Baru 2 Hari Hantar Pengasuh Anak Kena Tampar Sampai Menangis Tak Ada Suara


Baru dua hari hantar anak ke pengasuh, beri pengalaman yang sukar dilupakan buat ibu ini apabila anaknya Afeeya Aura, 6 bulan dipukul hingga memberi kecederaan di bahagian muka dan trauma buat si kecil ini.
Menurut Norfazilah Zilah yang berkongsi pengalamannya dengan Pa&Ma, dia tidak menyangka sikap pengasuh itu yang berperwatakan seperti seorang ibu dan sayangkan anak-anak sebenarnya silap. “Memandangkan sebelum ini saya yang menjaga Afeeya, tapi setelah dapat tawaran kerja, saya mengambil keputusan untuk hantarnya ke pengasuh. Setelah mencari di kawasan rumah, saya berjumpa dengan pengasuh ini.
“Itupun selepas saya tengok iklan di papan notis di kawasan rumah dan terus menghubunginya. Niat saya cari pengasuh yang dekat dengan rumah kerana senang kalau ada apa-apa hal berlaku pada anak.
“Lagipun pengasuh ada juga menjaga dua lagi anak asuhan yang berusia 4 bulan dan 2 tahun. Jadi saya fikirkan tiada masalah untuk pengasuh menjaga anak kerana pengalamannya mengasuh anak orang lain,” katanya.
Hari pertama hantar Afeeya ke rumah pengasuh tiada pun rasa bimbang. Cuma menjadi persoalan ketika saya mengambilnya selepas pulang kerja, ternampak hidung Afeeya luka. Apabila bertanyakan pada pengasuh dia beri jawapan Afeeta tercakar kukunya sendiri.
“Waktu itu saya belum fikir negatif lagi dan balik rumah potong kuku Afeeya. Keesokan harinya saya pergi hantar macam biasa dan apabila pulang kerja ada lagi kesan merah bebirat di bahagian pipi anak.

“Disebabkan tak mahu fikir bukan-bukan saya tanya sekali dan jawapannya Afeeya tidur dalam buaian dan mukanya tergeser-geser di kain buaian tersebut.
“Cuma peliknya, sejak saya sampai dirumah pengasuh petang itu, bila Afeeya nampak muka saya terus dia nangis tersedu-sedu sampai hilang suaranya. Seolah-olah dia nak beritahu sesuatu pada saya.
“Bila saya teliti betul-betul di pipi Afeeya jelas nampak kesan jari. Hanya Allah yang mengetahui bagaimana perasaan saya waktu tu. Cukup bersalah rasanya saya hantar Afeeya ke pengasuh tersebut hingga dia pun trauma dan takut,” jelasnya.
Selepas buat laporan polis, pengasuh tersebut telah ditahan untuk siasatan lanjut. Sekarang Afeeya dalam proses untuk pulihkan kembali emosinya dan syukurlah tiada apa-apa lagi kecederaan teruk.
Doktor turut memberitahu setiap bulan Afeeya kena buat pemeriksaan susulan dengan pakar kanak-kanak untuk tengok semula bahagian dalamannya takut ada apa-apa kesan sampingan.
Nasihat saya buat semua ibu bapa, hati-hatilah pilih pengasuh. Bukan kita tak mahu percaya sepenuhnya tetapi bila nampak ada kelainan baiklah bertanya.

Mungkin bayi bawah setahun walaupun tak boleh nak beritahu yang dia takut atau sakit, melalui cara yang ditunjukkan itu pun ibu bapa boleh nampak.
Semoga semua anak-anak kita dilindungi dan ibu bapa yang keluar bekerja pun boleh rasa tenang kerana dapat pengasuh yang boleh menjaga seperti anak sendiri.
Sumber: Norfazilah Zilah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beautifulnaara.blogspot.com/2019/09/baru-2-hari-hantar-pengasuh-anak-kena.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dah Ada Anak Tetap Kena Puji Ucap Sayang Setiap Hari Baru Sentiasa Rindu

Dah Ada Anak Tetap Kena Puji Ucap Sayang Setiap Hari Baru Sentiasa Rindu

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 591 hits
Bila dah lama kahwin sebahagian besar rumah tangga jadi hambar Bebanan mencari duit karenah anak anak dan urusan kerja membuatkan hubungan suami isteri pudar Sebahagiannya pula bosan kerana dah lama kahwin Jemu menghadap muka Keluar makan p...
Anak Mati Kebuluran Selepas Dibiarkan 11 Hari Tanpa Makanan Sementara Ibunya Berseronok Dengan Kekasih Baru

Anak Mati Kebuluran Selepas Dibiarkan 11 Hari Tanpa Makanan Sementara Ibunya Berseronok Dengan Kekasih Baru

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 457 hits
Seorang ibu kejam dipenjara lapan tahun kerana membiarkan dua anaknya yang masih kecil kebuluran selama 11 hari menyebabkan seorang daripadanya mati semata mata mahu meraih wang hasil simpati orang ramai selain sibuk berseronok dengan kekas...
Rahsia Anak Soleh Letak Tangan Atas Ubun Ubun Setiap Hari Mulakan Asmaul Husna

Rahsia Anak Soleh Letak Tangan Atas Ubun Ubun Setiap Hari Mulakan Asmaul Husna

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 767 hits
Doa untuk anak daripada ibu bapa adalah satu doa yang amat mustajab Sebagai ibu bapa kita seharusnya mengambil peluang ini untuk sentiasa memohon dan meminta kepada Allah agar diberikan kebaikan kepada anak anak Pastikan niat yang kita buat...
Biarkan Anak Menangis Hingga Tertidur Tak Kejam Latih Anak Tenangkan Diri Untuk Tidur

Biarkan Anak Menangis Hingga Tertidur Tak Kejam Latih Anak Tenangkan Diri Untuk Tidur

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 324 hits
Ada waktunya bila anak mula menangis tanpa henti kerana pelbagai sebab kita mula rasa buntu dan tidak tahu hendak bertindak bagaimana lagi Puas di cuba pelbagai cara anak tetap menangis tanpa henti Jika ibu berapa pada tahap ini ada masanya...
Paling Best Tengok Sahabat Kau Happy Sampai Nak Menangis Dibuatnya Bila Sahabat Hadiahkan Smartphone Baru

Paling Best Tengok Sahabat Kau Happy Sampai Nak Menangis Dibuatnya Bila Sahabat Hadiahkan Smartphone Baru

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 366 hits
Salah nikmat dan rezeki Allah adalah sahabat yang baik Mereka yang memiliki sahabat yang baik merupakanorang yang paling beruntung dalam dunia ini Rakan adalah keluarga kedua kita selepas ahli keluarga Mungkin bagi sesetengah orang tidak se...
Bapa Rindu Pada Anak Yang Hilang Lebih 100 Hari

Bapa Rindu Pada Anak Yang Hilang Lebih 100 Hari

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 238 hits
Hilang lebih 100 hari tiap kali menjelang Maghrib terdengar suara anak Saja panggil abah sebab rindu Zahiruddin bersama dua abangnya Zahir hilang sejak 15 April lalu Jelas Mohd Fauzi sejak kehilangan Zahir tidak dinafikan seluruh keluarga a...
Baru 2 Hari Keluar Penjara Bekas Banduan Kena Cekup Meragut

Baru 2 Hari Keluar Penjara Bekas Banduan Kena Cekup Meragut

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 230 hits
Baru 2 hari keluar penjara bekas banduan kena cekup meragut Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 25 Aug 2019 11 45P
Biarlah Tengok Anak Menangis Kena Cucuk Daripada Kita Menyesal Tengok Anak Sakit

Biarlah Tengok Anak Menangis Kena Cucuk Daripada Kita Menyesal Tengok Anak Sakit

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 536 hits
Siapa yang sanggup melihat anak menanggung kesakitan Demi kasih sayang dan untuk melihat si kecil sihat ibu seboleh bolehnya mahukan jaminan dan berusaha dengan memberikan suntikan vaksin sebagai langkah perlindungan Faezah Elai yang muncul...
Tak Mampu Sedia Rm500 Jenazah Anak Terbiar Dalam Peti Selama 3 Hari

Tak Mampu Sedia Rm500 Jenazah Anak Terbiar Dalam Peti Selama 3 Hari

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 392 hits
Kematian orang yang tersayang sememangnya amat menyedihkan Lebih lebih lagi jika individu tersebut merupakan anak yang baru sahaja dilahirkan Lebih pilu lagi jika ibu dan bapa kepada anak yang meninggal dunia terpaksa membiarkan jenazah bay...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

Buffet Ramadan 2025 Laman Tradisi Di World Trade Centre Kuala Lumpur

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Wanita Berhati Angkasa Buku Motivasi Untuk Wanita Dan Inspirasi Untuk Suri Rumah

Cara Cuci Kerang