawan biasa
Sebolehnya, apabila anak anda mencapai usia seawal setahun, cuba untuk melatihnya minum menggunakan cawan minum yang biasa. Mengajar anak untuk minum dengan cawan biasa dapat mengelakkan kecenderungan cecair daripada terkumpul di sekitar gigi. Paling utama, cawan tidak boleh diminum sambil tidur.
5. Air kosong
Sekiranya anak anda sudah terbiasa dengan tabiat untuk menghisap botol susu untuk tempoh yang panjang, terutamanya ketika waktu hendak tidur atau dalam perjalanan jauh di dalam kereta, pastikan anda hanya mengisinya dengan air kosong. Elakkan daripada memberikan air manis mahupun susu.
Cegah Anak Alami Gigi Berlubang – makanan manis
6. Hadkan makanan manis
Siapa yang tidak gemarkan makanan manis? Sama ada individu dewasa mahupun kanak-kanak, pasti akan tidak menolak makanan manis, bukan? Namun, sebaiknya anda hadkan jumlah pengambilan makanan manis untuk dimakan oleh anak anda, seperti gula-gula, biskut, kerepek kentang dan segala makanan yang tinggi kandungan gula. Ini adalah antara jenis makanan yang tidak baik untuk anak anda terutamanya jika dimakan dalam kuantiti yang banyak. Sebagai ibu bapa anda perlu bertegas dalam hal ini.
7. Jus buah-buahan
Jus segar yang diperah daripada buah-buahan sememangnya baik. Tetapi American Academy of Pediatrics (AAP) tidak mengesyorkan pemberian jus kepada bayi di bawah usia 6 bulan. Manakala jika ingin memberikan jus bagi anak anda yang berusia di antara usia 6 hingga 12 bulan, pastikan ia dihadkan kepada 4 auns sehari dan perlu dicampurkan dengan air, dengan kiraan separuh air dan separuh jus. Untuk kanak-kanak berusia 1 hingga 6 tahun pula, pemberian jus perlu dihadkan dalam jumlah 4 hingga 6 auns sehari.
8. Hindari produk pemutihan
Terdapat kajian yang mengkaji mengenai kesan penggunaan produk pemutihan kepada kanak-kanak. Tetapi apa yang pasti, penggunaannya produk seperti itu cenderung menyebabkan gigi anak anda menjadi nipis dan mendatangkan kesan tindak balas yang berbeza berbanding kesannya kepada enamel gigi kekal. Sebaiknya elakkan sebarang produk pemutihan bagi kanak-kanak di bawah usia 12 tahun.
9. Rawatan berkala
Sebaiknya biasakan anak anda untuk berjumpa dengan doktor gigi. Ia boleh dimulakan seawal ketika anak anda berusia 12 bulan.
Langkah penjagaan
Masalah berkaitan gigi seperti gigi berlubang mahupun gigi reput boleh dicegah daripada berlaku kepada anak-anak anda. Cara yang paling penting adalah dengan memastikan langkah penjagaan yang betul diamalkan bagi mencegah sebarang kerosakan daripada berlaku. Jangan ambil mudah soal penjagaan gigi anak-anak anda. Mulakan seawal mungkin. Dengan langkah penjagaan yang betul, gigi anak anda akan dapat tumbuh dengan sihat dan baik.
Sumber: Hello Doktor
The post Elak Bagi Anak Botol Berisi Susu Ketika Tidur, Kalau Terpaksa Letak Air Masak Dalam Botol appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/elak-bagi-anak-botol-berisi-susu-ketika-tidur-kalau-terpaksa-letak-air-masak-dalam-botol/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Terlebih Minum Susu Formula Sampai Terpaksa Tahan Sakit Kurangkan Susu Paksalah Anak Makan

Anak Terlebih Minum Susu Formula Sampai Terpaksa Tahan Sakit Kurangkan Susu Paksalah Anak Makan

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 509 hits
Ramai yang tidak tahu sebenarnya pengambilan susu yang berlebihan juga boleh mendatangkan kesan buruk kepada anak terutama anak yang sudah besar dan makan makanan utama Pengambilan susu haruslah diambil mengikut umur anak Tapi jangan pula s...
Anak Yang Setiap Menangis Sejak Bayi Diberi Susu Botol 9762

Anak Yang Setiap Menangis Sejak Bayi Diberi Susu Botol 9762

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 370 hits
ObesitasTimbulnya Obesitas dipengaruhi berbagai faktor di antaranya faktor keturunan dan lingkungan Tentu saja faktor utama adalah asupan energi yang tidak sesuai dengan penggunaan Menurut Aven Hen obesitas sering ditemui pada anak anak seb...
Ketika Anak Sedang Tidur Berilah Aura Positif Ini Besar Manfaatnya Untuk Anak

Ketika Anak Sedang Tidur Berilah Aura Positif Ini Besar Manfaatnya Untuk Anak

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 299 hits
Sebagai ibu dan ayah tanggungjawab kita bukan sekadar memberi makan dan minum kepada anak anak tapi lebih dari itu Sehinggakan semasa tidur pun kita digalakkan melakukan beberapa perkara untuk merangsang minda separa sedar mereka Ini sangat...
Pilihan Botol Susu Anak Anak

Pilihan Botol Susu Anak Anak

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 714 hits
Salam semua Dah lama i nak buat entry ni Asyik tertangguh je Sebelum ni i pernah buat entry pilihan Masa tu i tengah pening nak beli botol susu untuk anak no 2 Sekarang ni dah ada newborn no 3 pulak Hee Baru nak update new entry pasal botol...
Sebelum Tidur Ambil Air Suam Dan Secubit Garam Elak Gangguan Makhluk Halus

Sebelum Tidur Ambil Air Suam Dan Secubit Garam Elak Gangguan Makhluk Halus

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 363 hits
Pernah anda bermimpi Pasangan anda berkahwin lain Mimpi pasangan ada perempuan Lelaki lain Mimpi Bersetubuh dengan Lelaki Perempuan lain Mimpi Binatang berbisa mimpi Jatuh Tempat tinggi Mimpi Tempat Kotor Mimpi Budak kecil bermain dengan bu...
Orangtua Miliki Peran Besar Dalam Atasi Kesulitan Tidur Anak Remaja

Orangtua Miliki Peran Besar Dalam Atasi Kesulitan Tidur Anak Remaja

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 225 hits
Kurangnya tidur pada remaja ini ini bisa disebabkan oleh berbagai macam hal Aktivitas yang terlalu padat jam sekolah yang terlalu awal konsumsi kafein serta terlalu banyak bermain gawai bisa menjadi penyebab masalah ini
Terpaksa Dirikan Khemah Mata Merah Mengigil Tahan Sedih Lihat Anak Dan Cucu Rentung

Terpaksa Dirikan Khemah Mata Merah Mengigil Tahan Sedih Lihat Anak Dan Cucu Rentung

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 396 hits
Dalam kejadian itu Sulaiman kehilangan semuanya harta benda rumah dan sesuatu yang tidak boleh ditukar ganti iaitu anak tunggal Afikah 20 dan dua cucunya Nurul Katrishah Aiman 3 serta Mohd Sharil Aiman 1 Menceritakan semula detik getir itu ...
Keluar Tanda Air Ketuban Ketika Hampir Bersalin Boleh Ke Ibu Hamil Teruskan Solat Ini Jawapan Dari Mufti Wp

Keluar Tanda Air Ketuban Ketika Hampir Bersalin Boleh Ke Ibu Hamil Teruskan Solat Ini Jawapan Dari Mufti Wp

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 817 hits
Setiap muslim diwajibkan untuk menunaikan kewajipan solat Begitu juga dengan seorang ibu yang sedang sarat hamil Tapi bagaimana pula jika ketika menghampiri Tarikh jangkaan bersalin keluar tanda tanda yang menyebabkan ibu hamil ragu ragu sa...
Salah Sikit Mengamuk Jangan Marah Anak Buat Hal Sebab Tak Cukup Tidur

Salah Sikit Mengamuk Jangan Marah Anak Buat Hal Sebab Tak Cukup Tidur

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 289 hits
Sudah tentu ibu ayah akan merasa rungsing jika anak tidak mahu tidur Biarpun aktif pada waktu siangnya dia tetap tidur lewat pada malamnya Anak anak yang kurang tidur akan menyebabkan mereka tidak mendapat rehat yang secukupnya Inilah salah...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip