Hantar Terus Penjara Takut Lompat Pagar Markas Scammer China Diserbu Wang Tunai Rm2 5 Juta Ditemui Dalam Beg Pakaian


Sindiket pelacuran, penipuan dan urus niaga mata wang krypto bagi pasaran di China berjaya dibanteras Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang juga membawa kepada penemuan wang tunai kira-kira RM2.5 juta. 


Sepasukan pegawai serta anggota Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman yang melakukan serbuan di sebuah rumah di Jalan Desa Bukit Tiara malam tadi, menemui wang tunai tersebut yang diletakkan di dalam tiga beg pakaian. 


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, serbuan di rumah berkenaan dilakukan susulan serbuan di sebuah kondominium di Kajang, Selangor pada jam 2 petang semalam. Sebanyak tujuh lelaki dan seorang wanita warga China berusia 21 hingga 28 tahun ditahan. 


Dalam serbuan di lokasi kedua pula, lapan individu termasuk dua warga tempatan berusia 22 hingga 48 tahun ditahan.


Semakan pada dua komputer riba di unit kondominium di Kajang itu mendapati, sindiket terbabit melakukan aktiviti mempromosi kegiatan pelacuran di China, selain terdapat kegiatan seakan penipuan yang mensasarkan mangsa di negara itu. 


Pemeriksaan pada komputer di rumah Jalan Desa Bukit Tiara pula mendapati, terdapat aplikasi yang menjurus kepada urus niaga mata wang krypto. 


Polis percaya, sindiket itu menjalankan kegiatan haram bagi pasaran di China dan wang yang ditemui itu adalah hasil dari melakukan aktiviti haram berkenaan. 


Kesemua suspek warga China yang ditahan itu juga dipercayai sudah dua bulan melakukan kegiatan itu dengan bantuan dari dua warga tempatan berperanan sebagai koordinator kepada sindiket tersebut termasuk mencari rumah untuk dijadikan sebagai pusat operasi kegiatan haram berkenaan. 


"Kami percaya, banyak pusat panggilan seumpama ini di sini (Malaysia) yang menjalankan kegiatan haram dengan pasaran di China termasuk aktiviti penipuan seperti Macau Scam," katanya. 


Dalam dua serbuan berasingan itu, polis merampas lima komputer riba, dua tablet, 24 telefon bimbit dan sejumlah dadah sintetik selain wang tunai RM2.5 juta. 


Kes disiasat mengikut Seksyen 372b Kanun Keseksaan bagi kesalah mempromosikan kegiatan pelacuran dan Akta Rumah Judi Terbuka 1953 serta Akta Imigresen 1959/63.


Sumber: Harian Metro, Info Roadblock JPJ/POLIS


Sumber : thereporter.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/10/hantar-terus-penjara-takut-lompat-pagar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Markas Sindiket Didalangi Warga China Diserbu Rm2 5 Juta Dirampas

Markas Sindiket Didalangi Warga China Diserbu Rm2 5 Juta Dirampas

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 271 hits
Kuala Lumpur Polis membongkar kegiatan sindiket dipercayai terbabit dengan aktiviti mempromosikan pelacuran penipuan serta urus niaga mata wang krypto bagi pasaran di China yang membawa kepada penemuan wang tunai kira kira RM2 5 juta Wang t...
Bukit Aman Temui Wang Tunai Rm2 5 Juta

Bukit Aman Temui Wang Tunai Rm2 5 Juta

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 441 hits
Oleh Polis menemui wang tunai RM2 5 juta di sebuah kediaman di Cheras Foto NSTP HAIRUL ANUAR RAHIM KUALA LUMPUR Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman merampas wang tunai berjumlah RM2 5 juta dalam serbuan ke atas sebuah kediaman di Cheras di ...
Jumpa Wang Tunai Rm2 5 Juta Hasil Pelacuran Macau Scam

Jumpa Wang Tunai Rm2 5 Juta Hasil Pelacuran Macau Scam

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 473 hits
JUMPA WANG TUNAI RM2 5 JUTA HASIL PELACURAN MACAU SCAM KUALA LUMPUR Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman merampas wang tunai berjumlah RM2 5 juta dalam serbuan ke atas sebuah kediaman di Cheras di sini malam tadi Wang tunai berkenaan yang di...
Percubaan Seludup Keluar Wang Tunai Rm10 25 Juta Gagal

Percubaan Seludup Keluar Wang Tunai Rm10 25 Juta Gagal

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 552 hits
Seorang wanita Britain ditahan di Lapangan Terbang Heathrow kerana cuba menaiki satu penerbangan ke Dubai Emiriyah Arab Bersatu sambil membawa wang tunai 1 9 juta di dalam beberapa bagasi lapor Daily Mail hari ini Tara Hanlon 30 dari Yorksh...
Bunuh Suami Demi Dapatkan Aset Lebih Rm2 Juta

Bunuh Suami Demi Dapatkan Aset Lebih Rm2 Juta

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 285 hits
KAJANG Seorang wanita tergamak bersekongkol dengan adiknya membunuh suaminya untuk mendapatkan harta dianggarkan berjumlah lebih RM2 juta Dalam usaha melindungi perbuatan jenayah itu wanita berusia 45 tahun itu sanggup mendakwa suaminya yan...
Isteri Sanggup Bunuh Suami Oku Demi Harta Rm2 Juta Amp Duit Insurans

Isteri Sanggup Bunuh Suami Oku Demi Harta Rm2 Juta Amp Duit Insurans

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 398 hits
Sekadar gambar hiasan Terkejut dan tak percaya Itulah reaksi ketika membaca mengenai kejadian yang berlaku di Kajang ini Tidak ubah seperti dalam drama pun ada juga Seorang isteri sanggup merancang pembunuhan suaminya demi harta dan wang in...
Terawan Luhut Temui Ma Ruf Amin Laporkan 3 Juta Vaksin Corona Dari China Tiba November Nanti

Terawan Luhut Temui Ma Ruf Amin Laporkan 3 Juta Vaksin Corona Dari China Tiba November Nanti

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 397 hits
Menko Maritim dan Investasi Luhut Binsar Pandjaitan Menkes Terawan Agus Putranto dan Dirut Bio Farma Honesti Basyir datang berkunjung ke kediaman dinas Wakil Presiden Ma ruf Amin untuk membahas perkembangan vaksin COVID 19 di Indonesia Disi...
Pawagam Rugi Rm2 Juta Sehari

Pawagam Rugi Rm2 Juta Sehari

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 280 hits
Pandemik COVID 19 yang melanda global telah menyaksikan banyak pawagam diluar negara terpaksa ditutup kerana tidak mampu menanggung kerugian Pawagam tempatan tidak terlepas dari menjadi mangsa ekonomi akibat pandemik Walaupun dibenarkan ber...
Rakyat China Belanja Lebih Rm60 Juta Beli Durian Musang King Tak Sampai Sejam

Rakyat China Belanja Lebih Rm60 Juta Beli Durian Musang King Tak Sampai Sejam

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 464 hits
Jika sudah duduk di Malaysia tidak sah sekiranya jika tak merasa durian Sebut saja nak makan durian apa dari durian kampung sehinggalah durian gred paling agung semua ada di sini BACA Shah Rukh Khan Berkopiah Dari Temerloh Mohon Maaf Di ata...
Feeding Pigeons Could Cost You Rm250 Penang City Council Warns

Tak Perlu Besarkan Isu Cuti Panjang Rafizi Kata Nik Nazmi

Timely Cpr Intervention By Woman At Kuching Airport Saves Man S Life

Bersatu Atau Pas Tinggalkan Pn Dulu

Kedah Tiga Penjenayah Mati Ditembak Polis Di Sik

Laman Sendayan 2 Kehidupan Ideal Dengan Nilai Terbaik

Saya Cuba Jadi Morning Person Tapi Terjaga Pukul 3 Petang Kisah Sedih Seorang Pejuang Snooze

Ada Tak Orang Menyesal Lepas Berdoa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anugerah Guardian Kecantikan Kesejahteraan 2025 Raikan Pilihan Sebenar Keyakinan Sebenar

Meraikan 20 Tahun Seni Persembahan Malaysia Anugerah Seni Cameronian Boh Ke 20 Kembali

Jeruk Madu Pak Ali Seberang Jaya

Drama Dia Bukan Syurga

Petua Isi Ayam Kembali Segar Selepas Disimpan Lama Dalam Freezer

Drama Permatang Pauh Nepotisme Directed By Pkr