Hanoi Day 2 Part 1



Alhamdulillah kali ini saya ingin menyambung catatan percutian ke Hanoi kami awal bulan Februari yang lalu.  Boleh klik entri sebelum ini di SINI. 
Bangun pagi kami naik untuk bersarapan di tingkat 11. Mata saya pulak merah dan bengkak semula. Aduhai risau pulak kalau ianya melarat dan memberi risiko jangkitan pulak pada kawan kawan. Saya terpaksa memakai sunglasses sepanjang hari. Susah juga tak kan lah sampai ke malam saya kena pakai sunglasses. 


Selepas makan, kami naik bilik untuk menukar pakaian. Kami sepakat untuk memakai baju kemeja putih dan seluar jeans berwarna biru. Hahaha bila pakai macam ni, nampak lah 10 tahun lebih muda kan. Kami ni hampir sebaya, sama dan fesyen serta cara berpakaian hampir sama. 


Selepas check out dari hotel, kami semua membawa masuk bag ke dalam bas. Seperti biasa, kami bergambar secara group. Saya memberitahu bukan senang untuk mengambil gambar kita berpakaian sama tema warna seperti ini di lain masa. Jadi kena pastikan kita ada gambar berkumpulan dalam baju ini. 




Destinasi pertama kami ialah Kompleks Ho Chi Minh yang ada di dalamnya rumah Ho Chi Minh dan Pagoda. Masih pagi jadi cuaca agak sejuk dan berkabus. Kami singgah di sini sekejap sahaja. Hanya masuk di bahagian luar sahaja. Tak masuk ke dalam dan kawasan pagoda pun. 
Di situ terdapat tasik yang terbesar di Hanoi yang dikenali sebagai Paru Hanoi. Di Hanoi sangat banyak tasik. Di tasik ini, orang Vietnam datang meminta hajat atau bila menpunyai apa apa acara. 
Selepas bergambar kenangan, kami mula berjalan keluar dan seterusnya naik bas. 









Bas kemudian membawa kami ke tempat seterusnya. Ramai orang beratur untuk membeli tiket masuk. Kami memberitahu Pak Rudy yang kami tak mahu singgah tempat lain, tapi nak terus ke Hanoi train street. Kami memberitahu Pak Rudy yang group kami tak mahu ke tempat tempat yang perlu berjalan dan beratur panjang serta memenatkan. 
Kami tidak mahu ke semua tempat persinggahan pelancung. Kami hanya mahu bercuti, berehat dan bersantai santai dengan kawan kawan sahaja. Matlamat percutian kami ialah makan makan dan minum minum serta bergambar gambar di tempat menarik yang tidak memenatkan sahaja. Bukan semua tempat perlu kami kunjungi atau singgah. 
Kami kemudian di bawa ke Pusat Kerajinan atau pusat kraftangan. Di sini ada dijual juga batu batu permata yang mahal seperti delima, zamrud dan ruby. Memang batu batu ni mahal tapi ditambah lagi dengan dijual di pusat pelancung, lagi lah mahal.




Kami kemudian dibawa ke Hanoi train street. Saya akan menulis satu entri khas untuk percutian di sini. Jadi jangan lupa membacanya tau. Sebelum bas bertolak ke sana, Pak Rudy ada bertanya kalau ada sesiapa yang menpunyai sakit jantung atau masalah kesihatan lain. Kami hanya gelak ketawa mendengar pertanyaan tersebut. 
Ingatkan sama dengan Maeklong di Thailand. Rupanya keretapi lagi dekat dan keretapi lagi laju. Cemas juga seketika sehingga kami semua terdiam terkedu seketika. Nantikan entri penuh di entri akan datang. 



Selepas itu, kami sepatutnya di bawa ke tempat lain lagi tapi kami tak mahu. Sebaliknya minta terus di hantar ke Restoran Arab Al Sultan untuk makan tengahari. 


Hahaha Pak Rudy memanggil group kami ni group gila dan group kuat makan. Makanan sampai berperingkat menyebabkan kita dah hampir nak habis makan, sampai lagi lauk. Hahaha sebenarnya tak boleh tunggu kerana perut dah lapar. 




Makanan di sini sedap walaupun nasi ala nasi gorengnya nampak kosong jer. Lauk pauk dan sup yang dihidangkan juga sedap. Selepas makan, kami bergambar di hadapan restoran sebagai kenang kenangan. 




Selepas makan, kami dibawa untuk solat ke Masjid Al- Noor, satu satu nya masjid di bandar Hanoi. Masjid ini dibina tahun 1890 dan dibina semula pada tahun 1950an dengan keluasan 700 meter persegi. Ianya kemudian diperbaiki sekali lagi dalam tahun 1980an. 


Semasa berjalan ke masjid, melalui jalan jalan yang orang berniaga. Banyak sekali pokok pokok limau dan pokok cherry blossom sempena mereka akan menyambut perayaan Tahun Baru Cina seminggu lagi. Selepas solat, kena berjalan agak jauh untuk ke bas, jadi stress melihat motosikal yang terlalu banyak bersimpang siur di depan dan belakang kita. 



Kami kemudian bertolak ke Ha long Bay yang terletak sejauh 160 km dari Hanoi dan mengambil masa 1 jam 20 minit. Kami akan bermalam di hotel di Ha long. Nantikan entri perjalanan kami ke Ha Long di entri berikutnya. Setakat ini dahulu, salam sayang buat semua...



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2024/02/hanoi-day-2-part-1.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hanoi Day 2 Makan Malam Di Bandar Ha Long

Hanoi Day 2 Makan Malam Di Bandar Ha Long

papar berkaitan - pada 14/2/2024 - jumlah : 311 hits
Alhamdulillah saya menyambung lagi catatan perjalanan kami dari bandar Hanoi ke bandar Ha Long pula Boleh klik entri sebelum ini di Sebelum itu jangan lupa untuk klik iklan yang keluar di blog saya tau Terima kasih atas kerjasama anda semua...
Tarikh Valentine Day 2024 Ucapan Valentine Day Dan Hukum Sambut Valentine Day

Tarikh Valentine Day 2024 Ucapan Valentine Day Dan Hukum Sambut Valentine Day

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 218 hits
Tarikh Valentine Day 2024 Ucapan Valentine Day dan Hukum Sambut Valentine Day 16 Valentine Day biasanya disambut dengan bertukar tukar Valentine buatan tangan atau yang dibeli di kedai atau tanda kasih sayang lain seperti coklat dan bunga D...
Brighten Their Day Get Well Soon Bouquets

Brighten Their Day Get Well Soon Bouquets

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 193 hits
When someone is recovering from an illness little acts of kindness and caring gifts can make a big difference nbsp One such timeless and nature inspired choice that stands out is giving get well soon flowers These flowers go beyond just loo...
Cyberview Resort Spa Cyberjaya Day 1

Cyberview Resort Spa Cyberjaya Day 1

papar berkaitan - pada 7/2/2024 - jumlah : 142 hits
Assalamualaikum SA bersiaran dari Cyberview Resort Spa Cyberjaya hari ni hari ni tiba masanya hari ni SA bertugas kat sini esok SA takde harap harap Nolie boleh handle sebab SA cuti Nak jaga Mak Pah kat hospital pulak Seawal 6 45am SA sampa...
Ft Minister Says 2024 Federal Territories Day Celebration To Be Held At Dataran Putrajaya

Ft Minister Says 2024 Federal Territories Day Celebration To Be Held At Dataran Putrajaya

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 156 hits
Minister in the Prime Minister s Department Dr Zaliha Mustafa said the programme was an initiative of the Putrajaya Corporation in collaboration with the Federal Territories Department to bring together government services in one event to m...
Lunch Day 1 Di Cindai Grandballroom

Lunch Day 1 Di Cindai Grandballroom

papar berkaitan - pada 7/2/2024 - jumlah : 219 hits
Assalamualaikum Lunch day 1 hari ni memandangkan Verandah 2 hari cleaning service maka buffet lunch di buat di Cindai Grandballroom cuac panas ye kawan kawan semua hangattttt namapun kat resort kan even kat Bali pun suasana dan cuaca panas ...
3 Day Remand For Cops Who Asked Rm100 From Tourists To Settle Ticket

3 Day Remand For Cops Who Asked Rm100 From Tourists To Settle Ticket

papar berkaitan - pada 30/1/2024 - jumlah : 252 hits
Three traffic police officers were remanded for three days from today for allegedly requesting RM100 from a British couple to settle a traffic summons at Jalan Simpang Pulai Cameron Highlands recently Perak police chief Mohd Yusri Hassan Ba...
Tanam Tebu Lagi Part 3

Tanam Tebu Lagi Part 3

papar berkaitan - pada 16/2/2024 - jumlah : 212 hits
Melihat tunas tebu naik dengan cantik maka pembuatan raised bed tebu ini di teruskan dengan menggunakan baki kayu palet sebagai dinding sementara Kayu palet ini akan diganti dengan blok simen pasir kemudian hari Tanah dari raised bed lain d...
Anwar To Stop Our Decline Not Be Part Of Revival

Anwar To Stop Our Decline Not Be Part Of Revival

papar berkaitan - pada 19/2/2024 - jumlah : 390 hits
Reading about Prime Minister Anwar Ibrahim reminding the corrupt and powerful in the country that his room in Sungai Buloh Prison is still vacant has reminded me of something You see I have a peculiar way of looking at Anwar In my eyes he h...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias