Hanfu Pakaian Tradisi Cina Yang Hilang



Sempena Tahun Baru Cina, ramai akan mengenakan Cheongsam (bagi perempuan) dan Samfu (bagi lelaki) sebagai tanda meraikan tradisi, atas tanggapan umum bahawa Cheongsam dan Samfu adalah pakaian tradisi Cina. Malah di sesetengah pertunjukan budaya di Malaysia, model lelaki yang memakai Samfu akan memakai tocang sekali di kepala.


Sebenarnya Cheongsam serta Samfu ialah pakaian klasik, bukan pakaian tradisi. Asal usulnya ialah fesyen orang Shanghai, China pada 1920-an. Selepas Komunis menguasai China pada tahun 1949, ramai orang Shanghai telah berhijrah ke Hong Kong, Taiwan dan negara-negara Barat, maka fesyen Cheongsam turut disebarkan ke seluruh dunia.

Cheongsam (長衫, istilah Kantonis yang bermaksud “baju panjang”) atau Qipao (旗袍, istilah Mandarin yang bermaksud “jubah Qi/Panji”) dan Samfu (衫褲, istilah Kantonis yang bermaksud “busana”) atau Magua (馬褂) diubah suai dari busana orang Manchu atau orang Qi (旗人, “Bannermen”) yang memerintah China dari 1644 hingga 1911. Orang Manchu bukan etnik Cina, tetapi berasal dari kawasan Manchuria di timur laut China. Selepas menakluki China pada 1644, orang Manchu cuba mengasimilasi orang Cina dengan mengharamkan pakaian tradisi Cina yang asli iaitu Hanfu (漢服, “pakaian Han”) dan memaksa kaum lelaki mencukur rambut depan dan mengikat rambut belakang dalam bentuk tocang, mirip gaya rambut orang Manchu. Keengganan untuk bertocang boleh mendatangkan hukuman bunuh, dan ramai orang Cina terkorban kerana terikat dengan adat Konfusianisme yang mengharamkan mencukur rambut.

Walaupun Hanfu ini beragam mengikut perkembangan dinasti, ia mempunyai kesinambungan reka bentuk iaitu kelepak yang longgar dan terbuka, lengan yang panjang dan longgar. berbeda dengan pakaian orang Manchu yang berkolar tertutup,serta berlengan sempit dan ketat. Reka bentuk busana tradisi Korea (Hanbok) dan Jepun (Kimono) adalah berdasarkan Hanfu.

Kalau diperhatikan, ragam Hanfu pada Dinasti Ming (1368-1644) adalah mirip dengan Baju Panjang yang dipakai oleh Nyonya di Melaka. Ini kerana Baba dan Nyonya adalah berasal dari keturunan imigran Dinasti Ming. Kaum Baba juga tidak bertocang seperti imigran Cina semasa abad ke-19.

Selepas Dinasti Qing digulingkan oleh revolusioner Cina Han yang dipimpin Sun Yat-Sen pada 1911, orang Cina terus memotong tocang sebagai tanda pembebasan dari pemerintahan Manchu. Namun gaya rambut serta busana tradisi Han yang asal tidak di kembalikan. Sun Yat-Sen ialah seorang yang berfikiran moden dan berpaksikan Barat, dan tren intelektual ketika itu juga berpaksikan modenisme. Maka, tradisi pakaian Cina Han yang pernah berlangsung selama 2000 tahun tenggelam begitu sahaja.

Busana tradisi bukan setakat fesyen, tetapi ia mengandungi falsafah atau pandangan dunia (“worldview”) sesebuah masyarakat. Hanfu melambangkan falsafah Konfusianisme yang mengandungi nilai-nilai kesantunan dan keadaban yang tidak dapat dibawa oleh fesyen moden.

Hari ini masih ada yang memakai Hanfu untuk menunjukkan apresiasi sejarah, namun mereka akan dipandang serong dan sinikal, sama seperti sikap segelintir orang kita yang mempertikaikan niat Faiz Subri untuk mengenakan busana tradisi Melayu. Nasib Hanfu telah membuktikan bahawa kalau sesebuah bangsa tidak menghargai dan membiasakan memakai busana tradisi, ia akan pupus begitu sahaja. Jangan membiarkan busana tradisi kita menghilang ditelan oleh arus pemodenan.

Nota: orang Cina juga dikenali sebagai orang Han. Di China, istilah “Cina Han” (Han Chinese) digunakan untuk membezakan warganegara China etnik Cina dan etnik bukan Cina (seperti Manchu, Mongol, Uyghur, Tibet).



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.zonanesia.com/2017/03/hanfu-pakaian-tradisi-cina-yang-hilang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Moga Moga Wabak Covid 19 Segera Hilang

Moga Moga Wabak Covid 19 Segera Hilang

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 647 hits
1 Seluruh dunia termasuk Malaysia sekarang diserang wabak Covid 19 Wabak yang pada asalnya biasa biasa dan dianggap tidak berbahaya kini semakin mengganas dan membunuh banyak nyawa Seluruh umat manusia kini berada dalam ketakutan dan berwas...
Hilang Punca Pendapatan Kerana Kawalan Pergerakan Ibu Tunggal 5 Anak Terpaksa Ambil Upah Beli Barang

Hilang Punca Pendapatan Kerana Kawalan Pergerakan Ibu Tunggal 5 Anak Terpaksa Ambil Upah Beli Barang

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 447 hits
Saat ketika kita mengeluh dinasihatkan agar duduk di rumah sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan masih ada orang di luar sana tidak bernasib baik harus mencari rezeki demi sesuap nasi Hilang Punca Pendapatan Kerana Kawalan Pergerakan...
Bersedia Hilang Pekerjaan

Bersedia Hilang Pekerjaan

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 384 hits
Kredit Azizul Azli Ahmad Petang tadi kelihatan Perdana Menteri buat pengumuman sekali lagi Ada keletihan ketara diwajahnya Paling penting adalahan pengeluaran RM500 sebulan selama 6 bulan Apa yang saya perasan kali ini tak nampak bahawa tem...
Italy Kini Hilang Fokus

Italy Kini Hilang Fokus

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 289 hits
Italy sudah Surender Pesakit pesakit mereka terpaksa dibiarkan mati tanpa sebarang saringan dan rawatan Sudah tak mampu utk merawat Berdoalah supaya KITA di M sia tidak berlaku seperti ini Kerjasama drp semua rakyat AMAT2 DIPERLUKAN bagi me...
Golongan Yang Telah Hilang

Golongan Yang Telah Hilang

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 373 hits
Sebelum PRU14 saya mempunyai ramai rakan rakan yang tanpa segan silu mengutuk kerajaan Barisan Nasional di media sosial ataupun di dunia sebenar Katanya kehidupan mereka susah kerana BN BN dikatakan sebagai korup salah guna kuasa kuat rasua...
Hilang Bitobeyto

Hilang Bitobeyto

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 560 hits
Hilang BitobeytoBegitu manisnya janji cintamuKau jaminkan kebahagianSumpahmu aku yang terakhirRupanya semua hanya dustaMudahnya kau meninggalkankuTanpa kau fikir perasaanku toMudahnya kau menggantikan kuHilang semuanyaPerasaan ku padamuHila...
Anwar Hilang Ingatan Ker Perhimpunan Sri Petaling Zaman Kerajaan Ph

Anwar Hilang Ingatan Ker Perhimpunan Sri Petaling Zaman Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 436 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan kerajaan untuk mengerahkan tentera mulai Ahad ini sebagai tidak masuk akal Bagi saya ini sebenarnya tidak masuk akal untuk mengerahkan tentera pada waktu polis masih boleh mengawal keadaan kat...
Kapal Kargo Tenggelam Di Perairan Manokwari Tambrauw Papua Barat Satu Kru Hilang

Kapal Kargo Tenggelam Di Perairan Manokwari Tambrauw Papua Barat Satu Kru Hilang

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 286 hits
Basarnas Manokwari mengerahkan KM Kumbakarna dan 25 personel untuk menolong kru kapal
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Woit Modal Dah Habis Ke

Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates

Albert Wants Footage Released After Cops Say No Evidence Of Gun Pointing

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Celcomdigi Dan Ppum Jayakan Pembedahan Ent Secara Langsung Berasaskan 5g

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kasut Sekolah Pallas Pilihan Nombor 1 Pelajar Malaysia

Asal Usul Masjid Al Jin Atau Al Haras Kisah Pengislaman Jin

Info Mengenai Tayar Baru Harus Anda Ketahui

9 Mitos Misteri Kembangnya Bunga Bakawali

Yummy Beef Chuck Roast Recipe Uk

Buah Atau Sayur Kakrol Nampak Pelik