Hanoi Gua Bong Thien Cung




Alhamdulillah saya menyambung lagi catatan perjalanan kami dari bandar Hanoi ke bandar Ha long pula. Boleh klik entri lama kami semasa menaiki cruise di SINI. Entri sebelum ini boleh klik di di SINI.
Cruise akan memberhentikan kami di sebuah tempat untuk aktiviti mendaki gunung untuk ke gua yang dikenali dengan nama jolokan sebagai Gua Dari Syurga.
Gua ini ditemui oleh seorang nelayan ketika mencari perlindungan dari ribut taufan pada tahun 1993. Telah diisytihar sebagai tapak warisan UNESCO dalam tahun 1994. 
Masih kekal seperti keadaan asal, cuma ianya telah dipasang dengan lantai marble dan tangga untuk memudahkan pergerakan pengunjung. 

Serious semua tempat di sini cantik untuk bergambar. Gabungan bukit hijau berbatu batan dengan air laut kehijuan bak zamrud itu memang sangat cantik. Rugi kalau ke sini tak mengambil gambar banyak banyak. Kalau group kami ni, memang terkenal sporting. Hala jer kamera, pasti semua siap berposing. Tak perlu nak dipanggil panggil masuk. 


Kami berjalan menaiki anak tangga dengan perlahan perlahan kerana ianya agak banyak anak tangga yang perlu didaki. Tercungap cungap juga terutama untuk orang yang tidak berapa aktif macam saya. Tapi aktiviti dibuat secara beramai ramai, kepenatan tidaklah berapa terasa. Bila penat, berhenti posing sekejap sambil ambil nafas baru. Hahaha.


Perhentian pertama kami ialah di tempat di mana terdapat papan tanda besar Dong Thien Cung. Kami berhenti bergambar di sini sambil menyimpan tenaga untuk menaiki ke anak anak tangga berikutnya. Ketika saya datang tahun 2007 pun, rasanya saya dah rasa penat. Apalagi selepas 17 tahun berikutnya. 

Kita kemudian akan menuruni anak tangga untuk ke tengah tengah gua. Ketika ini, hampir tiada pengunjung lain. Hanya kumpulan kami sahaja. Jadi tiada masalah untuk bergambar dengan latarbelakang batu batu gua yang unik dan cantik. 



Kami bergambar kumpulan di sini walaupun tidak lengkap kerana ada yang masih menikmati batu batan di belakang dan ada yang telah berjalan ke hadapan. 


Alhamdulillah setelah beberapa ketika berada di dalam gua, kami mulai menaiki anak tangga untuk keluar. Ada tempat menjual souvineer di sini. 



Setelah selesai membeli barangan cenderahati, kami mulai menuruni anak tangga. Sambil sambil itu, saya mencari pintu di mana saya dan anak anak bergambar pada tahun 2007 dahulu. Sayangnya sampai keluar, tak ditemui mungkin kerana telah dibuat penambahan kedai sebelum pengunjung keluar dari kawasan tersebut. 


Jambatan laluan pejalan kaki ini juga rasanya juga baru dibina. Dulu rasanya selepas keluar gua, berjalan sedikit dah naik semula ke cruise. 
Kami bergambar beranai ramai di atas cruise sebelum cruise memulakan pelayaran mengelilingi pulau pulau dan seterusnya menurunkan kami di tempat untuk bersampan. 


Setakat ini dahulu, sehingga bertemu lagi di entri akan datang. Salam sayang buat semua. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2024/02/hanoi-gua-bong-thien-cung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiking Full Loop Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Melaka Gagal Ke Gua Sejengkal

Hiking Full Loop Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Melaka Gagal Ke Gua Sejengkal

papar berkaitan - pada 28/2/2024 - jumlah : 142 hits
Dari kami turun ke kiri Haa ada pantai yang cantik lagi Tapi disini ada banyak batu Kena berhati hati lah ye memijak batu batu tu Encik suami dah kedepan Kita sibuk ambil gambar Yelah nak buat modal blog kenalah ambil gambar Nama pun blogge...
Aktiviti Menarik Yang Korang Boleh Buat Bersama Keluarga Di Gua Kek Look Tong Gunung Rapat

Aktiviti Menarik Yang Korang Boleh Buat Bersama Keluarga Di Gua Kek Look Tong Gunung Rapat

papar berkaitan - pada 26/2/2024 - jumlah : 152 hits
Assalamualaikum Lama juga Fiza tinggalkan story staycation Ipoh nie Bukan apa banyak pulak job review yang perlu ikut dateline Jadinya kita settle dulu client punya task Sekarang dah free boleh la sambung cerita cuti cuti kita nbsp Aktiviti...
Hanoi Day 2 Part 1

Hanoi Day 2 Part 1

papar berkaitan - pada 13/2/2024 - jumlah : 124 hits
Alhamdulillah kali ini saya ingin menyambung catatan percutian ke Hanoi kami awal bulan Februari yang lalu Boleh klik entri sebelum ini di Bangun pagi kami naik untuk bersarapan di tingkat 11 Mata saya pulak merah dan bengkak semula Aduhai ...
Hanoi Day 2 Makan Malam Di Bandar Ha Long

Hanoi Day 2 Makan Malam Di Bandar Ha Long

papar berkaitan - pada 14/2/2024 - jumlah : 172 hits
Alhamdulillah saya menyambung lagi catatan perjalanan kami dari bandar Hanoi ke bandar Ha Long pula Boleh klik entri sebelum ini di Sebelum itu jangan lupa untuk klik iklan yang keluar di blog saya tau Terima kasih atas kerjasama anda semua...
Hanoi Ha Long Boat

Hanoi Ha Long Boat

papar berkaitan - pada 22/2/2024 - jumlah : 131 hits
Alhamdulillah saya menyambung lagi catatan aktiviti kami menaiki cruise di Ha long pula Boleh klik entri lama kami semasa menaiki cruise di SINI Entri sebelum ini boleh klik di di Selepas selesai aktiviti menyusuri gua kami diturunkan untuk...
Hanoi Cruise Di Ha Long Bay

Hanoi Cruise Di Ha Long Bay

papar berkaitan - pada 20/2/2024 - jumlah : 131 hits
Alhamdulillah saya menyambung lagi catatan perjalanan kami dengan aktiviti di Ha Long pula Ha Long terkenal dengan danau dan pulau pulau yang cantik terletak di Laut Timur Boleh klik entri lama kami semasa menaiki cruise di Entri sebelum in...
Wayang Kulit Air Di Hanoi

Wayang Kulit Air Di Hanoi

papar berkaitan - pada 26/2/2024 - jumlah : 123 hits
Alhamdulillah kita bertemu lagi Jangan lupa untuk klik iklan yang keluar di blog saya juga tau Saya kena selalu peringatkan kerana ramai pembaca blog saya tidak tahu Mereka fikir bila mereka masuk ke blog saya blog saya akan menerima bayara...
Lirik Lagu Takyah Sonaone

Cabinet To Address Najib S House Arrest Bid With Transparency Urges Zaid

Unlocking Insights Leveraging The Indonesia Brand Database For Brand Research

Huggies Malaysia Meraikan Ibu Dan Memperkenalkan Lampin Bayi Baharu Mereka Dengan Fun Run

Zaid Urges Cabinet Transparency On Najib House Arrest Bid

Mengenal 11 Istri Nabi Muhammad Sesuai Urutan Pernikahan

Celebrating Mother S Day With Legumes Dining With The Queens

Lirik Lagu Dari Jauh Alyph



Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix


Piala Dunia Sepak Takraw 2024 Jadual Perlawanan Negara Terlibat Senarai Pemain Malaysia

Jemson Mekar Chord

Resepi Sotong Dan Fishcake Goreng Pedas

Doa Rasulullah Setiap Pagi

Pandangan Pertama Filem Aksi Komedi Back In Action Lakonan Jamie Foxx Cameron Diaz

36 Hours On Minorca