Hantar Mommy Ke Jazeerat El Rahah Bandar Baru Bangi
Sudah lama Mommy cari saloon rambut Muslimah di sekitar rumah.
Saloon yang terhampir adalah di Bangi, mungkin susah nak cari saloon rambut muslimah ni sehinggakan kami terpaksa ke Bangi pula.
Bangi adalah suatu kawasan yang agak kurang Master kenali dan jelajahi, jadi jalan di sana Master kurang ngerti.
Pada mulanya kami set ke Hajaba, kerana dalam peta Jazeerat El-Rahah tu ada disebut pasal Hajaba. Semasa Mommy telefon pun mereka sebut pasal Hajaba.
Sebenarnya sebelum itu Master cuba set Waze ke Jalan Seri Bangi 8/35, namun Waze tak kenal, maka kami terpaksalah berpandukan kepada Hajaba.
Ini peta yang kami gunakan yang menyebut Jazeerat El-Rahah ni berada di 55-1 Jalan Seri Bangi, 8/35 Bandar Baru Bangi. Beberapa landmark adalah HAJABA dan MFC selain Kompleks PKNS.
Apabila set ke HAJABA, kami dihantar ke Jalan 8/5, bukan Jalan 8/35.
Master terpaksa periksa Waze semula dan cari peta secara manual kerana ternyata apa yang ditunjuk dalam Waze itu adalah palsu walaupun alamatnya betul. Mungkin ada manusia yang salah set?
Nasib baik dekat je Jalan 8/35 tu, maka kami segera sampai, tapi sekali lagi kami tak ketemui HAJABA tu. Apa yang kami jumpa adalah Sendayu Tinggi, Kad-Kad Kahwin.Com dan Hyderabad Bangi.
Master dah takut silap jalan dan nak periksa nama jalan pun tak boleh sebab tiada papan tanda nama jalan kelihatan. Nasib baik akhirnya kami ketemui Jazeerat El-Rahah ni sebelum Hyderabad.
Tunggu Mommy.
Salun rambut Muslimah ni tentunya untuk Muslimah maka kami tak bolehlah pergi menyibuk di sana. Sebelum sampai Mommy ada sebut yang kami ni boleh menunggu di restoran, tapi yang ada cuma Hyderabad dan Pizza Hut.
Terkesima kami sekejap kerana kedua-dua tempat makan itu pastinya menuntut modal yang banyak, semata-mata untuk menunggu Mommy.
Merempat di Hyderabad.
Akhirnya Master mengambil keputusan untuk merempat di Hyderabad.
Sebaik sahaja kami melabuhkan punggung, si pelayan datang membawa menu. Master tengok sekali, semuanya mahal-mahal dan Master cuba mencari yang paling murah.
Setelah yakin, Master mula membuat pesanan iaitu Cheese Nan dan Orange Juice.
"Excuse me sir, this Cheese Nan only bread, no curry"
Termangu juga Master... apa kejadah korang bagi roti je? Bagilah kuah sekali, hek eleh!
Ni mesti dasar paksa orang makan mahal-mahal la ni, apa punya turr la. Master pun kembali menyemak menu dan akhirnya memesan Chicken Tandoori sahaja beserta Orange Juice. Itu yang paling murah tu.
Si pelayan mengambil pesanan sambil tersenyum sinis, rasa nak bagi pelempang je sedas!
Kesimpulannya lain kali Master tak mahu makan di situ dah, sudahlah mahal, bahagian lauk kecil sahaja, tak kenyang pun... sedap pun bukannya sedap sangat.
Lain kali kalau datang situ, kami akan merayau ke seksyen lain untuk cari makanan. Dapat roti telur cicah kari pun lagi sedap, kenyang pun boleh tahan. Bayangkan dengan harga RM 22 (dua puluh dua ringgit) boleh makan berapa banyak roti canai?
Kalau makan nasi pun boleh dapat 2 hingga 3 pinggan dengan harga macam tu.
Master ni banyak rungutan pula, tu kan tempat orang kaya-raya singgah makan, yang Master gi sana tu kenapa? Tapi restoran tu bagus juga sebab ada surau.
Lama juga menungguDekat 2 jam juga menunggu Mommy. Tedi dah hampir mati kepanasan kerana Master nak tunggu dalam kereta.
Master agak tahan panas kerana Master ni kiranya orang pantai macam Baywatch tu..
Ramai orang pergi Jazeerat Al-Rahah ni, tak putus-putus, kata Mommy.
Selain rambut Mommy digunting, ada juga Mommy buat periksa kulit kepala, ada juga urutan bahu.
Lepas ni senanglah Mommy nak gunting rambut, boleh pergi sana je. Mommy kata harganya murah, tapi Master kata mahal sebab ratusan ringgit... hahaha...
Master.. semua mahal... sebab tiada duit.
31 Ogos 2014
pengalaman bercuti di Hyderabad .. Setakat ini aku pernah pergi 4 airport iaitu Bangalore, Hyderabad, Delhi dan Kashmir.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.interpretzz.com/2014/08/hantar-mommy-ke-jazeerat-el-rahah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29