Hantar Komunikasi Jelik Hina Nabi Surirumah Kena Denda Rm2 000


MALAYSIAKINI

Seorang suri rumah didenda RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan membuat dan menghantar komunikasi jelik berhubung Nabi Muhammad SAW menerusi akaun Facebooknya Februari lalu.
Hakim M M Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman itu ke atas Fadilah Hamid, 43, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah pada hari pertama perbicaraan hari ini.
Mahkamah turut memerintahkan ibu kepada dua anak itu menjalani hukuman penjara tiga bulan, sekiranya dia gagal membayar denda tersebut.
Wanita itu didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya itu menggunakan laman profil Facebook "Fadhilah Abdulhamid" dengan niat untuk menganiayai orang lain dan kenyataan tersebut telah dibaca di laman profil Facebook "Fadhilah Abdulhamid" di Apartment Seri Ceria, Jalan Jalil Indah Pinggiran Bukit Jalil, Cheras di Kuala Lumpur, kira-kira 9.14 pagi pada 19 Feb tahun lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya.
Peguam Nurul Fitriza Abd Latif yang mewakili Fadilah memohon hukuman bon berkelakuan baik atau hukuman denda minimum dengan alasan anak guamnya menghidap penyakit kemurungan dan autism spectrum disorder.
"Menurut laporan perubatan forensik Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, Perak, OKS didapati mempunyai gejala penyakit autism spectrum disorder sejak kecil, iaitu terdapat permasalahan berterusan dalam fungsi komunikasi sosial dan interaksi sosial serta mempunyai corak tingkah laku dan minat yang terhad dan berulang-ulang.
"Anak guam saya juga mengalami gejala kemurungan dan mendapatkan rawatan di Hospital Kajang yang mana OKS mempunyai perasaan sedih, sukar untuk tidur dan gemar mengasingkan diri. OKS juga ada menerima rawatan susulan di Klinik Psikiatri di Hospital Kajang sebagai pesakit luar hingga kini," katanya.
Timbalan Pendakwa Raya Nurul Syahieza Md Hadzaid bagaimanapun memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran terhadap OKS dan masyarakat supaya lebih berhati-hati serta sensitif dengan status di media sosial.
"Mengambil kira laporan perubatan dari Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, Perak. OKS didapati sihat untuk menjalani perbicaraan dan secara sedar semasa melakukan posting itu. Oleh itu, hukuman bon berkelakuan baik adalah tidak mencukupi," katanya.- Bernama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/09/hantar-komunikasi-jelik-hina-nabi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Langgar Kuarantin Jurutera Warga England Dipenjara 2 Hari Denda Rm5 000

Langgar Kuarantin Jurutera Warga England Dipenjara 2 Hari Denda Rm5 000

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 272 hits
Jurutera warga England John Alan Forsyrh didapati tidak mematuhi perintah sah dikeluarkan oleh pegawai yang diberi kuasa mengikut Seksyen 15 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan melanggar peruntukan Seksyen 22 akta sa...
Padah Jual Produk Tidak Sah Berdaftar Kkm Safiey Alias Berdepan Hukuman Denda Rm100 000

Padah Jual Produk Tidak Sah Berdaftar Kkm Safiey Alias Berdepan Hukuman Denda Rm100 000

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 1071 hits
PADAH menjual produk tidak berdaftar Syarikat milik usahawan kosmetik Safiey Ilias hari ini ini didenda RM23 000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana menjual dan memiliki produk kesihatan yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan ...
Air Selangor Agih 23 000 Botol Air Hantar Lori Tangki Ke Premis Kritikal

Air Selangor Agih 23 000 Botol Air Hantar Lori Tangki Ke Premis Kritikal

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 364 hits
SHAH ALAM 3 SEPT Sebanyak 23 000 botol air minuman diagihkan kepada penduduk rumah unit bertingkat di tujuh wilayah yang terjejas gangguan bekalan air tidak berjadual susulan pencemaran Sungai Selangor hari ini Ketua Komunikasi Korporat Pen...
Hampir 5 000 Mohon Bantuan Pulang Mengundi Di Sabah

Hampir 5 000 Mohon Bantuan Pulang Mengundi Di Sabah

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 273 hits
MALAYSIAKINI PRN SABAH Kempen PulangMengundiSabah telah menarik minat hampir 5 000 pengundi dari negeri itu khususnya belia yang tinggal di Semenanjung untuk pulang mengundi dalam pilihan raya negeri Penyelaras kempen Aaron Denison berkata ...
Van Keselamatan Bawa Wang Tunai Rm50 000 Terbabas

Van Keselamatan Bawa Wang Tunai Rm50 000 Terbabas

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 312 hits
Oleh MASTURAH SURADI ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa daripada van keselamatan yang terbabas di Jalan Johor Bahru Mersing menghala ke Bukit Samsu Kota Tinggi hari ini KOTA TINGGI Sebuah van keselamatan yang membawa wang tunai RM50 000 untu...
Heads Up Kl Selangor Asean Summit Means Temporary Home Based Learning For Some Schools

Lantikan Politik Dr Akmal Bersyukur Pm Anwar Kini Faham Apa Yang Dilakukan Bn

Berbuat Baiklah Kerana Ia Juga Untuk Dirimu Sendiri

How To Turn Your Child Into A Consistent Learner During The School Year

Mas Khan Qi Razali Selamat Bergelar Suami Hari Ini

Karina Kot Siapa Taknak Tular Video Peminat Bawa Lari Standee Karina Aespa Di Mid Valley Kl

Peria Sayur Pahit Yang Kaya Dengan Pelbagai Khasiat

Milosuam Dah Kenapa Nepotisme Bukan Salah Kalau Ada Merit Teruk Kena Kecam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lindungi Anak Anda 5 Penyakit Yang Boleh Jadi Mimpi Ngeri

Mee Rebus Johor

Pkr Ke Mana Hilangnya 60 Peratus Undi Di Persimpangan Jalan Atau Parti Yang Kehilangan Haluan

Usaha Bersama Asean Dalam Membangun Ekosistem Digital Yang Selamat

The Mysterious Yonaguni Monument Japan S Underwater Enigma

Manhunt Launched After 4 Abduct Goldsmith In Tumpat